SLIDER

rumah sewa
Showing posts with label rumah sewa. Show all posts

Teladan : Kisah Owner Dan Penyewa Yang Degil

16 Jun 2022



This is my experiences dealing with tenant yang refuse untuk keluar rumah, despite dah habis contract dan disuruh untuk keluar. So, what happened was my former tenant has been skipping rental for 4 months. From May till August. Contract ended on July 2017. In August 2017, terdetik hati nak check bil TNB. Called TNB, bagi details owner rumah dan Tadaaa~~ RM 1800 tunggakan ( now its already RM 2100). 

Perasaan nak maki bertimbun-timbun tapi bersabar lah hati. Bila WA tanya pasal sewa, memang tak reply. Bila tanya bila nak keluar dia jawab awal bulan 9. Hello, mister? I didn’t give you any permission to stay any longer pun. Siapa owner? Siapa tenant? Dia pula buat keputusan nak keluar bila. So, on 8 Sept, he finally moved out dengan meninggalkan kunci di pagar dgn begitu sahaja. Blerghhh~

So, here we go. 

1) Dari first month yang dia tak bayar sewa tu, sepatutnya kami berkeras. Kena selalu push minta jugak duit sewa. Tapi actually we did that. Cuma everytime we pushed him, selalu ada alasan tersendiri. Paling famous ; cheque belum clear lagi, minggu depan masuk, ( tu yang jadi dragged lama sangat tu). That’s why kena jugak firm. Tak boleh bagi muka sangat. 

2) Actually bila dah masuk bulan pertama tak bayar sewa, sepatutnya kitaorang hantar notis lewat bayar. Second month : second notice. Third month : termination notice. Tapi tak buat. Sebab apa? Sebab fikir nak bagi masa lagi untuk dia bayar. More kepada tak ingat sebenarnya. And maybe terlalu bersangka baik MELAYU ISLAM tak buat benda macam ni. (read : tinggal secara free) 

3) Our very own rental contract was too simple. Copy and paste from internet. Banyak benda tak detail, end up makan diri sendiri. Memang stamping, tapi in the end kitaorang tak dapat gunakan apa yang sepatutnya boleh digunakan. For example ; no pets allowed. TAPI tenant bela jugak kucing. Bila dah keluar rumah baru tau bela kucing. Anda rasa? Nak saman? Tenant dah keluar rumah dah pun. Makan hati jela tengok rumah berbau.  

4) Bila perkara ni dah jadi terlalu serius, dah bagi masa sebulan untuk keluar pun tapi masih berdegil. We seeks advices from oldies, families, friends or anyone with experience on the same matter, tapi hakikatnya, setiap kes adalah berbeza. Maybe si A buat macam ni, menjadi dengan tenant dia. Bila si B buat, tenant dia buat relax. Haha! So, we got so many options. In the end, taktau nak buat apa. (but seriously, everyone who had helped us through these mess with ideas and solutions are the best! Kinda remind us that there are still good peoples around us) 

5) Face to face? We didn’t do that. Why? Here is why. He is 40 years old man. And I am the owner of the house, 27 years old woman. Nak bergaduh dengan orang tua umur 40 pasal sewa? Memalukan dia satu hal. And aku takut aku sendiri tak boleh kawal tangan, kaki, mulut dan hati. Hahaha~ suami boleh nak bercakap dengan dia, tapi takut akan jadi benda lain jugak. Usually orang macam ni pandai, dia akan request hanya akan bercakap dengan owner rumah. Wakil ke suami ke pakcik ke. Semua takde hak untuk bercakap. So, we let it pass.

Apa nak buat bila dah jadi macam ni? Ni apa yang kitaorang belajar dan conclude dari kes rumah sewa sendiri. Kami anggap ni pengalaman yang mematangkan cara pemikiran dan cara menyelesaikan masalah. Anggaplah juga cobaan dan dugaan.  

1. NOTIS :
Perkara pertama bila dah lambat bayar sewa, hantar terus notis. Tak payah tunggu, tak payah delay dah. Agak dah terlepas jauh sangat je dari tarikh yang dipersetujui. Hantar notis. Cukup 2 notis, notes seterusnya notis pengosongan rumah/Letter of Demand. Yang ni boleh google. Lagi best suruh lawyer hantar kan. Caj around RM100-300. Depends kawasan jugak lah.  


2. LAWYER :
Next, terus cari lawyer and seek for advices first. Selalu khidmat nasihat free je kan? Tanya dulu, based on my case, my situation, apa steps yang saya kena ambil. Sebenarnya lawyer ni is the right person to ask regarding on cases macam ni. Lagi senang dan kurang serabut (tapi standby $$)  and selalunya, memang kena hire lawyer untuk proceed.


Bila public nak buat sendiri, mahkamah macam pelik, sebab selalu lawyer yang buat. Lagi satu, selalu dengar kalau dah jadi kes melibatkan lawyer, kita boleh suruh tenant yang bayar legal fee. Malangnya tanggapan itu salah. Let say utk kes tuntutan RM3-4K, hakim akan suruh tenant bayar dalam RM100 je. Haha. Kalau legal fees dekat 3K, RM 2.9K bayar sendiri okay. Takde istilah fully sponsored by tenant even dia yang buat salah yang menyebabkan kau kena hire lawyer.  

3. OPTIONS :
Untuk kes aku, lawyer ada bagi 2 options. Writs of distress atau Vacant possession. Writs of distress ni menurut fahaman aku, mahkamah akan sita barang-barang dalam rumah untuk dijual untuk bayar sewa. Tapi tenant still dalam rumah lagi. Belum halau keluar lagi. Vacant possession ni untuk pengosonggan rumah. Yang ni baru betul boleh halau tenant yang degil. Tapi ni memang akan ambil masa sikit nak dapat court order. Tapi kalau dapat yang ni puas hati sikit. Kau memang boleh pergi serang rumah tu sebab dah dapat kebenaran untuk menyerang. Haha. Agak-agak degil taknak keluar jugak, call la balik mahkamah ke polis ke. Tengok apa diorang cakap. ( yang ni kalau salah, let me know ok, tapi ni yang aku paham la 


4. TAK PAYAH KUNCI RUMAH :
Sebenarnya mengunci rumah / tukar mangga adalah salah. So. Lepas ni jangan kunci pagar / tukar mangga. Sebab pertama, tenant ni kalau datang jahat dia, dia boleh buat false claims yang mengatakan barang dia hilang masa kita pergi kunci rumah tu. Yes. Benda ni boleh jadi. Sebab jadi dengan kitorang. Tapi takpe, Allah ada. Dia tahu siapa betul siapa salah. Second, tenant ni boleh claims, kesan dari perbuatan kita kunci rumah ni, dia tak boleh masuk rumah, tak boleh pergi kerja, gaji kena potong. So, dia boleh claim gaji dia yang kena potong. Bijak tak bijak perundangan kita ni sebenarnya. So, memang kena tahan panas la tengok tenant tak tahu malu keluar masuk rumah.  


