SLIDER

surirumah
Showing posts with label surirumah. Show all posts

10 Nasihat Padu Buat Isteri Yang Tekad Dengan Keputusan Berhenti Kerja, Rugi Kalau Tak Amal

5 Oct 2024




Keputusan berhenti kerja bukan satu tindakan yang mudah. Terutama bagi isteri yang selama ini bekerja dengan niat untuk membantu suaminya. Andai berhenti bekerja jalan terakhir, dengarlah nasihat ini agar ibu berhenti dengan tenang dan bahagia.

Menarik sekali nasihat Dr Hasiba Kamaruddin mengenai ibu-ibu yang mahu, bakal dan sudah berhenti kerja. Apa yang perlu mereka praktikkan agar sentiasa berasa yakin dengan keputusan yang diambil.

Lagipun, wahai isteri kita takkan pernah tahu masa depan yang akan berlaku selepas keputusan berhenti kerja diambil. Namun, usaha dan tindakan itulah yang menentukan kejayaan seorang suri.

Jika aku bertemu dengan para ibu yang berhenti kerja walau apa jua alasan pun demi menjaga anak – anak sendiri walhal mereka punya pendidikan tinggi dan pernah berkerjaya sebelum ini, aku tumpang gembira buat mereka.

“Pertamanya aku gembira kerana si suami berani menyahut cabaran mencari nafkah keluarga di era ‘seorang bekerja tak cukup’ masakini. Aku tumpang gembira juga kerana para ibu ini sanggup mengorbankan cita – cita dan bakat yang mereka ada dalam membina kerjaya demi menjaga keluarga.

“Ini bermakna lebih ramai ibu–ibu yang ber’isi’ mindanya dalam membina peradaban bangsa yang kian kosong kini.”

Gunakan 10 Nasihat Ini Sebaik Berhenti Kerja

Bagi ibu-ibu yang masih tersimpan ketidakpastian dan kerisauan dengan keputusan yang diambil, ini yang ibu boleh lakukan:

1. Bersyukur sebab ada suami yang sanggup jaga kita seadanya. Terima apa saja yang mampu disediakan oleh suami walau kita sendiri mampu untuk hasilkan lebih dari itu.

2. Always feel good about yourself walaupun kita rasa lebih bagus semasa belajar dan berkerjaya dulu.

3. Jaga anak, jaga urusan rumah tangga pun kerjaya juga.

4. Jangan risau akan rezeki kerana Allah SWT janjikan cukup untuk hambaNya hidup di bumi ini. Cukup, bukan mewah.

5. Sentiasa doa moga Allah SWT mudahkan urusan suami, murahkan rezeki berkat buat dia. Semasa solat atau bila – bila masa saja. Percayalah yang ini akan berlaku.

6. Kalau dulu bekerja tak sempat solat Dhuha, sekarang mesti sudah sempat. Solat Dhuha.

7. Tingkatkan nilai diri. Sambil jaga anak dan rumah, cari aktiviti yang boleh menambah nilai diri dan orang sekeliling.

Contohnya:

a) Baca buku – buku yang baik untuk buka minda. Sekejap pun takpa.

b) Hadiri kuliah-kuliah Dhuha di surau-surau, bawa anak sekali kerana kuliah Dhuha ni kebanyakannya ustazah yang deliver dan mak – mak serta nenek – nenek yang hadir. InsyaAllah tak kena sound kalau anak lasak. Muslimin pun tak ada kalau perlu lebih proaktif dalam mengawal anak – anak.

c) Hadiri kelas – kelas bersiri Bahasa Arab atau Quran, makhraj dan tajwid kerana biasanya kelas – kelas begini percuma di surau2 dan waktunya juga pendek sekitar 2 jam saja. Kelas bersiri begini akan jadikan kita lebih berdisiplin dan terancang.

d) Buat aktiviti yang bermakna dengan anak – anak. Belajar cara berkomunikasi yang sesuai dengan umur anak untuk bantu pembangunan diri mereka.

e) Elakkan menonton rancangan TV yang lagha atau buat aktiviti yang kurang bermanfaat kerana anak – anak ada bersama kita 24/7. Jangan biarkan mereka belajar aktiviti tak bermanfaat itu.

f) Bila anak – anak dah capai umur 5 atau 6 tahun, hantar dia ke tadika atau playschool. Sekejap pun tak apa. Dua tiga hari seminggu pun tak apa. Ini untuk membantu pembangunan sosial dan kendiri mereka.

