SLIDER

artis
Showing posts with label artis. Show all posts

Cerai: Semuanya Bermula Dari Tak Sekufu?

29 Jul 2025






Daripada kes selebriti yang bercerai ini, kita dapat belajar yang jangan main-main dengan 'sekufu' selepas perkahwinan. Walaupun ia bukan suatu rukun perkahwinan tapi ia sangat disarankan oleh ulama.
Kalau ikut pengalaman saya, ada 4 masalah sekufu yang biasa menjadi punca berlakunya perceraian.

1. SEKUFU TARAF HIDUP
Sebab itu ada istilah enggang sama enggang, pipit sama pipit. Memang benar ada perkara kita boleh toleransi, tapi ada perkara sudah sebati dengan kehidupan si dia sejak kecil.
Kalau kahwin dengan kerabat diraja contohnya, bukan kedudukan yang menjadi isu utama, tapi tanggungjawab, budaya keluarga, cara makan pun sudah berbeza. Kerana mereka dibesarkan dengan gaya yang sebegitu. Kalau kerabat diraja berkahwin dengan orang kebanyakan. Bayangkan apa yang akan berlaku? Sebelum kahwin sepatutnya perkara ini di bangkitkan supaya boleh tahu sebenarnya sesuai tak kalau hidup berdua selepas kahwin nanti.
2. SEKUFU LIFESTYLE
Kita perlu sedar cara hidup orang T20, M40, dan B40 caranya berbeza. Perkara ini kalau sukar ubah, boleh berlaku pertentangan antara suami dan isteri. Lifestyle ni penting tau, bagaimana cara hidup seseorang. Kalau awak berpasangan dengan orang yang dah biasa hidup mewah, barang yang dia guna semua branded. Koleksi dari Dior, Louis Vuitton (LV), Gucci dan selevel ni je yang jadi pilihan harian dia, awak kena lah get ready sebab tinggi maintenance pasangan awak.
3. SEKUFU PENDIDIKAN
Kalau sekufu Pendidikan ini tak ditangani sebelum berkahwin, sebab itulah ada timbul dalam perkahwinan kata-kata pasangan terhadap pasangan seperti
“Awak ni lembab la”
“Awak tak belajar tentang ni ke?”
“Awak belajar tak tinggi, mana awak tahu”
"Awak ni suami slow lah”
Lagi-lagi kalau pasangan yang berkahwin seorang ada background PhD tapi seorang lagi hanya ada sijil SPM, kerana masing-masing sangat sukar bertolak ansur dan menghormati pemikiran satu sama lain.
4. SEKUFU AGAMA
Walaupun orang anggap agama adalah isu peribadi dan boleh dibaiki. Tapi kalau gap terlampau besar, dan pasangan taknak berubah, akan jadi tak tenang dan mesti akan ada konflik. Agama bermain dengan pemikiran, prinsip hidup. Kalau agama tak match, bermula daripada berkahwin, cara menguruskan keluarga dan anak-anak, pasti akan banyak konflik.
Sebelum berkahwin, banyakkan bincang dan rujuk orang tua, terutamanya masa pemilihan jodoh, jangan hanya kahwin sebab doronagn cinta yang kuat, tanpa mengambil kira realiti kehidupan selepas kahwin. Ada banyak lagi faktor-faktor lain, tapi yang saya sebutkan ini banyak berlaku berdasarkan pengalaman saya.

AL-KAFI #1153: Maksud Sekufu Dalam Perkahwinan

9 Oct 2024




Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti, apakah maksud sekufu dalam perkahwinan?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). (Lihat al-Munjid fi al-Lughah, hlm. 690)

Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan: Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:

  • Agama dan kesolehan

Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا ۚ لَّا يَسْتَوُونَ

Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama.

   Surah al-Sajadah (18)

Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.

  • Pekerjaaan

Seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.

Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua. Ada yang mulia tetapi bukanlah kaya. Ada pula yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif dan pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan.

  • Tidak cacat

Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.

Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua: Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas. Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.

Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah,[2] tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.

Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.

Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.

Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/520-525)

Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:

تَخَيَّرُوْا لِنُطَفِكُمْ وَأَنْكِحُوْا الأَكْفَاءَ وَأَنْكِحُوْا إِلَيْهِمْ

Maksudnya: Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.

           Riwayat al-Hakim (2/163)

Kesimpulan

Kami berpendapat, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga. Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.

Pada saat ini, suasana mungkin sudah berubah berbanding empat puluh atau lima puluh tahun dahulu di mana lingkaran hubungan bukan lagi dibatasi dengan kekeluargaan dan kampungan tetapi ia jauh merentasi sempadan negeri, negara, bangsa, warna kulit, kaum, dan lain-lain. Justeru, yang paling penting adalah sifat kesolehan yang terwujud pada pasangan. Begitu juga perasaan kasih sayang dan cinta tumbuh dengan mekar pada pasangan tersebut.

Akhir kalam, kami tutup dengan berdoa kepada Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Surah al-Furqan (74)

Nota Hujung:

[1] Syeikh Abdullah Nasih `Ulwan dalam kitabnya, Tarbiyah al-Aulad berkata: Bermula dari prinsip ini, Uthman bin Abi al-`As al-Thaqafi telah menasihati dan berpesan kepada anak-anaknya supaya memilih tempat meletak benih masing-masing serta mengelakkan baka keturunan yang buruk. Dan inilah apa yang dikatakan kepada mereka: “Wahai anak-anakku, orang yang bernikah itu seumpama orang yang bercucuk tanam, seseorang perlu meneliti, di mana dia mencucuk tanamannya. Baka keturunan yang tidak baik jarang mempunyai anak, justeru perlu untuk dilakukan pemilihan.”

