SLIDER

kasihan
Showing posts with label kasihan. Show all posts

Wanita Bujang Bila Terjebak Bercinta Dengan Suami Orang, Susah Nak ‘Patah Balik’

3 Oct 2024

 


Hubungan percintaan antara wanita bujang dengan suami orang. Tidak dapat dinafikan, ramai wanita bujang yang terjebak dalam cinta begini. Kalau sudah terjebak, memang susah hendak ‘berpatah balik.’

Alasan yang diberikan biasanya dikatakan jodoh dan rasa kasih dan sayang pada lelaki yang berstatus suami orang. Bercinta dengan suami orang melibatkan banyak perkara terutama soal hati dan juga perasaan.

Wanita Bujang Bila Terjebak Berkawan Dengan Suami Orang

Melalui satu hantaran dilaman Facaebook, Firdaus Shakirin melontarkan pandangannya tentang mengapa wanita bujang perlu mengelakkan diri daripada menjalinkan hubungan dengan suami orang.

“Berkawan” dengan suami orang: Kalau boleh elak tu, elaklah…

Bila dah tersuka, bila dah dilamun cinta, terus dikatakan jodoh…nak buat macam mana kan…ketentuan ALLAH SWT…tapi pokok pangkal asal hubungan tu adalah sebab tidak pandai jaga pergaulan dan tidak tahu batas bila bergaul…

Bukan tidak tahu dia itu suami orang, tapi melayan juga…dari sekadar “cuma kawan”, sehinggalah terbinanya “satu hubungan.”

Susah Nak ‘Patah Balik’

TIGA SEBAB KENAPA PERLU ELAK BERKAWAN DENGAN SUAMI ORANG: 

1. Bukan semuanya mampu

Kita bukan hendak menidakkan perkara yang halal dan boleh untuk orang lelaki buat tapi syarat utama yang membolehkan dia untuk buat pilihan itu ialah mampu. Boleh dikatakan ramai lelaki yang bergelar suami pada hari ini, tidak mampu. Kalau dia betul-betul mampu, maka isteri dia tidak membantu langsung bab kewangan. Dari A to Z dia sediakan, semua hutang dia bayarkan siap ada pakej duit belanja yang fixed lagi setiap bulan untuk isteri.

Kalau bulanan pun, isteri bayar hutang, isteri top up perbelanjaan, keluar makan isteri bayar, minyak kereta isteri penuhkan, maka di mana “kemampuan” dia untuk beristeri lebih dari satu? Kalau dia teruskan juga niat dan perbuatan itu, maka penganiayaan akan berlaku disebabkan dia tidak mampu.

2. Niat nak test market, main-main, tak serius

Bukan semua yang menyentuh hati anda itu, membuatkan anda jatuh cinta dengannya ada nawaitu ingin menghalalkan anda, ada yang saja-saja test market, sekadar suka-suka, main-main. Dia tidak mahu ke peringkat seterusnya sebab dia tiada keinginan pun untuk ke peringkat itu.

Hubungan itu sekadar mengisi masa lapang, memenuhkan masa terbuang. Dia akan mengelak daripada membicarakan soal serius ke tidak, nak berkahwin ke tidak dan sebagainya. Dia akan berjanji sahaja sepanjang masa tapi dia langsung tidak mengotakan apa yang dijanjinya. Lebih teruk lagi, dia dapat “habuan”, dia blah dan memutuskan hubungan begitu sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Dia yang untung dan dia tak rugi apa-apa dalam hubungan yang macam ini.

3. Jangan menambahkan bilangan ibu tunggal

Biasalah, adat mula-mula hendak menumpang kasih. Bila kasih sudah ditumpang, maka mula tamak dan mahu ianya jadi hak milik seorang.

Yang pertama sudah mula rasa kurang senang, yang pertama sudah mula rasa diabaikan, yang pertama tak boleh terima diduakan, maka yang pertama pun “lebih rela” untuk bergelar ibu tunggal.