Walau kita berhenti bekerja untuk jaga dia, anak ini perlu juga belajar berinteraksi dengan masyarakat luar supaya lebih berdikari dan tidak terlalu self-engrossed.

8) Berinteraksi dengan jiran – jiran kerana semasa bekerja dulu, kita tak ada masa. Masak lebih kemudian share dengan jiran juga.

9) Plan aktiviti dengan SAHM (Stay At Home Mom) lain seperti baca Yaasin, usrah etc. Kalau tak boleh deliver sendiri, cari ustazah datang rumah.

10) Kalau rajin menulis, tulislah apa – apa yang bermanfaat. Jika pandai melukis, lukis lah apa – apa yang menenangkan. Andai minat menjahit, jahitlah apa – apa yang berguna.

Cara Mengisi Kekosongan Jiwa

Seorang SAHM (Stay At Home Mom) pernah bertanya pada saya, “Patutkah saya sambung belajar macam akak?” setelah dia menyatakan kekosongan jiwa dek berada di rumah sepanjang masa.

Jawapan saya, “Boleh kalau awak nak dan rasa mampu. Tapi sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat untuk mengisi kekosongan jiwa itu. Awak sebenarnya hanya ingin keluar sebentar saja dari rutin harian itu. ‘Me-time’ itu ada, kita cuma perlu jadikan ia, fleksibelkan ia dan pelbagaikan ia.

Dan sebenarnya yang jauh lebih penting adalah, pandangan kita terhadap diri kita. Do you feel good about yourself?

Kredit : Facebook Dr Hasiba Kamaruddin

Kredit : Mingguan Wanita





KELEBIHAN WANITA BEKERJAYA, KEBAIKAN WANITA SURIRUMAH. JANGAN DIBANDING-BANDINGKAN

1 Aug 2024



Menyelusuri perjalanan seorang wanita yang sudah berumah tangga, mereka seringkali dikaitkan dengan situasi dilema untuk memilih sama ada perlu menjadi seorang wanita bekerjaya atau menjadi seorang surirumah. Wanita adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara (Awang N. B, Yusof A, and Et al, 2019). 

Dalam arus perubahan yang mendambakan peranan wanita dalam pelbagai bidang, kaum wanita menghadapi cabaran peranan yang paling besar kerana mereka diminta bukan sahaja kekal memainkan peranan utama sebagai surirumah tetapi juga dalam pembangunan negara dan bangsa. ( Hwa, 2017 : 29). Oleh yang demikian, para wanita sering menghadapi kesukaran untuk memilih samaada perlu menumpukan tugas sepenuhnya mengurus rumahtangga atau perlu membahagikan tugas di tempat kerja bersama sama sang suami mencari rezeki seharian bagi memenuhi tuntutan kehidupan bekeluarga.

Wanita dibenarkan bekerja dan boleh menceburi pelbagai bidang pekerjaan selagi ianya masih berlandaskan syariat dan tidak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh agama Islam. Yusuf Al-Qardawi, (2006), telah menyatakan wanita harus bekerjaya tetapi terikat dengan beberapa syarat iaitu kerjaya tersebut dibenarkan syarak atau tidak diharamkan, beriltizam dengan etika wanita muslimah dan kerjaya tersebut mestilah tidak mengorbankan kewajipan-kewajipan lain yang tidak harus diabaikan. Ada sesetengah kerjaya memerlukan wanita untuk mengisinya seperti jururawat, doktor pakar wanita dan perbidanan, pendidik juga peniaga barangan wanita. 

Kelebihan wanita bekerjaya dengan memegang jawatan tersebut dapat membantu para wanita yang lain merasai keselesaan menggunakan khidmat wanita bekerjaya itu tanpa perasaan ragu ragu. Selain daripada itu, wanita bekerjaya ini merasakan ianya berbaloi kerana dapat berpeluang mempraktikkan segala apa yang telah dipelajari ketika menuntut ilmu di alam pekerjaan yang sebenar serta dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran kepada masyarakat, negara dan dunia. Sesungguhnya niat yang baik untuk menyumbang bakti dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat dalam pelbagai bidang akan dianggap sebagai ibadah (Adawiyah, Salasiah, 2012) disamping dapat membantu para suami menjana ekonomi pendapatan keluarga selagi mana ianya tidak melanggar syarat syarat yang telah ditetapkan ajaran islam ketika bekerjaya. 

