SLIDER

cabaran
Showing posts with label cabaran. Show all posts

Cabaran Lepas Kahwin, Hidup Berdua Banyak Bezanya! Perangai Kita Sendiri Dulu Tak Keluar Pun Akan Keluar

2 Oct 2024



Cabaran lepas kahwin, hidup berdua banyak bezanya! Perangai kita sendiri dulu tak keluar pun akan keluar. Melayari kehidupan sebagai suami isteri sememangnya banyak cabaran.

Lagi-lagi buat pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Pada awalnya pasti akan berasa terkejut kerana rutin harian di rumah sewaktu bujang akan berubah 100 peratus.

Bila sudah bergelar suami dan isteri banyak cabaran yang akan dihadapi apatah lagi untuk serasikan diri. Sewaktu bercinta sangat berbeza kehidupan selepas mendirikan rumahtangga.

Cabaran Lepas Kahwin, Hidup Berdua Banyak Bezanya!

Setiap hari ada saja isu yang akan kita dengar di kalangan pasangan muda. Antaranya masalah penceraian dan masalah kewangan. Ujian kewangan adalah ujian paling kerap dihadapi oleh kebanyakan pasangan yang baru berkahwin. Maklumlah, orang muda yang baru mulakan hidup baru. Oleh itu sangat penting dalam setiap keputusan perlu berbincang dan mendapat persetujuan kedua belah pihak.

Menerusi perkongsian Puan Safura Ahmad Sharkawi menerusi Facebook banyak manfaat terutama buat pasangan pengantin baru.

“Kajian Phd saya adalah tentang pasangan baru berkahwin. Ini saranan saya:

  1. Adjust your expectation, adjust cara hidup dan realistik dengan perubahan selepas berkahwin. Kadang pasangan yang kita kahwini tak serupa seperti dia yang kita kenali masa buat keputusan untuk kahwini dia dulu. Bukannya dia orang yang berbeza tapi perkahwinan mencetus reaksi dan tindakan berbeza. Dua-dua kena realistisk. Konteks perkahwinan dan demands di dalamnya memerlukan tindakan dan reaksi berbeza dari zaman bujang. Its normal and adjustable. Ia adalah proses pembelajaran.
  2. Lebihkan masa berdua, beri tumpuan pada diri dan pasangan. Apa-apa tindakan, perancangan, keputusan atau aktiviti, libatkan pasangan. Ini fasa mengenali. Banyak benda yang anda nak kenal tentang pasangan. Perangai kita sendiri yang dulu tak keluar pun akan keluar bila dalam konteks perkahwinan. Cabaran agakberbeza bila berlaku dalam konteks perkahwinan, maka tindakan juga kena selari.
  3. Kerap berinteraksi dan komunikasi jujur dan telus. Selalunya jika kita memang ikhlas dan dedikasi pada perkahwinan, tak banyak yang kita sembunyikan, cuma kita tak keluarkan dulu sebab masih nak bina kepercayaan. Berkomunikasi ada kaitan dengan rasa percaya. Kurang komunikasi akan jarakkan hubungan. Hubungan yg ada jarak selalunya petanda ada trust issue. Samada hubungan tu sendiri ada isu atau kita ada kisah silam yang menghalang diri kita dari mudah percayai orang.
  4. Jalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Allah bagi tanggungjawab masing2 gunanya utk mengikat rasa saling perlu dan bergantung. Jika ini diabaikan, hubungan mudah renggang dan menjauh. Konflik pun mudah tercetus bila hati menjauh.
  5. Apa-apa masalah yang mendatang jangan biar pasangan lalui sendirian dan jangan hadapi sorang-sorang walaupun mungkin masalah tu berkait dengan keluarga anda. Tangani sama-sama samada dengan sokongan emosi, sokongan semangat atau cadangan solusi.

“Awal perkahwinan memang demanding sikit. Tapi kalau kita dan pasangan kekalkan fokus pada pasangan masing-masing, fokus pada hubungan perkahwinan dan tanggungjawab masing-masing insyaallah kalian akan dapat bina tapak kukuh dan masuk ke fasa selanjutnya dengan lebih aman. Untuk fasa seterusnya teruskan apa yang dah terbina kerana semua ini asas dalam semua perkahwinan.

“All the best. Moga Allah sentiasa bersama kalian,” kongsi Puan Safura Ahmad Sharkawi.


Kredit : https://www.mingguanwanita.my/


Rupanya Guna Arang Je Boleh Hilangkan Bau Najis Kucing, Berkesan!

20 Jan 2022



“Busuknya bau najis kucing ni. Hari-hari cuci dah. Hmm…”

Bagi anda yang memelihara kucing, situasi di atas pasti sering dialami kan? Bau najis kucing sememangnya boleh menggangu persekitaran dan juga mental. Lagi memalukan jika tetamu hadir ke rumah tetapi hanya bau najis kucing sahaja yang menusuk hidung.

Jadi, bagi anda yang mengalami masalah ini, apa kata cuba satu arang yang dikhususkan untuk menghilangkan bau najis kucing. Kalau anda ada banyak kucing, patut beli supaya tiada lagi masalah itu. Memang menjadi! Jom tengok…

Salah satu cabaran apabila memelihara kucing di dalam rumah adalah bau najisnya yang kuat. Jika tidak kena cara pengurusannya, boleh semerbak satu rumah. Maka disebabkan itulah, ada antara pencinta kucing yang memilih untuk memelihara haiwan tersebut di luar kediaman mereka.

Pun begitu, berbeza ceritanya jika anda tinggal di kediaman bertingkat atau tiada halaman seperti apartment ataupun flat. Dengan kos sekitar RM4 hingga RM6 sahaja, anda sudah boleh mencipta penyerap bau sendiri untuk menghapuskan ‘aroma’ najis kucing peliharaan anda.

Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing di dalam rumah. Masalah yang sering dihadapi adalah bau najis yang keluar daripada litterbox.

Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 sahaja (ikut lokasi masing-masing).

Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).

Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.

Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan. Cara ni jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias-hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba.

Kredit:  Facebook Mohd Fadli

Kredit : SirapLimau


Jangan Menangis Kalau Ditakdirkan Jadi Ibu Tunggal

21 Dec 2021

 



Kalau sesetengah wanita merasakan tanpa lelaki di sisi susah untuk meneruskan hidup, tetapi wanita yang saya namakan Aishah ini bukan sahaja menganggap apa yang menimpanya sebagai qadak dan qadar tetapi sebagai pengalaman yang berharga dan meletakkan diri seseorang individu itu lebih tinggi daripada sebelumnya.

Kata Aishah dalam sepucuk surat yang dihantarkan kepada penulis dan ketika dihubungi melalui telefon semasa beliau bercuti di kampungnya, pengalaman tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Sebaliknya pengalaman yang ditempuhi membuatkan seseorang itu lebih matang dan bersemangat waja.

Saya ingin menceritakan pengalaman saya agar dapat dikongsi bersama dalam melalui hidup yang mencabar ini.Sejak kecil, kepahitan hidup buat saya sudah menjadi perkara biasa, malah kini saya beranggapan bahawa tanpa kepahitan kita tidak akan tahu menilai kemanisannya. Kerana kita kenali apa itu manis setelah kita merasa dulu apa itu pahit.

Usia saya kini di awal tiga puluhan, seorang ibu tunggal yang kematian suami, arwah meninggal dunia lebih kurang lima tahun lalu kerana leukemia. Saya redha dengan dugaan Allah. Bagi saya semuanya kerana Dia sayangkan saya. Bukan senang untuk menerima cabaran sebegini berat kecuali insan yang dipilih-Nya saja. Dan saya beruntung kerana pilihan-Nya sebagai ibu tunggal dengan jutaan cabaran. Itulah kehendak Allah.

Saya berkahwin pada usia muda, ketika 21 tahun, anak dara tengah naik, tentu ramai peminat, tapi dalam ramai-ramai itu saya sukakan arwah suami saya. Kami sama-sama belajar di maktab. Selepas berkahwin, saya mengikutnya berpindah di KL. Di bandar raya ini saya belajar hidup yang penuh cabaran dan saya beruntung setelah empat tahun kahwin saya dikurniakan dua orang anak. Malangnya yang kecil sekali meninggal dunia ketika berusia lima bulan kerana penyakit jantung kronik.

