SLIDER

pendapatan
Showing posts with label pendapatan. Show all posts

Tertipu, Pengalaman Ngeri Menjadi Pekerja Pemetik Buah Di Australia

2 Mar 2022



Anda pernah terbaca di Twitter atau Facebook tak dimana seorang ejen dari Malaysia menawarkan pekerjaan yang sangat menarik. Anda boleh mendapat ribuan ringgit dalam masa seminggu dengan hanya memetik buah di Australia. Wahh, kerja senang macam tu siapa yang tak nak beb. 

Kerja kat negara sendiri bagai nak rak pun sampai ke sudah tak kaya-kaya. Huhu. Tapi sebelum anda berangan untuk menjadikan memetik buah sebagai kerja tetap anda, anda kena baca kisah yang dikongsikan insan yang bernama Kayla ni. Kami baca luahannya terus tak jadi nak pindah Australia. Seramnya..

Jangan terpedaya dengan iklan kerja pemetik buah gaji lumayan

Kisah ini dilaporkan oleh Sinar Harian, dimana wanita bernama Kayla menceritakan pengalaman sebenar memetik buah di Australia. Pada mulanya Kayla bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji sekitar RM5, 000. Tetapi dia terpaksa berhenti kerana ingin menjaga ibunya yang sakit. 

Antara adik-beradik, hanya saya yang masih bujang, jadi tugas menjaga ibu jatuh di bahu saya. 

Selepas ibunya pulih, Kayla ambil keputusan untuk pindah ke Australia dan mencari ‘lubang’ serta berusaha untuk mencari orang tengah supaya dia dapat bekerja sebagai pemetik buah. Iya lah, siapa yang tak rambang mata jika nampak iklan pekerjaan di Facebook yang menawarkan gaji RM12, 000 sebulan dengan kerja yang senang macam tu. 

Dengan restu ibu, Kayla nekad mengeluarkan semua duit simpanan serta menjual motor kesayangannya. Kayla juga ketika itu meminjam duit adik beradik yang lain serta rakan-rakan demi untuk cukupkan modal. 

Pada waktu itu, saya meletakkan keyakinan kepada ejen dengan harapan saya tidak akan ditipu, malangnya ia sia-sia sahaja.
Sampai ladang, ejen ‘ghaib’ 

Selepas semua persiapan dah buat, Kayla pun meninggalkan bumi Malaysia dan dalam perjalanan ke Australia, pelbagai persoalan bermain di fikiran Kayla. Kata ejen yang memperkenalkan diri sebagai Mie (berasal dari pantai timur) tidak putus-putus memberitahu Kayla supaya jangan bimbang kerana semuanya sudah diuruskan. 

Saya nekad, saya teruskan. Saya sudah tidak boleh berpatah balik, lagipun tujuan utama saya untuk menjadi pemetik buah di Australia ialah mahu melangsaikan hutang dan pinjaman. 

Bila sampai sahaja di sebuah ladang di Victoria, Kayla pun memulakan pekerjaannya sebagai pemetik buah. Tapi perasaan curiga bermula apabila ada pemetik buah yang lebih lama di sana merungut tidak dibayar gaji. 

Apabila saya cakap kontraktor ladang tidak bayar gaji kepada ejen yang menguruskan saya, ejen berkenaan terus ‘ghaib’ tanpa jejak. Dia terus lepas tangan begitu sahaja. 

Merasakan sesuatu yang tak kena.. 

Di situ bermula lah mimpi ngeri Kayla sebagai pemetik buah. Selepas dirinya ditipu kontraktor ladang, Kayla diarahkan oleh ejen lain supaya ke sebuah pekan kecil yang bernama Robinvale, Victoria. 

Ejen itu hanya memberikan saya satu nombor telefon yang dia sendiri tidak pasti siapa, tetapi mendakwa ia milik kontraktor yang akan memberikan saya pekerjaan. 

Malangnya saya tak dapat menghubungi ejen berkenaan dan dari situlah bermulanya siri penipuan demi penipuan oleh beberapa individu yang rata-ratanya mendakwa sudah mendapat taraf penduduk tetap di Australia. 