5. POTONG AIR / ELEKTRIK
Yang ni lupa nak tanya lawyer tu boleh ke tak. Tapi rasa nya tenants boleh claim consequences from action. Macam point no 4. Secara logic nya, memang kalau dah potong api air, confirm lari bertebaran. Tapi faham-faham la. Manusia ni banyak akal nya. Unless, kalau tengok TNB dah tertunggak sampai 3K, boleh dah tu pergi TNB sound setepek kenapa tak potong-potong lagi. Haha! 



6. REPORT POLIS :
Sebenarnya dari pengalaman aku, report polis pun tak jadi apa jugak. Sebabnya ini kes sivil. Paling-paling pun polis akan bagi surat untuk bawak pergi mahkamah. Mahkamah akan proses surat tu untuk panggil hearing and polis tu akan jadi saksi kalau masuk court nanti. Even dah report polis, polis still takde hak untuk halau tenant. Bukan bidang kuasa polis. Polis kena tunggu court order baru boleh tolong pecah masuk rumah. Bukan nak cakap polis useless okay, Cuma undang-undang kita terlalu rumit.  


7. RENTAL CONTRACT / TENANCY AGREEMENT :
Seeloknya untuk ni buatlah proper. Biar habis duit sikit untuk buat contract, asalkan lengkap dan boleh digunakan tanpa memakan diri sendiri. Guna lawyer untuk buat contract. Ni pun pengajaran jugak ni, lepas ni cari lawyer untuk buat contract. Cuma if jadi macam ni, still kena hire lawyer lain. Lawyer yg buat contract kita tu akan jadi saksi je nanti.  


Paling penting, sebenarnya walaupun kita owner rumah, contract dah habis, still memang kita takde hak untuk masuk dalam rumah tu. Silap-silap kita pulak kena tuduh penceroboh. Memang boleh tengok rumah tu dari jauh jela. Part ni pun aku tak faham jugak kenapa. Kena tunggu court order untuk masuk walaupun contract dah berzaman habis. Undang-undang yang melemakkan pesalah bab kata laki aku. Tapi takpe la. Hopefully ada alasan tersendiri kenapa undang-undang ini dicipta.

So, lepas dah hire lawyer. Tunggu jela hearing dan mahkamah keluarkan perintah. Baru boleh selesaikan. Nak tak nak memang kena buat legally. Better be safe than sorry. Part tunggakan tu, kalau kurang RM5K, buat tuntutan kecil. Kalau lebih, sila lah hire lawyer lagi .

Untuk rumah aku, alhamdulillah dapat balik walaupun rumah dalam keadaan tongkang pecah. Tp janji dapat balik. Yang aku boleh cakap, Allah itu ada. buat jahat, aniaya orang, ingat boleh lari dengan aman? Ingat sikit ada anak bini tu .

Deposit memang ambil, jangan risau. At least boleh cover sikit mana-mana yang kena tampal tu. Tapi tu lah, manusia kalau tak kena atas batang hidung sendiri, memang sedap aje cakap nye .


Semoga urusan selepas ini dipermudahkan. Semoga masih ada rezeki untuk kami. 

-dari penyewa KL yang takde contract dengan owner rumah

Kredit : Fb Syazanna Hadenan


Sebaiknya Tinggal Bersama Mertua Atau Berasingan ?

2 Dec 2021



Soalan

Assalamualaikum SS Dato' Mufti. Saya sudah dua tahun lebih berkahwin namun suami masih gagal menyediakan tempat tinggal.

Kami tinggal di rumah ibu mertua (ibu tunggal), bersama adik ipar perempuan dan suaminya. Saya sentiasa kena menutup aurat kecuali dalam bilik saya. Isunya kami cuba mencari rumah sewa tapi tak dapat. Apakah boleh kami keluar rumah untuk tinggal berasingan dari ibu?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan jawapan ini dengan mengertikan hakikat perkahwinan seperti nas Ilahi:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً

Maksudnya“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

(Surah al-Rum: 21)

Sayyid Qutb berkata: Islam memandang rumah tangga sebagai tempat kediaman, keamanan dan kedamaian dan memandang kepada hubungan suami isteri sebagai hubungan kasih mesra dan menegakkan hubungan ini di atas pilihan yang bebas supaya ia dapat berlangsung di atas asas saling mengerti, saling bersimpati dan saling berkasih sayang. Maka Islam inilah juga yang berkata kepada para suami:

فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Maksudnya“Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

(Surah al-Nisa’: 19)

Ini adalah supaya mereka mengekalkan hubungan suami isteri mereka dan tidak terus memutuskannya dengan sekali fikir sahaja atau dengan desakan keinginan yang pertama sahaja, malah ia harus memelihara kepentingan yayasan insaniyyah yang agung ini agar tidak terdedah kepada ledakan keinginan sentimen yang berubah-ubah dan kepada ketololan nafsu yang terbang di sana-sini. (Rujuk Tafsir fi Zilal al-Quran, 3/234)

Berkenaan dengan permasalahan Puan, saya amat bersimpati dan saya ringkaskan jawapan dalam beberapa poin berikut:

  • Sepatutnya, apabila pasangan sudah berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama selain daripada ibubapa dan keluarga, maka inilah yang terbaiknya. Ini kerana dengan hanya berpasangan, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan terwujud. Tambahan pula, tanpa campur tangan mana-mana pihak.
  • Antara makna kemampuan itu adalah mampu menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ

MaksudnyaTempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).

(Surah al-Talaq: 6)

  • Pepatah Melayu menyebut: “Biar banyak rumah daripada banyak orang dalam rumah,” dengan maksud dengan ramainya anggota dalam sebuah rumah, maka ragam dan juga perangai akan berbeza yang boleh membawa kepada pertelingkahan jika tidak ditangani dengan sebaiknya.
  • Oleh kerana ibu sudah ada anaknya yang menjaganya, maka tidak lagi menjadi masalah untuk anak yang lain keluar daripada rumah tersebut. Yang penting, sentiasa memberi perhatian dan kecaknaan sama ada dari segi nafkah atau kasih sayang melalui ziarah serta hadiah dan juga nafkah. Bahkan dengan cara ini, perasaan kasih sayang dan penghormatan akan jadi lebih tinggi berbanding tinggal sebumbung di rumah.
  • Suami sewajarnya memahami hak isteri untuk ditempatkan, yang munasabah dengan status keisterian agar peranan masing-masing dapat dijelmakan dengan lebih baik dan jelas. Ini akan menatijahkan bahtera rumahtangga lebih bahagia.
  • Layanilah isteri dengan seterbaik mungkin. Firman Allah SWT:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya“Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”

(Surah al-Nisa’: 19)

Syeikh a-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.

Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)

  • Kepada isteri hendaklah patuh dan berkhidmatlah kepada suami dengan seterbaik mungkin kerana dengan sifat isteri solehah dan pelaksanaan ibadat kepada Allah akan menatijahkan syurga buat isteri. Benarlah hadis daripada Abdul Rahman bin ‘Auf, Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya“Jika seorang wanita solat lima waktu, puasa Ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya maka dikatakan kepadanya: “Masuklah syurga dari mana-mana pintu yang kamu mahu.”

Riwayat Ahmad (1661), al-Tabarani dalam
al-Mu’jam al-Awsat (4598) dan Ibn Hibban (4237)

  • Elakkan daripada menjadi nusyuz kerana akibatnya amat buruk. Sebuah hadis Nabi SAW menyebut:

وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّى الْمَرْأَةُ حَقَّ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهَا كُلَّهُ حَتَّى تُؤَدِّىَ حَقَّ زَوْجِهَا

Maksudnya“Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaan-Nya, seorang perempuan yang belum menunaikan hak Tuhannya sehinggalah dia menyempurnakan hak suaminya.”

Riwayat Ahmad (4/381) dan Ibn Majah (1853)

  • Sentiasalah bermesyuarat dan berbincang antara suami isteri dalam membuat sebarang keputusan. Ini akan menatijahkan ketenangan dan rasa puas hati dari kedua belah pihak. Bermesyuaratlah dengan cara yang baik. Benarlah firman Allah SWT:

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ

Maksudnya: “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.”

(Surah Ali-Imran: 159)

Syeikh al-Maraghi berkata: “Berbincang itu mengandungi banyak faedah, antaranya memperlihatkan bahawa adanya kesatuan hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Penyatuan hati ini yang akan menolong mencapai sesuatu tujuan.

Akhir kalam, sentiasalah berdoa antara satu sama lain agar rumahtangga Puan akan merasa harmoni dan elakkan daripada memberi tekanan kepada suami sehingga akhirnya niat yang baik boleh membawa akibat yang buruk. Lazimilah qiamullail serta berdoalah sepertimana yang diajar oleh Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

(Surah al-Furqan: 74)

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami di dunia dengan kebaikan dan di akhirat dengan kebaikan. Dan selamatkanlah kami dari azab Neraka.”

Kredit: muftiwp

Aku, Bilik Aku dan Hantu Gatal

21 Nov 2021




Aku dah lama pindah ke rumah aku skang. Adalah agak2 lima tahun. Walaupun byk cerita aneh terjadi, tapi itu cuma happen pada tetamu sahaja. Aku dan housemate aku sebagai penghuni tetap, kami tak penah kena kacau pun. Mungkin 'penghuni gelap' rumah aku tu tak suka kot dgn kawan2 kitaorang. Bukan housemate aku tak penah panggil tok moh/ustaz tgk2 kan umah tu, tapi things still happen. Bagi aku, as long 'dia' tak kacau aku, aku ok je. Tapi things tak seperti yg aku sangkakan.

Bilik aku warna dindingnya biru gelap. Dan aku plak mmg tak suka psang lampu. Slalunya, aku cuma di temani lampu lip-lap-lip-lap warna putih yg housemate aku beli dari ikea. Itupun dah malap sbb bateri nak habis. Katil aku plak queen size. So, 70% ruang bilik aku tu dah dipenuh ngan katil aku. dan aku tinggal seorg je dlm bilik aku. Cuma adalah kadang2 kwn aku tumpang tidor. Tapi jarang sangat.

Aku selalu merasakan yg aku bukan keseorangan dlm bilik aku. kadang kala rasa di perhatikan. kadang kala rasa berat hati nak tinggalkan bilik smpai 4 hari cuti aritu aku habiskan masa dok dalam bilik layan dvd je. cuma kuar beli makanan je. penah dan bayak kali jugak la dalam mamai2 aku nak tidur tu, aku selalu rasa ada org pegang tangan aku. Since aku mamai2 dan penat, aku biarkan je. Terus tidur. Mcm tu lah bila setiap kalinya. Ada kalanya jugak bila aku terbangun waktu malam, aku dapati posisi tidur aku sgt pelik. seseolah aku dipeluk atau memeluk org. Seperti biasa, aku pun bangun mamai2, terus tertidur balik.

Semalam, rutin harian seperti biasa. balik keje aku layan dvd sekejap. Tetiba mengantuk aku terus naik katil tidur. posisi tidur ku mengiring. tangan kanan mendepa dan tangan kiri aku letak bwh kepala/bantal. rambut aku yg panjang, menutup sedikit penglihatanku. dalam samar2 aku lihat jari jemari tgn kanan ku bergerak2 seolah2 aku menggenggam sesuatu. Tp apa yg aku rasa cuma kebas. Kemudian tgn kanan ku terangkat adalah dlm 2 inci dari katil. Terapung. Jari-jemari ku melurus satu persatu. Aku nampak dgn jelas walaupun aku mengantuk sgt. Aku mula cuak. Tetiba, tangan kiri ku yg elok bwh bantal, bergerak perlahan2. Jari jemari aku aduhai lemah gemalai nya membetulkan rambutku yg menutup muka ku. Masa ni aku sgt takut dan hati berdebar2. Jejari ku mengusap muka ku sendiri, hidungku, dan mulutku. Aku cuba menutup mataku rapat, tapi tak dapat.

Dua pekara ini cukup menakutkan aku. Tetapi apa yg jadi seterusnya amatlah memeranjatkan aku. Kedua tangan aku menjadi sgt active. Kedua2 nya selari. Apa yg tgn kanan buat, begitu jugak tgn kiri. Dan aku, tak mampu nak stop. Aku boleh dengar suara tv, suara org ckp2 di koridor, even worst, aku dgr housemate aku balik. Tapi, aku tak boleh jerit. Silap, aku pun tak fikir utk jerit. Mungkin aku lebih curios utk tahu apa yg akan jadi next. So aku let 'dia' to take control of my body. And the worst things happen....

automatically, tangan aku bergerak lebih active. Tapi rasa segan aku meraba seluruh badan aku dari atas ke bawah. Dengan sendiri tangan aku mencampak selimut yg menutup tubuhku. Kemudian, dgn sendiri jugak tangan aku membuka baju tidur aku. Dan malam tadi aku tidur totally naked ya.

