SLIDER

scam
Showing posts with label scam. Show all posts

Teladan : Kisah Owner Dan Penyewa Yang Degil

16 Jun 2022



This is my experiences dealing with tenant yang refuse untuk keluar rumah, despite dah habis contract dan disuruh untuk keluar. So, what happened was my former tenant has been skipping rental for 4 months. From May till August. Contract ended on July 2017. In August 2017, terdetik hati nak check bil TNB. Called TNB, bagi details owner rumah dan Tadaaa~~ RM 1800 tunggakan ( now its already RM 2100). 

Perasaan nak maki bertimbun-timbun tapi bersabar lah hati. Bila WA tanya pasal sewa, memang tak reply. Bila tanya bila nak keluar dia jawab awal bulan 9. Hello, mister? I didn’t give you any permission to stay any longer pun. Siapa owner? Siapa tenant? Dia pula buat keputusan nak keluar bila. So, on 8 Sept, he finally moved out dengan meninggalkan kunci di pagar dgn begitu sahaja. Blerghhh~

So, here we go. 

1) Dari first month yang dia tak bayar sewa tu, sepatutnya kami berkeras. Kena selalu push minta jugak duit sewa. Tapi actually we did that. Cuma everytime we pushed him, selalu ada alasan tersendiri. Paling famous ; cheque belum clear lagi, minggu depan masuk, ( tu yang jadi dragged lama sangat tu). That’s why kena jugak firm. Tak boleh bagi muka sangat. 

2) Actually bila dah masuk bulan pertama tak bayar sewa, sepatutnya kitaorang hantar notis lewat bayar. Second month : second notice. Third month : termination notice. Tapi tak buat. Sebab apa? Sebab fikir nak bagi masa lagi untuk dia bayar. More kepada tak ingat sebenarnya. And maybe terlalu bersangka baik MELAYU ISLAM tak buat benda macam ni. (read : tinggal secara free) 

3) Our very own rental contract was too simple. Copy and paste from internet. Banyak benda tak detail, end up makan diri sendiri. Memang stamping, tapi in the end kitaorang tak dapat gunakan apa yang sepatutnya boleh digunakan. For example ; no pets allowed. TAPI tenant bela jugak kucing. Bila dah keluar rumah baru tau bela kucing. Anda rasa? Nak saman? Tenant dah keluar rumah dah pun. Makan hati jela tengok rumah berbau.  

4) Bila perkara ni dah jadi terlalu serius, dah bagi masa sebulan untuk keluar pun tapi masih berdegil. We seeks advices from oldies, families, friends or anyone with experience on the same matter, tapi hakikatnya, setiap kes adalah berbeza. Maybe si A buat macam ni, menjadi dengan tenant dia. Bila si B buat, tenant dia buat relax. Haha! So, we got so many options. In the end, taktau nak buat apa. (but seriously, everyone who had helped us through these mess with ideas and solutions are the best! Kinda remind us that there are still good peoples around us) 

5) Face to face? We didn’t do that. Why? Here is why. He is 40 years old man. And I am the owner of the house, 27 years old woman. Nak bergaduh dengan orang tua umur 40 pasal sewa? Memalukan dia satu hal. And aku takut aku sendiri tak boleh kawal tangan, kaki, mulut dan hati. Hahaha~ suami boleh nak bercakap dengan dia, tapi takut akan jadi benda lain jugak. Usually orang macam ni pandai, dia akan request hanya akan bercakap dengan owner rumah. Wakil ke suami ke pakcik ke. Semua takde hak untuk bercakap. So, we let it pass.

Apa nak buat bila dah jadi macam ni? Ni apa yang kitaorang belajar dan conclude dari kes rumah sewa sendiri. Kami anggap ni pengalaman yang mematangkan cara pemikiran dan cara menyelesaikan masalah. Anggaplah juga cobaan dan dugaan.  

1. NOTIS :
Perkara pertama bila dah lambat bayar sewa, hantar terus notis. Tak payah tunggu, tak payah delay dah. Agak dah terlepas jauh sangat je dari tarikh yang dipersetujui. Hantar notis. Cukup 2 notis, notes seterusnya notis pengosongan rumah/Letter of Demand. Yang ni boleh google. Lagi best suruh lawyer hantar kan. Caj around RM100-300. Depends kawasan jugak lah.  


