Pesanan Buat IbuBapa, Kalau Tak Boleh Terima 13 Perkara Ini, Jangan Hantar Anak Ke Sekolah
Pesanan untuk semua ibu bapa. Guru juga adalah ibu bapa kepada
seorang anak. Peringatan untuk semua, mudah-mudahan dapat membantu
membentuk anak-anak dalam masyarakat yang prihatin.
Tanamkan dalam hati bahawa:
1. Anak kita bukan baik sangat
Walaupun di rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang
kita. Jadi, dia mungkin melawan cakap guru, pukul kawan dan buat
pelbagai perkara yang kita tidak jangkakan.
2. Bukan anak kita seorang saja di dalam kelas itu
Kita
di rumah paling ramai anak 6 7 orang. Itu pun kita tidak mampu nak
berikan perhatian kepada semua. Anak cakap banyak sikit, kita dah suruh
diam. Bayangkan saja kita ada anak kembar seramai 40 orang. Begitu
jugalah apa yang guru alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu
Jangan percaya
sangat dengan cerita-cerita anak kita, dia mungkin menipu. tak kiralah
seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan
jangan cepat melatah, nanti kita yang mendapat malu.
4. Anak kita layak dimarah
Anak
kita bukan malaikat, dia tidak sempurna dan pasti melakukan banyak
kesilapan. Dia perlu dididik, karekter dia di rumah dan di sekolah tidak
sama. Dia mungkin sangat mengjengkelkan sewaktu di dalam kelas dan kita
takkan tahu itu. Jika dia dimarahi, itu tandanya guru sedang
mendidiknya.
5. Ingat semula mengapa kita hantar dia ke sekolah
Untuk
dia menjadi diva kah sampai tak boleh diusik? Untuk dia menjadi samseng
sampai tak boleh dijentik? Untuk dia menjadi biadab sampai tak boleh
dididik?
6. Dia sedang dididik dengan cara yang kita suka atau tidak suka
Jika
tidak boleh menerima orang lain mendidik anak sendiri dengan cara yang
tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak
boleh harapkan orang mengikut cara kita. Cara kita tidak semestinya
betul.
7. Kita tidak mampu memberikan semua ilmu yang diperlukan
Kita
perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia tetapi kita tidak tahu
matematik, geografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru-guru
itu mencurahkan ilmu kepada anak-anak kita. Hormatilah mereka.
8. Duit bukan segalanya
Kita
mungkin kaya, tetapi duit tidak mampu menjadikan anak kita sempurna.
Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu dididik, diajar dan
dibentuk, barulah dia mampu menjadi seorang manusia berguna.
9. Kita tidak mampu membentuknya seorang diri
Anak
kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana
menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai
langkah pertama untuk memberi kefahaman yang jelas kepadanya bagaimana
untuk terus hidup di dunia ini. Guru-guru itulah yang akan membantu kita
membuatkan dia melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu
kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia
Cara
guru dengan kita mungki nberbeza tetapi pengalaman mereka mendidik
memang kita tidak mampu menandinginya. Paling hebat kita mampu mendidik 6
7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang aanak sendiri dan
beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti
anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru-guru
Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-quran. Mereka
bukan sahaja bekerja kerana gaji tetapi mereka melakukan amal jariah
dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia. Amal ini
Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?
12. Ilmu anak kita tidak akan berkat tanpa redha gurunya
Tanamkan
itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tetapi jika biadab dengan
guru, belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. Kurang
mendapat A tak mengapa asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya
dan kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar menghormati ibu bapa
Ibu
bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru
untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tidak boleh buat perkara
yang sama? Satu sahaja kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap
segi daripada guru-guru anak-anak kita.
Berlapang dadalah, ilmu
itu bukan bilangan A. Tetapi apa yang anak kita dapat untuk jadikan
panduan bagi menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat. - Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia | PIXEL MEDIA
No comments
Post a Comment