Kematian anak lelaki saya bagaimanapun digantikan lagi setelah saya hamil kali keempat. Allah terus menguji kekuatan saya ketika anak lelaki saya berusia setahun, suami saya pergi menghadap-Nya. Ternyata Allah lebih sayangkannya. Saya menangis berminggu-minggu lamanya kerana kehilangan suami tempat saya bergantung.

Saya mengaku pada mulanya saya tidak berdaya walaupun untuk menyuap seulas nasi ke mulut. Berat badan saya turun mendadak, dunia saya rasa bukan tempat untuk saya lagi. Air mata sentiasa menitik setiap kali terkenangkan suami. Dan setiap kali anak menangis, setiap kali itulah air mata saya jatuh bercucuran. Saya tidak terdaya menempuh hidup tanpa suami dengan anak-anak yang masih kecil.

Entah macam mana satu malam, Tuhan memberikan kekuatan dalam diri saya, saya bangun dan terus berhenti menangis, saya lihat anak-anak tidurÊbergelimpangan, saya sedar saya telah mengabaikan mereka. Mereka juga kehilangan ayah, cuma mereka tidak pandai melahirkan dengan kata-kata.

Sejak malam itu saya kuatkan semangat, kebetulan waktu itu saya sedang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Adik-beradik suami saya menyarankan supaya saya berhenti belajar supaya dapat tumpukan perhatian kepada anak-anak. Tapi saya masih ingat pesanan arwah suami saya supaya terus belajar.

Menjadi ibu sekali gus membesarkan tiga orang anak yang masih kecil di samping belajar menuntut masa yang panjang. Bukan satu tugas mudah, tambahan pula saya tidak ada saudara-mara di KL untuk berbincang atau meminta bantuan. Sedangkan wang diperlukan untuk belajar, penjagaan anak, makan minum, susu, sewa rumah, tambang dan sebagainya. Saudara-mara tu biasalah, bila senang ramai yang nak tumpang, bila susah semua hilang. Itulah lumrah hidup.

Dalam kesulitan dan kepayahan saya teruskan pengajian, anak-anak sentiasa berpindah randah ke rumah jiran yang sudi menjaga mereka. Tetapi sebulan dua bolehlah tahan, lepas itu terdengar pula keluhan mereka yang mendakwa penat kerana menjaga anak-anak kita. Walaupun kita beri upah, tetapi bukan semuanya memuaskan mereka. Orang tua-tua pernah berkata, perkara yang kecil akan menjadi besar bagi mereka yang berjiwa kecil, tetapi isu atau perkara yang besar akan menjadi kecil bagi mereka yang berjiwa besar. Saya mahu jadi insan berjiwa besar dan maju walaupun tanpa suami.

Satu hari saya ambil pembantu rumah daripada sebuah agensi pekerja asing. Saya faham masalah pembantu rumah terutama bila anak-anak kita masih kecil dan kita keluar belajar. Tetapi saya berdoa kepada Allah agar diberikan seorang pembantu rumah yang boleh menggantikan tempat saya, jujur, setia dan yang paling penting menyayangi anak-anak yatim. Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa saya, pembantu rumah saya sangat sayangkan anak-anak saya.

Bila masalah besar menguruskan anak-anak selesai barulah saya dapat tumpukan perhatian kepada pelajaran. Hati saya senang bila rumah dan anak-anak terurus dengan baik. Bila bab itu selesai tentu pembaca terfikir macam mana masalah wang. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu, saya memang tak berduit, tetapi rezeki saya tidak pernah putus.

Di tempat belajar cabaran saya hadapi ramai yang hendak menggoda, macam-macam kerenah. Tak cukup kertas kalau nak tulis. Saya pun tak tahu mengapa ramai sangat suami orang yang hendak menggoda saya dan mahu menjadikan saya isteri mereka. Sedangkan mereka sudah ada anak isteri.

Namun semuanya saya tolak dengan baik. Segala kesakitan dan kepedihan terpaksa saya harungi. Di sebalik tawa dan keramahan saya simpan jutaan keperitan hidup. Saya punya ramai kawan jadi tak hairanlah kalau ada ramai musuh membenci saya. Pelbagai cacian, umpat keji dan penghinaan saya terima. Kerana, kerana saya ibu tunggal!

Tapi saya buat tak kisah, saya ketepikan umpatan mereka. Dan bagi mereka yang bencikan saya, saya ingin nyatakan di sini, terima kasih atas kebencian kalian itu, kerana kebencian itulah api yang membakar semangat saya. Dan yang membanggakan dalam keperitan itu saya berjaya mendapat markah cemerlang dalam setiap semester.

Saya dapat ijazah kepujian kelas kedua tinggi, syukur. Tuhan sayangkan saya. Dalam kesakitan itu saya bina kekuatan, keyakinan dan semangat untuk anak-anak, pada mereka saya ingatkan biarlah masyarakat mencemuh, mencebik dan menghina, tetapi berusahalah dan buktikan bahawa kita boleh hidup berjaya lebih baik daripada mereka.

Memang saya tak nafikan ketika kita hidup keseorangan ramai yang rasa tidak senang hati, wanita bimbang untuk mendekati kita, takut suami mereka dilarikan, sementara lelaki pula menjadi semakin marah apabila lamaran mereka ditolak dan harapan mereka dimusnahkan. Perasaan marah ini menjadi racun kepada kita jika kita tidak pandai menguruskannya dengan baik.

Wanita sering bimbang kita ibu tunggal mengambil suami mereka, tetapi mereka lupa sebenarnya suami merekalah yang lebih dahulu datang membuat pelbagai lamaran dan tawaran, hanya wanita yang cepat gelap mata yang segera mencapainya bagaikan mereka yang sedang tenggelam di sungai yang deras.

Kini saya bersyukur dapat jawatan yang baik, dan sedang belajar lagi untuk dapatkan sarjana, mana tahu mungkin dapat sambung belajar ambil PhD pula. Bagi diri saya semua umpat keji masyarakat keliling dahulu telah memberi banyak pengajaran dalam hidup saya, sebab semuanya saya terima dengan fikiran terbuka sambil menyimpan satu hasrat untuk membuktikan kepada mereka bahawa mereka itu salah.

Sebenarnya ramai kalangan kita bersikap marahkan orang yang mengumpat kita, tetapi bagi saya perbuatan mereka itu memberi laluan kepada saya untuk berusaha dan bekerja keras lagi mencapai apa yang mereka dakwa saya tidak boleh capai. Sebagai contoh ketika anak-anak masih kecil jika saya ikut cakap mereka berhenti belajar, mungkin saya tidak jadi seperti sekarang, sebaliknya saya teruskan belajar, kerana saya tahu apa yang saya buat demi kebaikan sendiri. Saya tidak suka menyusahkan orang lain. Saya akan cari jalan untuk tidak susahkan mereka. Saya tetapkan semangat. Itulah resipi kejayaan saya di samping mengubati hati yang terluka.

Dan saya tidak pernah tunjukkan kepada mereka bahawa saya susah hati kepada semua umpatan mereka. Akhirnya mereka yang malu sendiri. Kepada anak-anak saya sentiasa berpesan jangan sesekali tewas dengan cabaran, umpatan dan kejian manusia. Sebaliknya berusahalah untuk mendapat apa yang dihajati dan jangan mengharapkan bantuan orang lain sebaliknya bantulah mereka yang memerlukan.

Setelah berusaha bersungguh-sungguh barulah berdoa kepada Allah, sesungguhnya Allah amat gemar mendengar tangisan hamba-Nya, merayu pada-Nya, sentiasa meminta pertolongan-Nya. Seinci kita mendekati-Nya beribu kaki Allah akan mendekati kita. "Dalam pada itu jangan lupa tanamkan sikap ikhlas dalam setiap perbuatan dan tutur kata, Allah akan sentiasa berada di sisimu. Kepada pembaca semua janganlah sesekali merasa diri kita sendirian tanpa sesiapa. Jangan hidup dalam keadaan putus asa dan meratapi nasib diri sendiri.