Amat menyedihkan Kayla ialah apabila yang menipunya adalah orang dari negara kita sendiri. 

Seperti berada di ‘neraka’, sering kena tipu 

Demi untuk meneruskan hidup di sana, Kayla terpaksa tempuhi rintangan dan cabaran yang datang. Sehingga kan dia tak sedar pun dia sudah sebulan bekerja keras di Australia. Kontraktor pula semakin galak membuat tipu helah kononnya upah akan dibayar mengikut jam kerja, namun semua hanya janji sekadar janji. 

Setiap kali tiba hari bayaran, kontraktor akan gunakan alasan untuk memotong upah kononnya kotak buah hilang, buah rosak dan pelbagai lagi alasan. Potong punya potong, dapatlah AU$5.4 (RM16), lepas tolak duit sewa rumah AU$80 (RM245). 

Kena ingat, di Australia sebanyak 10 peratus GST ditolak daripada gaji. 

Mungkin lebih baik jadi penjual nasi lemak atau goreng pisang di Malaysia daripada kerja seperti saya di sana. 

Menurut Kayla kadang-kadang dia merasakan diri dia dipergunakan tapi tak boleh buat apa-apa mengenai perkara tersebut. 

Cuma saya kesal ramai mangsa yang sudah ditipu tidak mendedahkan kisah mereka, kalau ia diuar-uarkan setidaknya mungkin dapat mengelak saya daripada melalui azab seperti itu. 

Inilah pengajaran berurusan dengan penipu. Nasihat saya seboleh-bolehnya kalau ada sesiapa yang berminat untuk bekerja sebagai pemetik buah, dapatkan ‘working holiday visa’ untuk tempoh setahun, tidak mahal pun lebih kurang RM1,000. Cari kenalan yang boleh dipercayai dan boleh tawarkan kerja sepanjang musim, bukannya ejen. 

Banyak beri pengajaran 

Kehidupan Kayla sebagai pemetik buah selama dua bulan di Australia beri banyak pengajaran kepadanya. Wang poket yang dibawa sebanyak RM9, 000 habis digunakan untuk menampung perbelanjaan di sana termasuklah tiket penerbangan balik ke Malaysia. 

Kesusahan hidup sebagai pekerja dan dengan hanya menggunakan visa pelawat juga membuatkan hidup Kayla tidak tenteram, kerana setiap kali sedang memetik buah, dia bimbang akan ditangkap oleh pihak berkuasa. 

Oleh kerana tidak tahan dengan pelbagai kos serta wang yang telah digunakan, Kayla buat keputusan untuk terus berhenti menjadi pemetik buah dan meninggalkan ladang tersebut. Dengan Visa yang hampir tamat tempoh, Kayla akhirnya balik ke Malaysia. Bagi Kayla, cukup lah dua bulan yang amat memeritkan tu. 

Sibuk Dengan Side Income, Kerja Sendiri Diabaikan

19 Sept 2017



salam semua pembaca IIUMC. Terima kasih kepada admin seandainya coretan aku ini diketengahkan untuk tatapan. Ambil lah pengajaran yang baik dari penulisan ini. Seandainya tidak bersetuju dengan apa yang dicoretkan, terpulanglah. Itu hak masing masing. Selamilah hati nurani, carilah kebenaran yang hak dan hakiki. 

Mencari sumber pendapatan tambahan adalah satu perkara yang bagus. Malahan ianya merupakan salah satu kaedah untuk meneruskan survival kita di dalam ekonomi yang teruk sekarang. Ramai yang merasakan betapa sempitnya hidup dengan hanya mempunyai satu sumber pendapatan untuk keluarga. 

Aku sangat menyokong, malahan kagum dengan keazaman mereka untuk meningkatkan ekonomi hidup mereka. 

AKAN TETAPI 

Aku tidak bersetuju dengan pendekatan yang mereka lakukan untuk mencapai azam mereka. Setakat dari apa yang aku nampak berlaku di kalangan rakan sepejabat aku, itulah yang berlaku sekarang. 