2. LAWYER :
Next, terus cari lawyer and seek for advices first. Selalu khidmat nasihat free je kan? Tanya dulu, based on my case, my situation, apa steps yang saya kena ambil. Sebenarnya lawyer ni is the right person to ask regarding on cases macam ni. Lagi senang dan kurang serabut (tapi standby $$)  and selalunya, memang kena hire lawyer untuk proceed.


Bila public nak buat sendiri, mahkamah macam pelik, sebab selalu lawyer yang buat. Lagi satu, selalu dengar kalau dah jadi kes melibatkan lawyer, kita boleh suruh tenant yang bayar legal fee. Malangnya tanggapan itu salah. Let say utk kes tuntutan RM3-4K, hakim akan suruh tenant bayar dalam RM100 je. Haha. Kalau legal fees dekat 3K, RM 2.9K bayar sendiri okay. Takde istilah fully sponsored by tenant even dia yang buat salah yang menyebabkan kau kena hire lawyer.  

3. OPTIONS :
Untuk kes aku, lawyer ada bagi 2 options. Writs of distress atau Vacant possession. Writs of distress ni menurut fahaman aku, mahkamah akan sita barang-barang dalam rumah untuk dijual untuk bayar sewa. Tapi tenant still dalam rumah lagi. Belum halau keluar lagi. Vacant possession ni untuk pengosonggan rumah. Yang ni baru betul boleh halau tenant yang degil. Tapi ni memang akan ambil masa sikit nak dapat court order. Tapi kalau dapat yang ni puas hati sikit. Kau memang boleh pergi serang rumah tu sebab dah dapat kebenaran untuk menyerang. Haha. Agak-agak degil taknak keluar jugak, call la balik mahkamah ke polis ke. Tengok apa diorang cakap. ( yang ni kalau salah, let me know ok, tapi ni yang aku paham la 


4. TAK PAYAH KUNCI RUMAH :
Sebenarnya mengunci rumah / tukar mangga adalah salah. So. Lepas ni jangan kunci pagar / tukar mangga. Sebab pertama, tenant ni kalau datang jahat dia, dia boleh buat false claims yang mengatakan barang dia hilang masa kita pergi kunci rumah tu. Yes. Benda ni boleh jadi. Sebab jadi dengan kitorang. Tapi takpe, Allah ada. Dia tahu siapa betul siapa salah. Second, tenant ni boleh claims, kesan dari perbuatan kita kunci rumah ni, dia tak boleh masuk rumah, tak boleh pergi kerja, gaji kena potong. So, dia boleh claim gaji dia yang kena potong. Bijak tak bijak perundangan kita ni sebenarnya. So, memang kena tahan panas la tengok tenant tak tahu malu keluar masuk rumah.  


5. POTONG AIR / ELEKTRIK
Yang ni lupa nak tanya lawyer tu boleh ke tak. Tapi rasa nya tenants boleh claim consequences from action. Macam point no 4. Secara logic nya, memang kalau dah potong api air, confirm lari bertebaran. Tapi faham-faham la. Manusia ni banyak akal nya. Unless, kalau tengok TNB dah tertunggak sampai 3K, boleh dah tu pergi TNB sound setepek kenapa tak potong-potong lagi. Haha! 



6. REPORT POLIS :
Sebenarnya dari pengalaman aku, report polis pun tak jadi apa jugak. Sebabnya ini kes sivil. Paling-paling pun polis akan bagi surat untuk bawak pergi mahkamah. Mahkamah akan proses surat tu untuk panggil hearing and polis tu akan jadi saksi kalau masuk court nanti. Even dah report polis, polis still takde hak untuk halau tenant. Bukan bidang kuasa polis. Polis kena tunggu court order baru boleh tolong pecah masuk rumah. Bukan nak cakap polis useless okay, Cuma undang-undang kita terlalu rumit.  


7. RENTAL CONTRACT / TENANCY AGREEMENT :
Seeloknya untuk ni buatlah proper. Biar habis duit sikit untuk buat contract, asalkan lengkap dan boleh digunakan tanpa memakan diri sendiri. Guna lawyer untuk buat contract. Ni pun pengajaran jugak ni, lepas ni cari lawyer untuk buat contract. Cuma if jadi macam ni, still kena hire lawyer lain. Lawyer yg buat contract kita tu akan jadi saksi je nanti.  


