SLIDER

cita-cita
Showing posts with label cita-cita. Show all posts

Susuk Hanyalah Sihir Mata. Jangan Mudah TERTIPU !

11 Mar 2022

KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.  Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri.

"Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa. Ada juga susuk jenis galian seperti berlian dan jenis organik seperti susu dan air biasa.  "Tapi selalunya susuk yang popular ialah susuk logam seperti susuk emas, perak dan besi. Cara pemakaian kesemua jenis susuk ini sama dengan tujuan selalunya untuk kecantikan," kata Abdul Rahman Hamat, 35, yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

Ungkap Abdul Rahman lagi, selain kecantikan seseorang itu memakai susuk untuk kekebalan, kekuatan, ilmu penunduk, keberanian malah, ada juga yang memakai susuk di kemaluan untuk kekuatan nafsu syahwat. Walaupun ada antara kita tahu bahawa susuk dilarang dalam Islam namun, masih ada yang khilaf mengenainya kerana terlalu mengikut nafsu duniawi untuk cantik. Lebih menyedihkan ada yang percaya susuk boleh dipakai selepas bertemu dengan bomoh yang menggunakan potongan ayat al-Quran sedangkan hakikatnya ia hanyalah untuk menutup ilmu hitam mereka.

"Benda-benda sebegini syirik semuanya walaupun menggunakan ayat al-Quran. Kaedah memasukkan susuk ayat ini dilakukan dengan membacakan beberapa potong ayat al-Quran beberapa ribu kali pada air kemudian dibasuhkan pada muka, ia seolah-olah memasukkan susuk tersebut ke dalam wajah," katanya.

Tambahnya, antara ayat-ayat yang biasa digunakan untuk susuk ayat ialah Surah Yusuf, ayat 4 yang dibacakan sebanyak 4,444 kali untuk kecantikan, manakala untuk tujuan kuat atau kebal pula dibacakan Surah Al-Hadid sebanyak 1,000 kali.

"Semua ini amalan syaitan walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran. Susuk diharamkan kerana dua perkara iaitu ada unsur penipuan yang dipanggil gharar dan ada unsur mengubah ciptaan Tuhan walaupun dengan mata kasar kita tidak dapat lihat fizikalnya berubah.

"Orang yang banyak membaca al-Quran, mukanya akan nampak berseri disebabkan amalan tersebut dan ia berbeza dengan susuk ayat kerana susuk ayat mempunyai bacaan ayat-ayat khusus untuk mencantikkan diri dan ini dilarang Islam disebabkan ada pendustaan serta gharar," katanya.


Berunsur pemujaan

SUSUK sering dipakai di wajah, dada atau kemaluan untuk tujuan kecantikan, sedangkan hakikatnya si pemakai didampingi jin yang mengubah bentuk wajah manusia.

Ditanya sama ada susuk yang dimasukkan itu sekadar material sahaja atau mempunyai 'penjaganya', Abdul Rahman memberitahu bahawa pemakaian susuk itu adalah sesuatu yang berbentuk pemujaan.  "Ia akan menyeru jin-jin yang akan berdamping dengan si pemakai. Jin inilah yang akan mengubah wajah secara spiritual bentuk wajah.

"Orang bukan tengok wajah si pemakai tetapi, melihat jin yang berada di sekitar kawasan muka si pemakai kerana jin mampu mengubah bentuk seseorang," jelasnya sambil memberitahu susuk merupakan sihir mata dan biasanya si pemakainya tergolong dalam orang yang melakukan maksiat.

Menurutnya, susuk merupakan amalan sihir yang dipelopor pada zaman Firaun atau lebih tepat ia mula tercipta pada zaman kerajaan Firaun lagi. "Apabila turunnya ayat sihir di Babylon, orang Yahudi mengambil ayat-ayat sihir itu untuk dijadikan amalan. Maka, amalan-amalan sihir ini dipelajari oleh orang Firaun apabila orang Israel pergi ke Mesir.

"Ia berlaku sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Jenis susuknya sama, cuma amalan susuk ini disesuaikan di setiap generasi. Contohnya, pengamalan dan bahan yang digunakan sama tetapi, disesuaikan dengan keadaan semasa serta tujuannya. Walaupun susuk dipakai untuk pelbagai tujuan namun, ia paling kerap disinonimkan dengan kecantikan atau sebagai pemikat.


Betis memukau

Lina (bukan nama sebenar), 42, mula memakai susuk emas dan berlian ketika usianya 14 tahun. "Ibu mengesyorkan saya memakai susuk sedangkan saya tidak tahu kegunaan dan untuk tujuan apa. Susuk emas diletakkan di betis, manakala susuk berlian di kening," katanya yang nekad membuang susuk kerana seringkali mengalami mimpi ngeri dan tidak boleh tidur malam.

