Hukum Dan Permasalahan Berkaitan Pembedahan Plastik
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Fenomena bedah plastik merupakan suatu isu yang hangat di masa kini.
Para ahli medik mendefinisikan bedah plastik atau pembedahan kecantikan
sebagai pembedahan yang dilakukan untuk mempercantik bentuk dan rupa
atau bahagiah tubuh seseorang. Kadang-kala ia dilakukan atas kemahuan
yang sendiri seperti kecantikan, trend, dan kadang-kala karena darurat
(terpaksa).
Operasi kecantikan yang dilakukan karena darurat atau semi-darurat
adalah pembedahan yang terpaksa dilakukan, seperti menghilangkan cacat,
menambah atau mengurangi organ tubuh tertentu yang rosak dan buruk.
Melihat pengaruh dan hasilnya, pembedahan tersebut sekaligus memperindah
bentuk dan rupa tubuh.
Cacat dapat dibahagikan kepada ada dua jenis:
1. Cacat yang sediakala sejak dari lahir.
2. Cacat yang timbul akibat sakit yang dideritai.
Cacat yang terhasil sejak dari lahir misalnya, bibir sumbing, bentuk
jari-jemari yang bengkok dan lain-lain. Cacat akibat sakit misalnya
cacat yang timbul akibat penyakit kusta , akibat kemalangan dan luka
kesan terbakar dan sebagainya. Dalam kes ini, sudah tentu cacat tersebut
sangat mengganggu penderita secara fizikal mahupun mental penghidapnya.
Dalam keadaan sedemikian syariat membolehkan si penderita menghilangkan
kecacatan, memperbaiki atau mengurangi kesan akibat kecacatan tersebut
melalui pembedahan.
Ini kerana kecacatan tersebut mengganggu si penderita secara mental
mahupun fizikal sehingga dia boleh mengambil keringanan untuk melakukan
pembedahan. Dan juga karena hal itu sangat diperlukan oleh si penderita.
Keperluan yang mendesak juga termasuk dalam perkara darurat. Ia sebagai
salah satu sebab keluarnya rukhsah (keringanan) dalam hukum.
Setiap pembedahan yang tergolong sebagai pembedahan kecantikan yang
memang diperlukan untuk menghilangkan gangguan, hukumnya boleh dilakukan
dan tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.
Berikut merupakan penjelasan Imam An-Nawawi untuk membezakan antara pembedahan kecantikan yang dibolehkan dan yang diharamkan:
Dalam menjelaskan hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:
لَعَنَ
اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ
وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
"Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta untuk
ditatukan, yang mencukur (menipiskan) alis (bulu kening) dan yang
meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah
ciptaan Allah." [Riwayat Muslim No:3966.]
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan sebagai berikut:
أما
( الواشمة ) ففاعلة الوشم , وهي أن تغرز إبرة أو مسلة أو نحوهما في ظهر الكف أو
المعصم أو الشفة أو غير ذلك من بدن المرأة حتى يسيل الدم , ثم تحشو ذلك الموضع
بالكحل .. فيخْضرّ .. وهو حرام على الفاعلة والمفعول بها باختيارها .. وأما (
النامصة ) فهي التي تزيل الشعر من الوجه , والمتنمصة التي تطلب فعل ذلك بها , وهذا
الفعل حرام إلا إذا نبتت للمرأة لحية أو شوارب , فلا تحرم إزالتها .. وأما (
المُتفلِّجات ) أن تبرد ما بين أسنانها ( فتجعل ) فرجة بين الثنايا والرباعيات ,
وتفعل ذلك العجوز ومن قاربتها في السِنّ إظهارا للصغر وحسن الأسنان , لأن هذه
الفرجة اللطيفة بين الأسنان تكون للبنات الصغار , فإذا عجزت المرأة كبرت سنها
وتوحشت فتبردها بالمبرد لتصير لطيفة حسنة المنظر , وتوهم كونها صغيرة .. وهذا
الفعل حرام على الفاعلة والمفعول بها لهذه الأحاديث , ولأنه تغيير لخلق الله تعالى
, ولأنه تزوير ولأنه تدليس . وأما قوله : ( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك
طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت
إليه لعلاج أو
عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم
"Al-Washimah" adalah wanita yang mentatu. Iaitu melukis belakang
telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau anggota tubuh lainnya
dengan jarum atau sejenisnya sehingga mengeluarkan darah lalu diletakkan
dengan tinta/ dakwat untuk diwarnai. Perbuatan tersebut haram hukumnya
bagi yang mentatu ataupun yang minta untuk ditatukan. Sementara "An-Naamishah" adalah wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu wajah.
Adapun "Al-Mutanammisah" adalah wanita yang meminta dicukurkan.