Paling penting, sebenarnya walaupun kita owner rumah, contract dah habis, still memang kita takde hak untuk masuk dalam rumah tu. Silap-silap kita pulak kena tuduh penceroboh. Memang boleh tengok rumah tu dari jauh jela. Part ni pun aku tak faham jugak kenapa. Kena tunggu court order untuk masuk walaupun contract dah berzaman habis. Undang-undang yang melemakkan pesalah bab kata laki aku. Tapi takpe la. Hopefully ada alasan tersendiri kenapa undang-undang ini dicipta.

So, lepas dah hire lawyer. Tunggu jela hearing dan mahkamah keluarkan perintah. Baru boleh selesaikan. Nak tak nak memang kena buat legally. Better be safe than sorry. Part tunggakan tu, kalau kurang RM5K, buat tuntutan kecil. Kalau lebih, sila lah hire lawyer lagi .

Untuk rumah aku, alhamdulillah dapat balik walaupun rumah dalam keadaan tongkang pecah. Tp janji dapat balik. Yang aku boleh cakap, Allah itu ada. buat jahat, aniaya orang, ingat boleh lari dengan aman? Ingat sikit ada anak bini tu .

Deposit memang ambil, jangan risau. At least boleh cover sikit mana-mana yang kena tampal tu. Tapi tu lah, manusia kalau tak kena atas batang hidung sendiri, memang sedap aje cakap nye .


Semoga urusan selepas ini dipermudahkan. Semoga masih ada rezeki untuk kami. 

-dari penyewa KL yang takde contract dengan owner rumah

Kredit : Fb Syazanna Hadenan


Scammer Semakin Melampau, Kini Memperdaya Orang Ramai Dengan Pelaburan Secepat 3 Jam . Silalah Berhati-Hati

24 Mar 2022

 


LANGSUNG TIDAK MASUK AKAL apabila pelabur dijanjikan keuntungan 'luar biasa' 15 kali ganda hanya dalam tempoh masa tiga jam. Malah, sindiket sengaja membuat mangsa gelap mata apabila berkongsi beratus testimoni 'pelabur hantu' serta gambar timbunan wang dan emas setiap hari kononnya hasil pulangan keuntungan pelaburan dianjurkan.Itu antara taktik sindiket penipuan didalangi scammer Indonesia yang dikesan aktif memperdaya warga tempatan melalui aplikasi Telegram. 

Sindiket kononnya mengendalikan pelbagai platfrom pelaburan antarabangsa menggunakan pelbagai nama untuk menipu mangsa melalui kaedah 'pujuk dan labur'. Difahamkan sindiket berjaya memperdaya ribuan mangsa dengan menawarkan pelaburan tidak munasabah membabitkan keuntungan 15 kali ganda hanya dalam tempoh tiga hingga enam jam setiap hari.

Berdasarkan maklumat diperoleh, sindiket penipuan ini menawarkan keuntungan tidak munasabah membabitkan pelbagai pakej pelaburan menggunakan pelbagai nama antaranya XM Tarades Capital, XMo Malaysia Berjaya, Smart Account, komuniti XM, Globel Protrade, C Trading, Trading Sukses, O Forex dan pelbagai nama lain.Pakar perunding kewangan, Burhan Mohd Wahab, 45, yang mendedahkan perkara itu berkata, modus operandi penipuan pelaburan melalui telegram ini sudah berlegar lama di negara jiran sebelum mula merebak ke negara ini.

"Biasanya mangsa dimasukkan secara automatik ke dalam kumpulan Telegram yang kononnya menawarkan pelaburan keuntungan harian."Terdapat pelbagai pakej pelaburan ditawarkan sindiket bermula dengan pakej basic (asas) serendah RM500 membabitkan keuntungan sebanyak RM7,000 diikuti pelaburan RM1,000 dengan pulangan RM15,000 serta pelaburan RM1,500 dan dijanjikan keuntungan RM30,000."Pakej pelaburan silver (perak) pula membabitkan nilai pelaburan asas RM2,000 dan RM2,500 membabitkan keuntungan RM35,000 dan RM45,000," katanya.

Menurutnya, sindiket turut memperkenalkan pakej pelaburan gold (emas) membabitkan nilai pelaburan asas serendah RM3,000 dengan keuntungan lumayan mencecah RM55,000."Pakej pelaburan emas maksimum pula adalah RM10,000 dengan keuntungan menjangkau RM120,000. Memang jumlah tidak masuk akal kerana pelaburan ini didakwa pasti untung tanpa risiko kerugian.

