SLIDER

penat
Showing posts with label penat. Show all posts

KELEBIHAN WANITA BEKERJAYA, KEBAIKAN WANITA SURIRUMAH. JANGAN DIBANDING-BANDINGKAN

1 Aug 2024



Menyelusuri perjalanan seorang wanita yang sudah berumah tangga, mereka seringkali dikaitkan dengan situasi dilema untuk memilih sama ada perlu menjadi seorang wanita bekerjaya atau menjadi seorang surirumah. Wanita adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara (Awang N. B, Yusof A, and Et al, 2019). 

Dalam arus perubahan yang mendambakan peranan wanita dalam pelbagai bidang, kaum wanita menghadapi cabaran peranan yang paling besar kerana mereka diminta bukan sahaja kekal memainkan peranan utama sebagai surirumah tetapi juga dalam pembangunan negara dan bangsa. ( Hwa, 2017 : 29). Oleh yang demikian, para wanita sering menghadapi kesukaran untuk memilih samaada perlu menumpukan tugas sepenuhnya mengurus rumahtangga atau perlu membahagikan tugas di tempat kerja bersama sama sang suami mencari rezeki seharian bagi memenuhi tuntutan kehidupan bekeluarga.

Wanita dibenarkan bekerja dan boleh menceburi pelbagai bidang pekerjaan selagi ianya masih berlandaskan syariat dan tidak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh agama Islam. Yusuf Al-Qardawi, (2006), telah menyatakan wanita harus bekerjaya tetapi terikat dengan beberapa syarat iaitu kerjaya tersebut dibenarkan syarak atau tidak diharamkan, beriltizam dengan etika wanita muslimah dan kerjaya tersebut mestilah tidak mengorbankan kewajipan-kewajipan lain yang tidak harus diabaikan. Ada sesetengah kerjaya memerlukan wanita untuk mengisinya seperti jururawat, doktor pakar wanita dan perbidanan, pendidik juga peniaga barangan wanita. 

Kelebihan wanita bekerjaya dengan memegang jawatan tersebut dapat membantu para wanita yang lain merasai keselesaan menggunakan khidmat wanita bekerjaya itu tanpa perasaan ragu ragu. Selain daripada itu, wanita bekerjaya ini merasakan ianya berbaloi kerana dapat berpeluang mempraktikkan segala apa yang telah dipelajari ketika menuntut ilmu di alam pekerjaan yang sebenar serta dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran kepada masyarakat, negara dan dunia. Sesungguhnya niat yang baik untuk menyumbang bakti dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat dalam pelbagai bidang akan dianggap sebagai ibadah (Adawiyah, Salasiah, 2012) disamping dapat membantu para suami menjana ekonomi pendapatan keluarga selagi mana ianya tidak melanggar syarat syarat yang telah ditetapkan ajaran islam ketika bekerjaya. 

Bagi wanita surirumah pula, dapat menguruskan keluarga dan anak anak sepenuh masa menjadi kelebihan yang sangat bermakna bagi mereka. Dapat melihat anak anak membesar di depan mata merupakan suatu nikmat yang tidak dapat dikecapi oleh sebahagian wanita yang bekerjaya. Hubungan ibu dan anak akan menjadi semakin erat sekaligus dapat membina suatu sifat kepercayaan yang tinggi dalam hubungan tersebut. Peranan seorang ibu amat penting dalam sesebuah keluarga bagi menjamin kelangsungan terhadap usaha melahirkan generasi masyarakat yang terdidik dengan roh Islam yang mampu mengamalkan nilai-nilai Rabbani dalam kehidupan mereka (Majid, Saleh Hudin, 2017: 42). 

Oleh yang demikian sangat beruntunglah si ibu yang dapat berpeluang menggalas tanggungjawab sepenuh masa menguruskan rumah tangga berbanding wanita yang bekerjaya. Selain dari itu, peningkatan statistik penderaan kanak kanak dikalangan pengasuh juga menjadikan kelebihan kepada wanita surirumah yang tekad untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sendiri mengasuh dan menjaga anak di rumah. Selain dapat mengurangkan risiko penderaan kanak kanak di rumah pengasuh, ia juga dapat menjimatkan kos pengasuh yang perlu dibayar hampir setiap bulan. Agak ralat bagi seorang ibu sekiranya pengasuh dibayar dengan bayaran yang tinggi tetapi kebajikan dan keselamatan anak anak mereka tidak berada di tempat sepatutnya. Oleh yang demikian, status surirumah sepenuh masa menjadi pilihan utama wanita masa kini dalam menghadapi cabaran membesarkan anak anak. 