APA DIA???
“SIKAP KURANG MENGENDAHKAN KERJA HAKIKI TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MENGUTAMAKAN KERJA – KERJA TEPI” 

Dapat gambarkan apa yang aku cuba sampaikan?? Konsep dia mudah je. Kerja pejabat kau lengah lengahkan tapi kerja tepi kau dahulukan. 

Macam mana aku tahu? Sebab semuanya berlaku di depan mata aku sendiri. Sebelum ada antara kamu yang berkata “alahai…buat apa bising kat sini IIUMC ni. Baik kau cakap dengan diorang face to face terus. Kau tulis kat sini pun bukannya diorang baca”.. 

Aku bukan bebal. Aku dah face to face dan nasihat mereka one by one. Tujuan aku tulis di IIUMC ni adalah sekadar perkongsian, dan juga untuk menegur mereka yang berperangai sama di luar sana. Siapa yang makan cili dia yang terasa kepedasannya, betul tak? 

Modus operandi mereka bagaikan skrip. Semuanya sama lebih kurang. Di dalam pejabat, dengan jelas aku boleh saksikan apa yang mereka lakukan, walaupun mereka cuba untuk menyorokkan perbuatan mereka itu. 

Contohnya:
Pekerja A merupakan seorang kerani. Pada hujung minggu beliau juga merupakan seorang jurugambar perkahwinan. Agak terkenal lah jugak namanya di daerah tempat aku tinggal ni. Sebagai seorang kerani sudah pastinya akan ada dokumen dokumen rasmi yang perlu diselesaikan. Dan selalunya dokumen dokumen itu akan melibatkan aku. Setiap kali tiba masanya aku minta untuk semakan, pastinya akan ada saja alasan. 

“Belum siap lagi” atau “Tengah difinalisekan” atau “Nak siapkan laporan lain dahulu” 

Sedangkan dalam masa yang sama aku lihat dari jauh si A khusyuk mengedit gambar2 pengantin dengan Photoshop saban hari menggunakan komputer pejabat. Macam mana nak siap laporan / dokumen kalau kamu sibuk mengedit gambar pengantin sepanjang masa?? 

Pekerja A dah ditegur oleh aku dan diberi amaran.
Pekerja B pula merupakan seorang ustaz di pejabat kami. Dalam masa yang sama pada waktu malam, beliau akan mengadakan kelas tusyen Bahasa Inggeris. Hebat ustaz ni. Bila bersembang tak lepas dari selitan tazkirah. Ramai yang kagum. 

Masalahnya, beliau rupanya selalu gunakan masa bekerja untuk membangunkan modul modul tusyennya. Sedangkan dalam masa yang sama, kerja kerja hakiki beliau di lengah – lengahkan. Bila dikejar dateline baru terkejar kejar. Kalau masa meeting selalu pula “berjaya” melarikan diri. Bila diberi tugasan adhoc ada saja alasan untuk menepis. Sangkaan awal mungkin kerana beliau benar benar sibuk tetapi ternyata tembelangnya sudah pecah. 

Ustaz ini juga dah ditegur oleh aku dan diberi amaran. 

Itulah contoh yang boleh aku berikan. Ada beberapa lagi yang wujud di dalam pejabat aku tapi tak perlulah aku tulis semuanya. Kamu semua pun boleh bayangkan macam mana kisahnya. Yang jual tudunglah, yang MLM lah, Public Mutual lah…macam macam. Ada yang bijak mengurus masa. Tapi ramai juga yang melakukan aktiviti kerja tepi pada waktu pejabat tanpa sekelumit rasa bersalah timbul di hati. 

Guna waktu pejabat untuk bukak system online bisnes mereka sebagai contoh. Semuanya aku dah jumpa dan nasihatkan. Mereka nak dengar, dengarlah. Siapa lagi yang nak menegur kalau bukan kawan sendiri. 

Kenapa jadi macam ni ya? Itu kan amanah yang telah diberi kepada kita. Adakah kerana terlalu selesa dan yakin bahawa kerja tetap itu setiap bulan gajinya masuk? Maka tak kisahlah kalau tak perform pun? Tidakkah kamu terfikir akan keberkatan gaji tersebut? Ingatlah bahawa PEMECATAN itu benar belaka saudara dan saudari, pakcik dan makcik. Jangan disalahkan majikan jika itu berlaku. Tidak mustahil. Tiada majikan yang akan membiarkan wujudnya kanser didalam organisasi. 