"Penyangak saham tidak wujud ini cuma meyakinkan mangsa bahawa pelaburan dianjurkan itu dijamin selamat, patuh syariah, diuruskan secara profesional dan paling penting keuntungan dibayar dalam tempoh enam jam sahaja," katanya.Menurutnya, golongan 'buta saham' dan tiada pengetahuan berkaitan aktiviti pelaburan biasanya mangsa paling mudah ditipu sindiket ini."Saya pernah cuba dijerat sindiket ini, namun apabila mengajukan pelbagai pertanyaan berhubung ketulenan pelaburan itu, sindiket terus menendang keluar saya daripada kumpulan Telegram itu," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa hanya mahu dikenali sebagai Hamdan, 47, mendakwa kerugian RM2,000 selepas membuat pelaburan melalui pakej silver.Menurutnya, dia termakan 'hasutan' untuk melabur selepas pengendali telegram itu turut menghantar gambar 'bukti' puluhan slip transaksi wang keuntungan harian kepada pelabur."Gambar slip bank tempatan itu turut disertakan dengan video testimoni beberapa individu yang meluahkan rasa syukur atas keuntungan diperoleh mereka.

"Malah, terdapat ramai ahli kumpulan di dalam telegram itu saling menghantar mesej memuji dan keyakinan atas keuntungan diperoleh.

"Bermula dari situ, saya termakan 'umpan' dipasang apabila bertindak menghantar butiran peribadi kepada individu dikenali sebagai Alex yang mendakwa menguruskan pelaburan harian itu," katanya.Menurutnya, dia kemudian diarahkan memilih pakej pelaburan diinginkan dan memindahkan sejumlah wang mahu dilaburkan ke akaun bank diberikan.

"Namun saya terkejut apabila tiba-tiba 'ditendang' keluar daripada kumpulan telegram berkenaan. Malah 'admin' yang menguruskan pelaburan itu tidak dapat dihubungi."Apabila difikirkan semula, saya yakin semua ahli kumpulan dalam telegram itu adalah penjenayah sama yang menyamar 'beratus' watak untuk menjerat mangsa," katanya.


SC terima 47 aduan skim pelaburan haram sejak Januari

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerima 47 aduan dan pertanyaan berhubung skim pelaburan haram yang dipromosikan melalui aplikasi Telegram sejak Januari lalu.SC dalam satu kenyataannya semalam memaklumkan sindiket penipuan itu menawarkan peluang pelaburan tidak wujud serta menjanjikan pulangan menarik dan bebas risiko dalam jangka masa singkat.

"Skim ini biasanya menawarkan pulangan yang tidak realistik sehingga 1,000 peratus dalam masa 24 jam atau beberapa jam."Sindiket ini menggunakan pelbagai nama untuk menjalankan aktiviti penipuan pelaburan," katanya.Menurutnya, sindiket itu juga boleh menyamar atau mengklon perantara pasaran modal berlesen menggunakan nama, logo, kelayakan, laman web dan butiran lain daripada entiti yang sah bagi mempromosikan skim haram itu.

"Mereka juga mewujudkan kumpulan awam di Telegram bagi mempromosikan pakej pelaburan yang kebiasaannya disertakan dengan testimoni palsu dan juga diiklankan sebagai patuh syariah."Pelabur yang berminat akan diminta untuk menghantar mesej terus kepada wakil untuk memulakan pelaburan dalam pelbagai pakej ditawarkan," katanya.

Katanya, pelabur juga sering diarahkan mendepositkan wang ke dalam akaun bank peribadi individu yang mendakwa mewakili entiti sah atau ke dalam akaun korporat tidak berkaitan."Bagi mendapatkan kepercayaan dan menarik mangsa untuk tidak curiga, pelaku akan mendakwa bahawa entiti mereka atau skim pelaburan terbabit sudah diluluskan oleh pihak berkuasa kewangan.

"Justeru, SC mengingatkan pelabur supaya sentiasa berhati-hati dalam menilai peluang pelaburan terutama yang menjanjikan pulangan tinggi tidak realistik dengan risiko sedikit atau tiada," katanya.Kenyataan itu turut memaklumkan pelabur tidak seharusnya memindahkan wang ke dalam akaun bank peribadi seseorang jika diarahkan.

"Orang ramai dinasihatkan merujuk kepada Senarai Peringatan Pelabur SC sebelum melabur. Senarai itu mengandungi butiran laman sesawang, produk pelaburan, syarikat dan individu beroperasi tanpa kebenaran," katanya.


Kredit : Harian Metro


Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.