Menceritakan betapa hebatnya penangan susuk tersebut, mana-mana lelaki yang melihat betis Lina akan mengikutnya hingga ke rumah. "Kini, saya sudah insaf dan menasihatkan agar orang di luar sana terutamanya wanita supaya tidak terjebak dalam pemakaian susuk kerana kesannya akan tiba apabila meningkat usia selain berdosa," ujarnya.


Kemaluan bernanah

Seorang lagi pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, susuk dipakai oleh lelaki dan wanita tetapi selalunya menjadi amalan kaum wanita. "Ada seorang wanita mengaku memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Dia memakainya di kening dan pipi menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakannya walaupun rupanya tidak secantik mana pun.

"Apabila sudah meningkat usia dan menopaus, sendi-sendinya mula bengkak dan dia sukar untuk tidur malam akibat gangguan," katanya.

Ceritanya, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 60-an mengalami kesukaran untuk tidur selama empat tahun, sakit sendi hingga keluar ulat.

Apabila ditanya, wanita tersebut mengaku bahawa dia memakai 10 susuk di seluruh bahagian badannya antaranya di kemaluan, buah dada, lengan, betis dan bibir. "Cerita wanita tersebut kepada saya, walaupun pada usia 50 tahun ramai yang tergila-gilakannya. Apabila putus haid pada usia 55 tahun, badannya mula rasa sakit-sakit dan mengalami pelbagai masalah selain kemaluannya bernanah.

"Sebaik sahaja susuk dikeluarkan mukanya mula berkedut," ujarnya. Menceritakan lebih lanjut mengenai pantang larang pemakai susuk, Shamsuri mengakui memang terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh si pemakai.

"Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk ini tidak boleh lalu di bawah ampaian besi bukannya ampaian tali. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan pisang emas, sate dan makanan bercucuk yang lain.

"Air zam-zam juga tidak boleh diminum oleh mereka. Jika pantang larang dilanggar muka mereka akan bernanah. Ada seorang wanita yang terlupa akan pantang larang tersebut menyebabkan kemaluannya bernanah selama dua tahun selain darah haid tidak putus-putus keluar selama empat tahun," katanya.

Setiap perbuatan pasti ada akibatnya dan penggunaan susuk tidak terkecuali. Mereka yang memakai susuk berhadapan dengan saat azab sewaktu berdepan dengan sakaratulmaut malah, fizikalnya akan sakit jika melanggar pantang larang yang perlu dipatuhi.


Kredit :  www.kosmo.com.my
          1-kisah



Jangan Bercita-Cita Wahai Perempuan

23 Nov 2021





Isu: Dilemma Have It All.

“buat apa penat-penat sambung belajar? Baik duduk rumah jaga makan minum suami. Nanti suami cari lain kan susah”,
Sinis komentar yang hinggap di telinga itu. 

“kesian la siapa yang berbinikan doktor, terabai kehidupan. Semua kena urus sendiri. Siapa suruh cari bini doktor”, 

Maka isteri yang terhimpit dengan keperluan sumbangannya kepada masyarakat dan dalam masa yang sama dituntut untuk ‘pastikan suami makan air tangan isteri’, terduduk menangis dan tertekan emosi akibat sindiran yang tidak henti. 

Ya. Mempunyai cita-cita membuktikan kami juga manusia seperti makhluk lelaki, namun hakikatnya wanita tetap tidak dapat lari dari sebuah dilema.

Tertarik dengan isu yang cuba dibawa oleh golongan femnisme yang realistik sekitar tahun 2012, iaitu ‘Can women really ‘Have it all’?” dengan mengetengahkan perbincangan-perbincangan seputar permasalahan besar bagi wanita iaitu, -bukan masalah dalam pengurusan antara kerjaya dan keluarga- tetapi lebih besar dari itu, iaitu wanita-wanita yang takut untuk bercita-cita. 

Seorang journalist wanita menulis dalam akhbar ‘The Atlantic’, berkenaan sebuah tajuk menarik, iaitu “We Need To Tell Girls, They Can Have It All (even if they can’t)”, dan dikisahkan pernah berlaku semasa Anne Mulchahy, seorang tokoh korporat wanita yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang itu dijemput untuk memberikan ucapan di Harvard Business School, ada seorang peserta bertanyakan soalan, “what it took to be CEO?”

Dan beliau menjawab, beliau perlu berhenti daripada menangis di tepi jalan ketika berhadapan dengan situasi tekanan bisnes dan rumahtangga.  Jawapan tersebut membuatkan topik perbincangan dan soalan peserta bertukar dari topik business leadership kepada work-life balance, hanya kerana peserta lebih tertarik untuk mengenali bagaimana mampu seorang wanita memenuhi cita-citanya. 

Gayle, journalist tersebut kemudian menimbulkan persoalan, “Is all of this talk about our personal lives undermining women? And do we spend as much time encouraging girls to excel as we do helping them balance work and family?”. 