Oleh yang demikian, menjadi seorang wanita bekerjaya ataupun menjadi seorang surirumah, kedua duanya mempunya kelebihan dan kebaikan yang tersendiri. Meskipun seorang wanita itu perlu membuat pilihan di atas keduanya, bersyukurlah walau posisi mana kita perlu berada. Kedua duanya mempunyai peranan dan dapat menyumbangkan sesuatu manfaat khususnya kepada ummah. Tiada keperluan untuk masyarakat sekeliling membezakan status atau kedudukan seorang wanita itu samada mereka bekerjaya atau menjadi seorang surirumah. Tidak perlu timbul persoalan mengenai yang manakah yang lebih mulia atau pun tidak kerana,

“ Sesungguhnya orang yang paling mulia dia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” [QS 49: 13]. 

Wanita bekerjaya mahupun wanita surirumah kedua duanya dimuliakan Allah sekiranya mereka bertaqwa dalam melakukan tugas masing masing selagi mana ianya memberi manfaat kepada suami, anak anak dan keluarga terutamanya melakukannya ikhlas kerana Allah swt. 


Kredit : 

Nur Hidayah Binti Muhamad Johari 

Pensyarah, 

Jabatan Teknoperniagaan, 

Fakulti Pengajian Teknokorporat Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.



Ketahui Sering Terlelap Ketika Memandu? Ambil Tahu Punca Microsleep, Elak Tidur Yang Bawa Maut

14 Apr 2023

 



KEMALANGAN jalan raya yang berpunca daripada 'microsleep' sering dilaporkan.

Walaupun situasi itu hanya berlaku dalam tempoh kurang 30 saat, namun kesannya adalah sangat besar termasuk mengakibatkan kematian.

Mungkin ramai biasa mendengar perkataan microsleep, namun adakah anda tahu bagaimana ia terjadi dan siapa yang boleh 'menghidapnya'?

Untuk pengetahuan, microsleep merupakan tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan sering kali berlaku dalam tempoh masa antara satu hingga 30 saat ketika memandu namun ada juga kes yang terjadi di mana seseorang itu tertidur tanpa sedar ketika melakukan aktiviti lain seperti mengendalikan mesin peralatan yang membahayakan.

Difahamkan, ia terjadi disebabkan pola tidur yang tidak menentu, kepenatan yang keterlaluan mahupun kerana sistem saraf badan yang tidak berfungsi secara normal.

Justeru apakah langkah terbaik yang harus dilakukan bagi mengelak berlakunya microsleep?

Menurut Pakar Neurologi Dr Lim Poh Hin, punca terjadinya insiden tidur singkat itu adalah kerana seseorang individu itu tidak mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi.

Tidur adalah komponen penting, tetapi malangnya ia sering diabaikan.

Mendapatkan waktu tidur yang mencukupi juga boleh membantu mencegah penambahan berat badan berlebihan, penyakit jantung dan penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Seseorang individu boleh mengikut panduan jumlah waktu tidur mengikut usia berikut:

Bayi

4 - 12 bulan: 12 hingga 16 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

Kanak–kanak

1 - 2 tahun: 11 hingga 14 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

3 - 5 tahun: 10 hingga 13 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

6 - 12 tahun: 9 hingga 12 jam setiap 24 jam

Remaja

13 - 18 tahun: 8 hingga 10 jam setiap 24 jam

Dewasa

7 jam atau lebih setiap malam

Hutang' tidur punca microsleep terjadi

Jika sering kekurangan waktu tidur, otak akan 'menuntut hutang' tidur pada waktu-waktu yang lain sepanjang hari dan ia puncanya terjadi microsleep.

Bagaimanapun, bukan semua yang mendapatkan waktu tidur mencukupi tidak akan mengalami microsleep.

Ia berikutan, seseorang yang berjaya memenuhi keperluan tidurnya berkemungkinan tidak memperoleh tidur yang berkualiti disebabkan 'sleep apnea' yang dialami.