Sebenarnya apa yang Tuhan berikan kepada kita itu adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita dan bersyukurlah di samping berusaha meningkatkan diri. Jangan sekali-kali menyesali qadak dan qadar yang telah ditetapkan Allah. Menangis, bersedih dan sentiasa bersusah hati tidak akan dapat menyelesaikan masalah selain daripada berusaha. Setelah yakin anda berbuat yang terbaik barulah berdoa kepada-Nya. Allah sentiasa mendengar dan mengetahui apa yang ada dalam sudut hati kita walaupun jauh di dasarnya. Siapakah yang memahami kita umat-Nya selain daripada Allah. 

Kerana itu ingatlah.

Kepada anak-anak pula sekiranya saya pergi cepat mengikut suami (ayah mereka) saya telah tinggalkan wasiat dan aset yang paling bernilai untuk mereka iaitu keazaman, harga diri dan pengalaman yang tidak dapat dibeli oleh orang lain. Kerana itu pandai-pandailah berusaha dan bawa diri demi masa depan.'' Demikian cerita Aishah sebagai panduan kita. 

Dan saya tidak perlu menulis panjang tentang pandangan beliau, kerana beliau telah bercakap, meluahkan isi hatinya sendiri berdasarkan pengalamannya yang lama itu. Cuma saya mohon renungkanlah dalam-dalam, jangan jadikan diri anda seperti kebanyakan wanita cuma menangis dan menyesal setelah segala-galanya telah hilang. 

Kredit : UtusanMalaysia


Kahwin Dengan Student Sendiri ? Sanggup Ke Harungi Cabarannya

25 Nov 2021


`` Man, Man pilih la student tahun akhir, ambil tahu tentang pelajaran dia, kira take care. Bila mereka dah keluar dan dapat kerja, dan lepas tu bolehlah kawin, ramai yang cantik-cantik’’.Hampir terkeluar donat yang saya makan, saya bulatkan mata dan pandang ke arahnya. Dahlan (nama bukan sebenar) tersengeh-sengeh. Saya terharu dengan saranan dia tadi tapi saya bukanlah lapar sangat nak berbini.

Lagipun itu hal peribadi, saya tidak suka ditimbulkan semasa saya makan, nanti hilang selera.Saya memang selalu tengok pelajar perempuan saya. Saya mengajar pelajar semestre 5. Pada ketika pelajar lelaki saya masih lagi nampak mentah, kebudakan dan tidak serius, pelajar perempuan saya tengah sedang-sedang mekar hebat.Perkara yang paling menarik dan tertonjol ialah mereka pandai bergaya. Jauh jika nak bandingkan dengan kawan-kawan perempuan saya yang rata-rata selamba sahaja penampilannya, berbaju kurung.

Kalau dinner kat hotel-hotel jangan cakaplah. Baju RM3 ribu macam artis nak jalan atas karpet merah. Saya tengok sahaja apa yang tertonjol dan ditonjolkan. Mungkin zaman sekarang tidak seperti dahulu, semua orang nak menonjolkan diri, nak buat statements.Tapi penulisan kali ini mengenai pensyarah yang kawin dengan student, bukan mengenai pakaian atau pun pelajar perempuan saya yang cantik-cantik. Semakin saya menuju tua, cantik sahaja tidak menjadi keutamaan lagi.

Selain cantik ada element lain yang tidak kurang pentingnya.Semasa berjumpa dengan salah seorang kawan perempuan saya, saya ada bertanya `eh apa pendapat awak kalau pensyarah kawin dengan studentnya?’. Dia jawab pendek sahaja `ok’.Saya teringat pulak komen ayah saya dalam hal ni. Katanya tidak beretika. Dia jawab tak panjang dan huraiannya macam biasa, saya la yang kena cari sendiri. Mungkin agak tidak betul atau tidak selesa jika kita juga pada masa yang sama mengajar dia.

Kita mungkin bias, dan biasalah kan,…kita ni bukannya profesional sangat, kadang-kadang attendent student pun kita terlupa bawak ke dalam kelas, he he he. Sebelum kawin tentulah bercinta. Dan kalau bercinta tahu sajalah kan... Tak payah kita nak jadi hipokrit. Ada juga kawan saya yang berkahwin dengan student dan melaluinya dengan tabah. Kata kawan saya tu kita kena sangat pandai jaga diri kita sebab pertamanya kita tidak boleh bersama dengan mereka. Di mana-mana pun hatta 100km daripada tempat kita kerja.

Dia banyak juga meluahkan yang dia tidak seperti pasangan lain yang boleh selalu bersama dan berjumpa. Kena banyak berkorban. Perhubungan adalah seminima mungkin dan sulit lagi menyulitkan. Ini untuk untuk menghindari fitnah. tak bolehlah nak gi mana bersama-sama.Kalu kita jenis suka menanyangkan kehebatan pasangan kita maka janganlah bercinta dengan student. Sebab buruk padahnya. Contohnya apa kata kawan-kawannya yang juga pelajar kita. Apa kata kawan-kawannya terutama yang muka seposen? Ya lah kan kita pun tak kan nak ambik yang tak cantik, yang hati tak berkenan…

Katakanlah kita dalam masa yang sama mengajar dia. Jantung kita tentu berdegup kencang atau tiba-tiba je rasa syahdu. Di sini ada alur-alur etika yang terganggu dalam proses pengajaran kita.Saya tak naklah cakap kalau dah jodoh tak ke mana. Atau kalau dah jodoh nak buat apa?. Saya tak nak jawab begitu nampak sangat kita lebih suka menerima je daripada memirkan apa hikmah di sebaliknya, kita simpan otak kita dalam stor.Cinta dalam mana bentuk pun amat bodoh dan membahayakan kepada diri dan orang lain (terutama di sekeliling), kecuali dipandu dengan bijak ia akan membawa kemuliaan.

Tetapi tak ramai yang bijak kan, he he he, ampun...Walaupun cinta hak masing-masing dan tak ada orang yang boleh masuk campur tetapi yang paling penting siapa pensyarah itu? Maksud saya adakah dia baik atau buruk perangainya? Dan bagaimana dia handlenya? bagaimana dia mencipta dunia percintaannya?Kata la saya ni bercinta dengan student (selisih malaikat 46). Saya rasa saya tidak melakukan apa-apa kesalahan sebab saya ni bukannya suami orang dan student itu bukannya isteri orang. Dan budak tu pun bukannya bawah umur.

Namun saya aci kerat ibu jari (jari anak patung anak sedara saya) yang akan ada isu-isu yang timbul. Oleh itu saya akan berhati-hatilah… tapi setakat mana? Secermat mana ya?.Kawin dengan student? Saya rasa ramai orang mempunyai pendapat yang berbeza. Saya di sini pun bukannya memberi pandangan saya. Saya hanya menimbulkan topic supaya kita sama-sama berfikir, ok ke tak.Dan jawapan ok ke tak tu pun memang bergantung kepada siapa kita. Maksud saya kalau kita seorang ayah tentu kita suka sebab daripada anak kita bercinta dengan entah sapa-sapa kat kolej/universiti itu.

Baiklah dia bercinta dengan pensyarah, sekurang-kurangnya dapat membantu beri semangat dalam pembelajaran.(walaupun pensyarah itu hanya pakai Myvi? he he he no komen).Namun kalau kita seorang pensyarah perempuan yang ekstrim ranum mungkin kita akan bertanya? Kenapa pilih student? Aku kan ada? Apa kurangnya aku? Ah memang lelaki!Dan kalau kita pemilik institusi pendidikan seperti kolej/universiti mungkin kita bimbang akan jadi satu fenomena. Institusi kita bukannya agensi mencari jodoh. Kita bayar gaji suruh mereka mengajar bukan mengajar cinta!.Dan kalau kita lah yang akan kahwin dengan pelajar tersebut kita mungkin menyatakan dalam hati.