Bagi wanita surirumah pula, dapat menguruskan keluarga dan anak anak sepenuh masa menjadi kelebihan yang sangat bermakna bagi mereka. Dapat melihat anak anak membesar di depan mata merupakan suatu nikmat yang tidak dapat dikecapi oleh sebahagian wanita yang bekerjaya. Hubungan ibu dan anak akan menjadi semakin erat sekaligus dapat membina suatu sifat kepercayaan yang tinggi dalam hubungan tersebut. Peranan seorang ibu amat penting dalam sesebuah keluarga bagi menjamin kelangsungan terhadap usaha melahirkan generasi masyarakat yang terdidik dengan roh Islam yang mampu mengamalkan nilai-nilai Rabbani dalam kehidupan mereka (Majid, Saleh Hudin, 2017: 42). 

Oleh yang demikian sangat beruntunglah si ibu yang dapat berpeluang menggalas tanggungjawab sepenuh masa menguruskan rumah tangga berbanding wanita yang bekerjaya. Selain dari itu, peningkatan statistik penderaan kanak kanak dikalangan pengasuh juga menjadikan kelebihan kepada wanita surirumah yang tekad untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sendiri mengasuh dan menjaga anak di rumah. Selain dapat mengurangkan risiko penderaan kanak kanak di rumah pengasuh, ia juga dapat menjimatkan kos pengasuh yang perlu dibayar hampir setiap bulan. Agak ralat bagi seorang ibu sekiranya pengasuh dibayar dengan bayaran yang tinggi tetapi kebajikan dan keselamatan anak anak mereka tidak berada di tempat sepatutnya. Oleh yang demikian, status surirumah sepenuh masa menjadi pilihan utama wanita masa kini dalam menghadapi cabaran membesarkan anak anak. 

Oleh yang demikian, menjadi seorang wanita bekerjaya ataupun menjadi seorang surirumah, kedua duanya mempunya kelebihan dan kebaikan yang tersendiri. Meskipun seorang wanita itu perlu membuat pilihan di atas keduanya, bersyukurlah walau posisi mana kita perlu berada. Kedua duanya mempunyai peranan dan dapat menyumbangkan sesuatu manfaat khususnya kepada ummah. Tiada keperluan untuk masyarakat sekeliling membezakan status atau kedudukan seorang wanita itu samada mereka bekerjaya atau menjadi seorang surirumah. Tidak perlu timbul persoalan mengenai yang manakah yang lebih mulia atau pun tidak kerana,

“ Sesungguhnya orang yang paling mulia dia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” [QS 49: 13]. 

Wanita bekerjaya mahupun wanita surirumah kedua duanya dimuliakan Allah sekiranya mereka bertaqwa dalam melakukan tugas masing masing selagi mana ianya memberi manfaat kepada suami, anak anak dan keluarga terutamanya melakukannya ikhlas kerana Allah swt. 


Kredit : 

Nur Hidayah Binti Muhamad Johari 

Pensyarah, 

Jabatan Teknoperniagaan, 

Fakulti Pengajian Teknokorporat Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.



Perkeso Lancar Skim Perlindungan Khas Untuk Surirumah. Ini 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang SKSSR Dan 5 Faedah Perubatan Kepada Surirumah Termasuk Janda Dan Ibu Tunggal

17 Apr 2024



KEDENGARAN remeh, namun bukan mudah bagi mereka yang menggalas 'title' sebagai seorang suri rumah.

Sebagai mengiktiraf penglibatan suri rumah dalam 'Care Economy' dan pembangunan institusi keluarga, Kementerian Sumber Manusia menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) berkuat kuasa 1 Disember 2022.

SKSSR menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah apabila berdepan dengan bencana pekerjaan dan keilatan sewaktu melakukan urusan rumah tangga.

Skim ini tidak terikat dengan aktiviti pengurusan rumah tangga atau rutin seharian dalam kediaman, namun ia mencakupi hal-hal lain berkaitan urusan rumah tangga seperti menjaga anak-anak atau ibu dan bapa warga emas, menghantar dan mengambil anak dari sekolah, membawa ibu bapa ke temu janji doktor, membeli barang keperluan di pasar atau pasaraya dan sebagainya. 

Menurut Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, skop 'suri rumah' di bawah Akta 838 adalah luas kerana ia terbuka kepada wanita sama ada berkahwin atau belum dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau tidak.