Tidak dinafikan bahawa memiliki cita-cita dan kesungguhan ke arah mencapai cita-cita bagi seorang wanita, merupakan antara dilema terbesar dalam hidup. Saya sendiri tidak terkecuali, lebih-lebih lagi kini anak bakal memasuki angka 2. 

Lantaran kita dimomokkan oleh pemikiran masyarakat yang penuh ugutan seperti, “perempuan tinggi manapun dia, ceruk dapur juga nanti”, “jangan banyak sangat bersuara, nanti tiada lelaki nak”, “perempuan tak payah sibuk urusan luar, nanti keluarga cerai berai”, “siapa suruh isteri dia sibuk, sebab tu suami dia curang” dan momokan-momokan lain yang negatif. Sehingga peratus wanita yang berjaya memenuhi cita-cita sebenar yang diburu dalam masa yang sama berkeluarga adalah sangat kecil. 

Tertarik mengikuti perbincangan-perbincangan seputar, “Do women find it hard to be ambitious due to guilt and pressure to raise a family?”. 

CNN telah mengadakan temu bual bersama 10 orang tokoh wanita yang terdiri dari kalangan senator, CEO, perancangan strategi bagi parti politik, mantan timb. presiden saluran ESPN, dan sebagainya di bawah topik, “Our Struggle To Have It All”. 

Konklusi yang dapat disimpulkan dari responder-responder ada 4, iaitu: 

1- soalan tersebut tidak patut timbul hanya bagi wanita, mengapa lelaki juga tidak ditanya? Bukankah jika lelaki mempunyai kerjaya, mencapai cita-cita, dia juga perlu prihatin dan mengambil berat terhadap keluarganya? Kerana seorang bapa juga tidak boleh berlepas tangan dalam urusan keluarga, rumahtangga dan anak-anak. 

2- masalah akan timbul apabila lelaki tidak berubah seiring perubahan yang dialami oleh wanita. Apabila lelaki-lelaki masih selesa ditakuk tradisional, memandang wanita sebagai orang gaji dan pelayan di rumah, pulang ke rumah mahu terus disambut di muka pintu dan terhidang air panas maka peluang untuk wanita berimpian besar akan sentiasa disekat dan diancam. 

3- ‘have it all’ bukanlah sebagai matlamat sebenar, tetapi yang sebenarnya ialah mempunyai peluang untuk membuat keputusan dalam pemilihan seperti mana lelaki juga diberi peluang. 

4- sokongan pihak luar, adalah sesuatu yang sangat-sangat diperlukan terutamanya stereotype masyarakat yang masih banyak negatifnya. 

Sungguh. Saya tertarik dengan kesedaran bahawa wanita juga adalah manusia. Maka bukankah setiap manusia itu punya impian dan hak untuk diberi peluang membuat keputusan dalam hidup?
Hanya segelintir wanita yang diizinkan Allah untuk beruntung memiliki pasangan yang memahami dan bertolak ansur sepertimana yang selayak dan sepatutnya dilakukan oleh setiap pasangan. 

Believe in Yourself and Negotiate For Yourself. 

Arus baru feminisme ini dipelopori oleh seorang tokoh, Sheryl Sandberg, Ketua Pegawai Operasi Syarikat Facebook, juga merupakan mantan Timbalan Presiden Global Onlines Sales and Operation bagi syarikat Google dan tersenarai sebagai salah seorang dari 100 orang tokoh berpengaruh seluruh dunia oleh majalah TIME. (boleh tonton ucapannya dalam ruangan TED berkenaan tajuk: “Why we have too few women leaders”) 

Sheryl cuba mengetengahkan 3 point penting bagi golongan wanita untuk melihat kehidupan yang lebih jauh. 

Point 1: Sit at the table.
Hakikatnya, wanita sendiri yang perlu memiliki keberanian dari dalam untuk merobohkan benteng inferiority terhadap lelaki lantaran sebenarnya antara lelaki dan wanita, tahap intelektual dan gerak kerja adalah sama, tiada apa yang membezakan. 

Gender tidak sepatutnya menjadi isu kerana kredibiliti, wibawa, kesungguhan dan nilai-nilai positif yang lain seharusnya yang menjadi kayu ukur dalam menilai kehebatan. 

Makanya wanita harus berani untuk ‘sit at the table’, sebaris lelaki dalam membawa isu dan bidang yang menjadi kepakarannya. Tidak perlu terlebih segan dan ‘inferior’ hanya semata beranggapan lelaki lebih mahir atau lelaki lebih tajam buah fikiran mereka. Kerana banyak sejarah sohabiah dan cendekiawan Islam yang terdiri dari kalangan wanita, ilmu dan buah fikiran mereka bukan sahaja diiktiraf bahkan menjadi pakar rujuk ummat sejagat. 

Point 2: Make your partner a real partner.
Ketenteraman dan toleransi dalam rumahtangga sangat memainkan peranan. Jujurnya fitrah seorang wanita, keluarga adalah segala-galanya. Ikatan tali keluarga kadang kala menjadi faktor wanita perlu berhenti malah berundur dari terus menapak. 