Sesetengah individu akan merasakan dirinya mendapat tidur yang mencukupi, tetapi sebenarnya dia telahpun terjaga beberapa puluh atau beberapa ratus kali pada waktu malam disebabkan oleh pernafasan yang tidak betul.

Ketika tidur, pangkalan otak akan membantu kita bernafas dengan automatik. Tetapi bagi sesetengah individu, mereka akan mengalami 'obstructive sleep apnea' iaitu ketika lidah terjatuh ke belakang lalu menutup ruang pernafasan menyebabkan kadar oksigen menurun dan karbon dioksida menaik.

Ketika ia berlaku, otak akan memberi isyarat kepada untuk mengejutkan anda daripada tidur supaya boleh bernafas dengan betul.

Komobiditi serius boleh berlaku

Sleep apnea juga boleh mencetuskan komobiditi yang serius seperti strok, kencing manis, penyakit jantung.

Selain itu, antara keadaan lain yang berlaku akibat tidak cukup tidur adalah seseorang individu berkemungkinan menghidap 'absence seizure' iaitu sawan yang singkat dan tiba-tiba. Ia lebih cenderung berlaku kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Seseorang yang mengalami absence seizure mungkin kelihatan seperti dia merenung kosong ke angkasa selama beberapa saat dan kembali normal dalam beberapa saat.

Bagi seseorang yang ingin mengetahui sama ada mengalami sleep apnea, dia akan dipasangkan sebuah alat pengesan seperti polysonography pada badan bersama EEG (electroencephalogram), ECG (electrocardiogram) dan oksigen.

Setelah itu, individu tersebut akan diperhatikan di bawah jagaan pakar sepanjang malam kerana tujuan pemasangan alat itu adalah untuk pola tidur termasuklah waktu tidur dan waktu terjaga.

Jika keputusan menunjukkan penurunan paras oksigen, individu tersebut mungkin mengalami sleep apnea. Namun, jika keputusan polysonogram ini menunjukkan tanda-tanda 'absence seizure', ini bermaksud gangguan tidur adalah tidak disebabkan sleep apnea.

Terdapat juga individu yang mengalami keadaan di mana mereka sentiasa ingin tidur, yang dinamakan Narkolepsi iaitu keadaan otak jangka panjang yang jarang berlaku hingga menyebabkan seseorang tiba-tiba tertidur pada waktu yang tidak sesuai.

Mereka ini perlu mendapatkan perskripsi doktor untuk mengambil ubat modafinil.

Kredit : Mstar


Bukan Mengeluh Dan Merungut, Hanya Ibu Sahaja Memahami Penat Lelahnya

4 Oct 2017



Bagi golongan yang belum berkahwin atau sesetengah lelaki bergelar suami, mungkin tidak faham betapa besarnya tanggungjawab seorang wanita bergelar ibu. Saban hari melalui perkara yang sama, lebih-lebih lagi golongan isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa. 

Lebih mencabar dan berlipat kali ganda pula bagi golongan isteri yang berkerjaya. Siang hari sibuk di pejabat, malam hari sibuk menguruskan anak, suami dan rumah tanpa henti. 

Andaikata suami memahami, alangkah bahagianya dan tenangnya hati isteri yang berpeluang untuk berehat seketika. Namun, berapa peratus yang memahami keadaan sebenar seorang ibu? Semoga luahan dari ibu ini, membuka mata golongan suami yang seringkali membiarkan isteri melakukan segala-galanya seorang diri. 

TENGAH sidai kain tadi di ampain, terdengar jiran menangis sambil cakap dengan anak dia. Mungkin dia letih menguruskan anak-anak. Baru kemas, anak dah sepahkan. Baru sapu, anak dah makan terabur. Mana nak sidai kain, basuh kain, masak, basuh pinggan, kemas rumah, urus anak kecil.
Aku faham sebab aku hari-hari melalui perkara yang sama. Memang menangis kalau terlalu letih. Baru nak baring, anak dah menjerit;

"Ibuuu!! Ahmad makan terabur, habis semua makanan."

"Ibuuuu! Caca berak!!"

"Ibuuuu! Arasy bergaduh!!

"Ibuuuu! Ahmad berdarah, jatuh."

"Ibuuuu! Ibuuuu! Ibuuuu!"