"Ia merangkumi isteri, janda atau balu, ibu tunggal dan wanita bujang yang berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa," ujarnya. 


Berikut adalah 10 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai SKSSR:

1) Untuk mendaftar dan mencarum di bawah SKSSR, suri rumah mestilah warga Malaysia atau pemastautin tetap yang berumur kurang dari 55 tahun

2) Tiada had umur minimum untuk mencarum.

3) Suri rumah yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman sebanyak RM120 setahun secara 'in advance' bagi menerima perlindungan selama 12 bulan berturut-turut serta memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah

4) Caruman secara sukarela namun pihak suami amat digalakkan untuk mencarum bagi pihak isteri masing-masing.

5) Mana-mana pihak ketiga juga termasuk ahli keluarga dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh membayar caruman untuk suri rumah

6) SKSSR menyediakan Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan untuk suri rumah yang mencarum.

7) Manfaat di bawah Perlindungan Bencana Domestik adalah Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis, Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat.

8) Manfaat di bawah Perlindungan Keilatan pula menyediakan faedah seperti Elaun Keuzuran, Elaun Layanan Sentiasa, Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis, Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat.

9) Malaysia antara empat negara di dunia yang menyediakan perlindungan sosial khusus buat golongan wanita, dalam pelbagai bentuk skim dan faedah.

10) Permohonan dibuka pada 1 Disember 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Perkeso di www.perkeso.gov.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Perkeso 1-300-22-8000. 


Skim itu bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Pada masa sama, SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran. 

Caruman berkenaan boleh dilakukan oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut. 


Dengan menyertai skim SKSSR, berikut merupakan enam faedah perlindungan yang boleh diperolehi suri rumah di dalam negara: 


1. Faedah Perubatan
Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan dan layanan pesakit luar di hospital, klinik atau institusi lain.

Akses terhadap rawatan itu tertakluk kepada Akta Fi 1951.

Kemasukan ke wad bagi pencarum adalah dengan kelayakan wad kelas kedua Hospital Kerajaan.

2. Faedah Hilang Upaya Kekal

Suri rumah yang mengalami satu atau lebih hilang upaya kekal akibat bencana domestik boleh memohon dan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal secara sekali gus dengan pengesyoran oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Pencarum boleh menerima bayaran pukal sehingga RM30.000 bagi satu tempoh caruman mengikut jenis kecederaan. 

3. Elaun Layanan Sentiasa

Elaun Layanan Sentiasa dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Faedah Hilang Upaya Kekal atau Elaun Keuzuran akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain.

Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.

4. Faedah Pengurusan Mayat

Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 akan dibayar secara sekali gus atau one-off kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.

Bayaran ini akan diberikan kepada orang tanggungan yang layak atau pihak yang menanggung perbelanjaan pengebumian.

5. Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis

Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap hilang upaya kekal atau keilatan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Pembiayaan bagi faedah ini mencecah sehingga RM50,000 dalam satu tempoh caruman jika suri rumah diperakukan menghidap keilatan atau hilang upaya sehingga memerlukan kemudahan pemulihan jasmani seperti kaki palsu, kerusi roda, tongkat dan lain-lain.

Rawatan bagi dialisis adalah sebanyak RM200 setiap bulan atau menurut Akta Fi 1951.

6. Pencen Penakat

Sekiranya suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestic atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat akan dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer ditetapkan.

Pencen Penakat dibayar kepada duda atau anak.

Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans. 

Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama.

Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.

Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja.

Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.

Orang ramai boleh memuat turun e-newsletter PERKESO dengan melayari laman web https://www.perkeso.gov.my/e-newsletter.html bagi mengetahui perkembangan kempen terkini agensi itu yang menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan pencarum.


Kredit Link To :


Kisahku Berhenti Kerja ... Jadi Surirumah

11 Oct 2018




Allah Maha Besar, Allah Maha Hebat, Allah Maha Pemurah, Allah Maha Kaya...

Inilah antara ungkapan yang aku nak gambarkan betapa bersyukurnya aku dgn nikmatnya..kunci lainnya, taat pada suami walaupun sesuatu permintaan itu sukar utk kita buat..selagi tak melanggar perintah Allah,ikut.