Perasaan mmg la sgt berkecamuk. Tak faham apa yg berlaku. Tgn aku mmg la sgt tak behave. Mcm aku mentioned tadi, aku meraba setiap inci tubuh aku baik yg zahir dan juga tersulit. Yg pelik, aku 'main' sendiri. Bukan di 'main' kan oleh seseorang. Seolah dia ada dalam badan aku. Smua aksi terjadi dlm masa sejam. Again dan again. Sampai kaki aku nak kejong dah. Tapi dia tetap tak mau berhenti.

Ada ketikanya muka aku mendongak dan mulut aku terbuka. Utk seketika dan tutup kembali. Bila aku tertidur, dia seolah2 meniup di hadapan muka aku. Terkejut. Terus terjaga. Tapi masih lagi dlm control dia. Tangan masih active. Kaki ku ada kala terkangkang, ke atas la, mcm2 la.

Hingga pada satu saat, tangan ku sudah ke atas. Kaki ku kejong lurus. Aku keras tak bergerak utk lebih kurang 10 minit. Kemudian, perlahan2 tgn kanan aku bergerak memeluk bahu kiri ku dan tgn kiri ke bahu kanan ku. Kaki masih kejong keras lurus. Aku dalam posisi itu smpai la aku tertidur. Tak pasti berapa lama, aku terjaga, terkejut tgk diri aku yg naked dan sejuk, aku capai selimut. Tutup tubuh aku. Tapi malas sgt nak pakai baju balik. Dan again, kedua tgn aku berbalik ke keadaan sebelom nya dan kaki kejong, keras dan lurus. Masa ni aku dah tak peduli, esok keje. Aku nak tidur jugak.

Paginya aku bangun, cuba nak pastikan sama ada aku mimpi atau benar yg terjadi. Aku bagun dlm keadaan totally naked.

Semalam sedang sonok aku layan games of throne, housemate aku whatsapp ckp dia tak balik umah smpai ari sabtu. Time dah pukul 11.30pm. Aku terus cuak. Aku scroll phonelist aku, nak carik mangsa siapa yg boleh temankan aku. Bukan aku tak biasa tinggal sorang2, tapi kejadian hitam tu baru je berlaku semalam, so aku perlu masa skit nak adapt.

Nasib baik la ex-school mate sanggup nak tolong. Tapi dia tgh tgk wayang kat wangsa walk citer x-men katanya. Movie start jam 11pm, so aku agak2 dia mesti smpai umah aku paling lewat jam 2am.

Dalam jam 1am tu, mata entah ke mana dan games of throne aku entah ke mana. Menguap jgn ckp la. Tunggu punya tunggu ex-schoolmate aku tu dtg jugak. Once dia sampai aku terus ajak dia tidur la sbb dah jam 2am kan, tapi member suka plak tgk games of throne tu. Dia suh aku tidur dia nak layan. Oh btw, kwn aku ni keje sendiri. So dia tak de hal berjaga malam dan tidur siang.

Aku ngan confident, terus naik katil nak tidur. Tak smpai 10 mins dlm mamai2 aku tu, tangan kanan aku dah start kebas. Terus aku terkejut. Klau dia kacau aku time aku sorang itu normal, tapi aku ada kwn kot. Takkan nak amek kesempatan jugak. Aku slowly dlm hati tanya siapa dia. Aku ckp jgn buat aku mcm ni. Macam2 lah aku ckp lagi. Nasib la kejadian semalam x jadi lgi. Dia cuma dok main2 tgn aku mcm yg selalu dia buat. Last2 aku terus tertidur. Dan kwn aku, sampai ke subuh dia dok melayan games of throne. Aku pasti smpai skang pun dia x tidur lagi ni.

Cerita ni aku ada cerita kan kat kwn baik aku aka office mate aku. So weekend ni dia nak bawak jumpa org yg pandai2 katanya. Orang tu dok kat Greenwood je. Tak de la jauh sgt dari umah aku

Aku tak tau lah jin saka gatai ni sapa yg punya. Adakah saka aku atau dia mmg dah ada dlm umah tu dari dlu. Klau ikut sejarahnya, kedua2 opah aku mmg ada ilmu2 ni. Opah sebelah abah aku (which mak abah aku la) org Kampar Indonesia. Datang Perak naik tongkang. Mak aku selalu ckp slalu ckp opah aku ni membela. Btw, dorang berdua tak ngam. Tp aku mmg percaya mak aku sbb masa opah aku nak meninggal aritu byk sgt kejadian aneh berlaku. Opah sebelah mak aku plak, emaknya (which moyang aku la) bomoh terkenal kat kampung dia.

Since family aku dok jauh skit dari opah2 aku ni, dan kami cuma balik kampung time raya je, so family aku bebas dari pengalaman2 mistik. Tak mcm cousin2 aku yg lain.

Aku mcm confident je aku tak de saka sbb saka opah2 aku mmg tak berapa nak kenal kami adik beradik. Agaknya lah...

Kredit : OtaiCerita



Pengalaman Seram Rumah Berpuaka Di Muar Johor

6 Aug 2017


Kisah ini adalah kisah benar yang pernah kami alami. Pada tahun 1995, kami sekeluarga berpindah dari Johor Bahru ke Muar kerana ayah mohon kepada jabatannya untuk bertukar tempat bertugas ke Muar atas alasan masalah urusan keluarga. Ayah bekerja sebagai pegawai kerajaan bahagian pencegahan penyeludupan dan kebetulan, post di Muar memerlukan beberapa orang pegawai untuk menjalankan aktiviti pencegahan.

Setelah permohonan ayah lulus, ayah meminta pertolongan kawannya yang kebetulan berada di Muar untuk mencarikan kami rumah sewa. Akhirnya, kawannya menemukan sebuah rumah sewa yang terletak di Jalan Daud, Muar. Ayah mengambil keputusan untuk ushar rumah tu sebelum kami berpindah. Saya ketika itu baru berumur 5 tahun dan kami sekeluarga pergi bersama melihat rumah tersebut. Rumahnya sederhana dengan halamannya yang luas dan berjenis Semi-D.

