Serius Anda Nak Resign , Nak Jadi Surirumah? Hadamkan Testimoni Wanita Ini Terlebih Dahulu!
Ketika
ini , memang ramai wanita yang berkeinginan untuk menjadi surirumah
sepenuh masa semata-mata ingin menjaga rumahtangga dengan sempurna.
Bukan mudah untuk menjadi surirumah yang perfect ya, kerana
tugas-tugasnya bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. Mungkin ada
yang beranggapan, jadi surirumah hanya berada di rumah, buat kerja rumah
sahaja berbanding tugasan di pejabat yang penuh dengan situasi stress.
Hakikatnya jobscope pekerjaan surirumah lebih banyak, unlimited, 24 jam tanpa cuti, tiada cuti sakit, tiada gaji , tiada me-time dan macam-macam lagi. Senang kata ia memerlukan kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Bayangkan anda pada masa yang sama adalah seorang ibu, isteri , doktor, chef, cikgu, consultant, driver, ustazah ngaji, maid , akauntan , baby-sitter , dan banyak lagi.
Tujuan
admin bukanlah nak menakut-nakutkan anda ya . Tapi saje je nak share
pengalaman wanita ini. Tak dinafikan, pekerjaan surirumah-lah pekerjaaan
yang paling terbaik di dunia dan ganjaran pahalanya tak mampu di
tandingi kerana dijauhi fitnah. Dengan syarat , anda ikhlas dan anda
lakukan betul-betul niat kerana Allah. Biarlah pengorbanan yang anda
lakukan ini benar-benar kerana nak jadi wanita dan isteri solehah.
Jangan nanti bila tetiba jadi surirumah, tertekan dengan bebanan kerja,
rumahtangga ke mana , anak-anak di dera dan emosi jadi tidak stabil.
Sooooooo,....nak
jadi surirumah ? Anda kerja bergaji 3k, 4k, 5k
malah 10k sebulan, beranikah anda melepaskan semuanya semata-mata
menjadi surirumah? Di samping berbincang dengan suami dari segi
kewangan, komitmen dan tanggungjawab bersama, kita ikuti tips ,
pengalaman dan panduan daripada
perkongsian di facebook oleh Cik Puan Nurul yang telah berjaya menjadi
surirumah dengan sukses-nya. Semoga ada antara
catatan-catatan beliau dapat membantu anda untuk membuat keputusan
dengan baik. Semoga anda berjaya dengan mana-mana pilihan pun. Good Luck
!!!!
-Admin Laman Qaseh-
Setelah 4 tahun berhenti kerja untuk jaga anak + bekerja dari rumah, ini apa yang saya rasa:
1. Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat & stres daripada bekerja.
2. Jadi suri rumah, susah nak dapat Me Time. Time mandi pun ada penonton. Kalau tutup pintu. Ada yg ketuk pintu non stop sampai telinga kita bingit & terpaksa buka pintu. Bila buang air, ada orang kat sebelah tolong flush kan adalah perkara biasa. Sebab? Anak yg 24 jam duduk dengan mak ni manje dia lain macam. Melekat tak boleh berenggang. Takpe dah besar nanti ok lah. Tak lama dah.
3. Jadi suri rumah, kadang2 akan rasa bosan sebab tiap hari rutin yg
sama. Bangun. Kemas rumah. Masak. Mendobi. Rumah selerak, kemas semula.
Lipat baju. Rumah selerak,kemas semula. Kadang2 tak sempat makan. Nak
pulak kalau buat bisnes macam saya,terkejar2 antara kerja rumah &
bisnes. Paling boring ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya
jenis tak boleh rumah selerak. Paling penting, time suami nak sampai
dari pejabat, rumah wajib spotless clean. Anak2 pun dah tau...kalau saya
kata papa dah nak sampai, dorang takkan selerakkan rumah lagi. Papa dah
sampai, baru boleh sambung projek selerak rumah.
4. Jadi suri rumah, kita akan rasa lonely. Takde kawan. Time kerja
dulu masuk kerja jumpa orang. Sembang, makan sama-sama. Jadi suri rumah
sembang dgn anak, sembang dgn tv, sembang kat wasap. Makan sorang sambil
layan fb. Itu aje. Antara benda yang paling rasa missing bila dah tak
kerja ialah kurang bersosial. Time ambik anak balik sekolah dapat la
jumpa mak-mak atau nenek yg ambik anak. Dapatlah sembang dalam 10 minit.
Bila suami cerita makan2 dgn ofismate kadang2 rasa jealous.
5. Jadi suri rumah takde cuti sakit atau cuti rehat. Time kerja dulu,
kalau sakit boleh ambik mc. Hantar anak kat taska & rehat kat
rumah. Sekarang? Time sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takde nya
nak dapat rehat tdo dengan tenang dan bahagia.
6. Jadi suri rumah,dah bertahun tak berdating dengan suami. Dulu time
kerja kami ambik cuti sehari, pergi jalan2 tgk wayang. Anak kat taska.
Sekarang... dah tak merasa. Rindu moment tu. Takpe... anak2 dah sekolah
nanti boleh repeat semula.
7. Jadi surirumah, orang akan pandang rendah kat kita. "Belajar
tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je" "dulu lepas spm tak dapat
offer masuk u ke?" "Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti
terkontang-kanting kena tinggal" "syoklah dapat duduk rumah tak payah
kerja. Relax-relax je main dengan anak". Malah mertua saya pernah
kantoi, taknak sebut saya suri rumah jaga anak. saya senyum je. Pasal
suami buat hal tu.... apa yg kita fikir & sebut itulah yg akan jadi.
Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah...nanti
betul2 jadi. Fikir benda baik,sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat
yang terbaik, dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.
8. Jadi surirumah, kadang2 syaitan akan datang & bisik : kalau
tak resign dulu... sekarang gaji mesti dah beribu
bilion...bla..bla..bla.. berbaloi ke berhenti kerja jaga anak? syaitan
tu memang akan datang menjengah. Especially bila tgk kawan2 seangkatan
naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik kat pejabat.
Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan tu supaya pergi
jauh-jauh.
Sebab tu ada ustaz yg kata surirumah adalah pekerjaan paling mulia
bagi seorang wanita. Sebab memang tak mudah. Pengorbanan paling besar
ialah tinggalkan kerjaya dengan jawatan & gaji kita semata-mata
untuk anak & suami. Allah juga yg akan memberi balasan untuk saya di
syurga nanti. Insya Allah!
Kredit : Fb CikPuanNurul
Kredit : Fb CikPuanNurul
No comments
Post a Comment