Ada suami yang sebelum bercinta dengan orang lain, sebelum berkenalan dengan orang lain, dia baik-baik sahaja dengan isterinya. Apabila berjumpa orang baru, dia jadi haru biru. Kewajipan sudah ke laut, nafkah sudah mula tak tunai. Anak isteri tak dihiraukan lagi  dek kerana keasyikan dilamun cinta baru.

Ditegur tak guna, dinasihat sia-sia. Maka putus asa dan redalah si isteri dalam mempertahankan rumah tangga asbab kemunculan orang ketiga. Si suami yang asalnya hendak membantu janda, telah menjandakan pula isteri sendiri.

Sebagai suami, jagalah pergaulan dan fahamilah batas-batas pergaulan. Kita keluar mencari nafkah untuk keluarga, bukan jodoh kedua. Tengok cermin, tengok atas bawah, sedarilah kemampuan kita dan ingatlah pengorbanan yang telah isteri kita lakukan.

Kepada ‘orang ketiga’ andai rosak sesebuah rumah tangga kerana perbuatan anda, maka bertanggungjawablah untuk menjawab soalan di akhirat sana. Allah Maha Adil dan Saksama.

Kredit : https://www.facebook.com/firdausshakirin.25/

Dah Sebumbung Baru Tahu Mak Mertua Perangai Pelik

15 Aug 2018


Memang betul lah orang cakap kalau kita nak kenal seseorang tu, kena tinggal sebumbung kan baru lah segala perangai isi perut dia kita tahu. Tapi kita selalu dengar statement mcm nie hanya utk pasangan yg da kawin kan, da bernikah dan tinggal sebumbung baru kenal betul kan. Tapi lain pulak pada sy, lepas kawin sy tinggal sebumbung dengan mertua, haaaa masa nie lah sy baru kenal hati mak mertua sy. Sebelum sy kawin dgn anak dia,sy tak nampak pulak yg mak dia nie jenis memilih kasih.

Dah kawin nie and tinggal sebumbung baru tahu perangai dia. Mak mertua sy nie kadang-kadang angin kus-kus dia dah datang, nanti dia tak tegur suami sy, sy pon tak tahu ape masalah dia. Sy tnya suami ade bergaduh dgn mak ke, dia ckap takde. Tetibe jek nak berangin, kadang-kadang dgn sy and baby sy pon dia x tegur. Sy pulak orang da berangin tak tentu pasal mcm tu, sy buat bodoh jek lah. Suami sy pon pesan kalau mak dah datang angin meroyan mcm tu, jgn dilayan, nanti dia ok sendiri. So, sy ikut lah cara suami sy sbb dia lebih knal mak dia kan. Kadang-kadang sy pon ade jugak terasa hati dgn perangai mak mertua sy nie, kalau along angah dtg melawat dia and tiba masa nak balik semula, mak mertua sy mesti tunggu depan rumah sampai kereta along angah tak nampak depan mata, agaknya sampai along angah dah smpai rumah kot dia still lagi depan pintu, huh.

Bila turn suami sy nak outstation tiga empat hari ke, dia duk tercongok depan tv buat bodoh jek. Suami sy pulak jenis diam jek, walaupon mak dia mcm tu dia tetap salam mak dia mcm biasa. Kalau mcm sy nak balik melawat family sy, nanti dia automatik muka macam mencerut, mcm x bagi sy balik tengok mak bapak sy pulak, padahal suami sy ok jek. Nanti sy balik semula ke rumah dia, dia x tegur, dia buat bodoh jek. Dah dua tiga hari dia pulak yg tegur sendiri. Kalau dengan anak lelaki bongsu dia bukan main lagi layan mcm anak raja, nak makan cedukkan.

Padahal umur anak dia tu lebih kurang sy jek, bukannye budak kecik lagi, kadang-kadang berbulu jek tengok. Sy nie pulak jenis x suka berjalan rumah orang, sy suka duduk rumah jek buat hal sendiri, bukan sy jenis sombong taknak bergaul dengan orang tapi mak bapak sy dah didik sy mcm tu. Kalau kawan nak jumpa biar diorang yg datang rumah, bukan kita pergi rumah dia. Jadi sampai sekarang sy terdidik mcm tu. Mak mertua sy nie pulak pagi petang duduk bertandang kat rumah orang, cerita hal orang tu, cerita hal orang, bila bapak mertua sy ade, pandai pulak dia duduk rumah. Bila sy x join dia mengata hal orang, dia nak bising-bising pulak.

