SLIDER

membantu
Showing posts with label membantu. Show all posts

Sudah Hujung Tahun, Jangan Lupa Tunaikan Zakat Harta

26 Dec 2021



MASYARAKAT Islam kini berada pada penghujung tahun 2021. Sudah sampai masanya ibadah zakat diberi perhatian terutamanya bagi individu yang menjadikan bulan Disember sebagai tempoh penuh dalam pengiraan zakat mereka.

Menyoroti Rukun Islam keempat itu, zakat dikelaskan kepada dua bahagian iaitu zakat fitrah dan harta. Zakat fitrah wajib ditunaikan oleh semua masyarakat Islam sebelum 1 Syawal setiap tahun.

Bagi zakat harta pula, ia diwajibkan kepada individu yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Antara lain adalah cukup haul (tahun), sempurna milik, cukup nisab (melepasi paras minimum) dan harta yang disifatkan al-nama (berkembang).

Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis zakat harta. Ia termasuklah hasil perniagaan, pertanian dan ternakan, harta ma’adin (galian), harta rikaz (temuan atau karun), emas, perak serta mata wang, hasil pendapatan, wang simpanan, hasil pelaburan dan saham.

Berdasarkan historiografi, pensyariatan zakat sangat unik berbanding dengan ibadah-ibadah yang lain. Ini kerana kewajiban tersebut telah menggabungkan dua tanggungjawab iaitu terhadap ALLAH SWT dan juga manusia.

Justeru, maqasid (objektif) dan hikmah zakat terbahagi kepada dua iaitu mendekatkan diri kepada ALLAH SWT berdasarkan ibadah mahdah (semata-mata) yang bersifat pengabdian.

Satu lagi ibadah yang termasuk dalam kategori sedekah wajib itu bermatlamat untuk memenuhi kehendak fakir dan miskin yang lebih dikenali sebagai ibadah maliyah (harta).

Hikmah pensyariatan

Sesungguhnya, perintah melaksanakan zakat terselit pelbagai maqasid dan hikmah bagi memastikan maslahah dipelihara dan mafsadah (kerosakan) dicegah daripada menimpa kehidupan manusia.

Antaranya seperti berikut:

i. Membentuk kepatuhan dan ketaatan manusia kepada ALLAH SWT.

Imam al-Ghazali berpandangan, objektif utama pensyariatan zakat adalah untuk membuktikan sepenuhnya kepatuhan, ketaatan, pengabdian diri dan keimanan kepada ALLAH SWT.

Masakan tidak, segala harta adalah hak milik mutlak ILAHI, manakala manusia hanyalah sebagai khalifah yang diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir harta di sekeliling dengan sebaiknya.

Sebagai bukti menzahirkan tanggungjawab tersebut, maka setiap insan diuji dengan kewajipan berzakat iaitu dengan mengeluarkan kadar tertentu daripada harta yang dikurniakan kepada mereka.

ii. Manifestasi kesyukuran seorang hamba.

Begitu besar imbalan bagi mereka yang berbuat demikian sehinggakan ALLAH SWT berjanji untuk menyuburkan harta dan menambah nikmat bagi orang yang bersyukur.

Firman ALLAH SWT: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur, nescaya AKU akan tambahi nikmat-KU kepada kamu…” (Surah Ibrahim, ayat 7)

iii. Menghapus dan membersihkan diri seseorang daripada dosa.

ALLAH SWT berfirman: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya ENGKAU membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)…” (Surah at-Taubah, ayat 103)

Seterusnya, terdapat hadis Nabi Muhammad SAW yang menegaskan bahawa perbuatan mengeluarkan harta bertujuan untuk pembersihan daripada dosa.

Baginda SAW bersabda: “Sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

iv. Memupuk jiwa menjadi pemurah, melatih diri menunaikan amanah dan menyampaikan hak orang lain.