[2] Jumhur fuqaha’ menganggap sekufu adalah syarat sah nikah. Sedangkan sebahagian ulama’ seperti Abi al-Hasan al-Karkhi, Abi Bakar al-Razi, al-Thauri dan Ibn Hazmin menganggap sekufu bukanlah syarat sah nikah pada masa aqad.


Kredit : MuftiWP

Sebelum Update Status Berkenaan Peribadi Anda, Baca Dulu Nasihat Ini

22 Aug 2017



Ada dua jenis hasad dengki yang kita kena kawal jika kita mahu menuju ke arah masyarakat harmoni yang lebih baik tetapi selalunya hati kita mudah betul terjebak untuk sama-sama berkongsikan persepsi negatif orang ramai kerana ia sesuatu yang menyeronokkan, bukan. Berikut merupakan penerangan tentang 2 jenis hasad yang amat kerap dilakukan dalam zaman media sosial ini.

1. Orang senang vs Orang sederhana

Orang senang up status dapat hadiah kereta kerana result SPM cantik, kita kata dia berlagak. Orang sederhana up status keluarga bawak makan sedap, kita ucap tahniah atas kejayaan.

2. Orang ada rupa vs Orang yang berwajah biasa

Orang yang ada rupa up result SPM bagus, kita kata dia dapat result tu kerana dia gunakan wajah dia untuk mintak orang ajar dia. Orang yang berwajah biasa pula, kita ucapkan tahniah dan bersyukur result bagus atas usaha sendiri.

3. Golongan-Golongan Lain

Mangsa paling teruk selalu kena hasad dengki masyarakat ni adalah mereka yang ada rupa dan ada kekayaan.Yang selalu dijadikan bahan komedi pula, yang wajah biasa tapi ada kekayaan.Yang selalu dianggap tak memenuhi potensi diri pula adalah mereka yang ada rupa tapi tak kaya dan berjaya.Kalau diikut sangat kata orang ramai ni, sebenarnya menyusahkan diri sendiri juga.

Jalan paling baik sebenarnya adalah tak up apa-apa status hal-hal peribadi ke Internet supaya tak ada orang boleh memangsakan kita. Sesetengah orang Melayu kita ni, tak boleh tengok orang ada lebih sikit. Walaupun kita tau dia layak ada lebih.

Kredit : iluminasi



Obses Menonton Drama Korea

15 Mar 2017


Saya penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi awam. Saya mempunyai seorang rakan baik yg sangat meminati cerita drama Korea. Pada mulanya, saya perhatikan dia ok je bila nak menonton drama korea. Cuma sejak akhir-akhir ini saya tengok die semakin obses dgn korea drama.

Masalah obses die ni, bukan setakat menonton sahaja , tapi telah menggangu jadual kelas dan selalu ponteng discussion bila ada tugasan assignment group. Tindakannya mengundang rasa kurang senang ahli-ahli kumpulan lain. Bila kami  dah set nak buat perjumpaan utk assignment, die akan mula rasa gelisahlah, tak sedap badanlah, tak lalu makanlah, terus nak balik rumah. Tapi bila balik rumah elok je tengah layan drama korea.

Bukan itu sahaja, bila ada hari yg takde kelas, kira mcm cutilah, die langsung tak keluar bilik semata-mata duduk layan drama korea daripada pagi sampailah malam. Hanya berenti bila nak makan dan sembahyang. Nak ajak sembang memang taklah. Kawan-kwn serumah dah pergi keluar rumah pun die tak tahu. Bagi saya kalau sehari layan 2-3 episod tu kira oklah lagi. Tapi die kalau boleh nak habiskan semua dalam satu hari. Bila keluar dari bilik, nampak muka mcm dah tak betul. Dengan rambut yg serabai, muka lesu, mata cengkung..dah mcm org sakit.

Kebanyakan barang-barang peribadi dia saya tengok mesti ada  unsur-unsur korea. Hphone dan laptop ada wallpaper artist korea ,siap tampal list-list drama korea kat dinding yg siap bertanda samaada dah tengok ke belum, dan yang lebih obsesnya, profile fb, twitter,instagram, email , fail-fail, buku-buku, beg kuliah juga di letakkan gambar artis-artis korea yang mereka gila-gilakan.

Pernah sekali kami bergaduh disebabkan saya menegur sikapnya yg terlalu obses dan tergila-gilakan artis korea sehingga berangan-angan dan berimaginasi dielah watak dalam stp drama korea yg die tonton.Perkara ini di anggap remeh oleh dia. Bahkan, ianya menjadi kebanggaan.

Saya tegur die sebab saya taknak die terlalu berfantasi dan menaruh harapan palsu seperti dlm drama-drama tersebut. Saya nak die kembali kepada realiti, sentiasa bersederhana dan berpada-pada bila melayan drama korea tu. Kami rakan-rakan lain pun meminati drama korea juga, tapi biarlah berpada -pada dan bijak membahagikan masa yg ada. Apatah lagi, kami berada ditahun akhir untuk menamatkan pengajian kami. Saya taknak result dia sangkut  dan nak kami fokus dan berjaya bersama-sama.

Setiap kali die tidak mengendahkan nasihat saya, saya masih boleh beralah. Tapi saya harap satu hari nanti die ada terbaca luahan saya ni, dan kembali ke alam realiti.

-Siti-


Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.