Memang x dinafikan,at first aku berhenti sgt susah nak kawal perasaan,emosi dll..ye la dulu belajar susah2 course architecture (life budak arch ni,mmg biasa x tido mlm..tido kat studio..kat opis tido bawah meja..etc) end up x kerja..aku mengomel tiap2 hari. At that time, ikut suami pindah ke Kemaman, dia dpt job kat sana. Itu belum campur berendam air mata lagi..dah la dok ngadap hutan (even condition of the house sgt ok..)dgn x da kwn lagi..x leh nak jalan2 sendiri..x da shopping complex..fuh..mencabar minda! Bertambah pulak dugaan family..dua2 family x suka aku x kerja..berendam air mata lagi..ditambah pulak aku pregnant 2nd at that time..Mashaallah..

Syukur, suami aku mmg memahami jiwa aku..hari2 balik kerja bawak g jalan w/pun x da shopping mall..g pantai,mkn sata,otok2 etc. Syarat aku minta kalau x kerja, aku nak bersalin di private hosp (sama keadaan masa aku kerja dulu) memandangkan aku jenis byk songeh masa nak bersalin..masa cek pregnant x da masalah langsung. Alhamdulillah..demi nak melegakan jiwaku yg kacau ni..mostly every week kami pergi kuantan..kat sana byk sopping mall..hehe..hujung bulan balik kl..2 or 3 bln balik kedah..
Kerjaya aku x mati kat situ,suami tolong cari network supaya aku boleh buat freelance kat rumah. Mmm..memang syukur..Allah Maha Mengetahui..selagi kita patuh perintah suami selagi tu ada keberkatan..aku dapat byk job design rumah,even commercial building pun..

Dulu time aku kerja,beberapa kali gak suamiku g kerja dgn baju x gosok (kes overnight kat opis)..ish3x..byk tul prob..x terurus rumahtangga aku. Belum masuk kes anak lagi, time tu br anak sorang..

Tahun pertama aku kt sana aku dapat kumpul hampir rm3k..x campur suami bagi elaun bulanan, kad kredit, bonus yearly, masalah duit hutang Mara hubbyku bayor..hehe..berkat kesabaran menangani kerenah dari pelbagai pihak termasuk jiwaku..berperang dengan hawa nafsu sangat susah..kebanyakan kita kerja sbb nak duit, boleh fullfill kehendak beli-belah,keinginan itu dan ini..termasuk la aku. Tapi belajar 'redha' sangat membawa byk perubahan dlm hidup. 'Tawakal' pd Allah dgn berserah sepenuhnya jiwa raga.
"Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (Surah Yusuf:21)

Ramai yang kata kalau x kerja, x da duit sendiri, nak mintak suami susah..etc..rugi,belajar lama2 x kerja lah..Suami nasihat, belajar utk cari ilmu..x semestinya end up dgn bekerja..patuh pada suami byk faedahnya..w/pun untold kenapa suruh aku berhenti..aku kena muhasabah diri,byk kebaikan dari keburukan..w/pun kerja suatu ibadah,tapi kalu aku g kerja di kelilingi lelaki je, (bidang arch mmg ramai lelaki) paham2 je la..

Rupanya, memang ada rezeki utk aku..tahun ke2 di Kemaman,aku dpt projek buat design layout commercial, alhamdulillah. dapat 3k.
Lepas tu ada dugaan lagi disaat aku sibuk2 tu, 'terpregnant' la pulak..Astaghfirullah..aku x boleh terima waktu tu..dgn anak ke2 baru 6 mths..suami kasi semangat, aku menangis sehari semlm..sbb rasanya x mampu nak jaga,dugaan kedua2 family lagi,mcm2 dlm benak aku..lepas beberapa hari suami bg tarbiyah, aku redha lagi..tawakal..teruskan misi at least satu surah setiap hari utk baby (at least tu..,mmg buat misi ni setiap kali start pregnnt) #contoh surah yang bagus semasa pregnnt: Surah Maryam,Surah Luqman,Surah Yusuf,Surah Yaasin dan byk lagi kalau rajin..