Setelah kami mempersiap segalanya, akhirnya kami sekeluarga berangkat untuk berpindah ke sana. Ayah menjemput sepupunya untuk membantu dan emak juga turut menjemput adik perempuannya untuk turut bersama menyediakan jamuan kecil-kecilan dan apa yang patut. Kisah misteri dan seram berlaku sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke rumah tersebut. Meskipun ketika itu usia saya baru 5 tahun, tapi memori tersebut masih segar dalam ingatan saya. Bagi memudahkan pembaca untuk mengikuti kisah ini, saya ringkaskan kepada beberapa pecahan kisah.

KISAH 1
Sebaik saja kami tiba di rumah tersebut, kami semua memunggah barang, dan saya bersama adik lelaki saya yang ketika itu berusia 4 tahun pergi berjalan ushar sekitar rumah tersebut. Perkara pertama yang terpacul dari mulut adik saya yang sudah pandai berkata-kata adalah “Rumah ni tak best lah kan!”. Balas saya “A’ah lah, tak best!”. Saya juga turut merasakan aura negatif tersebut, walaupun ketika itu saya masih berumur 5 tahun. Saya dan adik pergi mendapatkan emak dan mengadu “Mak! Rumah ni tak best lah...” tapi aduan kami tidak diendahkan. Kata-kata kami didengari oleh kak long dan dia masih ingat lagi kata-kata tersebut sehingga ke hari ini.

KISAH 2
Apa yang nampak menarik adalah senibina rumah tersebut seakan-akan rumah kolonial British dan saya yakin rumah ini mungkin dibina pada waktu Perang Dunia II [WW II] berdasarkan jalan sambungan untuk ke dapur yang hanya berdinding tetapi tidak berbumbung. Selepas penat berkemas, sepupu ayah pergi ke halaman rumah untuk memetik buah mangga yang rendah pokoknya. Pada usia saya 5 tahun tu, saya dapat pegang pokok tersebut. Emak sedang sibuk menyediakan makanan untuk jamuan kecil. Makcik pula [adik perempuan emak] duduk berehat kepenatan dan terbaring di atas kerusi. Katanya dia pening kepada, dan apa yang memeranjatkan, ketika itu adik saya dapat lihat ada seorang budak sedang duduk di atas kepada makcik, tapi waktu tu dia tergamam dan tak tau nak ‘describe’ tu benda apa?

KISAH 3
Setelah selesai kemas. Kami berehat pada malam itu sebab kepenatan. Esoknya kami berkenalan dengan jiran sebelah rumah yang merupakan sepasang suami isteri berbangsa Cina. Dorang berdua adalah cikgu sekolah dan dorang sangat mesra dan baik hati. Usia dorang juga sudah hampir untuk bersara, namun masih sihat dan bertenaga. Dorang hanya tinggal berdua sahaja.

Kisah seram dan berpuaka bermula pada suatu malam. Saya tidak ingat bilakah waktu tersebut. Ketika itu, kami sekeluarga asyik menonton TV. Secara tiba-tiba, pintu yang memisahkan bahagian ruang tamu dengan dapur digoncang kuat. Kami terperanjat. Ayah pula segera mendapatkan pistolnya kerana dia risau sekiranya ada perompak yang memasuki rumah memandangkan jalan untuk ke dapur tidak berbumbung dan mudah dimasuki orang. Ayah menunggu pintu digoncang untuk kali kedua, kali ini ayah terus merentap laju daun pintu dan mengacukan pistolnya. Namun tiada sesiapa. Ayah fikir mungkin angin bertiup kencang.

KISAH 4
Malam berikutnya, kejadian yang sama berlaku. Ketika kami sedang asyik menonton TV, sekali lagi pintu digoncang kuat. Kali ini ayah tidak sempat ambil pistol, sebaliknya dia capai parang yang sudah tersedia di tepi pintu. Takut juga kalau-kalau kali ini betul-betul perompak. Sekali lagi pintu direntap, namun tiada sesiapa pun, bahkan tak ada angin. Semenjak daripada kejadian itu, emak mula rasa sesuatu tak kena. Emak mengadu kepada ayah tentang rasa hatinya, kata emak, mungkin itu bukan orang atau angin. Ayah antara percaya dengan tidak.

KISAH 5
Sehingga malam berikutnya, ketika itu ayah tak ada dirumah kerana pergi ke Johor Bahru untuk menghadiri kes mahkamah. Seperti biasa, bila ayah dapat kes pencegahan, kes tersebut akan di bawa ke mahkamah dan ayah akan tinggalkan kami untuk beberapa hari bagi menghadiri perbicaraan. Pada malam itu pintu digoncang lagi. Kali ini hanya kami berenam. Emak, saya, adik lelaki saya dan tiga orang kakak saya. Kami bertambah risau kerana ayah tak ada dirumah. Kami menasihatkan emak supaya tidak membuka pintu. 

Tetapi dengan keberanian yang ada, emak yakin itu bukan angin atau perompak sebaliknya “benda” lain. Emak ambil penyapu lidi yang tersedia di pintu tersebut. Kali ini emak merentap pintu tersebut kemudian mengibas-ngibaskan penyapu lidi. Serentak itu juga bulu tengkuk emak meremang dan emak kemudian cepat-cepat menutup pintu.

KISAH 6
Emak mengadu kepada ayah tentang kejadian yang kami hadapi ketika ketiadaan ayah di rumah. Ayah setuju dengan emak dan dia mula percaya yang goncang pintu tu bukan angin atau perompak, tapi ‘benda’ tu. Emak dan ayah berbincang untuk mencari rumah sewa yang lain. Kami juga minta supaya ayah pindahkan peti sejuk dari dapur ke ruang tamu kerana takut untuk ke dapur jika nak minum pada waktu malam. Kejadian pintu digoncang kuat tu terus berlarutan, tapi kali ini kalau pintu digoncang, ayah akan suruh kami tutup TV dan tidur. Pintu digoncang biasanya pada pukul 8 malam atau 10 malam.

KISAH 7
Itu kisah pada waktu malam. Pada waktu pagi pula, pintu depan pula akan digoncang. Saya sendiri melihat kejadian tersebut, dan berlari mendapat ayah dan emak yang sedang berehat di bilik. Emak dan ayah pesan supaya saya abaikan kejadian tersebut. Dah masuk, konon buat-buat tak reti keluar!

Pada suatu pagi, satu lagi kejadian aneh berlaku. Waktu tu emak nak jemur pakaian di luar rumah. Nak jemur pakaian sebenarnya boleh dari dalam rumah sebab bahagian jalan ke dapur tidak berbumbung. Namun mak lebih memilih ampaian di luar kerana kawasan tidak berbumbung itu adalah tempat kami mandi. Kenapa? Nanti saya kisahkan.