Apa salahnya kalau dah jodoh, asal kita mengikuti landasan yang betul. Jodoh di tangan kita. Yang paling penting kita tak menyusahkan orang lain. Ini soal hati...Maka kesimpulannya saya tidak tahu nak beri pendapat dalam hal ini, kalau saya ditakdirkan berkahwin dengan student saya tak tolak, namanya dah takdir, he he he. Tetapi kalau boleh... dan sebenarnya saya tidak pernah berusaha untuk jadikan pelajar perempuan saya sebagai bini saya. Kalu takdir?

Jangkaulu: Entahlah…emmm, huh! Kita selalu bila kena batang hidung kita-kita kata takdir-takdir-takdir, jodoh-jodoh-jodoh. Suratan la dan macam-macam lagi. Bila kena batang hidung orang? he he he.

Ingatkan Senang Je Nak Jadi Seorang Doktor, Rupa-rupanya ...

13 Sept 2021


salam sayang to you all ,

Abang merupakan seorang pelajar perubatan. dahulu, abang jua sama macam anda semua. ada ayah, ibu yang amat inginkan abang menjadi seorang doktor. ada cikgu di sekolah yang amat berharap abang menjadi seorang doktor. ada cita cita yang sememangnya mahu menjadi seorang doktor. semangatnya kuat, tinggi. maybe kerana ketika itu, pelajar pandai spm 13 A sudah tentu satu sahaja cita cita adalah menjadi doktor. bak kata, doktor adalah kerjaya yang terhebat dibumi malaysia. 

Oh. dr sudah tentu glamour kan. banyak duit. kawan kawan pula bercerita , menurut surat khabar the star, kerjaya yang paling rakyat malaysia percayai adalah doktor mengatasi ulamak, tokoh politik dan sebagainya. nak jadi doktor sebab doktor banyak duit. nak jadi doktor sebab nak tolong orang susah. saya ada pengalaman keluarga sakit. saya tak dapat nak tolong kemudian meninggal. sedih. dari situ saya impikan nak jadi doktor. oh. dan macam macam lagi alasan yang boleh diberi untuk menjadi doktor. hakikatnya. tidak sebegitu. 

Kalau menang anda mahu menjadi seorang doktor, dengarlah apa yang ingin abang kongsikan bersama adik adik semua hari ini, abang ada chat dengan seorang kawan. dia bekas pelajar sains komputer. sekarang bekerja disebuah bank terkemuka dengan gai sekitar 3 ribu. alhamdulillah. bagus. dia bercita cita mahu menyambung sampai peringkat doktor falsafah. bagus.ada cita cita besar. abang cakap bagus la dah kaya. pastu dia kata , kamu lagi kaya jadi dr. 

Best ke jadi doktor? Kaya ke dengan jadi doktor? Seronok ke? Hebat ke ada title doktor? 

Mari abang mahu bercerita. mahu jadi doktor, anda kena korbankan masa anda yang cukup banyak. nak kena stady, belajar banyak benda. tahun pertama : anatomi, physiology, biochemistry. second year anda kena belajar microbiology, pathology, forensic medicine, pharmacology. tahun ketiga, anda kena belajar medicine, surgery, pediatric,obg, psychiatric, community medicine. ok. tahun 4 pun ada lagi , ortha, orthopedic, ent. tahun 5 pun sama. tahun 5 habis degree. anda bergelar dr. oh! tak habis disitu. 

Anda akan ada housemanship pula. masa inilah adik adik akan ditrain menjadi seorang doktor. masa ni la kalau adik adik nak kena marah. masa ni la kalau adik dibawah supervisor yang garang garang, adik akan dimalukan dengan semahu mahunya oleh bos adik adik. ok. habis 2 tahun jadi HO. adik dah jadi doktor sebenar. tak habis lagi. takkan adik adik nak jadi dr biasa sampai tua. rugi. tak kemana. adik adik akan jadi senior doktor yang gaji naik sikit sikit. sudah tentu adik adik nak jadi kaya. kena sambung belajar lagi. buat master. jadi doktor pakar. berapa lama. maybe 4 tahun. jadi doktor pakar plak. 

Emm. bak kata belajar seumur hidup. sanggupke? kalau sanggup alhamdulillah. kalau tak nak belajar dah, jadi senior doktor biasa. jagan marah kalau adik adik dihantar kehulu kampung ok. kena redha. Tak habis disitu. belajar tahun satu, tahun kedua lupa. belajar tahun ketiga, benda kat tahun kedua lupa. kena revise semua. sebanyak mana pelajaran yang abang kata tadi. buku huih kalau belajar kat india ni, balik malaysia boleh buat library buku perubatan yer adik adik. banyak. 

Pergi hospital, lecturer tanya, ni kalau patient macam macam ni, apa diagnosis dia. oh tak tahu. oh lupa. oh cikgu tahun dua tak ajar. oh saya tak baca lagi. oh tak tahu. nanti dr marah. nape kamu tak belajar. semalam kamu gi shopping. saya nampak. nape tak belajar. kalau patient ni mati sebab kamu macam mana. sebb kamu tak tahu macam mana nak diagnos. apa rawatan dia kamu tak tahu. sanggup ke kena marah macam tu depan kawan kawan. depan patient. kena halau kelas sebb takleh jawab apa dr tanya. dilakukan. jangan datang kelas kalau malas membaca. oh. oh ada lagi. 

Hari ini dapat sms. 5 minit lagi ada examination. sila datang cepat2. macamana kalau hari tu anda lupa nak bawa enset. atau enset ter off. fail la exam hari itu. oh. lupa nak kongsikan lagi. sanggup ke tengok darah? sanggup ke belajar anatomi dengan mayat yang dah 5 atau 6 tahun diawet. sanggup ke berbau formalin yang busuk. sanggup ke belajar dengan mayat, kaki yang dipotong, badan yang dipotong, ada tulang kering kat rumah, pergi autopsy tengok mayat bersih yang baru mati dipotong dengan mechine, dengan playar. organ organ dalaman yang dikeluarkan semacam nak kerat isi dan organ ayam. kepala yang di kerat menggunakan gergaji macam nak kerat pokok. oh macam macam adik adik akan rasai nanti.

Apa nilai yang ada disebalik semua ini. seronok ke nak jadi doktor. seronok ke kena marah? kena herdik tak pandai? tak tahu nak jawab? seronok ke terpaksa berada dihospital 72 jam tak balik? seronok ke terpaksa tidur dihospital meninggalkan suami, isteri tercinta, anak anak kat rumah? orang beraya, adik adik beraya dihospitalseronok ke fail exam? seronok ke semua itu semata mata nak kejar glamour? semata mata nak dapat duit banyak? andai wang yang dicari silakan jangan lagi ingat untuk jadi seorang doktor. andai glamour yang dicari, silakan lupakanlah title doktor. tiada yang indah bukan. 

Salah. ada yang lebih indah bila anda mahu menjadi seorang doktor. ada. bukan tiada.disebalik semua itu. adik adik akan mengerti. nyawa seorang manusia itu apa nilainya. adik adik akan mengerti mengapa asyik kena marah. mengapa kena baca buku. mengapa kena tahu semua benda. mengapa kena berkorban. nilai satu nyawa itu. apa perasaan andai ada patient didepan mata. kita seorang dr, tak mampu buat ape ape hanya menanti malaikat sakaratul maut datang mencabut nyawa. sedih sangat sangat. penderitaan seorang ayah yang sedang terlantar. ibu yang sedih melihat anak yang baru dilahirkan cacat. sakit. menyentuh perasaan. nenek yang tau bercerita kisah hidup. ditinggalkan anak2 kerana terlantar sakit. 

Andai betul2 mahu menjadi doktor, silakan. selamat berjaya dalam perjalanan yang cukup panjang. pasti segala cubaan akan anda tempuhi. usah risau. anda pasti akan berjaya. yang penting, kukuhkan kekuatan anada. redha dengan apa yang akan anda lalui. sukar mahupun senang. selamat berjaya. lupakan kemewahan. pasti diakhirnya anda akan berjaya menjadi seorang doktor cemerlang. kemewahan dan title jua akan kunjung tiba.
 