Secara tidak langsung, ibadah zakat dapat menghiasi akhlak dengan sifat dermawan dan pemurah, selain membuang sifat kikir dan kedekut kerana fitrah manusia sangat sayangkan harta benda.

v. Mewujudkan kesatuan masyarakat dan jaminan sosial.

Amalan zakat menjadi medium yang berperanan secara langsung kepada asas jaminan sosial. Harta yang terkumpul akan disalurkan untuk tujuan kebajikan dan keredaan ALLAH SWT sebagaimana yang terangkum dalam konsep jaminan sosial.
Ia adalah satu bentuk perkongsian menerusi kaedah mengambil harta daripada golongan kaya dan berada untuk diberikan kepada kelompok miskin, melarat serta melata termasuk mereka yang memerlukan.

Falsafah zakat juga menggambarkan keseimbangan sosial di dalam Islam.

vi. Mewujudkan suasana aman dan tenteram dalam kehidupan masyarakat di dalam sesebuah negara.

Perkara itu boleh digambarkan melalui ketiadaan kes jenayah, rompakan dan sebagainya sekiranya golongan yang memerlukan kewangan dibantu dengan wang zakat.

Demikianlah manfaat zakat yang diperincikan dalam Islam agar seluruh umat Islam termotivasi dan cakna untuk melaksanakan kewajiban tersebut.

Sinergi institusi-institusi zakat di Malaysia yang berperanan dan bertanggungjawab dalam menguruskan zakat perlu lebih efektif dengan menjalankan kempen kutipan zakat.

Pada masa sama, bersedia membantu dan memberi khidmat terbaik kepada seluruh masyarakat Islam.

Kredit :

***Dr Azri Bhari ialah Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

SInarIslam


Berkat ? Rezeki Tanpa Di Sangka ...

25 Aug 2017


Isnin lepas, saya buat keputusan untuk balik ke Bangi awal pagi selasa. Isteri pun minta saya rehat secukupnya sebelum balik nanti. Saya pun tulislah dalam grup WhatsApp keluarga yang saya akan balik ke-esokkan harinya dan selang beberapa minit abang saya menjawab, “bolehlah masak lagi,”

Saya ok sahaja.

Dari Temerloh nak ke Mentakab, saya duk berkira-kira nak masak apa. Duit sudah tinggal RM30 di dalam dompet. Saya pun kenyit-kenyit mata ke orang rumah, dan dia pinjamkan RM100. Saya melenggang sahaja masuk ke pasar dan cari apa yang sesuai untuk dimakan bersama sekeluarga. Ya, kali ini tujuh-tujuh beradik balik. Campur tolak lebih kurang ada 20 orang tidak termasuk yang dalam perut. Kikikiki.

Sudah semalamnya makan rendang ayam, ikan patin tempoyak, udang masak lemak bagai, jadi saya pun belilah tulang lembu dalam empat kilo campur sedikit ekor dan dapatlah sedikit daging tak sampai satu kilo. Dalam kepala saya, adik-beradik saya tak adalah suka bebenor makan malam. Semua kaki TV dan kaki sembang kalau malam-malam buta ni. Jadi, duit yang ada tu bolehlah cukup-cukup. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan balik ke rumah emak, isteri saya memberi penerangan luar biasa. Katanya macam tak cukup jumlah tulang dan daging yang saya beli. Dia kata kalau keluarga dia, itu memang tak cukup. Ok saya sudah tak keruan.

Sampai sahaja di rumah, saya buat-buat tak beli kentang. Ha ha ha, jadi pesanlah kata Abang yang kurang kacak dari saya belikan. Kemudiannya beliau belikan roti. Oh hoi, masa tu saya sudah berdebar-debar. Lain macam aura nak masak sup malam ini. Cukup ke idak ni?