Hanya ibu sahaja yang memahami situasi seperti ini. Bila kita cerita, orang akan kata kita mengeluh. Tetapi bila kita tak cakap, orang tak akan memahami. 

Bukan senang menjadi seorang ibu. Mental emosi semua kena kuat. Lain anak, lain perangainya. Rezeki siapa yang dapat anak yang baik dari kecil sampai besar. Siapa yang dapat anak kus semangat perangainya, Allah sahaja yang tahu betapa letihnya kita nak mendidik dan mengajar anak-anak. 

Sakit tekak, sakit hati, sakit jiwa kadang-kadang. Tetapi itulah tanggungjawab dan amanah yang kita kena jaga.

Tak minta banyak, cuma minta seseorang yang memahami keadaan kita itu sahaja. 

Sumber: Mimi Koji

Bukannya Pemalas, Perempuan Memang Perlu Tidur Lebih Lama Berbanding Lelaki

21 Jul 2017


Tanpa seorang suami sedar, ketika suami sedang lena tidur isteri belum tidur lagi mereka akan memastikan keadaan rumah dalam keadaan bersih dan keperluan pada esok hari sudah disediakan.

Rutin seorang isteri tidak kira sewaktu hari bekerja mahupun hujung minggu adalah hampir sama kecuali kebiasaannya pada hujung minggu isteri cuba mengambil peluang untuk tidur lebih lama dari hari bekerja.

Tapi kadang kala pada hujung minggu ini lah kaum kerabat saudara mara ingin datang ziarah ke rumah. Di saat ini suami yang tidak memahami keperluan tidur seorang isteri akan mengganggap isterinya pemalas dan hanya tahu tidur sahaja di hujung minggu.

Hakikatnya? Siapa yang perlu tidur lebih lama, wanita atau lelaki? Jawapannya ialah wanita. Tapi sebab apa?

Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata, otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari.

Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati, wanita yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap marah.

Namun, keadaan tersebut tidak akan terjadi pada lelaki yang tidak cukup tidur.

Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur akan diserang radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.

Tambahnya lagi, wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas.

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.

So, untuk para suami, kalau si isteri tu tidur tak ingat dunia janganlah marah. Kena la faham situasi mereka juga.





Ego Dengan Anak ? Mereka Juga Perlu Happy !

17 Jun 2017


Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang jemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat. Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk saya dan sahabat semua

Adakah Penawar Untuk Isteri Pemalas?

13 Jun 2017


RUMAH tangga dan persekitaran yang bersih bagaikan taman bunga yang segar dan menjanjikan ketenangan kepada penghuninya. Pun begitu tanpa kerajinan segala yang diingini tidak akan berlaku. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan tidak punya waktu untuk membersih dan menghias rumah agar sentiasa sedap dipandang mata.

Saiz rumah juga bukan ukuran tetapi kebersihan akan membezakan segalanya. Ramai yang impikan ketenangan di dalam rumah setelah penat berada di luar tetapi tidak semua kita yang berpeluang untuk mengecapinya. Tugas menguruskan rumah tangga adalah amanah yang dianugerahkan kepada suri rumah atau pembantu ramah.

Tetapi adakah semua isteri sanggup berbuat demikian?

Jawapannya ada pada kisah yang ingin diceritakan Zaidi (bukan nama sebenar) yang kini makan hati dengan sikap isteri yang tidak pandai mengurus rumah tangga. Kata Zaidi, isteri orang lain juga bekerja dan penat tetapi mereka ada masa untuk mengurus rumah dan menjaganya supaya bersih sentiasa.

Sayang sekali isterinya seorang yang pemalas dan ini menjadi masalah besar kepada Zaidi sehingga dia melabelkan isterinya Aida (bukan nama sebenar) sebagai seorang yang pemalas. Saya telah mendirikan rumah tangga dengan Aida sejak 10 tahun lalu. Kami mempunyai tiga orang anak berusia 7, 8 dan 9 tahun. Rumah kami sederhana sahaja luasnya. Kami tidak mempunyai pembantu rumah kerana anak-anak dihantar ke rumah ibu mentua saya selepas mereka balik sekolah.