Berbalik kepada cerita emak yang nak jemur pakaian. Emak cakap, ketika dia nak jemur pakaian, dia akan melalui longkang yang ditutup dengan penutup yang diperbuat daripada simen. Macam biasa, penutup longkang jenis ni akan berbunyi bila dipijak. Jadi, ketika emak menjemur pakaian, emak terdengar penutup tersebut berbunyi kuat “bedebuk!”. Dia menoleh, tapi tiada siapa pun yang memijaknya.

KISAH 8
Ketika saya dan adik bermain-main di halaman rumah, isteri jiran sebelah rumah mengajak kami datang kerumahnya. Saya mesra memanggilnya auntie. Seperti saya cerita, dorang hanya duduk berdua, dan tidak ada anak cucu bersama. Mungkin kehadiran kami dapat menghiburkan hati auntie. Suaminya tiada di rumah ketika itu. Waktu itu emak berada di luar sedang menyapu, mak mebenarkan kami untuk ke rumah auntie. 

Di rumahnya, auntie mengeluarkan set permainan untuk kami main. Ketika sedang kami asyik bermain, tiba-tiba adik saya berkata “Siapa budak hitam tu? Dia buat apa kat sana?”. Adik menunjuk ke salah satu arah di rumah auntie tersebut. Selepas kejadian tu, auntie tu dah tak panggil lagi kami untuk bermain di rumahnya.

KISAH 9
Seingat saya, rumah tersebut mempunyai 3 batang pokok iaitu pokok sukun, pokok mangga, dan pokok. Suatu hari, emak pergi memetik buah mangga untuk dimakan. Buahnya molek-molek dari luaran, tetapi sebaik sahaja emak membelahnya, dalaman buah tersebut sudah busuk berulat. Emak pelik, kenapa masa hari tu sepupu ayah petik bukan main elok isinya? Emak mencuba pokok lain, Alhamdulillah, pokok sukun dan cermai buahnya molek dan boleh dimakan. Setiap petang emak akan buat sukun goreng untuk kami minum petang.

KISAH 10
Pada suatu hari minggu, kami sekeluarga balik ke Johor Bahru untuk melawat rumah kami di sana dan bercuti serta bersihkan apa yang patut. Sebaik saja kami pulang dari Johor Bahru, auntie sebelah rumah jumpa emak dan cakap “Kamu hari tu pergi mana? Rumah kosong, senyap, gelap, lampu semua tutup. Saya ada dengar macam ada orang mandi dalam rumah kamu.” Emak terkejut, dan emak beritahu auntie yang kami semua tiada dirumah pada hari minggu tu sebab balik Johor Bahru.

KISAH 11
Mengapa kita jadikan kawasan tak berbumbung tu sebagai tempat mandi? Inilah kisahnya. Rumah tersebut mempunyai 2 bilik air. Bilik air pertama dilengkapi dengan kolah mandi dan mangkuk tandas jenis cangkung manakala bilik air kedua pula adalah tandas sahaja, tetapi tidak digunakan sebaliknya dijadikan stor. Semenjak kami pindah, bilik air kedua tu memang sudah dijadikan stor menyimpan barang-barang lama. Suatu hari ketika emak sedang kemas rumah, emak membersihkan bilik air kedua tersebut untuk menyapu segala sawang dan habuk serta membuang segala barangan yang tak boleh dipakai.

Pada malam tu, mak bermimpi didatangi makhluk yang ada dua muka, sebelah muka manusia dan sebelah lagi muka anjing. Makhluk tersebut memarahi emak kerana membersihkan bilik air tersebut. Semenjak daripada peristiwa itu, kami tidak berani untuk menggunakan kedua-dua bilik air, kecuali untuk buang air besar di bilik air pertama. Kami mengambil keputusan untuk mandi di kawasan tak berbumbung tu. Kecuali ayah, sebab ayah dah biasa dengan kes-kes macam ni ketika dia pergi mencegah, so setakat hantu bilik air tu apa lah sangat...

KISAH 12
Suatu hari, saya pun tak ingat bila, seperti biasa ayah akan tinggalkan kami untuk court case di Johor Bahru. Jadi emak panggil emaknya [iaitu atuk perempuan kami sebelah emak] untuk teman kami. Tak tau kenapa mak panggil atuk? Mungkin sebab emak nak atuk tengok-tengokkan rumah tu kot? Ye lah, orang tua biasa faham “benda-benda” ni. Atuk tinggal di Segamat, jadi tak jauh untuk ke Muar.

Atuk cerita, hari pertama dia datang rumah yang kami sewa tu, dia dah rasa tak sedap hati. Jadi pada suatu malam, waktu atuk nak buang hajat, dia bawa sebilah parang untuk ke tandas. Masa dia cangkung nak melepas hajat, dia pacakkan parang atas lantai. Tapi tak tembuslah lantai tu, atuk pegang parang tu. Itu petua orang Melayu dahulu kala, kalau nak pergi ke sungai ke, laut ke, biasa dorang akan pacak parang dulu sebelum turun ke laut atau sungai. Sebaik saja habis buang hajat, atuk terus sambung tidur. Malam tu atuk meracau. 

Esoknya atuk balik kampung. Kisah atuk diganggu ni pun merupakan salah satu punca kami mandi di kawasan tak berbumbung tu. Kalau korang nak tau, setiap kali kami nak pergi bilik air untuk buang air, kami akan pergi berteman, meskipun waktu pagi.

KISAH 13
Jalan yang kami ambil untuk mandi di kawasan tak berbumbung tu bukan suatu penyelesaian yang bijak, kerana pada suatu pagi kak long diganggu. Biasanya kak long akan mandi sebelum Subuh untuk ke sekolah. Suatu pagi masa dia mandi, kak long dengar ada orang berlari dibelakangnya dan terdengar bunyi kocakan air dipijak atas lantai simen yang basah. Semenjak daripada kes tu, kak long selalu lambat ke sekolah sebab dia akan tunggu hari terang untuk mandi.

KISAH 14
Kisah ni lagi bahana! Suatu pagi kami dikejutkan dengan keadaan kereta kami terbuka keempat-empat pintunya. Ayah dan emak bukan main cemas. Ayah terus pergi pintu pagar dan tengok kalau-kalau pagar kena pecah. Yang memeranjatkan, pagar masih bermangga dan tiada kesan orang cuba nak pecah mangga dan rantai mangga tersebut.