Selamat menempuh spm adikku.

Oleh : 
Dr Amin Ismail (A.I.): 
Pegawai Perubatan UD41, 
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

Kredit :  akudramin




Perasaan Gadis Bermata Juling

24 Sept 2017


Hai, cukup tahu yg nama aku A dan aku seorang gadis yang bermata juling (jenis exotropia) – bukan mata malas. 

Untuk pengetahuan korang, aku juling bukan sejak lahir. Something terjadi pada aku ketika berumur 11 tahun dan menyebabkan mata aku juling sehingga kini (24 tahun). 

Jujurnya, aku rindu dengan penglihatan aku yang lurus. Sampai aku lupa macam mana rasanya nikmat melihat dengan mata yang normal. 

Selepas juling, mata aku beransur2 rabun dan rosak dan aku pun tak tahu kenapa. Masa tu seawal 11 tahun aku terpaksa pakai spek tebal. 

Level confident? Totally down. Masa sekolah rendah xrasa sangat sebab kawan2 aku tahu apa yg terjadi pada aku. But, bila tiba di sekolah menengah macam2 ejekan dan jolokan yang mereka berikan pada aku. Sampai satu tahap, aku jadi pendiam dan jarang bercakap. 

Masuk saja ke zaman universiti aku cuba utk tingkatkan keyakinan diri. Aku cuma fikir satu perkara “kalau aku malu, sampai bila2 aku xkan dapat hidup bahagia’ 

Ya. Aku punya cita-cita. Aku mahu bina kerjaya sendiri. Aku mahu diterima oleh orang sekeliling aku. Aku mahu mereka menghormati aku sebagai seorang makhluk yang punya perasaan. 

Teringat aku kat zaman university. Pernah juga aku kena perli dengan seorang pensyarah sampai satu kelas gelakkan aku. Tak apa aku cuba sabar. Tapi, sekuat mana aku cuba sabar… Jantung berderap sakit juga. Sampai aku lari ke toilet, nangis sepuas2nya. Keluar je toilet, kepala dah berpusing2 rasa nak tumbang. Allah, lemahnya psikologi aku tahan dugaan. 

Tapi, aku cuba bangkit. Bangkit jatuh…. Bangkit lagi dan aku tak tahu sampai bila rotation ni akan terhenti. 

Dilema aku bertambah berat lepas grad. Peluang kerja utk individu istimewa macam aku agak tipis, terutama sekali bagi jawatan yg mementingkan aspek luaran, you know what i mean. 

Mungkin ramai yang cakap aku xreti bersyukur. Lebih baik juling dari buta dan sebagainya. Tapi, derita menjadi seorang gadis bermata juling itu aku yang rasa. Kalau nak dicerita terlalu banyak kisahnya. Aku cuma nak luahkan apa yang aku pendam selama ni. 

Aku xpernah salahkan takdir. Aku percaya ada hikmah disebalik semua ni. Aku percaya Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik buat aku. Cuma aku perlu sabar mengusahakannya. 

Buat mereka yang senasib dengan aku. Kalau nak menangis, menangislah sekarang. Bila tiba masanya kau perlu bangkit, bangkit dan berlarilah. Jangan biarkan kesedihan makan hati kau sampai kau tak boleh bangun berdiri lagi. 

Aku pun begitu. Masih mencuba. Semoga kelak ada peluang kerja yang baik menanti aku. Aku harap korang doa2lah yang baik untuk aku…. dan aku doakan (kepada kau yg membaca) semoga Allah ampunkan dosa2 kau, lindungi dan beri rahmat kepada kepada kau dan seluruh keluarga kau. Aminnn. 

Oh, pinta aku cuma satu. Nasihatilah anak2 mu, orang sekeliling mu. Hentikan mengutuk dan mencaci fizikal orang lain. Tak kisahlah apa juga jenis kecacatan dia, pleasee jangan biarkan orang seperti kami menanggung bebanan emosi yang lama kelamaan jadi nanah. 

P/s: Bukan semua orang memiliki hati yang tebal seperti kamu
– A 

Guna Ubat Sembur-Sembur, Ini 4 Nasihat Untuk Pesakit Kencing Manis Oleh Pakar Perubatan

26 Jul 2017


Guna ubat sembur-sembur untuk Kencing Manis, akibatnya kena beraya di Hospital!

52 tahun, bertahun Kencing Manis dan Darah Tinggi. Semua komplikasi sudah ada, tapi masih tidak pernah terkawal bacaan gula nya. Akhir sekali ke klinik bulan Ogos 2016, kerosakan buah pinggang kronik tahap 4; bacaan creatinine 309 umol/L (normal bawah 100).

Entah dengar "nasihat" siapa, beliau hilang dari radar. Tinggalkan keSEMUA insulin & ubat-ubat yang lain. Pastu ambil ubat sembur-sembur G***** yang berperisa epal.

Orang sibuk berhari raya (raya pertama), beliau sudah tak tahan. Kaki bengkak seminggu. Mana taknya, bacaan creatinine sudah sampai 1100 umol/L. Tidak sampai berapa bulan, buah pinggang rosak habis dan memerlukan rawatan Dialisis seumur hidup.

Kami menyarankan Dialisis secepat mungkin tetapi beliau berlengah. Tak mahu dulu katanya. MasyaAllah hendak tunggu apa lagi, kami pun tak tahu. Tup-tup dua hari kemudian, pada pukul 8 malam, tiba-tiba beliau tukar fikiran. Nak Dialisis, lepas itu minta nak buat SEKARANG juga.

Maaf ye Pakcik, kami semua manusia biasa. Walaupun kami senyum sentiasa, memang agak membara di dalam.

Elok saya berpesan di sini:
1. Tidak ada ubat sembur-sembur untuk Kencing Manis. MENIPU. Tidak ada apa yang diserap lidah yang boleh sampai ke organ pankreas untuk penghasilan insulin.

2. Mohon jangan cari jalan mudah untuk rawatan Kencing Manis. Ikut nasihat Doktor, jururawat, pegawai farmasi dsb. Kawalan mesti sampai tahap gula (puasa) 4.4 - 7.0 mmol/L dan HbA1C < 6.5% (CPG 2015). Jangan sekali-kali TINGGALKAN ubat. Mencari nahas namanya. Kalau teruk bacaannya, maaf, sekejap sahaja organ-organ dalaman anda akan rosak.

3. Kalau Doktor sarankan apa-apa ujian atau rawatan di hospital, ikut sahaja lah. Bayaran gaji kami sama sahaja, buat atau tidak. Kami buat semuanya untuk menyelamatkan nyawa anda.

4. Mohon pesakit-pesakit memahami tugas Doktor. Kalau malam-malam minta itu ini, mana mungkin! Seorang Doktor menjaga entah berapa ratus pesakit. Nak nak lepas Raya ini, hospital dah jadi macam rumah terbuka. Sakit berbulan, berminggu-minggu pun baru nak datang. Ramai yang dah teruk sangat, yang ini memang susah nak diselamatkan.

Ya betul, anda memang boleh membuat pilihan apa-apa yang anda mahu. Tapi fikir-fikirkan lah. Kalau anda sakit, siapa yang susah.


Pakar Perubatan & Buah Pinggang


Teringat peristiwa gambar di bawah pagi tadi. Kami berusaha untuk menyelamatkan pesakit berumur 30 tahun, anak comel nya baru berumur 4 tahun. Pesakit lain tapi tenat gara-gara Kencing Manis juga!



Setiap Kali Hari Raya Pertama , Mertua Dan Suami Bersikap Kejam Dan Psiko

11 Jul 2017


Saya nak minta pendapat macam mana nak betulkan keadaan supaya mertua dan ipar duai memahami sy sebagai anak perempuan kepada ibu bapa saya dan menantu pada ibu bapa suami...saya tidak tahan lagi bila waktu hari raya sebab orang lain bersuka ria...tapi kami suami isteri pada hari raya berperang teluk..usia perkahwinan baru 4tahun dan mempunyai 2 cahaya mata...suami ade 7org adik beradik...5 perempuan 2 lelaki...dan saya 5org adik beradik..3 perempuan 2 lelaki...