Isteri pula bekerja dan balik ketika hari menjelang senja. Saya mengharapkan isteri mempunyai masa untuk mengemas rumah atau memasak setiap kali balik kerja. Bukan masakan yang hebat-hebat yang saya perlukan, cukup sekadar mengalas perut kami anak beranak. Sayangnya apa yang saya harapkan tidak berlaku. Setiap hari keadaan rumah tidak berkemas, pakaian yang dibasuh bersepah-sepah tidak berlipat. Pinggan mangkuk penuh sinki. Pendek kata kesemuanya menunggu hujung minggu untuk dibersihkan.

Bayangkan dalam tempoh itu bagaimana keadaan rumah dan baunya yang busuk setiap kali saya balik kerja. Hendak melangkah rasanya berat kaki. Hendak minum air juga tidak tertelan. Hendak mengharapkan anak-anak mereka masih kecil. Isteri pula asyik mengadu penat dan mahu berehat. Makanan setiap malam dibeli dari restoran berhampiran. Saya mampu mengambil pembantu rumah tetapi dihalang oleh isteri dengan alasan tidak perlu sebab dia boleh lakukan.

Sayangnya dia hanya berkata tetapi tidak disertakan dengan tindakan. Sudahnya keadaan rumah tetap begitu juga. Apabila ditegur, dia melenting dan merajuk. Saya sudah puas menasihatinya tetapi dia tetap macam itu, tidak ada perubahan. Sikap malasnya semakin menjadi-jadi. Rumah kami sudah seperti sebuah setor barangan terpakai. Masa yang berkualiti di rumah tidak dimanfaatkan untuk membereskan kerja-kerja rumah yang sepatutnya tetapi lebih banyak meluangkan masa di rumah ibunya dan anak-anak juga dibawa ke sana.

Saya tidak menghalang mereka ke sana tetapi saya berharap dia akan tolong kemas rumah dan sempurnakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu terlebih dahulu. Saya amat malu dengan sikap malas isteri saya itu sehinggakan kami menjadi bahan ejekan jiran-jiran dan saudara mara yang datang. Keadaan itu menjadikan saya malu untuk menjemput saudara mara atau kawan-kawan ke rumah. Saya seorang yang pembersih dan suka rumah yang cantik dan bersih. Saya telah dididik menjaga kebersihan rumah sejak kecil. Ibu seorang yang rajin mengemas rumah.

Rumah kami sentiasa bersih. Ibu seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan saya bangga mempunyai ibu yang rajin dan pembersih. Namun semua itu tinggal kenangan kerana saya telah berkeluarga dan sayangnya suasana sebegitu tidak lagi dapat saya kecapi. Saya kesal kerana isteri tidak mengambil berat teguran saya malah sepatah saya kata sepuluh yang dia jawab sehinggakan saya ada kala hilang sabar.

Paling saya malu kerana kami tinggal di kawasan perumahan mewah yang sepatutnya menjadi teladan kepada orang lain. Ini tidak, dibandingkan dengan rumah orang lain, rumah saya paling buruk dan tidak terurus. Bukan saya tidak berusaha ke arah itu tetapi jika saya seorang yang beria-ia, isteri buat tidak kisah, buat apa?

Sekarang keadaan semakin runcing. Isteri asyik berjalan makan angin, sekejap dalam negeri sekejap luar negara. Dia lebih suka melayan kawan-kawan kerjanya daripada saya dan anak-anak. Tidak salah pergi berjalan tetapi mesti ada tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Uruskan rumah tangga dulu, susun atur perabot yang lintang pukang dalam rumah agar saya yang ada dalam rumah boleh bernafas!

Sesekali fikir saya merasa pelik kenapa isteri saya berperangai macam itu. Rupanya dalam dunia ini ada juga perempuan yang pemalas dan tidak suka mengemas. Sekarang saya lebih banyak pulang ke rumah ibu daripada di rumah. Saya penat dan mahu ketenangan. Di rumah ibu, saya merasa tenang dan aman. Pernah juga ibu menegur isteri saya tetapi dia langsung tidak peduli.

Jangan kata mengemas, memasak juga jarang dia buat. Yang dia tahu makan, tidur dan berjalan. Kasihan anak-anak kami yang terpaksa makan makanan di luar atau di rumah ibu. Entah di mana silapnya sehinggakan Aida jadi pemalas begitu sekali. Ramai yang hairan bagaimana saya masih boleh bersabar dengan perangai isteri macam itu. Jika diturutkan naluri seorang lelaki, saya layak untuk mencari pengganti dan telah lama berbuat demikian.