Pada mulanya ayah fikir mat gian yang pecah masuk rumah. Ayah cepat-cepat masuk kereta dan buka laci kecil dalam kereta yang biasa kita simpan duit syiling dan resit. Duit dalam tu tidak terusik. Kalau mat gian, mestilah dorang akan pecahkan cermin kereta dan ‘aim’ benda berharga dalam kereta tu. Yang lagi pelik, pintu kereta tu berkunci. Kali ni ayah mula yakin bahawa yang ganggu kami tu bukan biasa-biasa.

KISAH 15
Emak dan ayah mula berikhtiar. Sedari solat wajib, hinggalah ke solat sunat tahajjud & hajat. Emak juga selalu memainkan kaset bacaan surah Yasin. Zaman tu MP3 Imam Masjidil Haram belum ada, apatah lagi YouTube. CD pun belum terkenal sangat. Segala jenis nama qari & qariah mak beli kasetnya. Kesannya? Ya, sangat berkesan dalam menghalau benda-benda puaka pukake zuzake tu, namun sekejap saja. Pintu tu pulak tak henti-henti digoncang. Ibarat kata pepatah, halau-halau ayam, nanti esok datang balik. Harapan kami adalah terus berdoa.

KISAH 16
Kemuncak kepada peristiwa ini adalah ketika adik saya diserang sakit perut. Mungkin usaha serta ikhtiar emak dan ayah membuatkan benda sundake pukake tu jadi ganas dan mula buat ‘plan’ dorang sendiri untuk balas dendam. Lepas adik sakit perut, emak dan ayah bawa pergi klinik. Bila tiba di klinik, macam biasa, doktor kata adik saya sihat, tak ada penyakit. Habis yang budak tu sakit perut sampai cirit-birit tu apa hal? Kami jadi bertambah buntu.

Rupanya, sebelum adik diserang sakit perut, adik cerita yang dia ada bermimpi didatangi sepasang burung merpati. Burung tu cakap kat adik “Dia ni anak kita!”. Adik menceritakan mimpi tu pada emak dan ayah, namun emak dan ayah fikir itu cuma mimpi budak-budak, sehinggalah adik diserang sakit perut tu.

KISAH 17
Suatu hari adik minta kak long untuk teman dia pergi tandas untuk buang air besar. Suatu perkara pelik dan seram yang kak long alami. Kak long cakap, adik suruh teman dia depan pintu sebab dia takut, tapi bila kak long berdiri depan pintu, adik halau kak long dan cakap “Kau buat apa diri kat situ? pergilah!”. Bila kak long pergi, tiba-tiba adik menangis “Long nak pergi mana tu? Temanlah adik, adik takut”... Kak long bingung, tapi kak long tetap temankan adik sampai dia habis mencirit.

Disinilah bermula kemuncaknya apabila salah seorang daripada kita kena rasuk atau diganggu dengan penyakit misteri. Masa tu barulah kita hampir sedar yang kita bukan berada di alam nyata lagi, tetapi sudah masuk separuh diri ke alam yang satu lagi.

KISAH 18
Sakit perut adik yang belum lagi ditemui ubat membuatkan kami buntu dan akhirnya kami mengalah, emak dan ayah sudah mula abaikan solat. Ayah sudah tidak mengaji lagi. Emak tak lagi memainkan kaset bacaan surah Yasin. Kak long masih ingat ketika dia nak solat. Dia dah siap sarung telekung dan sebaik saja dia berdiri atas sejadah, dia tiba-tiba melucutkan telekung dan tak jadi solat.

Kami lebih suka keluar rumah pada waktu malam untuk ke Tanjung, suatu tempat popular di Muar untuk ambil angin dan kami kerap makan malam di luar. Mungkin dengan cara demikian kami dapat lupakan gangguan yang kami hadapi di rumah. Kami hampir putus asa walaupun ayah kerap kali berulang ke klinik untuk ubati sakit adik. Adik saya juga pada waktu tu semakin susut saiz badannya. Akhirnya kami menjalani kehidupan seperti biasa dan berserah pada takdir.

KISAH 19
Penyelesaianya kepada masalah ini akhirnya ditemui apabila pada suatu malam, sekitar pukul 8 malam, adik terbangun daripada tidur petangnya dan dia menceritakan mimpinya kepada emak dan ayah. Adik kata, dia bermimpi pergi ke sebuah gunung. Di atas gunung tersebut ada seorang tua yang adik saya kenali, bahkan kami juga kenal dengan orang tua yang dimaksudkan adik dalam mimpinya. Orang tua tersebut berpesan untuk jumpa dirinya jika ada masalah. Selepas adik menceritakan mimpi tersebut kepada emak dan ayah, kami rasakan masalah ini akan berakhir. Usaha dan doa kami akhirnya Allah Makbulkan.

Orang tua tu kami gelar Atuk Mersing dan beliau merupakan seorang hamba Allah Azzawajal yang boleh dikatakan mempunyai karamah. Barulah emak dan ayah sedar dan teringat kepada orang tua tersebut. Dahulu kami sangat rapat dengan Atuk Mersing tu, emak dan ayah dah dia anggap macam anak sendiri. Emak dan ayah kenal orang tua tu masa dorang mengikuti kawan dorang untuk mendapatkan bantuannya bagi mengubati isteri kawan dorang yang gila. Isterinya akhirnya sembuh dengan tawassul orang tua tersebut.

KISAH 20
Setelah adik menceritakan mimpinya dan setelah kami sedar, malam itu juga kami sekeluarga berangkat untuk ke Mersing menemui orang tua tersebut. Kami transit di rumah kami di Johor Bahru sebelum bergerak ke Mersing. Dalam perjalanan kami dari Muar ke Johor Bahru, emak pangku adik atas riba dan emak kata ketika dia pangku adik, dia dapat rasa macam ada benda yang sedang menekan-nekan dadanya. Sepanjang perjalanan, Emak tak putus-putus gentel tasbih dan berselawat. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami dari Muar – Johor Bahru, kami sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Setibanya di Johor Bahru sekitar jam 12 malam, kami bermalam di situ. Pada malam itu, di rumah kami, kak long terlihat satu lembaga berambut panjang dan berbaju putih sedang memerhatikan kami yang sedang tidur. Kak long kata dia nampak dalam keadaan sedar dan tidak atau kata mudahnya ketika jalu. Apabila hari terang keesokannya, selepas tengahari, kami berangkat ke Mersing.