Akhir kata, tak salah untuk mencari sumber pendapatan sampingan. Asalkan jangan sampai mengganggu fokus kamu pada kerja yang hakiki. Kerja itu dituntut haknya dari kamu dengan setiap sen yang dibayar. Jangan buta hati kerana duit. Beringatlah. 

p/s: Aku yakin tindakan aku ini akan dibenci. Lantak pi lah. Aku dah jalankan tanggungjawab.

– Sang Pemerhati.

Keliru Antara Sambung Belajar , Berniaga Atau Kahwin

8 Jul 2017




Assalamualaikum admin. Tlg hidekan profil saya. Saya nak mintak pendapat dari pembaca krt. Kisahnya begini. Saya lepasan sekolah,, berusia awal 20an dan bakal melanjutkan pelajaran dlm peringkat ijazah(xpasti lagi).. Saya sebenarnya dah  tak berminat nak teruskan pelajaran.. Kalau ikutkan result saya mmg cemerlang. 

Sekarang saya bekerja dan masih keliru nak teruskan belajar atau tak.. Saya ada kekasih dan kitorang dah lama berhubungan. Dia memang selalu ajak saya kahwin.. Tapi keluarga saya bermasalah sikit untuk beri kebenaran nak kahwin.. Mungkin sebab saya yang paling pintar dalam keluarga. Berbeza dengan keluarga belah kekasih yang jenis nak bagi halalkan hubungan daripada selalu keluar baik kahwin je terus. Sedara mara keluarga saya mmg jenis yang belajar tinggi2.. 

Kalau saya berjumpa dengan sedara mara mesti diorang akan tanya sambung  tak belajar.. Saya  taktau nak jawab ape.. Sebab nanti diorang akan mengata kat saya.. Nanti diorang kata sayang la budak cerdik dan gatal nak kawin.. Say a rasa down sangat2 dan rasa malu nak berdepan dengan diorang.. Diorang takpelah anak orang senang.. Kahwin masa belajar pun mak ayah yang tanggung majlis kahwin.. Dan bende ni akan pengaruhkan keluarga saya sebab keluarga saya selalu dipandng rendah oleh sedara mara yang lain.. 

Mulut orang kite xleh nak tutup terpksa pendam je walau sakit hati sekalipum.. Tapi bagi saya xsemestinya kita xbelajar kita xleh berjaya. Saya ingat nak berniaga sebab kekasih saya tu berniaga. Jadi kitorang merancang la nanti nak buke bisness sama2. Lagipun rezeki tu melimpah ruah lepas kawen. Saya kalau boleh nak halalkan hubungn nim. Sy taknak hubungan ni jadi sia2. Sebab tu saya taknak belajar dan nk kumpul duit nak kawen.. Lagipun saya bukan orang senang.. Saya taknak susahkan keluarga saya nnti kalau saya takde duit masa belajar.. 

Saya memang seorang yang berdikari dari kecil lagi.. Apa2 yg saya nak beli saya akan usahakan jugak.. Sampai masa sekolah dulu saya buat bisnes kecil2 jual kat kwn2 sebab nk tnggung diri sendiri xnak susahkan keluarga.. Nak2 sekarang ni saya tengok ramai budak lepasan u yang menganggur. Kene bayar pinjaman lagi nanti. Lagipun saya tngok oam yang berniaga pendapatan dia lebih besar dari yang kerja kerajaan/swasta nim asalkan kita kene usaha lebih dan tak putus asa. Insyaallah rezeki tu akan melimpah ruah.. 

Boleh beri pendapat x samada nak teruskan belajar atau x.. Sy keliru sangat2 dan tertekan sebab saya rasa tersepit dan berbelah bagi.. Kalau ada yg senasib dgn saya share2 la pengalaman tu. Harap ada yg sudi beri nasihat dan pendapat yg berguna pada saya 



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.