SLIDER

yakin
Showing posts with label yakin. Show all posts

Realiti Perkahwinan Tak Seindah Drama TV, Bersedialah Untuk Susah Senang Bersama Selepas Kahwin

8 Mar 2024


Semua orang nak kahwin, kan? Nak ada pasangan yang sentiasa ada dengan kita di masa susah dan senang, di masa sedih dan gembira. Ini fitrah kita sebagai manusia – nak berkongsi hidup dengan teman yang berlainan jantina. Mungkin atas sebab ini, ramai di antara kita yang memilih untuk kahwin muda sampaikan ia menjadi seakan satu trend baru. 

Ada yang kahwin betul-betul selepas habis belajar, sekitar umur 21-22 tahun, dan ada juga yang kahwin semasa masih belajar lagi. Barulah extra sweet bila ada orang teman belajar, hantar ke kelas, atau boleh tolong ajar, kan? Sayangnya, realiti hidup kita tak sama dengan apa yang ditayangkan dalam drama TV. Tak semua orang dapat kahwin dengan anak orang kaya yang sanggup sediakan segala-galanya. Lepas kahwin, tinggal ‘cuci kaki’ saja. Hari-hari cuma bercinta.

Sedangkan sebenarnya, ramai pasangan yang terpaksa ikat perut untuk mulakan hidup bersama. Mungkin tinggal dengan ibu bapa dulu untuk jimat kos sewa rumah. Selepas beberapa bulan, cukup duit untuk deposit, kemudian sewa rumah. Beli barangan asas dulu contohnya tilam dan dapur gas. Bila ada rezeki lagi, beli peti ais pula. Kemudian kumpul duit lagi untuk beli mesin basuh pula. 

Semuanya dibeli perlahan-lahan, ikut keperluan. Barangan lain seperti TV, meja makan, sofa dan sebagainya dikira seakan tak penting pun. Lagipun, kan masih duduk di rumah sewa? Tak perlu semuanya sempurna. Asalkan cukup untuk kehidupan seharian. Kos sara hidup pun bukannya murah. Ibu bapa, adik-adik pun masih kena dihulur juga. Kalau ada duit lebih, baiklah disimpan untuk siapkan rumah sendiri nanti.

Firman Allah SWT;
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (QS An-Nuur 24:32)
Memang perkahwinan membukan pintu rezeki. Tapi rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit sahaja. Pasangan yang baik pun rezeki. Hati yang tenang pun rezeki. Dan kalau duit kita berkat, duit yang ada pun akan sentiasa rasa cukup. Perkahwinan perlukan pengorbanan. Dan mungkin nanti, salah satu pengorbanan kecil yang anda akan perlu buat adalah dari segi small luxuries contohnya makan di restoran dengan kawan-kawan sekali sekala, beli baju baru untuk reward diri sendiri dan sebagainya. 

Paling penting, betulkan niat dalam hati. Kahwin itu ibadah. Jalan untuk kita dapatkan pahala. Mungkin di awal perkahwinan anda nanti, anda terpaksa masak dan makan di rumah setiap hari. Ataupun beli bungkus, dan kemudian share berdua. Normal. Bukan senang nak mulakan hidup baru dari kosong. Hidup kita tak sama dengan drama kisah cinta dalam TV yang biasanya cuma ada satu halangan dan kemudian terus dihabiskan dengan happy ending sampai bila-bila.

Banyak lagi cabaran yang anda akan lalui selepas kahwin. Bila ada masalah, jangan terus putus asa. Anda kena kuat dan tabah. Usaha sehabis baik untuk cari jalan penyelesaian. Ada sebab Allah SWT hantar dugaan kepada anda berdua. Supaya anda tak perlu hadapi cabaran itu seorang diri. Susah senang bersama, kan? Lama-lama nanti, bila rezeki pun dah bertambah, masa susah bersama inilah yang akan dikenang-kenang. 

Sebab detik-detik inilah yang akan mengeratkan hubungan dan menambah perasaan sayang dalam hati anda berdua. Sementara itu. teruskan usaha dan percaya yang Allah SWT akan bantu dan permudahkan urusan hambaNya. Jangan putus harapan. Yakin dengan rezeki Tuhan. Dengan izinNya, rezeki anda akan bertambah. Mungkin dengan harta benda, ataupun mungkin juga dengan zuriat yang juga pembawa rezeki.



Betul Ke Orang Kata Anak Kedua dalam Keluarga Istimewa. Fakta Anak Kedua Yang Penuh Misteri

26 Nov 2021

 


Adakah kita dapat memilih urutan dalam keluarga, urutan ke berapa yang kita mahukan? Pastinya tidak. Telah ditetapkan dan ditakdirkan kita dilahirkan mengikut urutan mengikut kehendakNya.

Pernah terdengar tak, anak yang dilahirkan sebagai anak kedua mempunyai sifat dan karakter yang tersendiri. Admin pun ada terdengar dan Admin sendiri adalah anak nombor dua dalam keluarga dan Admin juga sedang memerhatikan sifat anak Admin yang nombor dua. Jom kita selusuri benarkah apa yang diperkatakan ramai atau berdasarkan kajian? 