Justeru, memilih dan memiliki pasangan yang memahami merupakan satu anugerah yang membantu seorang wanita memenuhi cita-citanya. Buat pilihan yang bijak dan berdoalah kepada Allah agar diberi pasangan hidup yang membantu dan menguatkan kita dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat. 

Selain itu, pandangan masyarakat harus diubah untuk lebih menghargai pilihan suami yang membantu isteri malah sewajarnya tindakan-tindakan baik sebegitu menjadi suatu fenomena biasa. Bak kata almarhumah Ustazah Yoyoh Yusra, mantan ahli parlimen Partai Keadilan Sejahtera (PKS) yang juga merupakan seorang isteri beranak 13 orang semuanya, dalam soal rumahtangga dan jawatannya sebagai tokoh masyarakat, “pernikahan itu sendiri terbina dengan komitmen dan prinsipnya adalah saling memberi dan berbahagi peranan”. (Beliau telah meninggal dunia dalam kemalangan pada 21 Mei 2011 dan pemergiannya ditangisi oleh seluruh masyarakat Indonesia). 

Point 3: Don’t leave before you leave.
“Don’t leave before you leave. Stay in. Keep your foot on the gas pedal, until the very day you need to leave to take a break for a child- and then make your decisions. Don’t make decisions too far in advance, particularly ones you’re not even conscious you’re making”. 

Seriously, kesan didikan momokan tanpa mengira dalam kalangan masyarakat barat dan timur, telah mencipta satu pemikiran dalam kalangan anak-anak muda wanita untuk melihat rumahtangga sebagai matlamat utama meski ketika itu mereka masih terlalu awal dan sedang berpotensi besar untuk terus menyumbang. 

Sesungguhnya perkara ini adalah sesuatu yang amat bahaya kerana hasilnya, lambakan anak-anak muda wanita dibazirkan dengan kesibukan  berhias dan mencari cinta. Dan terhasillah satu kelompok masyarakat wanita yang takut untuk ke hadapan, berfikir, bersuara dan bertindak asing dari kepompong biasa pemikiran masyarakat, bimbang dilihat aneh dan rebellious

Dan kekurangan serta kesilapan dalam memenuhi 3 point inilah yang membuatkan terciptanya darjat antara manusia yang sama, sekadar dibezakan oleh jantina lelaki dan wanita. 

Penutup: Bercita-cita itu Bukti Menjadi Manusia yang Hidup. 

Perjuangan kewanitaan seharusnya tidak mengejar kesama-rataan wanita dan lelaki dari sudut bentuk fizikal, tetapi perjuangan sebenar adalah dalam mendidik lelaki untuk memiliki kesedaran meletakkan wanita pada kemuliaan dan kebebasan sepertimana yang telah diletakkan oleh Islam. 

Hal kebebasan terhadap wanita dalam membuat pilihan hidup ditekankan oleh Allah menerusi ayat penyusuan -yang lazimnya dilihat sebagai memang tugasan seorang ibu- namun tetap disyaratkan untuk mendapat persetujuan ibu itu sendiri, “..Apabila keduanya ingin menyapih dengan persetujuan dan pemusyawaratan antara keduanya, maka tidak ada dosa atas keduanya..” (alBaqarah: 233) apatah lagi dalam perkara-perkara berkaitan kehidupan seorang wanita itu sendiri. 

Tidaklah saya melihat kepada perlunya wanita semua keluar menjadi pemimpin dan bekerjaya -lantaran saya sendiri cenderung untuk melebihkan keluarga- namun perkara yang perlu dilihat di sini ialah, masyarakat dan terutamanya kaum lelaki yang bakal menjadi suami perlu memiliki kesedaran untuk memberi peluang dan sokongan kepada wanita-wanita yang hidup di sekeliling mereka untuk memiliki cita-cita, memenuhi cita-cita dan membuat keputusan dalam hidup mereka sendiri selagi mana tidak berlawanan dengan hukum syarak. 

Kerana, bukankah wanita juga manusia


Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Atau Diploma IPTA ? Yang Manakah Pilihan Anda ?

26 Mar 2020


Berikut dikongsikan perbezaan masuk matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 dan Diploma buat panduan pelajar lepasan SPM yang dalam dilema untuk memilih program pengajian tinggi yang terbaik buat mereka. Ingin ditekankan yang kesemua program ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pilihan terbaik adalah bergantung kepada apakah cita-cita kerjaya yang anda ingini. Contohnya jika anda ingin menjadi jurutera pilihlah bidang pengajian kejuruteraan. 

Perbezaan Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA.

Berikut dikongsikan maklumat ringkas berkenaan dengan perbezaan Matrikulasi vs Asasi IPTA vs Tingkatan 6 Vs Diploma. Bagi mereka yang tidak pasti atau ragu-ragu pilihan pengajian yang terbaik, buatlah solat Istikharah. Mohon kepada Allah dalam menentukan pilihan yang terbaik.  

