Hinakah Menjadi Ibu Tunggal ?
Assalamualaikum,
Orang selalu memandang hina pada
wanita yang berstatus ibu tunggal atau janda. Janda kematian suami lebih
bernasib baik kerana mereka dipandang mulia oleh masyarakat. Tapi mereka yang
bercerai hidup selalu dipandang hina oleh masyarakat. Mereka dihukum seolah2
mereka manusia paling hina, paling jahat, paling tidak berguna dan paling tidak
ada harga diri
Ramai manusia yang berlagak
seperti TUHAN. mereka fikir mereka tahu apa yang berlaku di sebalik langsir
jiran mereka. Ramai yang mencemuh, "itulah, tak pandai jaga laki, dah kena
cerai. itulah, garang sangat, mana tak kena cerai." Dalam tak sedar, kita
telah berlagak seperti TUHAN. Walhal, kita tidak pernah tahu sudah berapa
banyak airmata yang tumpah kerana terlalu takut untuk menjadi janda atau ibu
tunggal. Ada yang membiarkan diri menjadi punchbag hanya kerana takut menjadi
janda.
Ada wanita yang terpaksa
menyembunyikan status diri mereka sebagai ibu tunggal atau janda kerana takut
dipandang serong oleh masyarakat. takut dihina oleh masyarakat, takut dikatakan
perempuan gatal yang akan menggoda suami orang, takut dikatakan nak merampas
suami orang. bermacam2 ketakutan termsuklah ingin menjaga nama baik bekas suami
yang mungkin dipandang hebat oleh masyarakat. mungkin untuk menjaga nama baik tempat
kerja suami. Tapi sampai bila kita nak bersembunyi di sebalik tabir. Kita nak
menjaga nama bekas suami, dan bekas suami sedang berbahagia dengan isteri
barunya. Apakah kita tidak berhak untuk mencari kebahagiaan yang dihalalkan
oleh Allah?
Hina sangatkah kalau seorang ibu
tunggal atau janda ingin bernikah semula? Hina sangatkah seorang janda yang
inginkan seorang pelindung untuknya dan anak2? Adakah seorang wanita yang
diceraikan oleh suaminya adalah orang yang gagal? Adakah seorang wanita yang meminta
cerai dari suaminya adalah sampah masyarakat?
Wahai semua ibu tunggal atau
janda yang telah mendapat title ini kerana sebab2 yang munasabah dan dibenarkan
oleh Syarak....bangunlah dari kesedihan silam. Kita berhak mencari kebahagiaan
dan merasai kebahagiaan yang halal. Tak perlu takut lagi dengan ayat,
"nanti apa orang kata"..tapi selalulah tanya ayat ini, "Apa
Allah dan Rasul kata." saya bukan mengajar orang untuk bercerai, tapi
seperti yang selalu saya katakan, bersabarlah selagi mamapu, sebab sabar itu
indah. tapi jangan sampai sabar itu menjadi dosa.
Kepada mereka yang mendapat
title ibu tunggal dan janda hanya kerana ingin keredhaan Allah, bangunlah dari
kesedihan silam. binalah hidup yang bahagia bersama anak2 kita. dan kalau ada
jodoh terimalah selepas kita beristikharah dan bermunajat memohon
petunjukNYA.
Dr fauziah bolehlah cakap
pandai?
MEMANG DR FAUZIAH CAKAP PANDAI, SEBAB DR FAUZIAH JUGA ADALAH IBU
TUNGGAL SEJAK 4HB JULAI 2011. HUKUMLAH SAYA SEBAGAI WANITA YANG GAGAL JIKA ITU
DAPAT MENGGEMBIRAKAN ANDA. TAPI DEMI ALLAH, SAYA LEBIH BAHAGIA DAN TENANG SELEPAS
BERGELAR IBU TUNGGAL . SAYA MENDAPAT HAK UNTUK HIDUP DENGAN TENANG DAN BAHAGIA
SELEPAS MENJADI JANDA ANAK 5. DAN SAYA AKAN BERNIKAH SEKALI LAGI DENGAN INSAN
YANG AMAT ISTIMEWA DI MATA SAYA WALAUPUN DIA CUMA SPM HOLDER. BIAR TIDAK
SEKUFU' DARIPADA SEGI PENDIDIKAN, ASALKAN SAJA SEKUFU DARIPADA SEGI PEMIKIRAN
DAN TUJUAN HIDUP.
LAYAKKAH SEORANG WANITA BERGELAR
IBU TUNGGAL DAN JANDA INI MEMBERIKAN NASIHAT KEPADA ANDA? TEPUK DADA, TANYA
IMAN DAN JAWABLAH DENGAN IKHLAS. ADAKAH ANDA AKAN TERUS MENYAYANGI DR/MADAM
FAUZIAH YANG BERGELAR IBU TUNGGAL INI?
UNTUK ANAK2 IBU, MAAFKAN IBU
KERANA MUNGKIN TELAH MENCONTENG ARANG DI MUKA KALIAN HARI INI, TAPI IBU SUDAH
TIDAK TERDAYA MENANGGUNG SEMUA INI. IZINKANLAH IBU BERKONGSI KESEDIHAN DAN
KEDUKAAN DENGAN MEREKA YANG SENASIB DENGAN IBU. MAAFKAN IBU SEKALI LAGI.
WASSALAM
Dr fauziah/madam fauziah
No comments
Post a Comment