Ceritanya...sejak sy kahwin saya tak merasa lagi meraya hari pertama dengan family sy sndiri sebab mil dan fil saya selalu berharap setiap tahun kami beraya dengan mil..kalau saya balik kampung saya nak meraya pada hari kedua atau ketiga macam2 kerenah lakonan drama Mil buat contohnya sakit kepala tak boleh bangun dan sebagainya..mil masih sihat lagi(lipstik 5inchi tebal)..ayah mertua saya tidak selalu di rumah sebab ayah mertua kahwin dua..kadang2 saya kecewa dan hampir tiap tahun saya menangis..kenapa saya tidak di beri peluang meraya di kampung ibubapa saya...

Kenapa mil menggunakan SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU untuk menakutkan anak2 lelaki nya..mil saya ni kalau anak perempuan nya ikut turn tiap2 tahun die tak kisah...tapi kalau suami saya mil dan ipar saya selalu dengki dengan kami sampai saya tidak ade peluang untuk meraya dengan ibubapa saya sendiri..saya hanya minta sehari. Allah...tak tahan airmata saya menaip semua ini.......

Pada tahun ni...saya minta izin suami harap tahun ni dapat saya meraya di kampung saya...dan suami pun setuju untuk meraya di kampung saya..3hari lepas kami bagitahu mil kami raya tahun ni raya ke kampung saya..akhirnya mil merajuk masuk bilik hempas pintu sekuat2nya..dan tak nak keluar dari bilik..dan akhirnya kami suami isteri bergaduh seteruk2nya..mak kenapa buat saya begini..saya tahu syurga di kaki mak..tapi anak mak dah kahwin..anak mak dah ade tanggungjawab yang lain juga..anak mak dah jalan kan tugas selama ini memberi mak rm800 sebulan untuk perbelanjaan.

kami tiap2 minggu menziarah mak..mak apa kurang kami lagi mak...kesian kan kami mak..Ipar...jangan lah berlaku tidak adil..tahun lepas kita dah beraya bersama...dan tahun ni ipar semua raya bersama keluarga mertua mereka pula..tapi kami??awak semua suruh kami beraya dengan mak..saya rindu dgn ibubapa saya..saya rindu dengan masakan ibunda saya..wahai suami..berlaku lah adil dengan keadaan..bertolak ansur pada isteri..bukan menyalahkan isteri..


Terima kasih admin....



Kredit : Fb ViralOhViral

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Saya Bukan Wanita Malang , Yang Malang Dan Tersilap Buat Pilihan Adalah Si Suami Yang Suka Aniaya Isteri Itu

3 Jul 2017


Susulan artikel oleh Prof Muhaya 


Berikut komen seorang pembaca di FB beliau ;

Dear Prof Muhaya, 

Perkataan malang itu tidak sesuai untuk digunakan sama sekali. Saya betul betul tak setuju. Saya percaya ramai di luar sana yang ada pemikiran tipikal sama seperti Prof Muhaya memandang 'kita' sebagai wanita malang. Hidup ini adalah ketentuan Allah, kita merancang Allah yang tentukan segalanya. 

Contoh macam saya ni , jika dilihat dari sudut positif, saya tak silap buat pilihan pun Prof dan saya bukan wanita malang , yang malang dan tersilap buat pilihan serta langkah adalah si suami yang suka aniaya isteri itu kerana hanya 'Jauhari sahaja yang mengenal manikam'. 

So mane mane lelaki lelaki yang bukan jauhari tu die yang malang sebenarnya. Di akhirat kelak, lelaki lelaki yang menganiaya wanita ni kemungkinan lelaki lelaki 'paling' malang kerana Rasulullah s.a.w sendiri ada berpesan berbuat baiklah dengan wanita. 

Al Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallhu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, yang ertinya :
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia mengganggu tetangganya, dan berbuat baiklah kepada wanita. 

Sebab, mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya, maka engkau mematahkannya dan jika engkau biarkan, maka akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berbuatlah baik kepada wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim). I have nothing to lose at all. I am a better person now. 

Alhamdulillah. Tak terasa malang sikit pun. Mana lah kita boleh 'predict' pilihan kita buat tuu apa yang sedang menanti di hadapannya. Malang ke paling malang ke tak.

I believe ramai juga wanita di luar sana yang sama status dengan saya rasa ketidakpuasan hati pada 'statement' 'malang' ini tetapi tak berani untuk menyuarakan apa yang terpendam. Bagi saya, tersilap buat pilihan dalam kehidupan tak kisah lah sama ada dalam proses memilih pasangan, pelajaran mahupun berkaitan kerjaya merupakan satu pengalaman. 

Apa yang kita panggil itu pengalaman hidup yang lebih mematangkan kita. Cabaran kemanisan, kepahitan dan dugaan selalu ada dalam setiap perjalanan kita kerana hidup ini banyak ujiannya. Pahit manis ranjau kehidupan. Jadi jangan lah sewenang-wenangnya menggelar 'kita' wanita malang. Bersangka baik lah dengan Allah. 

Sesungguhnya rahmat Allah itu lebih mengalahkan kemurkaannya. Ingat, jangan mengaku kita hamba Allah yang beriman jika kita tak pernah diuji- 

'Life experience is priceless'
Yang ikhlas,
Sabrina  

Baru 5 Tahun Kahwin Kot !