Kuasa Allah, hampir 12wks aku miscarriage..redha lagi..kwn2 hubby (ofismate perempuan) dtg kasi semangat,kwn2 call kasi motivation..tapi aku heartless time tu (sbb syukur Allah Maha Luas Kurniaan dan NikmatNya).
Lepas je kes ni, aku dapat berita yg paling gembira dlm hidup..aku menang sebijik motor Yamaha 135! Hadiah utama pulak tu! Mashaallah..Mcm x caya dpt call dari Pasaraya Nirwana! Peristiwa kelakar masa nak ambik hadiah, sorang Cina lelaki borak dgn hubbyku katanya "motor tu perempuan yg menang oo". Suami aku gelak je (dlm hati: bini aku la..). Teka amount gula2 dlm bekas. X sangka usaha aku kira tepat (mmg sgt suka Maths n cabar diri kira gula2 tu, sampai pukul 2 pagi aku buat calculation, ukur gula2 tolak anggaran udara lagi..pas tu tembak amount lebih kurang nombor cantik sket).Total harga motor tu lebih kurang rm6k+.

Tepat 2 thn aku dok kemaman..w/pun byk dugaan, pengakhirannya mmg manis..Allah Maha Hebat. Suami dpt call dari bos lama ajak masuk company dulu n boleh balik kl..yahoo!! Kami duduk di Bandar Tasik Puteri rumah yg kami beli tahun 2003. Kalaulah kami x duduk kemaman, tentu duduk sini dlm keadaan x ramai org..tentu lagi boring,sunyi.. Subhanallah..waktu kami pindah rumah ni, orang dah ramai sket..jemaah surau ramai..seronok.Suami join jemaah surau,byk aktiviti, kenal ramai jiran..mmm seronok sangat. Aku ikuti kelas agama kat sini, aktiviti bacaan Yaasin rumah ke rumah 2x sbln. Aku dah x boring dan mengomel or muncung lagi mcm dulu.

Setiap hari aku bersemangat, berpagi2, berdoa semoga urusan lancar setiap hari. W/pun suami selalu kena pergi offshore, aku x kisah. (Dulu masa di Kemaman suami memang ada hari2)..x pe..Sayang isteri ditinggal-tinggalkan..Setiap keadaan aku ambil positif, aku x merenung negatifnya atau layan boring tapi aku hadapi dengan penuh tawakal..kat sini aku sambung buat kerja freelance..w/pun x sehebat dapat selepuk mcm dulu, aku seronok. At least aku dpt buat mcm2..kadang2 jiran or kwn2 aku bg kerja typing buku, surat..sekali buat dapat beberapa ratus..bolehla..Kalau rasa boleh handle kids, aku ambil job kalau rasa2 x boleh, aku tolak. Pernah ada job offered rm2k tapi aku tolak, msti nak kena commit...x sanggup, kesian anak2.

Kepada kawan2 atau sesiapa yang dah tinggalkan kerjaya, atau baru nak berjinak2 tinggalkan kerjaya..jgn risau..berdoa selalu semoga Allah beri petunjuk pada kita. Petunjuk dari segi apa nak buat, kalau nak buat biz ke, apa2 je lah..yakin rezeki tu bukan dari bentuk duit je....terbukti ramai ada duit tapi still x bahagia, bergaduh suami isteri memanjang..x dapat manage kehendak etc. Rezeki dlm byk bentuk, dapat luang lebih byk masa beribadah,buat solat sunat etc..mungkin ilmu kita bertambah (ilmu duniawi / ilmu agama), anak bertambah (anak soleh), rezeki suami bertambah (w/pun nyata bukan kita yg dapat terus duit tu), kebahagian, x da masalah. Fikirkan kebaikan saja, nescaya kita dpt menghadapi situasi baru ini..

Antara zikir yang bagus ialah "hasbiallahu laaa ilaa ha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wa hu wa rabbul 'arsyil 'adzim" -"cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung"
Dibaca 7x & Kelebihannya: Allah akan mencukupkan apa yang diinginkannya akan perkara dunia dan akhirat. Kita akan selalu merasa cukup dan tidak meminta2 yang memudaratkan kesanggupan diri utk mendapatkannya....

Wallualam..

Kredit : titahdesign

Dah Sebumbung Baru Tahu Mak Mertua Perangai Pelik

15 Aug 2018


Memang betul lah orang cakap kalau kita nak kenal seseorang tu, kena tinggal sebumbung kan baru lah segala perangai isi perut dia kita tahu. Tapi kita selalu dengar statement mcm nie hanya utk pasangan yg da kawin kan, da bernikah dan tinggal sebumbung baru kenal betul kan. Tapi lain pulak pada sy, lepas kawin sy tinggal sebumbung dengan mertua, haaaa masa nie lah sy baru kenal hati mak mertua sy. Sebelum sy kawin dgn anak dia,sy tak nampak pulak yg mak dia nie jenis memilih kasih.