Saya pun punggahlah periuk emak yang paling besar. Didihkan air. Siapkan semua bahan dan masukkan dalam periuk. Ya Tuhan, hanya ada ¼ sahaja isi di dalam periuk tersebut. Tambah dengan kentang pun masih nampak sedikit. Saya kool sahaja masak sampai siap, terkumat kamit baca selawat bagai, ha ha dalam hati ini duk berdoa yang penting semua dapat merasa seorang sedikit pun oklah.

Sambil tunggu sup masak, Abang saya ajak solat sama-sama. Kami pun solatlah Jemaah beramai-ramai. Waktu ini Tuhan sahajalah yang tahu saya berdoa bagaimana. Macam nak ambil keputusan SPM, setiap sujud saya duk mohon Ya Tuhan, cukupkanlah sup aku malam ini. Ha ha ha.

Siap sahaja masak, Abah saya ambil semangkuk besar. Menggunung tinggi. Katanya dia dah lama mengidam. Saya telan air liur. Anak-anak saudara yang dah besar panjang pun mengulang-ulang ambil. Isteri juga boleh tahan menambah-nambah, abang kakak yang dah berkahwin kemain kongsi mangkuk cicah roti sama-sama. Saya sudah berdebar-debar. Takkan nak sound yang tulang tu sikit je?

Kakak ipar saya yang berbadan dua juga ambil, bertambah-tambah. Makan pula dengan kicap cili, fuh meletup. Saya relak dan kool bertahan jangan ambil lagi. Konon-konon badi orang masak tak berapa lalu nak makan. Saya perhati sahaja semua dah ambil dan siap tanya semua dah makan ke belum.

Saya pun ke dapur. Ambil senduk dan ceduk. Eh kenapa banyak lagi? Saya pun tanya dua tiga kali pada semua orang, betul ke semua dah makan? Ya semua angguk.

Saya pun cakap dengan emak, satu-satunya yang duk tengok jumlah yang saya beli masa saya membasuh tulang dan daging tadi. “Kenapa banyak lagi eh mak? Macam pelik pulak, Kan semua orang ambil banyak-banyak.”

Emak jawab relak je macam tak ada apa-apa,

“Berkat,”

Saya pun terdiam. Hirup sup perlahan-lahan, jadi orang terakhir yang menjamah masakan sendiri. Tuhan tolong saya dengan cukup bergaya malam itu. Cukup sekadar memberi gembira kepada perut sekeluarga. Jika pada malam itu mereka tidak tahu cerita ini, hari ini mereka bakal tahu.

Saya tidaklah banyak wang ringgit nak bantu keluarga dengan menabur-nabur kekayaan, tetapi ada sedikit kemahiran memasak bolehlah untuk beri gembira emak abah melihat anak-anaknya berkumpul makan sama-sama.

Dalam dunia ni, kalau dapat kau kongsi kemahiran yang kau ada dengan adik beradik dan keluarga, itulah syurga yang kau dapat semasa kau hidup. Mereka ini adalah manusia yang pernah berkongsi rahim dalam perut emak. Mendapat segala zat dan makanan dari mulut emak dan kemudiannya dapat didikan dan asuhan dari tangan emak bapak kita sendiri. Itulah namanya adik beradik.

Walau Tuhan beri seribu kepelikan dan banyak perbezaan kita sesudah kita dewasa, adik beradik tetap adik beradik. Keluarga tetap keluarga.

Malam itu Tuhan tolong saya, mungkin sebab saya tolong emak gembirakan semua anak-anaknya.

Kawan-kawan,
Bila balik kampung, boleh sahaja kita tolong mana yang kita tahu. Jika hanya tahu masak air, boleh tengok-tengokkan air dalam peti ais, boleh juga perhatikan ada air panas ke tidak. Jika kita hanya tahu mengemas, boleh sahaja kita ringan-ringankan tulang mengemas sana sini. Semua itu akan jadi kesayangan dalam pandangan Tuhan.

Jika nampak ada pinggan di dalam singki belum berbasuh, lalu sekejap basuhlah sebentar.