Nanti dia dah puas mengata hal orang, dia balik rumah dia cerita pulak kat sy story yg dia mengumpat tadi. Nak suruh orang dapat dosa mcm dia. Sy ade jugak cakap kat suami yg mak dia bising sy x ikut dia berjalan rumah jiran cerita hal orang, sy pon ade tanya suami suka ke kalau sy mengumpat hal orang, suami sy sendiri pon suke sy duduk rumah. Dia pulak bising. Setahu sy, isteri kena patuh cakap suami, bukan cakap mertua, kan? Pasal rambut sy panjang pon dia nak bising. Asik tanya jek taknak potong rambut ke, taknak potong rambut, dah suami cakap tak payah potong, dia nak bising ape hal pulak kan. Rambut aku, kepale aku, aku punye suke lah! Geram jugak hati nie.

Nak banyak bunyi tak boleh pulak sebab menumpang, so layan jek lah. Pernah sekali tu anak sy nie baby lagi baru 3bulan, jadi anak sy nie minum susu formula. Sy dari awal lagi memang dah ajar anak sy minum susu guna puting yg putih jernih tu. Mak mertua sy pulak suruh try bli puting kuning tu. Nak jaga hati punya pasal, sy minta suami belikan puting kuning tu. Sy pon try bagi anak susu guna puting tu, haaa kauuu, anak sy taknak menyusu terus dgn puting tu. Sy ckp lah dgn mak mertua sy yg anak sy taknak puting tu.

Korang tahu ape dia jawab? Nie hah.. 'Siapa suruh kau beli puting tu, dia dah biasa dgn puting putih tu, memang lah dia taknak'.. Korang boleh rase tak ape yg aku rase mase tu? Mental !!

Fahami Dengan Jelas Isu 'MERUANG'

10 Aug 2017


Dalam kesibukan saya menguruskan keropok, bidadari minta pandangan tentang isu MERUANG.

Sejujurnya ini kali pertama saya dengar perkataan MERUANG.Apa yang saya baca dari carian google MERUANG ni membuang atau mencuci bahagian faraj dengan jari beberapa ruas(3 ruas) selepas haid atau nifas atau dijadikan sebagai metode 'pencegahan' dan 'menyegarkan' keintiman wanita.

Katanya lagi jika tidak meruang nanti bahagian faraj akan berkerak kesan dari darah haid dan nifas,air mani suami etc.(Alamak kesian bidadari saya) . Lagi saya risau jika anak dara juga digalakkan meruang.

Tapikan, baguslah kalau prihatin,memang bahagia intim wanita perlu dibersihkan,perlu dijaga dengan baik dan tidak perlu dibersihkan dengan apa-apa produk,atau dimasukkan dengan apa-apa produk. Cukuplah sekadar dengan air yang bersih dan ratakan air bahagian zahir faraj sahaja. (EXTERNAL GENITAL)

*Boleh juga apply minyak kasturi atau apa-apa wangian yang sesuai dan tiada bahan kimia berbahaya.


Perlu berhati-hati jika memasukkan keseluruhan jari sendiri atau jari suami ke dalam faraj,ini boleh mengundang jangkitan kuman dan menganggu 'microbiota ' atau ekosistem bakteria baik dan PH dalam faraj jika anda memasukkan apa-apa ubat atau herba atau alatan.

Hanya zakar sahaja anggota yang layak untuk masuk ke dalam faraj. Melainkan zakar itu jenis 'curang' memang bahaya bukan sahaja tidak layak bahkan 'pembawa' kepada bakteria jahat.

Darah haid,nifas dan air mani suami tidak akan 'tertinggal' dalam faraj dan tidak akan melekat selamanya kecuali anda ada masalah Endometriosis. Ini setiap kita perlu faham fisiologi cara kerja sistem peranakan. Dan Allah s.w.t jadikan sistem ini ada bendalir dan bakteria baik seperti Lactobaccillus untuk jaga ekosistem faraj dari serangan bakteria jahat etc. jika kita ganggu PH faraj ini lagi memudahkan jangkitan kuman berlaku.