Dah kawin nie and tinggal sebumbung baru tahu perangai dia. Mak mertua sy nie kadang-kadang angin kus-kus dia dah datang, nanti dia tak tegur suami sy, sy pon tak tahu ape masalah dia. Sy tnya suami ade bergaduh dgn mak ke, dia ckap takde. Tetibe jek nak berangin, kadang-kadang dgn sy and baby sy pon dia x tegur. Sy pulak orang da berangin tak tentu pasal mcm tu, sy buat bodoh jek lah. Suami sy pon pesan kalau mak dah datang angin meroyan mcm tu, jgn dilayan, nanti dia ok sendiri. So, sy ikut lah cara suami sy sbb dia lebih knal mak dia kan. Kadang-kadang sy pon ade jugak terasa hati dgn perangai mak mertua sy nie, kalau along angah dtg melawat dia and tiba masa nak balik semula, mak mertua sy mesti tunggu depan rumah sampai kereta along angah tak nampak depan mata, agaknya sampai along angah dah smpai rumah kot dia still lagi depan pintu, huh.

Bila turn suami sy nak outstation tiga empat hari ke, dia duk tercongok depan tv buat bodoh jek. Suami sy pulak jenis diam jek, walaupon mak dia mcm tu dia tetap salam mak dia mcm biasa. Kalau mcm sy nak balik melawat family sy, nanti dia automatik muka macam mencerut, mcm x bagi sy balik tengok mak bapak sy pulak, padahal suami sy ok jek. Nanti sy balik semula ke rumah dia, dia x tegur, dia buat bodoh jek. Dah dua tiga hari dia pulak yg tegur sendiri. Kalau dengan anak lelaki bongsu dia bukan main lagi layan mcm anak raja, nak makan cedukkan.

Padahal umur anak dia tu lebih kurang sy jek, bukannye budak kecik lagi, kadang-kadang berbulu jek tengok. Sy nie pulak jenis x suka berjalan rumah orang, sy suka duduk rumah jek buat hal sendiri, bukan sy jenis sombong taknak bergaul dengan orang tapi mak bapak sy dah didik sy mcm tu. Kalau kawan nak jumpa biar diorang yg datang rumah, bukan kita pergi rumah dia. Jadi sampai sekarang sy terdidik mcm tu. Mak mertua sy nie pulak pagi petang duduk bertandang kat rumah orang, cerita hal orang tu, cerita hal orang, bila bapak mertua sy ade, pandai pulak dia duduk rumah. Bila sy x join dia mengata hal orang, dia nak bising-bising pulak.

Nanti dia dah puas mengata hal orang, dia balik rumah dia cerita pulak kat sy story yg dia mengumpat tadi. Nak suruh orang dapat dosa mcm dia. Sy ade jugak cakap kat suami yg mak dia bising sy x ikut dia berjalan rumah jiran cerita hal orang, sy pon ade tanya suami suka ke kalau sy mengumpat hal orang, suami sy sendiri pon suke sy duduk rumah. Dia pulak bising. Setahu sy, isteri kena patuh cakap suami, bukan cakap mertua, kan? Pasal rambut sy panjang pon dia nak bising. Asik tanya jek taknak potong rambut ke, taknak potong rambut, dah suami cakap tak payah potong, dia nak bising ape hal pulak kan. Rambut aku, kepale aku, aku punye suke lah! Geram jugak hati nie.

Nak banyak bunyi tak boleh pulak sebab menumpang, so layan jek lah. Pernah sekali tu anak sy nie baby lagi baru 3bulan, jadi anak sy nie minum susu formula. Sy dari awal lagi memang dah ajar anak sy minum susu guna puting yg putih jernih tu. Mak mertua sy pulak suruh try bli puting kuning tu. Nak jaga hati punya pasal, sy minta suami belikan puting kuning tu. Sy pon try bagi anak susu guna puting tu, haaa kauuu, anak sy taknak menyusu terus dgn puting tu. Sy ckp lah dgn mak mertua sy yg anak sy taknak puting tu.

Korang tahu ape dia jawab? Nie hah.. 'Siapa suruh kau beli puting tu, dia dah biasa dgn puting putih tu, memang lah dia taknak'.. Korang boleh rase tak ape yg aku rase mase tu? Mental !!

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.