Tolong emak, tolong bapak banyak-banyak. Tuhan pula akan tolong kita banyak-banyak. Tak secara cash, mungkin Tuhan akan beri kita anak-anak yang rajin, atau Tuhan beri kita rezeki yang kita tak sangka-sangka.

Khairul Hakimin. Muhammad
Anak ke-lima, paling kacak. Nak jugak tak kira.


Kredit : Fb Khairul Hakimin Muhammad




Pengalaman Menjadi Isteri Hanya 10 Bulan 23 Hari

1 Jul 2017



Maaf jika cerita saya amat panjang..cuma sekadar berkongsi pengalaman menjadi seorang 'isteri' hanya 10 bulan 23 hari..Alhamdulillah..mungkin ini takdir saya...saya sudah semakin redha..cumanya,,bila tiba Hari Raya,, bohong lah kalau hati ini tidak sedih merintih rindukan 'arwah suami' saya yang telah meninggal kan saya..

Genap 2 tahun arwah suami saya meninggal dunia; jika ada umur saya berjumpa dengan Hari Raya yang tidak berapa hari lagi kian tiba 😔..

Lepas berkahwin, saya dan arwah suami berPJJ akibat tuntutan tugas masing-masing...kebiasaan berjumpa 2 minggu sekali atau pun sebulan sekali ikut kesempatan yang ada.

Long short story; seminggu before arwah suami saya pergi; dia sangat teruja nak sambut raya dengan saya..maklum lah raya pertama sebagai suami isteri..🤗..dia yang plan baju kami berapa pasang; warna apa; semualah...dan saya pula seronok ikutkan karenah dia...baju melayu lain; kemeja lain; kurta lain; tshirt berkolar lain;...bunyi macam banyak lah kan 😅...saya mula rasa pelik sikit sebab suami bukan jenis suka membeli barang-barang dia...dia jenis dahulukan keperluan saya..tapi bila dia teruja nak beli itu ini dan semua baju-baju dia akan pastikan sama sepasang dengan saya 😂; saya layankan walau masih pelik, tapi mulut saya macam terkunci nak bertanya kenapa suami lain macam nih teruja 😅..

Dan sampai lah hari raya yang pertama 🤗🤗...raya kedua...ketiga...keempat...kelima...keenam..

Malam raya keenam; yang mana esoknya hari raya ketujuh; saya akan mula bekerja...begitu juga suami...memang menjadi rutin saya memandu kereta sendirian kembali ke tempat kerja saya dan tinggalkan suami saya yang tinggal di kampung asal kerana dia memang bekerja di daerah kampungnya juga..

Malam sebelum arwah suami meninggal; dia beritahu saya yang dia ada permintaan...dia minta untuk saya sambung cuti raya terus memandangkan lagi 2 hari akan bertemu cuti hujung minggu pula..jadinya dia cakap, takut dia tidak puas beraya dengan saya 😔...saya diam dan bertanya, "macam mana dengan abang..? abang kerja,, sayang duduk rumah..?"

suami jawab "abang kerja kan balik cepat, abang balik nanti, kita sambung jalan raya rumah saudara semua lagi okehh..."..Maka saya turutkan dan maklum pada Bos saya, yang saya minta sambung cuti raya lagi..dan kebetulan badan saya juga tidak berapa sihat kemungkinan keletihan sambut raya...

Pagi Raya Ketujuh; saya tidak sedar pagi tu..sedar-sedar dari tidur, bila suami kibaskan seluar kerjanya untuk disarung..saya terjaga dan tanya kenapa tidak kejutkan saya..dia cuma 😊 dan jawab tak mahu ganggu saya nyenyak tidur...saya ingin bangun sediakan sarapan Nasi Goreng Cina kesukaan dia untuk dia bawa bekal; tapi suami cuma cakap "sayang jangan susah-susah...abang boleh makan di tempat kerja,,sayang kan tak sihat, tak cukup rehat,lepas nie abang bagi sayang rehat puas-puas" saya tercengang dengar dia cakap begitu tapi mulut masih berat nak tanya kenapa abang cakap macam tu..? 😔😔

Saya cuma bekalkan air masak dalam botol air seperti dia minta...dan itulah tugas terakhir saya sebagai isteri pagi raya ketujuh 😢😢😔😔😔😔..sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur, saya tarik muka dia, cium kedua-dua pipi dia puas-puas, dia cium lama dahi saya dan pandang wajah saya seolah-olah dia dapat rasa, mungkin itu pandangan terakhir kami berdua di dunia 😓😓..