Dan jika darah haid masih ada ia tetap akan keluar dan haram kita solat. Umumnya kita tahu darah haid ada 5 peringkat

1)Hitam merah
2)Merah
3)coklat
4)kuning
5)keruh

6 Jika jerneh maka ia suci dan boleh solat

Jadi mana mungkin darah haid masih masih terkumpul dalam rahim atau pangkal rahim. Sebab lapisan edometrium akan gugur menjadi darah haid sekiranya tidak berlaku persenyawaan dan akan kering dalam tempoh beberapa hari.

Setelah haid pelbagai reaksi lendir yang keluar dan lendir ini juga menentukan anda subur atau tidak,kebiasaan jika lendiran jerneh menunjukan anda subur sebaliknya jika lendiran kuning tidak berbau tidak gatal menandakan anda tidak subur. Lendiran ini sangat penting untuk mengawal ekosistem,persenyawaan dan menyingkirkan benda asing secara semulajadi dari dalam faraj dan mengukur tahap kesuburan anda. Biarkan ia,kerana ia sebagai pelembap untuk bahagian intim wanita. Dan lendiran ini dipengaruhi oleh hormon dalam badan. Jika anda stres,menyusu,hormon astrogen meningkat dan sedang hamil juga lendiran akan keluar.

Dalam perubatan biasanya mereka panggil VAGINAL DISCHARGE.

Dan jika lendiran itu berbau,gatal berkemungkinan besar ada jangkitan kuman lain atau viginal candidiasis. Ini anda perlu berjumpa dengan doktor,bukannya terus ke bilik air dengan meruang. Kerana dengan Meruang berpotensi memudahkan lagi kuman masuk ke bahagian rahim dan saluran fallopian tube. Oleh itu, keputihan atau jangkitan fungul perlu diperiksa dan dirawat. Begitu juga dengan GBS,ia tidak mampu dirawat dengan hanya anda 'meruang'. jika teknik ini terbukti sudah pasti doktor atau bidan telah melakukannya lebih awal.

Yang dimaksudkan oleh doktor atau bidan mencuci bahagaian faraj(EXTERNAL GENITAL) bukanlah memasukkan sehingga ke panggal rahim, cukup sekadar bahagian zahir faraj dan pastikan anda lap dengan tuala yang bersih(bukan tuala untuk badan) -ini selalu saya pesan kepada isteri tuala untuk badan lain,untuk bahagian intim lain.

Jadi ingin saya tekankan disini jika anda faham fisiologi dan anatomy sistem peranakan wanita insyaallah anda akan faham apa yang dimaksudkan oleh bidan,misi dan petugas kesihatan bahawa tidak perlu untuk 'MERUANG' .

Yang perlu adalah anda jaga kebersihan bahagian intim dengan menukar setiap 4 jam seluar dalam,memakai seluar dalam serap peluh,menggunakan tuala yang khusus,boleh masukkan sedikit sterile gauze untuk cek darah haid(pilihan) dan paling mustahak hentikan makanan tinggi gula,fast food,junk food,jeruk yang tinggi bahan pengawet dan perbanyakkan sayuran hijau,probiotik,air mineral 1.5-2L sehari dan boleh ambil air rebusan herba untuk tenaga.

Apa-apa pun setiap kita ada hujah dan pendirian masing-masing. Namun setiap kita perlu ada 'GURU' yang adil dan memahami sistem tubuh badan manusia. Secara peribadi untuk bidadari tercinta,saya tidak galakan meruang.

Jangan lupa untuk memastikan rahim atau bahagian sulit anda sihat atau tidak ,anda perlu lakukan pemeriksaan PAP SMEAR di mana-mana klinik.

"Sepatutnya Semakin kita belajar ilmu physiology dan anatomy tubuh badan,semakin meningkat iman,bukan semakin menjadikan kita Egois"

-EncikMatt-

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.