Tingkatan 6 (STPM)
Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam (lulus SPM dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan perlu memenuhi syarat khas yang lain) akan ditawarkan secara automatik. Pelajar tidak perlu memohon. Kepada mereka yang tidak mendapat tawaran, pelajar boleh membuat rayuan kemasukan dalam tempoh rayuan yang telah ditetapkan oleh KPM. Jurusan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains dan Jurusan Kemanusiaan.

STPM adalah terbaik berbanding program lain jika Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UA  berkenaan hanya mengambil calon lepasan STPM sahaja. Semakan program yang hanya untuk lepasan STPM boleh disemak di epanduan UPU. Cara : Pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan dan klik STPM/Setaraf. 

Kelebihan Tingkatan 6
Berikut diantara kelebihan memasuki Tingkatan 6 :- 

  • Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

Matrikulasi KPM


Program Matrikulasi KPM merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka untuk mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.

Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal. Matematik Tambahan  adalah mata  pelajaran  wajib  untuk  memohon semua  bidang  pengkhususan Program Matrikulasi.

Syarat Kelayakan/ Kemasukan Matrikulasi

Bermula pengambilan pelajar baru sesi 2016/2017, berikut adalah jadual  syarat  kelayakan  minimum dan mata pelajaran yang diambilkira dalam pengiraan merit.
syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran kemasukan Matrikulasi

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) semester. Jurusuan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Contoh Jurusan

Sebagai conth, jurusan yang ditawarkan di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) adalah seperti berikut :-
Jurusan Sains
  • Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi.
  • Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer.
  • Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer.
Jurusan Perakaunan
  • Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Matematik

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Tempoh pengajian adalah lebih lama iaitu empat (4) semester. Jurusan yang ditawarkan pula adalah Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.
Nota
  • Pelajar PST boleh memohon pertukaran ke PDT di Kolej Matrikulasi yang  ditawarkan melalui Pengarah Kolej.
  • Permohonan  menukar jurusan boleh di mohon di kolej masing-masing melalui   Pengarah Kolej. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kekosongan dan juga tertakluk kepada nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.
Jurusan Teknikal telah lama diwujudkan. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah Bayaran Yuran Matrikulasi

Kadar yuran pendaftaran Matrikulasi terkini adalah seperti berikut :-
Jurusan Sains
  1. Program Satu Tahun : RM580
  2. Kolej MARA : RM500
  3. Program Dua Tahun : RM580
Jurusan Perakaunan
  1. Program Satu Tahun : RM530
  2. Kolej MARA : RM500
Aliran Teknikal
  • Program Satu Tahun : RM580

Kelebihan Dan Halatuju Matrikulasi


Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jumlah elaun pelajar adalah RM1,250 satu semester. Pembayaran elaun akan diberi secara bulanan kepada pelajar sebayak RM250 sebulan

Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam dan  luar  negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi. Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universit Malaya (UM) & Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah tempatan. 

Graduan matrikulasi juga ada kelebihan. kerana mereka didedahkan dengan kaedah pengajaran sepertimana universiti, jadi merekai tidak akan kekok bila berada di universiti nanti. Disebabkan syarat kemasukan matrikulasi lebih tinggi, maka tidak ramai yang gagal di matrikulasi. Hampir keseluruhan pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

Asasi IPTA


Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UA yang menawarkan program asasi sendiri adalah pilihan terbaik  buat pelajar.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar dimana sebahagiannya disubsidi oleh Kerajaan. Para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,250 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 360 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA


Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pelajar yang memilih program diploma tidak semestinya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan mudah kerana tidak semua yang berjaya diterima mengikuti Program Degree akan mendapat pengecualian. Ramai pelajar yang terpaksa mengikuti pengajian dari Tahun 1 (Semester 1) selepas menamatkan pengajian diploma yang biasanya mengambil masa selama 2½ hingga 3 tahun.

Apa jua pilihan anda, belajar bersungguh-sungguh adalah kemestian dalam mendapat keputusan yang cemerlang bagi mencapai cita-cita kerjaya anda.


               PanduanMalaysia 




Gadis Ini Berjaya Turunkan 24KG Dengan Teknik Hidrasi

3 Oct 2018


Jom cuba teknik ini untuk turunkan berat badan anda. 



Dulu saya gemok. 78kg.

Tapi sekarang ni alhamdulillah 54kg… saya berjaya turun 24kg dengan cara kurus yang betul dan sihat.

Syukur sangat2.
 

Perasaan dah kurus ni.. ya Allah bestnya.

Saya dah boleh pakai baju yang saya nak. Saya jadi lebih konfiden. Nak beribadah pun lebih mudah. Sekarang ni saya senyum je memanjang. Saya jadi lebih positif =)

Memang best sangat bila dah kurus.

Jadi hari ni saya nak kongsi sikit pengalaman saya dan dedahkan ‘rahsia’ macam mana saya boleh kurus.

Saya selalu diejek.