30 Jun 2017


Salam Ramadhan semua. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku. Aku HY, dah kahwin, sekarang umur late 20s, alhamdulillah dah ada anak. Apa yang aku nak kongsikan hari ni ialah apa yang aku belajar selama 5 tahun aku kawin ni dan juga hasil pemerhatian aku pada orang lain. Ya walaupun baru 5 tahun tapi nak sampai ke tahap ni pun punyalah susah. So aku harap pembaca di luar sana boleh la baca sambil-sambil nak tunggu buka puasa tu.
1. Rendahkan expectation anda
Common sangat-sangat kebanyakan pasangan (tak semua) yang dah nak kahwin membayangkan kehidupan lepas kahwin diorang camni: kahwin, honeymoon, dapat baby, kerja, balik kerja wife masak husband balik kerja wife sambut then dinner sesama, beli rumah, then grow old together. Bila kau expect tinggi-tinggi tapi kau tak dapat apa yang kau harapkan tu kau end up hampa gila.
Mungkin sebelum kawin kau mengharapkan nanti dah kawin kau merasa la solat suami kau imamkan dan kaulah makmumnya. Mana taknya, bakal suami kau tu selalu nasihat islamik islamik kat kau. Share video UAI dan Syamsul Debat kat fb. Tuptup dah kawin subuh suami kau liat sangat nak bangun, zohor kejap lah kejap lah, asar maghrib isyak entah ke mana. Kecewa, nangis la si makmum ni kat bucu sejadah.
Ataupun sebelum kahwin kau berangan nak honeymoon oversea pastu setiap tahun travel jalan-jalan tengok dunia. Tag pasangan kau kat post-post Trip Adik Berad*k la, post-post tips melancong seperti Tips Melancong ke Maldives dengan Budget RM1 la.. Alih-alih lepas kawin korang tak ke mana pun sampai dah beranak pinak sebab blacklist ptptn. Nak mandi laut kat PD pun susah sangat nak dapat sebab kedekut sangat nak keluar belanja, pulak tu busy memanjang. Nangis la lagi kat bucu katil pulak..
2. Sebelum kawin dengan selepas kawin sangat-sangat berbeza
Ini nasihat common yang korang dengar. Bercinta la seribu tahun pun tetap takkan sama dgn setahun kawin. Lepas kahwin kau umpama mengenali seorang insan yang lain. Masa ni la kau baru tau wife kau tu jenis kentut dah la kuat, bersepah pulak tu contohnya atau rupanya husband kau jenis taknak makan lauk semalam.
Mungkin masa awal kahwin kau akan rasa macam kejutan budaya nak adapt dengan perangai pasangan kau. Kau rasa kau tak boleh nak ikut sebab keluarga kau besarkan kau dengan cara A jadi tak boleh la pasangan kau expect kau boleh ikut cara dia. Tapi kau kena ingat, dia juga dibesarkan oleh keluarganya dengan cara B. Jadi kat sinilah tolak ansur tu sangat perlu dan suami kena mainkan peranan untuk mendidik isteri dengan cara C pulak iaitu asimilasi yang baik dari A + B.
Walaupun macam tu, ambil perkara ini sebagai cabaran yang fun. To get to know each other again macam baru mula-mula bercinta dulu. Setiap hari ada je benda baru tentang pasangan yang kau baru discover. Kan seronok tu?
3. Bersyukur apa adanya. Jangan compare!
Setiap orang Allah dah tentukan bahagian masing-masing. Jadi tak perlulah bandingkan nikmat orang lain dengan kau. Bila buat macam tu seolah-olah kau tak bersyukur dengan bahagian kau sendiri. Ini bila tengok instagram kawan kau honeymoon ke Europe, kau mulalah nak touching dengan husband kau yang cuma bawak kau ke Air Papan, Mersing. Itu pun sebab pakcik dia ada homestay kat sana.
Kadang-kadang aku rasa social media ni jahat. Sebab secara sedar atau tak, kita akan pamerkan apa yang terbaik yang berlaku dalam hidup kita. Dapat hadiah anniversary beg Furla dari husband, upload. Pergi Lombok-Bali-Flores dengan family, upload. Pergi umrah ziarah dengan isteri-isteri, upload. Anak dapat 100A upload. Pastu defend perbuatan kita dengan ayat “ig aku suka hati aku la, tak suka sila unfollow”. Like what?
Eh ini dah macam lari topik pulak.
4. Kalau diberi pilihan tinggal bersama mertua, avoid at all cost.
Ni berdasarkan pengalaman kawan rapat aku. Dia ikut suaminya pindah ke Pahang dan menetap dengan keluarga mertuanya. Ibubapa mertuanya okay-okay saja. Tapi adik-adik ipar yang selalu bikin onar, kita yang dengar ni pun jadi panas telinga. Kadang-kadang rasa nak marah tak sampai hati. Dah berbuih-buih mulut nasihatkan, pindahlah rumah sendiri. Tapi tahun ni dah masuk tahun ketiga dia masih tinggal dengan mertuanya.
Terlalu banyak perkara yg perlu consider kalau nak tinggal bersama mertua. Bab auratnya, siapa lagi yang tinggal sebumbung nanti, macam-macam lagi. Kalau dapat mertua yg memahami boleh jugalah digagahkan. Tapi baik macam mana pun mertua korang, berdikarilah. Belajar struggle hidup susah senang suami isteri. Nak bermalas-malasan sekali sekala pun tak rasa malu. Kau nak bermanja suami isteri kat ruang tamu ke dapur ke tak perlu tengok-tengok.
Apapun mungkin setiap pasangan yang hidup serumah dengan mertua punya alasan kukuh masing-masing. Yang dapat aku nasihatkan untuk mereka yang belum mampu untuk menyewa rumah sendiri, bertahanlah dulu dan dalam masa yang sama usahakan bersungguh-sungguh. Tak baik dah tua-tua masih susahkan mak bapak.. Mungkin mulut kata okay tak kisah, tapi elakkanlah takut-takut ada tingkah laku kita yang TERsinggung hati orang tua tanpa sedar.
5. Sabar, sabar, sabar.
Ya ya. Nasihat ni yang paling common orang sebut tapi nak bersabar tu teramatlah susah. Tapi ini lah yang paling penting, kunci paling paling utama dalam alam rumahtangga, memang kena banyak sangat bersabar. Aku bagi contoh apa yg aku alami dulu, aku tak pernah sangka Allah akan uji kami dengan masalah orang ketiga seawal seminggu perkahwinan. Seminggu. Inai di jari pun tak hilang lagi. Aku hampir hilang akal masa tu. Satu demi satu kebenaran terbongkar depan mata. Bukan setakat skandal biasa, malah siap terbunting lagi. Tapi Allah Maha Besar, kandungan tak menjadi dan gugur.
Boleh dikatakan itulah moment paling getir dalam hidup aku dan khususnya perkahwinan aku setakat ni. Mana taknya. Selalu aku dengar suami cari lain lepas berbelas tahun kahwin. Isteri dah abaikan suami jadi suami cari perhatian kat luar, ataupun suami dah bosan dgn isteri yg makin tak serupa orang, serabai sebab terlalu sibuk uruskan rumahtangga sampai tak sempat nak berhias. Tapi tak, kes aku ni jadi bukti bilamana Allah nak uji, tak kira masa pun. Aku tak sempat lagi nak berbakti sebagai isteri dah kena macam ni. Namun apapun aku bersyukur dek kerana ujian inilah yg menjadi titik tolak perubahan drastik suami aku dari manusia yg hanyut ke dirinya yang sekarang. Tapi kesannya sampai entah bila masih menghantui diri aku. Dah maafkan, tapi nak lupakan ambil masa. Kalau dah lupa takdelah aku masukkan cerita tu dalam confession ni ye dok?
Katakan masa tu aku tak sabar, suami tak sabar, mungkin setakat beberapa minggu or bulan tu je usia perkahwinan kami. Tu baru satu contoh yg besar. Kadang-kadang dari benda kecil macam tak pasang ubat nyamuk pun boleh jadi besar bila tak sabar. Dari tiada kesabaran itulah jadi punca domestic violence baik oleh suami mahupun isteri (isteri pukul suami, macam makin banyak dengar berita pasal ni kan?) ataupun TERlafaz cerai masa gaduh.
Cukuplah dulu 5 pengajaran ini, nama pun baru 5 tahun kahwin. Kalau dah kahwin 10 tahun aku up bagi 10 pengajaran pulak. Marriage life is more than just planning for your wedding then your honeymoon. Ia umpama Amazing Race. Kau team up dengan spouse kau, menjalani kehidupan yg rush here and there, ada detour, roadblock, kena sailang dengan team lain dan macam-macam lagi. Korang tengok kan game tu kalau team tak sepakat je nanti mulalah nak gaduh, blaming each other, last-last sampai lambat pastu tersingkir. Tapi bila team tu ada tolak ansur, sepakat, compliment each other, boleh menang walau apa pun rintangan yang datang.
– HY

Salah Faham Hadith Habbatus Sauda Ubat Segala Penyakit

23 Jun 2017

Habbatus sauda (black seed), jintan hitam atau apa sahaja nama baginya merupakan herba yang terkenal dan digunakan sejak zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lagi. Ianya mengandungi pelbagai khasiat dan sering digunakan untuk tujuan perubatan. Hal ini diperkuatkan lagi dengan adanya hadith-hadith yang menyebutkan tentang kelebihan habatus sauda itu sendiri disisi Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.

Cuma yang menjadi isu ialah salah faham sebahagian masyarakat yang mengatakan habbatus sauda merupakan ubat bagi apa sahaja jenis penyakit hingga ada yang memburuk-burukkan perubatan moden dan mendakwa berpada dengan mengambil habbatus sauda untuk menyembuh apa jua penyakit. Saya ditanya oleh Doktor Rafidah daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh yakni salah seorang ahli dalam team MedTweetMy yang merupakan pakar buah pinggang berkenaan isu ini. Tulisan ini cuba untuk menjelaskan aspek hadith, maksud hadith menurut pandangan ulama’ silam dan menjernihkan salah faham yang berlaku.



 Tulisan ini sama sekali tidak ada kena mengena dengan isu habbatus sauda memudharatkan apa jua jenis penyakit tertentu sebaliknya hanya ingin fokus kepada makna dan syarahan para ulama' mengenai hadith habbatus sauda yang disalah fahami.