Tetapi saya sayangkan anak-anak yang tidak berdosa, malang bagi mereka kerana mempunyai ibu yang malas. Anak sulung saya seorang perempuan dan masih di bangku sekolah rendah sering bertanya kepada ibunya, kenapa rumah kita tidak secantik rumah jiran. Anda tahu apa jawapan ibunya, Mama penat!.. Sepatutnya jawapan yang paling tepat adalah mama malas!.

Saya mahu dia faham falsafah kehidupan dalam suasana persekitaran yang bersih dan sihat. Semoga Allah akan membuka pintu hati Aida untuk berubah. Saya juga mengharapkan saya boleh bersabar dengan kerenah Aida. Jika tidak saya pasrah kepada ketentuan Allah SWT," keluh Zaidi menamatkan ceritanya.

Saya mengucapkan syabas kepada Zaidi kerana berani meluahkan perasaannya ke ruangan ini. Saya percaya ramai lagi suami yang menghadapi masalah seperti Zaidi tetapi enggan berkongsi masalah mereka. Saya berharap Zaidi akan terus bersabar dan membimbing isterinya untuk kembali kepada tanggungjawabnya. Anggaplah ini juga sebagai ujian dalam rumah tangga.

Masih belum terlambat untuk anda membetulkan keadaan. Berterus terang dan membimbing adalah cara terbaik menangani masalah ini. Anda harus menerima diri Aida seadanya, ertinya segala kelemahan dan kekurangan dirinya hendaklah diterima dengan reda. Itu sudah ketentuan jodoh anda.

Pada masa yang sama, sebagai suami anda perlu bertindak lebih tegas. Cadangan saya ambil cuti panjang dan bergotong royong mengemas dan membersihkan rumah bersama anak-anak.

Menamatkan catatan, pesanan saya seorang suami akan merasa tenang andai isterinya menjadi seorang yang penurut dan boleh menyejukkan hatinya di kala dia gundah. Realitinya, kehadiran wanita di dalam hidup seorang lelaki, ibarat matahari yang tidak pernah terbenam.

Kredit : UtusanMalaysia




Serius Anda Nak Resign , Nak Jadi Surirumah? Hadamkan Testimoni Wanita Ini Terlebih Dahulu!

2 Jun 2017


Ketika ini , memang ramai wanita yang berkeinginan untuk menjadi surirumah sepenuh masa semata-mata ingin menjaga rumahtangga dengan sempurna. Bukan mudah untuk menjadi surirumah yang perfect ya, kerana tugas-tugasnya bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. Mungkin ada yang beranggapan, jadi surirumah hanya berada di rumah, buat kerja rumah sahaja berbanding tugasan di pejabat yang penuh dengan situasi stress.

Hakikatnya jobscope pekerjaan surirumah lebih banyak, unlimited, 24 jam tanpa cuti, tiada cuti sakit, tiada gaji , tiada me-time dan macam-macam lagi. Senang kata ia memerlukan kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Bayangkan anda pada masa yang sama adalah seorang ibu, isteri , doktor, chef, cikgu, consultant, driver, ustazah ngaji, maid , akauntan , baby-sitter , dan banyak lagi.  

Tujuan admin bukanlah nak menakut-nakutkan anda ya . Tapi saje je nak share pengalaman wanita ini. Tak dinafikan, pekerjaan surirumah-lah pekerjaaan yang paling terbaik di dunia dan ganjaran pahalanya tak mampu di tandingi kerana dijauhi fitnah. Dengan syarat , anda ikhlas dan anda lakukan betul-betul niat kerana Allah. Biarlah pengorbanan yang anda lakukan ini benar-benar kerana nak jadi wanita dan isteri solehah. Jangan nanti bila tetiba jadi surirumah, tertekan dengan bebanan kerja, rumahtangga ke mana , anak-anak di dera dan emosi jadi tidak stabil.