Perbuatan ini juga haram hukumnya, kecuali jika tumbuh janggut (seperti
lelaki- pent.) atau misai pada wajah wanita tersebut, dalam hal ini dia
boleh mencukurnya. Sementara "Al-Mutafallijat" adalah wanita yang
menjarangkan giginya, biasa dilakukan oleh wanita-wanita tua atau
dewasa supaya kelihatan muda dan lebih indah. Karena jarak renggang
antara gigi-gigi tersebut biasa terdapat pada gadis-gadis kecil. Apabila
seorang wanita sudah beranjak tua giginya akan membesar, sehingga ia
menggunakan kikir untuk mengecilkan bentuk giginya supaya lebih indah
dan agar kelihatan masih muda.
Perbuatan tersebut jelas haram hukumnya baik yang mengikir ataupun yang
dikikirkan giginya berdasarkan hadith tersebut di atas. Dan tindakan itu
juga termasuk merubah ciptaan Allah, pemalsuan dan penipuan. Adapun
sabda nabi: "Yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik" maknanya
adalah yang melakukan hal itu untuk mempercantik diri. Sabda nabi
tersebut menunjukkan bahawa yang diharamkan adalah yang meminta hal itu
dilakukan atas dirinya dengan tujuan untuk mempercantik diri. Adapun
bila hal itu perlu dilakukan untuk tujuan perubatan atau karena cacat
pada gigi atau sejenisnya maka hal itu dibolehkan, wallahu a'lam. [Syarh Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi XIII/107]
Suatu permasalahan yang perlu ditekankan di sini ialah para ahli medik
yang melakukan pembedahan kecantikan tersebut biasanya tidak membezakan
antara keperluan yang menimbulkan bahaya dengan keperluan yang tidak
menimbulkan bahaya. Yang menjadi kepentingan mereka hanyalah mencari
keuntungan harta, dan memberi kepuasan kepada pesakit dan pengikut hawa
nafsu, materialistik dan penyeru kebebasan. Mereka beranggapan setiap
orang bebas melakukan apa sahaja terhadap tubuhnya sendiri. Ini jelas
sebuah penyimpangan. Karena pada hakikatnya jasad ini adalah milik
Allah, Dia-lah yang menetapkan ketentuan-ketentuan berkenaan dengannya
sekehendakNya. Allah telah menjelaskan kepada kita cara-cara yang telah
diikrarkan Iblis untuk menyesatkan bani Adam, di antaranya adalah firman
Allah:
وَلآمُرَنَّهُمْ
فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ
وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا
مُّبِينًا
"Dan aku akan suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka
benar-benar mengubahnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan
menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya
rugilah ia dengan kerugian yang nyata." [An-Nisa' 4:119]
Ada beberapa pelaksanaan pembedahan kecantikan yang diharamkan karena
tidak memenuhi ketentuan-ketentuan syariat yang disepakati dan kerana
termasuk mempermainkan ciptaan Allah serta bertujuan mencari keindahan
dan kecantikan semata, misalnya memperindah payu dara dengan mengecilkan
atau membesarkannya atau pembedahan untuk menghilangkan kesan ketuaan,
kedutan kulit, mencantikkan bentuk wajah dan anggota tubuh lain tanpa
sebarang sebab yang selari dengan syariah.
Dalam hal ini syariat tidak membolehkannya. Karena tidak ada keperluan
yang darurat untuk melakukan hal itu. Hal itu dilakukan semata-mata
untuk mengubah dan mempermainkan ciptaan Allah sesuai dengan hawa nafsu
dan syahwat manusia. Hal itu jelas haram dan terlaknat pelakunya. Dan
juga karena termasuk dalam dua perkara yang disebutkan dalam hadith di
atas, iaitu hanya ingin mempercantik diri dan mengubah ciptaan Allah.
Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi menyebutkan:
ويُضاف
إلى ذلك أن هذه الجراحات تتضمن في عدد من صورها الغش و التدليس والحقن بمستخلصات
مأخوذة من الأجنّة المُجهَضة بالطرق المحرّمة احتيالا وشراء - وهذا من أكبر
الجرائم - وكذلك ما ينتج عن كثير من عمليات التجميل من الآلام المستمرّة والأضرار
و المضاعفات . كما يقول الأطباء المختصون .
Ditambah lagi pembedahan kecantikan sperti itu banyak mengandungi unsur
penipuan dan pemalsuan. Demikian juga suntikan dengan zat-zat yang
diambil secara haram dari janin yang gugur, yang mana perbuatan tersebut
merupakan kejahatan yang besar, dan kesan samping serta mudharat
lainnya yang timbul akibat operasi kecantikan sebagaimana dijelaskan
oleh pakar-pakar perbuatan.
[Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi, Ahkamul Jirahah]
Berdasarkan penjelasan ini, dapat kita simpulkan bahawa apabila
kecacatan atau kekurangan yang ada pada diri termasuk dalam kategori
darurat (seperti karena kemalangan dan penyakit) yang menyukarkan diri
atau menyebabkan kesukaran yang lain yang mungkin terjadi, bukan
dilakukan untuk mempercantik diri semata-mata tanpa sebarang alasan yang
selari dengan syara', maka pembedahan plastik/ kecantikan tersebut
boleh dilakukan inysa Allah.
والله أعلم بالـصـواب
Kredit : addienblog
No comments
Post a Comment