Fakta Istimewa Anak Kedua

Ramai mengatakan, antara karektar yang sangat terserlah sebagai anak kedua ialah mereka nampak bersikap lebih dewasa dalam segala urusan ,keputusan dan perbuatan. Mereka berada di tengah-tengah untuk menghormati kakak,abang dan menyayangi serta menjaga adik-adiknya. Sebab itu kadangkala kita boleh ternampak mereka sentiasa akan mengalah kepada abang dan kakaknya sebagai orang yang lebih dewasa dan mengalah kepada adiknya kerana perlu menyayangi adik yang lebih kecil daripadanya. Situasi ini akan mempengaruhi perkembangan sifat dan karektar. Boleh nampak sifat mereka yang sering berlapang dada dengan adik-beradik. 

Terdapat fakta dan kajian menarik yang ditemui oleh seorang Doktor Medik dan Psikologi iaitu Alfred Adler, yang berpendapat urutan kelahiran dalam sesebuah keluarga turut mempengaruhi sifat dan karektar seseorang. 

Jom kita mentelaah fakta apakah yang diperkatakan oleh beliau tentang anak kedua. Bolehlah kita jadikan panduan dan rujukan bila kita dah ada anak nanti.

1. Rasa Terasing

Anak kedua sentiasa merasa terasing didalam keluarga kerana kebiasaan ibubapa sekarang selalu memberikan lebih perhatian kepada anak pertama kerana kepercayaan mengatakan anak pertama harus dididik untuk memiliki sifat yang baik untuk dijadikan sebagai contoh kepada adik-adiknya.

Selain itu , perhatian turut beralih kepada si bongsu kerana , kepercayaan anak bongsu adalah anak yang paling kecil dalam keluarga yang perlu diberi lebih kasih sayang dan perlindungan. Maka tinggallah anak kedua bersendirian dan kurang mendapat perhatian dari keluarga. Oleh itu kita boleh nampak anak kedua lebih cekal dan lebih 'independent', sebab pembentukan dalam keluarga sendiri telah memaksa dia berbuat sedemikian.


2. Melakukan Sesuatu Lebih Berbeza

Disebabkan kurang mendapat perhatian, seringkali akan nampak mereka selalu akan berusaha lebih gigih untuk membuat sesuatu perkara. Kadangkala mereka akan melakukan sesuatu diluar kotak fikiran, semata-mata untuk mendapatkan  perhatian dari ibubapa. Mereka akan mencuba membuat sesuatu yang berbeza daripada adik-beradiknya dengan harapan perhatian ibubapa turut beralih kepada mereka.

3. Lebih Kreativiti , Lebih Berimaginasi

Disebabkan mereka sering melakukan perkara diluar kotak fikiran, mereka sentiasa bersemangat apabila dapat melakukan sesuatu perkara dan sering berimaginasi untuk merealisasikan impian mereka. Bidang kesenian sangat sesuai untuk mereka. 

Walaubagaimanapun,  anak kedua tidak boleh berada di bawah tekanan. Mereka sangat sukakan kebebasan, fleksibiliti dan bidang pekerjaan yang sesuai adalah bidang yang boleh mengekspresi diri meraka. Mereka tidak dapat mengikut  aturan yang ditetapkan contoh seperti dari  segi jadual, masa dan peraturan. Oleh itu kebanyakan mereka lebih suka kerja-kerja freelance atau bekerja dimana ada tempat-tempat yang mereka sukai sahaja.

4. Ramah Dan Suka Bersahabat

Disebabkan mereka suka mengekspresi diri mereka, anak kedua dilihat sangat peramah, ringan mulut dan suka bersahabat dengan orang luar, dunia luar. Mereka sentiasa berusaha menjalin persahabatan dengan ramai orang  dan berusaha memastikan ikatan persahabatan itu kuat seperti hubungan keluarga.

5. Sedikit Masalah Dalam Hubungan Cinta

Kerana sifat inginkan perhatian yang lebih, takut disisihkan sebati dari kecil, menyebabkan anak kedua agak sukar untuk mencari  pasangan cinta kerana amat risau pasangannya tidak memberi perhatian kepada mereka seperti yang diharapkan. 

Mereka sering dilihat mengharapkan perhatian lebih daripada pasangan mereka, kerana mereka tidak dapat merasai itu semasa mereka kecil. Dan sekiranya mereka gagal mendapat pasangan sepert itu, anak kedua biasanya akan menyalahkan diri sendiri dalam hal ini.


Haaaa...Bagaimana ?  Ada tak di antara ciri-ciri diatas sama seperti anda atau anak anda? 

Pada pendapat Admin, faktor yang mempengaruhi ,bukanlah dari urutan kelahiran, tetapi faktor lingkungan dalam keluarga seperti didikan, pergaulan, dan pembentukan adalah faktor penting yang mempengaruhi sifat, karektar dan keperibadian seseorang  itu. Oleh itu kita sebagai seseorang yang telah melalui pengalaman lalu, perlu berusaha memastikan faktor lingkungan keluarga yang baik dan tersusun untuk menyokong perkembangan anak-anak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi dan mental.