KISAH 21
Ayah memandu perlahan serta kami rehat dan rawat sekejap di Kota Tinggi. Alhamdulillah, kami tiba di Mersing dengan selamatnya. Waktu kami tiba hari dah nak masuk Maghrib. Atuk Mersing tak ada di rumah, kata isterinya dia ke pekan. Bukan main gembira lagi isterinya bila lihat kami datang, siap minta tolong ayah sembelihkan ayam untuk dimasak buat kami sekeluarga. Tak lama lepas tu, Atuk Mersing pulang. Ketika dia masuk, dia lihat muka kami semua dan berkata “Berat betul masalah awak semua ni!” walaupun kami cuba sembunyikan dengan senyuman. Selepas ayah dan Atuk Mersing selesai solat Maghrib bersama, Atuk Mersing memulakan sesi pengubatan.

Emak bawa adik dan baringkan di sisi Atuk Mersing. Orang tua tersebut membuka baju adik dan mencelup sedikit minyak urut lalu disapukan ke perut adik. Serentak itu adik meraung-raung kesakitan. Padahal orang tua tu baru sentuh. Perut adik diusap perlahan-lahan. Adik meraung dan merayu pada emak, tapi emak tak hiraukan kerana dia tahu itu bukan adik, tetapi puaka sundake tu yang cuba “trick” emak. Selesai berubat, adik tidur lena.

Orang tua tu siap pesan “Nasib baik awak bawak anak awak ni cepat, kalau tak... sebab ‘benda’ tu dah makan hampir ke perut anak awak ni”. Orang tua tu juga pesan supaya kita berpindah dari rumah tu sebab rumah tu dah jadi tempat puaka-puaka tu duduk. Ibaratnya, kita yang menumpang tempat dorang.

KISAH 22
Akhirnya kami berpindah. Sebelum tu kami stay dulu di Johor Bahru, manakala emak dan ayah pergi cari rumah sewa lain di Muar. Kami akhirnya menemui rumah sewa yang lain dan kami berpindah ke sana dengan aman damainya untuk beberapa tahun sehinggalah ayah berjaya selesaikan masalah keluarga dan berpindah kembali ke Johor Bahru. Alhamdulillah.

Selepas kami pindah dari rumah berpuaka pundak nayeh laknatullahialaih tu, salah seorang kawan ayah menemuinya di pejabat dan tanya “Abang dulu duduk rumah tu ke?”. Ayah jawab “A’ah, aku dah pun pindah dari tempat yang penuh kenistaan tu!”. Kawan dia cakap “Saya dah lama nak cerita dengan abang, tapi tak sampai hati sebab masa tu abang masih stay situ. Masa suatu malam saya buat rondaan kawasan tu, saya nampak ada lembaga berjalan masuk menuju ke rumah tu, kemudian hilang!”.

Lepas kami keluar dari azab tu, ayah ada juga ushar tanya kawan-kawan dia kalau-kalau rumah tu masih ada penyewa. Kata ayah, lepas kami blah, ada orang bujang sewa rumah tu, tapi tak sampai dua hari. Esoknya dah berambus.

SEJARAH HITAM RUMAH
Selepas kami pindah, ayah pun rasa ‘curious’, nak tau juga apa pasal rumah tu punya nista dan berpuaka pundak nayeh. Dia ushar-ushar dengan orang-orang kampung sekitar situ. Menurut kisah, rumah puaka tu adalah milik seorang doktor. Doktor tu ada bunuh seorang perempuan dalam rumah tu. Tapi tak tahu sebab apa dia bunuh perempuan tu? Mayat perempuan tu sampai sekarang tak jumpa.

Bila kisah tu berlaku tak pasti. Sama ada selepas atau sebelum WW II atau doktor tu pemilik rumah tersebut atau penyewa... entahlah... Yup! Mengenai tuan rumah, sebenarnya kami bayar sewa pada orang yang ditugaskan untuk jaga rumah tu. Orang tu bukan pemilik asal rumah puaka tu, tapi keluarga dorang ditugaskan untuk menjaganya. Pasangan cikgu sebelah rumah kami tu pun mungkin bayar sewa dengan orang yang sama sebab kami tak pernah tanya pasangan cikgu tu macam mana dia duduk situ... malas nak kepochi-kepochi.

Yang penting kita semua dah selamat, Alhamdulillah. Masa ayah pergi claim duit pendahuluan, ayah ada juga tanya-tanya pasal rumah tu dan memang penjaga rumah tu akui yang rumah tu “keras”. Tapi, apa yang kami terkilan, kenapa penjaga tu tak inform awal-awal secara jujur? Sanggup aniaya orang demi mengharap duit sewa yang tak bawa ke mampus pun! Kami sewa rumah tu sebulan lebih dan hampir ke dua bulan. Untuk pengetahuan korang, penjaga tu kata, kami adalah penyewa yang paling lama bertahan menyewa rumah tu. Babih!

PENGAKHIRAN DAN KESIMPULAN
Adik kata, masa dia kena urut dengan orang tua tu, dia berada di alam lain. Dia kata dia dengar ada orang sedang baca surah Yasin dan nampak 3 ekor hantu keluar dari perutnya tercampak hingga pecah atap siling rumah orang tua tu.

Semenjak daripada pengalaman ni, kami jadi lebih berhati-hati untuk mencari rumah sewa, sampaikan kadang-kadang sebelum kami sewa sesuatu rumah, kami terus tembak tuan rumah tu “Rumah awak ni berhantu tak?”, bukan apa, kami memang trauma dengan kejadian yang pernah kami alami.

Setakat kisah Villa Nabila tu kita cuma dengar cerita jek, tapi kami sekeluarga dah alaminya secara “LIVE” di rumah puaka tu. Adik saya juga rasa seram sejuk bila dia cuba ceritakan semula pada saya mungkin sebab trauma, begitu juga saya yang adakala berdiri bulu tengkuk ketika menaip kembali kisah ni.

Lokasi rumah ni di Lorong Melur, Jalan Daud, Taman Seri Maharani, Muar. Hati-hati...

Semoga kisah saya ni dapat korang jadikan pedoman agar korang tak tersewa rumah puaka pundak nayeh yang masih wujud di Muar dan semoga Allah Azzawajal melindungi kita semua daripada gangguan syaitan laknatullahialaih. InshaAllah.

** P/S: Gambar2 terkini yang aku attached merupakan street view tahun 2016-2017. Jika min tengok, rumah tu sampai sekarang takde penyewa meskipun nampak banyak bahagian yang dah direnovated. Terutama bahagian jalan ke dapur yang tak berbumbung tu dan tingkap. Dulu tingkap tu pakai tingka kayu dua kuak, sekarang dah tinted**





Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.