Jangan tipu la kalau orang tu kata dia tak kesah kalau gemok.

Sebab saya dah pernah rasa dulu. Saya pun cakap saya tak kesah gemok. Padahal saya tipu diri saya sendiri. Saya nak sedapkan hati saya jer.

Pernah dulu masa kat PLKN berat saya 78kg. Budak lelaki yang nakal2 panggil saya gemok pendek. Masa tu perasaan saya sedih sangat. Hati saya selalu terdetik “gemok sangat ke aku ni. Ahh biala”.


Dan pernah satu hari tu ada baju siapa tah saiz xxxl tercicir. Cikgu tanya tu baju siapa. Budak2 laki cakap saya yang punya. Dah la diorang ramai. Malu sangat.

Tapi orang gemok macam saya pandai sorok. Buat tak tahu je. Nampak happy. Tapi sebenar hati saya terluka. Yela saya pun ada maruah. Jangan la buat saya macam tu kan.

Ada satu lagi cerita..

Masa tu saya tahun kedua di universiti. Saya tengah duduk2 di lobi sambil tunggu lecturer masuk kelas. Ada sorang laki ni dia gocang2 air tin coke pastu terus buka air tin tu belakang saya. Apa lagi terpancut keluar la habis kena baju saya. Dia terus jerit “GEMOK PENDEK!!!!”.


Hati saya masa tu Allah sahaja yang tahu.

Sebab saya tak pernah kacau hidup dia. Saya tak pernah mintak duit dia. Saya dengar orang sekeliling masa tu berkata sinis pada saya.. “Muda2 lagi dah gemok. Tak pandai melawa”. Saya simpan semua kata-kata tu dalam hati. Saya pendam. Menitis air mata saya.

Saya nak berubah.


Sejak daripada pengalaman ngeri tu saya tekad. Saya nak berubah.

Balik je rumah saya mandi, bersihkan badan.. tenangkan fikiran. Pastu saya bukak laptop. Saya google..

“Cara kuruskan badan”
“Tips kuruskan badan”
“Kurus dengan sihat”

 

Bermula daripada hari tu saya mula jatuh cinta dengan dunia fitness dan kesihatan. Saya banyak membaca tips dan teknik kurus. Saya baca artikel, tengok video.. Semua berkaitan macam mana nak kurus.

Tapi!


Malangnya saya hanya sekadar membaca.

Apa yang saya tak tahu. Semua saya tahu. Atkins, low fat, HICT, Tabata, kurangkan gula, minum air kosong, tak lebih segenggam nasi bla bla bla. Semua dalam kepala saya.

Hari ni saya cuba diet. Esok lusa saya still lagi diet. Masuk seminggu perghhh.. Bayangkan sebelum ni semua benda saya makan. Milo ais, makanan manis, peha ayam. Pastu tiba2 nak diet. Memang azab la.

Last2 lupa pulak saya tengah diet. Saya makan je apa yang saya nak. Balas dendam. Cheat day la kononnye.

Pastu saya akan menyesal and start balik diet. Huhu.

dulu-78kg


Program kuruskan badan secara online

Perkara ni berlarutan sampai la satu hari tu.

Tengah syok main internet saya terjumpa satu blog – CABARAN STAILOO: PROGRAM KURUSKAN BADAN SECARA ONLINE. Saya macam tak percaya. Macam mana boleh kurus dengan online.

Tak perlu diet dan berlapar.
Tak perlu kuat bersenam.
Tak perlu beli produk.
 

Saya tak boleh tidur malam tu duk mikir pasal program kurus ni.

Esok bangun jer tido terus saya join CABARAN STAILOO ni.

Wow lepas saya join program ni baru saya faham.

Macam ni rupanya cara betul nak kurus..

Yup kita boleh baca 1001 tips kuruskan badan. Tapi boleh ke kita buat kesemua tips tu??

Dalam CABARAN STAILOO saya diajar untuk buat satu per satu tips tersebut. Amal selama 2 minggu. Jadikan habit. Lepas dah jadi habit tambah lagi tips yang baru. Jadikan habit kedua. Buat dan ulang.


Fuh. Memang berkesan teknik yang di ajar dalam program kurus ni.

Saya di ajar makan ikut portion. Tapi satu per satu. Mula2 fokus pada protein. Pastu sayur. Pastu karbohidrat. Pastu lemak sihat. Yang penting satu per satu sampai jadi habit.

Saya juga diajar teknik makan mengikut saiz badan. Macam saya yang jenis bulat ni, setiap kali makan saya kena pastikan ada:

satu saiz tapak tangan protein (ikan, ayam, daging)
satu saiz penumbuk sayur (brokoli, bayam, kubis)
separuh genggam karbohidrat (no exercise, no carbs)
dua ibu jari lemak sihat (almond, cashew, kekacang)
Dengan teknik ni saya jarang rasa lapar. Saya lebih enjoy waktu makan saya dan akan berhenti makan pada 80% sebelum kenyang.