Saya hantar dia sampai ke pintu..dia start motosikal, dan lambai saya hingga hilang dari pandangan saya..itulah lambaian terakhir suami saya 😢...

Selang 45 minit; ibu saya terima panggilan dari nombor telefon suami saya sendiri, dan saya pelik kenapa suami saya tidak hubungi telefon saya (kebiasaan dia memang akan telefon setiap hari untuk maklumkan dia sudah sampai di tempat kerja)..saya mula rasa lain..Apabila ibu saya menjawab panggilan dia; dan serta merta ibu saya seolah-olah terperanjat besar dan ucap "Allahuakbarrrr!!! kat mana encikk..???? macam mana dia encikkk...??" 

Tanpa saya tahu kenapa ibu saya tiba-tiba bereaksi sedemikian; tak semena-mena airmata saya laju turun...saya pun tak tahu kenapa saya menangis sedangkan saya langsung belum tahu apa sebenar yang sedang terjadi ..!! Ibu saya cuma maklumkan "Nak,, orang ni call bagitau A..... kemalangan,, tapi tak bagitahu macam mana keadaan dia..dia suruh kita datang terus ke sana" 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭..Masa tu saya rasa macam langit menimpa kepala saya 😭..berat ujianMu Ya Allah...

Bapa mertua saya yang bawa saya ke lokasi arwah suami kemalangan masa tu..dan sebenarnya suami saya sudah meninggal dunia di tempat kejadian dan saya langsung tidak diberitahu...!(mungkin keluarga yang telah tahu,,tidak mahu saya terperanjat) 😭😭😢😢😭😭😭😭😭..semasa dalam perjalanan ke tempat kejadian, saya masih bersangka baik, mungkin suami cedera ringan je kot...tapi airmata langsung tak berhenti mengalir masa tu tanpa sebab..😔😔

Bila sampai jer,,dari jauh saya nampak kain putih tutup sekujur badan dan saya sangat pastii itu SUAMI SAYA !! 😢😢😥😥...saya pengsann dan sedar-sedar di hospital untuk menuntut jenazah suami saya 😭😭😢😢...genap seminggu beraya pertama kali dan terakhir bersama suamiku 😔😔😔..

Dan raya kali ini menerpa lagi..tanpa abang di sisi...juga semasa hidupnya, kami juga belum sempat dikurniakan zuriat sendiri..😔...mungkin ada hikmah Allah yang menanti saya di hadapan.. 

Rindunya sayang pada Abang tidak terkata...di wajah boleh mengukir senyuman, dalam hati Allah sahaja yang Maha Mengetahui..Sayang tahu Abang telah pun bahagia di sana...untungnya Abang pergi di usia muda, di saat ibu ayah Abang masih setia mendoakan Abang..adik beradik Abang yang tidak jemu melawat pusaramu Abang..terlalu banyak kebaikan yang Abang tinggalkan sehingga semua terasa dengan pemergianmu 😔😔..

Rehat lah Abang di sana...Sayang tidak pernah lupa mendoakan Abang sentiasa...Semoga sayang makin kuat dan tabah sehari-hari tanpa Abang di sisi ♥️♥️

Redha itu perlu...Tapi,, Rindu itu juga pasti..Al-Fatihah ♥️
Yang Sentiasa MencintaiMu,
Makmum Mu Abang  

Kredit : Fb ViralOhViral

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.