Antara cara yang paling asas adalah memberikan perhatian, kasih sayang, tanggungjawab dan tumpuan yang sama rata kepada anak-anak supaya mereka tidak rasa terasing dan tersisih dari lingkungan keluarga mereka sendiri.

Admin 


Pernah Mencecah 104kg, Kini 52.4kg, Wow ! Apa Rahsianya

13 Jul 2017

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamualaikum.Since terlalu ramai bertanya tentang keadaan saya,saya jelaskan disini mengenai bagaimana saya kurus dan jadi seperti harini.

2015 - Tahun saya berkahwin dan masa tu berat saya 94kg.Masa tu memang rasa badan berat tapi pedulilah asalkan ada lelaki nak.Hahaha.

2016 - Berat naik ke 104kg.10kg sejak berkahwin dan selepas mengalami keguguran untuk anak pertama.

2017 - Harini 09 July 2017, 9PM - 52.4kg

Saya x amalkan pil atau supplement atau segala jenis benda untuk kurus.Saya taknak sebab saya x selesa.Time berbadan besar dulu,saya ada la jugak hati nak mencuba untuk makan supplement kurus tapi macam x berbaloi sebab rasa membazir.Kalau kau x control makan kau,sama je.Naik balik nanti.😅😅😅..Tepuk dada tanya diri sendiri.

Sebenarnya,lepas apa yang saya lalui dan alami,nak kurus tu,tekad kita pada diri kita sendiri.Tanggungjawab pada tubuh badan kita.Saya nak kurus sebab saya nak sihat.Saya nak rasa lebih yakin.Dulu saya susah nak cari baju sebab saya pakai seluar size 44 dan baju size 5xl ke 6xl.Tekanan beb!..X tipu!..Alhamdulillah skrg baju size M dan seluar saya size 27 ke 28.

Nak kurus,tips dari saya :

Air Manis
Fast Food
Jajan / Snack
Exercise
Kawal pemakanan

Be positive with urself.If u berbadan besar and always complaint itu ini,but then u sendiri x ada effort nak reduce ur weight, sembang ke apa?..😆😆😆..

Bersenam dan amalkan cara hidup sihat.Jangan mudah terikut dengan cara org.Lain org lain caranya.Slowly buat.Selesakan diri dengan bersenam.In shaa Allah,lama kelamaan akan nampak hasilnya.

Nak tips kulit cerah :

2x seminggu buat masker putih telur.

Nak tips apa lagi?

Itu je saya boleh bagi.Tak ada rahsia apa2.Benda baik kita kongsi bersama.Doakan saya achieve untuk ke 45kg.💪💪

-Nur Hafiza binti Mukhtar-
10/07/2017




Yakinlah dengan Allah

30 Jan 2010

Tertarik dengan penulisan daripada blog Nurain Muhammad. Sama-sama kita hayatinya.

Kita yakin bahwa...
Apabila doa kita segera dimakbulkan, itu tandanya Allah menyayangi kita. Apabila doa itu lambat dimakbulkan, itu tanda Allah hendak menguji hambaNya. Apabila doa tidak dimakbulkan, itu tanda Allah sudah menyediakan ganjaran yang lebih besar samada di dunia lebih lagi di akhirat. Allah tidak zalim, tidak akan mungkin janji. Hanya saja kita meletakkan solat agenda utama dan sabar atas segalanya.

Siapalah kita untuk meragui janji Allah..Siapalah kita untuk mendesak Allah membuat sesuatu yang kita mahu sedangkan Dia lebih tahu apa yang lebih baik untuk hambaNya.Siapalah kita untuk dikecualikan dari ujian sedangkan Rasul saw. kekasih Allah sendiri menerima ujian yang sangat berat.Siapalah kita untuk merungut dengan ujianNya sedangkan limpahan nikmat Allah selama ini belum lagi kita syukuri sepenuhnya.


Siapalah kita untuk merintih dengan kehilangan yang tersayang, sedangkan yang kita sayangi itu sedang berada dalam curahan kasihNya yang Maha Agung. Siapalah kita pada pandanganNya ….. diri yang selalu alpa padaNya sedangkan Dia tidak pernah alpa pada kita. Diri yang sering melakukan dosa sedangkan Dia masih tidak jemu memaafkannya. Diri yang ibadah tidak seberapa tetapi masih meminta padaNya. Diri yang masih biasa tertipu dengan dunia sedangkan akhirat sudah pasti menanti.

Janji Allah itu benar. Kasih Allah itu benar. Rencana Allah itu benar. Qadha’ dan qadar Allah itu memang benar dan akhirat itu sudah pasti benar.Yang palsu adalah kegembiraan di dunia. Kegembiraan itu akan padam pada bila2 masa.Wahai hati bersabarlah. Dunia adalah penjara orang beriman. Orang beriman itu ada Allah dihatinya biarpun seribu dugaan melanda.

Orang beriman itu ada taqwa dalam jiwanya. Orang bertaqwa itu meletakkan akhirat di atas junjungannya dan merebahkan dunia di kaki agar apabila dunia cuba menggodanya ia akan mudah ditendang begitu saja.
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.