Hadith yang paling masyhur dalam masyarakat berkaitan kelebihan habbatus sauda ialah riwayat daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

فِي الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَّامَ
“Pada habbatas sauda itu ada penawar/ubat bagi semua penyakit kecuali mati.” [Riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya, kitab Al-Tibb no. 5687; Riwayat Muslim no. 2215]

Dari sudut kesahihan hadith ini, maka tidak ada sebarang keraguan ianya memang hadith sahih. Maka inilah yang menjadi konflik bahkan mungkin “perang” antara masyarakat dan doktor. Bagi doktor, habbatus sauda boleh memberikan kemudharatan bagi beberapa jenis penyakit dan tidak sesuai digunakan, atau mungkin boleh digunakan dengan pemantauan, dos yang ditentukan dan sebagainya. Sedangkan disisi masyarakat pula, habbatus sauda merupakan antara ubat yang paling baik tambahan pula Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri mengatakan ianya penawar bagi segala penyakit. Tidak mungkin kita menolak perubatan Nubuwwah dan mengutamakan perubatan moden daripada apa yang Nabi amalkan sendiri.

Maka berlakulah perkara yang tidak elok yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat seperti label-melabel, merendahkan, memaki-hamun dan mengutuk doktor. Ada yang mengatakan doktor menolak hadith Nabi, doktor agen yahudi/kafir, doktor terpengaruh ilmu perubatan sains barat dan tidak arif perubatan Islam, doktor jahil dan sebagainya gelaran yang bagi saya tidak patut dilemparkan sebegitu.

Saya bukanlah ingin membela para doktor dan menentang perubatan Nubuwwah walaupun saya sebahagian daripada keluarga MedTweetMy. Tulisan ini untuk menjelaskan dari sudut Islam menurut pandangan ulama’ silam apakah maksud sebenar hadith itu agar kita semua jelas mengenainya dan mudah-mudahan tidak ada lagi perbalahan antara masyarakat dengan doktor.

Salah Faham Makna Hadith

Ya, inilah yang berlaku dalam masyarakat.Walaupun hadith itu sahih, namun kefahaman kita terhadap hadith itu belum tentu sahih. Salah faham terhadap makna hadith sering kali menjadi punca perbalahan bukan sahaja masyarakat awam malah golongan agama sendiri. Dalam hal ini, masyarakat awam tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana mereka sendiri tidak terdedah dengan syarahan ulama’ apatah lagi mengkaji perbahasan mengenainya. Tambahan pula, lafaz hadith itu sendiri menggunakan lafaz “ kullu daa’ ” (semua penyakit) maka sudah pasti bagi sesiapa yang memahami secara literal akan berpegang sedemikian rupa.

Mari kita lihat makna sebenar hadith ini dan perbahasan ulama’ mengenainya.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat 852H) berkata:

“Disebutkan bahawa sesungguhnya ucapan baginda “Seluruh penyakit” itu maksudnya ianya boleh dijadikan ubat dengannya (yakni habbatus sauda). Sesungguhnya ia bermanfaat bagi penyakit-penyakit sejuk sedangkan penyakit panas maka tidak (berkesan).”
            [Fath Al-Bari 10/144]

Imam Ibn Jauzi (wafat 597H) berkata:

“Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa lafaz “kullu” (semua –penyakit-) disini ialah lafaz umum yang membawa makna khusus sebagaimana firman Allah (tentang burung yang berkata kepada Nabi Sulaiman) “Sesungguhnya aku mendapati seorang perempuan yang memerintah mereka dan telah diberikan kepadanya semua benda dan dia juga mempunya singgahsana/istana yang agung. ” [An-Naml:23]...” [Kasyf Al-Mushkil 3/364] 
Ayat ini berkaitan seekor burung Hud-hud yang mengkhabarkan kepada Nabi Sulaiman tentang Ratu/Puteri Balqis di negara Saba'. Makna lafaz kullu (semua) dalam surah An-Naml tersebut bukanlah bermakna seluruh benda yang ada di dunia telah dimiliki oleh Raja Balqis sebaliknya ia bermaksud dia mempunyai kemewahan dunia yang diperlukannya untuk memerintah sesebuah kerajaan. [Tafsir Ibn Kathir 6/186]

Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya mengatakan bahawa lafaz kullu (semua) yang dimiliki oleh Puteri Balqis tersebut ialah lafaz mubalaghah  iaitu semua yang diperlukannya sebagai pemerintah kerajaan. [Tafsir Al-Qurtubi 13/184]

Mubalaghah ialah lafaz hiperbola yakni ucapan kiasan yang yang berlebih-lebihan untuk memperoleh kesan tertentu [kamus dewan edisi-4]

            Inilah yang dimaksudkan dengan lafaz umum tetapi membawa makna khusus. Ianya uslub lafaz yang dibincangkan dalam ilmu usul fiqh. Jika ingin memahami lebih lanjut mengenai lafaz sebegini, sila membaca karya-karya usul fiqh, insyaAllah.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit sejuk yang diucapkan oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani sebelumnya? Ianya bermaksud penyakit yang berkaitan dengan cuaca sejuk atau lembab yang mana sesuatu dirawat dengan habbatus sauda kerana sifatnya yang panas.

Imam Ibn Jauzi juga menyebutkan:

“Yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah penawar/ubat bagi penyakit-penyakit berkaitan lembab, berkahak yang mana habbatus sauda’ itu sifatnya panas dan kering (berlawanan).” [Kasyf Al-Mushkil 3/364]

Begitulah yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi (wafat 676H) ketika membahaskan hadith ini bahawa habbatus sauda tidak sesuai pada penyakit tertentu seperti penyakit berkaitan sejuk. Katanya lagi:

“Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menggambarkan sebegini berdasarkan apa yang disaksikannya pada kebiasaan keadaan para sahabatnya radhiallahu ‘anhum” [Syarh An-Nawawi ‘ala Muslim 14/196]


Kesimpulan

Hadith ini merupakan hadith yang mengandungi lafaz umum namun maksudnya khas. Habbatus sauda sememangnya baik untuk menyembuhkan banyak penyakit namun bukanlah semua penyakit yang ada dimuka bumi ini. Semua penyakit yang dimaksudkan disitu ialah penyakit yang berlawanan sifatnya dengan habbatus sauda’ yakni sakit yang berkait dengan elemen sejuk seperti demam sejuk, selsema dan sebagainya. Itulah yang disebutkan oleh para ulama’ silam.

Adapun apa yang dikatakan oleh para doktor bahawa habbatus sauda mampu memberikan kesan/ menambah mudharat atau tidak sesuai dengan penyakit-penyakit tertentu, maka ianya bukanlah bertentangan dengan hadith diatas. Nasihat saya, ikutlah nasihat doktor pakar. Jika benar habbatus sauda tidak sesuai dengan penyakit yang dihidapi bahkan boleh memberikan mudharat, maka ianya bukan lagi menjadi keperluan untuk diamalkan kerana mengelak mudharat yang lebih besar itulah yang lebih utama yang telah diajarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas radhiallahu ‘anhu:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
“Tidak boleh membuat bahaya dan menimbulkan bahaya” [Riwayat Ibn Majah no. 2430]


Ini juga bertepatan dengan kaedah syarak yang disebutkan oleh para usuliyyin:

در المفاسد مقدم على جلب المصالح
“Menghalang kerosakan didahulukan daripada mengambil maslahat”

كل سبب يفضي إلى الفساد نهى عنه إذا لم يكن فيه مصلحة راجحة
“Setiap sebab yang membawa kepada kerosakan dilarang daripadanya jika ianya tidak mempunyai maslahat yang kukuh.”

Tambahan pandangan daripada Doktor #MedTweetMy:
Jika ingin mengamalkan habbatus sauda, pastikan ianya habbatus sauda yang asli (dalam bentuk serbuk yang 100% tulen), tidak diproses/bercampur dengan bahan lain dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika mengambil habbatus sauda dalam bentuk pil/kapsul, pastikan ianya telah mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana ada pil-pil habbatus sauda yang telah dicampur dnegan bahan-bahan lain yang boleh memudharatkan.
 
Habbatus sauda tidak bersalah, yang bersalah mungkin kefahaman dan cara pengambilan kita.
Wallahua’lam
_____________
Ad-Dien Abdul Kadir

Ad-Hoc MedTweetMy
Jumaat _ 25/03/2016

Kredit : addienblog


Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.