Dan yang paling saya suka teknik hidrasi.

Sepanjang hari saya perlu pastikan cukup kandungan air dalam badan saya.


6 am: bangun jer tido terus saya minum 1 gelas air mineral/suam
8 am: 20 minit sebelum sarapan, 2 gelas air
10 am: teh hijau + 1 gelas air
2 pm: 20 minit sebelum makan tengah hari, 2 gelas air
4 pm: kopi + 1 gelas air
6 pm: 20 minit sebelum makan malam, 2 gelas air
8 pm: 2 jam sebelum tidur, 2 gelas air


Fuhhh..

Memang terkencing la dengan teknik hidrasi ni. Kejap2 gi toilet. Tapi takpe la. Badan sihat. Berat pun turun.

Walaupun tak dahaga saya minum jugak. Bukan minum air semata-mata untuk hilangkan dahaga tapi untuk optimumkan fungsi sel, tisu, otot dll.

Daripada gemok 78 kg kepada ideal 54 kg dalam masa 9 bulan.

Dengan amal tiga teknik ni je dalam masa tiga bulan berat badan saya dah mula turun.

Bulan pertama turun 3 kg je (tanpa bersenam). Bulan kedua turun lagi 3 kg. Bulan ketiga turun lagi 3 kg.

Bermakna bulan 1, 2, 3 saya dah turun 9 kg.

Wah excited la saya. Baju pun dah longgar.

bulan-1-2-3



Saya belum puas hati lagi. Jadi bulan keempat saya mula bersenam.

Ni jadual senaman saya:

Isnin: rehat
Selasa: rehat
Rabu: rehat
Khamis: rehat
Jumaat: rehat
Sabtu: rehat
Ahad: rehat


Hahahahhaha…..

Saya ni jenis malas bersenam. Sebab tu la saya tak pernah tetapkan bila hari perlu bersenam.

Dalam CABARAN STAILOO ni saya tak perlu kuat bersenam tapi perlu bergerak aktif. Jadi saya pilih untuk bergerak aktif.

Kebanyakkan masa saya akan pilih aktiviti yang mengeluarkan peluh. Contoh kemas rumah, naik turun tangga, berjalan kaki ke kelas dsb.

Tapi coach kata kalau nak turun berat lagi CEPAT buat 12 senaman HICT.


So saya cuba je la.

Jumping jack (total body)
Wall sit (lower body)
Push up (upper body)
Double crunch (abs & core)
Box jump (total body)
Squat (lower body)
Tricep dip (upper body)
Plank (abs & core)
High knees (total body)
Jump lunge (lower body)
Mountain climber (upper body)
Side plank (abs & core)


Mula2 terkial-kial jugak la nak buat senaman ni. Tapi nasib baik ada video tutorial. Saya ikut je video tu.

Memang seronok. Peluh keluar mencurah-curah. Lepas siap bersenam badan rasa ringan je sebab 12 senaman HICT ni akan bakar lemak dan kalori walaupun selepas 24 jam habis bersenam.

End result: bulan 4, 5, 6 saya berjaya turun lagi 12 kg berat!!

Pinggang pun jadi lebih ramping. Hehe..

bulan-4-5-6

Saya sangat berpuas hati sertai CABARAN STAILOO ni.

Saya buat dan terus buat.


Apa yang saya perasan kalau dulu saya banyak membaca tapi selepas join cabaran ni saya lebih banyak BUAT dan PRAKTIS.

Yang tu perubahan saya paling ketara. Hasilnya berat badan saya turun dengan sangat ketara.

Bulan 7, 8, 9 saya turun lagi 3 kg (tiga bulan ni berat tak turun banyak sebab saya fokus untuk naik sedikit otot. So walaupun saya tidur, lemak tetap dibakar sebab metabolisma dah tinggi).

Setelah 9 bulan dalam program kurus ni, saya dah berjaya capai target berat yang saya nak: 54kg. Alhamdulillah.

bulan-7-8-9

Dulu saya diejek, sekarang saya dipuji.

Saya ingat lagi masa bukak sem baru dulu. Time tu saya dah kurus.

Memang orang terkejut la tengok saya. Yang kelakar lecturer saya ingat saya kena kencing manis. Huhu.


Tahun tu jugak saya konvo diploma. Best dapat pakai baju cantik masa hari keraian kita.

Ingat lagi budak laki yang sembur air tin kat saya tu?

Dia terkejut dan beriya mintak maaf dengan saya. Saya tak cakap apa2. Tapi dalam hati saya dah maafkan.

Kawan2 pun selalu puji saya nampak lebih cantik. Dan ramai yang tanya ‘rahsia’ saya kurus. Saya pun kata join jer CABARAN STAILOO ni nanti akan belajar teknik kurus yang betul.

Hidup saya sekarang lebih sihat dengan pemakanan yang betul. Senaman kadang2 buat tapi banyaknye tak buat. Hehe.. Tapi berat still maintain 54-55 kg.

