Tips Anak Demam, Batuk Dan Selesema, Mandikan 3 KALI SEHARI, Buang Haba Panas
Bila anak demam,
mak-maklah orang yang paling risau. Mahunya tak tidur malam, nak-nak kalau anak
merengek dan ‘menempel’ 24 jam. Biasanya, kalau anak demam, sehari dua hanya
bagi makan ubat demam. Tapi kalau dah masuk hari ketiga baru jumpa doktor. Katanya,
masa ini baru boleh tahu demam biasa atau sebaliknya.
Walau bagaimanapun, untuk
elak anak demam lebih teruk dengan suhu yang tinggi, mak-mak hanya lapkan badan
anak untuk turunkan suhu. Ada sesetengahnya tak bagi anak mandi sedangkan bila
mandi, haba panas akan keluar.
Begitu juga bila anak
selesema atau batuk. Dengan cara mandikan anak 3 kali sehari ini, sekurangnya
dapat membantu mengurangkan masalah demam, selesema atau batuk yang anak
hadapi.
Ini antara saranan doktor
pada mak-mak. Jangan takut nak mandikan anak bila anak demam, selesema atau
batuk.
Anak Demam, Mandikan
Untuk Kurangkan Suhu Panas
Jika anak demam, pastikan
anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains
dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa
minit?
Ini kerana haba panas
akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk, samalah dengan suhu badan yang
panas tadi.
1. Bila selesema tetap
mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar.
Namun sayangnya ramai
mak-amk hari ini ingat jika selesema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila
ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Mak-mak cuba praktikkan
setiap kali anak ada selesema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
2. Batuk, tetap mandikan
3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau
minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi,
Insya ALLAH kahaknya
cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak
kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
(Tip dari Doktor:
Bila kahak dah longgar tepuk belakang anak everytime dia batuk. Anak muntah tak
apa sebab semua lendir-lendir akan keluar.)
Waktu mandi yang sesuai
untuk anak ialah:
Jam 8 pagi, selepas zohor
dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan
dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah
sejuk dan diserang selsema.
Biasakan selepas mandi,
sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tanga, dada
dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan
peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam,
batuk dan selesema tak bagi mandi. Jadi panas tu akan terperap dalam badan dan
lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk.
Zaman dah berubah, bidan
pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam,
pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap
Bagi ibu yang menyusukan
anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak
semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan
antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu
baru, jangan panik.
Banyakkan membaca.
Info
Cara mandi: Mulakan dari
kaki dulu selepas itu, jirus badan dalam 3-4 kali bagi wap panas keluar. Akhir
sekali baru siram ke kepala.
Bila keluar bilik mandi
lapkan hidung dulu takut air masuk hidung, bimbang selesema pula.
Cara ke 2 mandi guna buah
lemon. Hiris dan letak dalam tab mandi atau baldi.
Moga ia memberi manfaat
buat mak-mak. Paling penting, mandikan anak. Ikut apa yang disarankan oleh
doktor.
Kredit : Kiyuka Hamid
No comments
Post a Comment