Sooooooo,....nak jadi surirumah ? Anda kerja bergaji 3k, 4k, 5k malah 10k sebulan, beranikah anda melepaskan semuanya semata-mata menjadi surirumah? Di samping berbincang dengan suami dari segi kewangan, komitmen dan tanggungjawab bersama, kita ikuti tips , pengalaman dan panduan daripada perkongsian di facebook oleh Cik Puan Nurul yang telah berjaya menjadi surirumah dengan sukses-nya. Semoga ada antara catatan-catatan beliau dapat membantu anda untuk membuat keputusan dengan baik. Semoga anda berjaya dengan mana-mana pilihan pun. Good Luck !!!!

-Admin Laman Qaseh-



Setelah 4 tahun berhenti kerja untuk jaga anak + bekerja dari rumah, ini apa yang saya rasa:

1. Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat & stres daripada bekerja.

2. Jadi suri rumah, susah nak dapat Me Time. Time mandi pun ada penonton. Kalau tutup pintu. Ada yg ketuk pintu non stop sampai telinga kita bingit & terpaksa buka pintu. Bila buang air, ada orang kat sebelah tolong flush kan adalah perkara biasa. Sebab? Anak yg 24 jam duduk dengan mak ni manje dia lain macam. Melekat tak boleh berenggang. Takpe dah besar nanti ok lah. Tak lama dah.

3. Jadi suri rumah, kadang2 akan rasa bosan sebab tiap hari rutin yg sama. Bangun. Kemas rumah. Masak. Mendobi. Rumah selerak, kemas semula. Lipat baju. Rumah selerak,kemas semula. Kadang2 tak sempat makan. Nak pulak kalau buat bisnes macam saya,terkejar2 antara kerja rumah & bisnes. Paling boring ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya jenis tak boleh rumah selerak. Paling penting, time suami nak sampai dari pejabat, rumah wajib spotless clean. Anak2 pun dah tau...kalau saya kata papa dah nak sampai, dorang takkan selerakkan rumah lagi. Papa dah sampai, baru boleh sambung projek selerak rumah.

4. Jadi suri rumah, kita akan rasa lonely. Takde kawan. Time kerja dulu masuk kerja jumpa orang. Sembang, makan sama-sama. Jadi suri rumah sembang dgn anak, sembang dgn tv, sembang kat wasap. Makan sorang sambil layan fb. Itu aje. Antara benda yang paling rasa missing bila dah tak kerja ialah kurang bersosial. Time ambik anak balik sekolah dapat la jumpa mak-mak atau nenek yg ambik anak. Dapatlah sembang dalam 10 minit. Bila suami cerita makan2 dgn ofismate kadang2 rasa jealous.

5. Jadi suri rumah takde cuti sakit atau cuti rehat. Time kerja dulu, kalau sakit boleh ambik mc. Hantar anak kat taska & rehat kat rumah. Sekarang? Time sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takde nya nak dapat rehat tdo dengan tenang dan bahagia.

6. Jadi suri rumah,dah bertahun tak berdating dengan suami. Dulu time kerja kami ambik cuti sehari, pergi jalan2 tgk wayang. Anak kat taska. Sekarang... dah tak merasa. Rindu moment tu. Takpe... anak2 dah sekolah nanti boleh repeat semula.

7. Jadi surirumah, orang akan pandang rendah kat kita. "Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je" "dulu lepas spm tak dapat offer masuk u ke?" "Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal" "syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak". Malah mertua saya pernah kantoi, taknak sebut saya suri rumah jaga anak. saya senyum je. Pasal suami buat hal tu.... apa yg kita fikir & sebut itulah yg akan jadi. Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah...nanti betul2 jadi. Fikir benda baik,sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik, dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.

8. Jadi surirumah, kadang2 syaitan akan datang & bisik : kalau tak resign dulu... sekarang gaji mesti dah beribu bilion...bla..bla..bla.. berbaloi ke berhenti kerja jaga anak? syaitan tu memang akan datang menjengah. Especially bila tgk kawan2 seangkatan naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik kat pejabat. Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan tu supaya pergi jauh-jauh.

Sebab tu ada ustaz yg kata surirumah adalah pekerjaan paling mulia bagi seorang wanita. Sebab memang tak mudah. Pengorbanan paling besar ialah tinggalkan kerjaya dengan jawatan & gaji kita semata-mata untuk anak & suami. Allah juga yg akan memberi balasan untuk saya di syurga nanti. Insya Allah! 

Kredit : Fb CikPuanNurul



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.