Saya tanamkan dalam diri saya supaya sentiasa konsisten dengan habit saya dan teknik2 yang saya belajar dalam program kurus online ni.

Happy sangat bila apa yang saya usahakan berhasil. Daripada xxxl sekarang S pun dah muat. Tapi kita patuh syariah sikit kita guna M la. Hehe.

Sekarang saya dah boleh pakai baju cantik2. Fesyen macam mana pun xpa. Janji sesuai dengan saya. Yela kita ni perempuan mesti nak berlawa kann.

Hidup saya sekarang lebih happy, sihat.. dan nak buat apa2 aktiviti pun tak terbatas. Banyak yang dulu saya x boleh buat tapi lepas dah kurus ni macam2 saya cuba.

Alhamdulillah! Syukur pada Allah bagi saya nikmat ni. Memang satu kepuasan bila dah berjaya kurus.

Dengan sistem, tips & teknik efektif, coach.. Kurus akan jadi lebih cepat, mudah dan paling penting berkekalan.

Kalau anda nak kurus dan sihat macam saya, saya sangat rekemen untuk join CABARAN STAILOO ni.

Tak perlu tercari-cari rahsia kurus.
Tak perlu pergi kemana-masa sebab semua secara online.
Tak perlu perabis duit beli produk kurus yang belum tentu jadi.
 

Bukan saya sorang je yang dah berjaya kurus dengan CABARAN STAILOO ni, tapi ada beratus testimoni.


Kredit : Stailo.com


CABARAN STAILOO adalah program kuruskan badan secara online.

Anda akan belajar baaaaaaanyak tips dan teknik kurus yang super efektif:

Teknik kitaran karbo dan anda boleh makan nasi sepuas-puasnya dengan syarat ……
Teknik makan perlahan untuk anda yang susah nak kawal selera makan
Teknik senaman HICT supaya anda boleh senaman sedikit tapi dapat hasil maksimum
Dan banyak lagi.

Setakat ini hampir semua peserta yang mengikuti CABARAN STAILOO berjaya kurus dengan cara yang betul, badan lebih sihat dan nampak lebih cantik.

Sertai CABARAN STAILOO kalau anda:

Payah nak kawal selera makan.
Anda akan belajar teknik makan secara perlahan untuk kawal nafsu makan dan berhenti makan pada 80% sebelum kenyang.

Banyak kali cuba diet tapi susah nak konsisten.
Anda akan diajar untuk buat satu per satu tips kurus. Amalkan selama dua minggu dan jadikan habit.


Berat macam yoyo. Payah nak turun, senang nak naik.
Anda akan belajar untuk buat lebih baik dan lebih mencabar. Dengan teknik ini tidak akan ada lagi masalah berat statik (plateau).

 Tak tahu nak makan apa.
Anda akan belajar dari mana untuk dapatkan sumber protein, sayur, kualiti-karbo, lemak sihat, vitamin dan mineral yang berkualiti setiap kali waktu makan.

Tak nak bergantung pada produk kurus.
Anda akan belajar cara kuruskan badan yang betul, langkah-demi-langkah, tanpa menggunakan sebarang suplemen / produk.


Sibuk dengan kerja, sibuk menguruskan anak2, sibuk sepanjang masa.
Anda akan belajar tips yang simple tapi super efektif. Orang yang sibuk juga mampu kuruskan badan apabila tahu apa tips kurus yang efektif perlu diamalkan.

Kurang bersemangat untuk kurus. Selalu disindir dengan kata2 kata negatif.
Anda akan belajar untuk cari dan bentukkan social support yang positif. Apabila anda dikelilingi oleh orang-orang positif, anda akan kurus dengan lebih mudah.

Bosan dengan menu makan yang sama.
Anda akan belajar untuk memasak masakan yang sedap dan tinggi khasiat. Anda juga akan diberi 101 resepi sihat dan sedap.

Tak mampu nak follow diet atkins, diet kalori atau segala jenis diet.
Anda akan belajar untuk lupakan mindset diet. Nak kurus bukan ‘jangan’ makan, sebaliknya ‘cukup’ makan protein, sayur, karbohidrat dan lemak sihat.

Payah nak beribadat.
Umur semakin meningkat.
Berat naik mendadak selepas bersalin.
Doktor nasihat untuk turunkan berat badan.
 

Tak kira apa jua keadaan anda. Tak kira apa jua masalah anda. Tak kira apa jua gaya hidup anda…

Anda tetap akan berjaya kuruskan badan apabila anda BUAT dan PRAKTIS tips yang diajar di dalam CABARAN STAILOO.

Dengan ilmu yang betul, kurus akan jadi lebih mudah dan cepat.

Sekiranya anda ingin belajar cara kuruskan badan yang betul..

Dan dapatkan badan idaman anda – kurus, sihat dan cantik.

Kredit: sinar.my

Kredit : Stailo.com



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.