Kami OCD
Thank you admin kalau artikel ni disiarkan. Saya bukanlah pelajar IIUM, tapi hanyalah peminat IIUM Confession daripada sebuah IPTS di ibu kota.
OCD.. Sesetengah orang mungkin pernah dengar tentang penyakit ni.
Bagi yang tak tahu, OCD atau Obsessive Compulsive Disorder adalah
“pemikiran yang tidak masuk akal dan ketakutan atau obsesi tertentu
mendorong anda untuk melakukan sesuatu secara berulang-ulang.” Copy
paste daripada satu website. Ramai orang salah faham bahawa OCD adalah
mengenai kebersihan semata-mata.
OCD ni ada macam-macam kategori. Contohnya, takut kepada kuman,
sukakan kesamarataan, takut melakukan kecederaan dan dicederakan dan
macam-macam lagi. Ketakutan-ketakutan inilah yang akhirnya membawa
kepada kelakuan yang berulang-ulang tu. Contoh lagi, bila penghidap tu
takut kepada kuman, dia akan basuh tangan dia berulang-ulang kali.
Bila
dia sukakan kesamarataan, dia akan susun sesuatu secara teratur dan bila
dia takut akan kecederaan, dia akan berulang-ulang untuk memeriksa
persekitaran seperti:- memeriksa dapur gas untuk memastikan api sudah
ditutup, memeriksa pintu pagar adakah sudah berkunci dan macam-macam
lagi. Mesti pembaca fikir, itu benda biasa untuk dilakukan, kan?
Tapi,
ianya tidak biasa sama sekali, sebab mereka akan memeriksa beberapa kali
walaupun mereka sedar mereka telah menutup api dapur dan telah mengunci
pintu pagar. Ni apa yang aku faham berdasarkan pembacaan aku. Kalau nak
lagi faham boleh layari www.ocdtypes.com
Jadi, apa pointnya aku cerita panjang lebar ni? Sebab aku seorang penghidap OCD.
Aku mengaku aku bukanlah pembersih sangat tapi aku suka basuh tangan
aku. Kiranya tangan aku tak boleh kotor langsung atau bahasa mudahnya
tak boleh ada benda asing melekat dekat tangan. Makanan tu terkecuali
lah. Tak kan aku nak makan pakai sudu pulak 24 jam. Lepas aku buat
sesuatu perkara, aku mesti akan basuh tangan. Kadang-kadang aku rasa
macam tak perlu je nak basuh, tapi macam dah jadi satu rutin.
Sedar-sedar je aku dah sampai toilet.
Dan bila kat toilet awam, aku rasa
rimas bila orang keluar toilet tak basuh tangan. Macam tu tangan aku
pulak. Tolong jangan kecam, sebab ini apa yang aku rasa. Lepas je basuh
tangan dekat sinki, kalau boleh aku tak nak sentuh apa-apa dekat toilet
tu guna jari. Pili air pon seboleh-bolehnya aku tutup pakai tapak tangan
dan aku basuh balik pakai air yang mengalir sikit- sikit lepas tutup
tu. Dengar macam pelik, tapi itulah aku.
Dan aku ada pelbagai tabiat pelik sejak aku kecil. Tabiat buat kerja
pelik yang orang tengok tak masuk akal dan berulang-ulang. Kalau korang
tengok ada orang terdekat yang bertabiat macam tu, faham-fahamlah.
Tabiat tu tak kekal tapi asyik bertukar-tukar. Contohnya, aku sentuh
satu barang macam handphone, tak lama lepas tu, aku sentuh balik, dan
begitulah seterusnya sampailah aku puas hati. Bila orang lain tengok,
mesti diorang fikir apa kejadahnya aku buat benda tu, tapi aku tak dapat
kawal fikiran yang suruh aku sentuh handphone tu.
Kadang-kadang aku
rasa stress tapi aku buat juga. Lepas je tabiat menyentuh hilang, akan
muncullah tabiat lain, antaranya ialah aku hidu jari sendiri. Tah bau
apa yang sedap sangat dekat jari tu pun aku tak tahulah. Ni masa kecik
la. La ni tak buat dah. Dan macam-macam lagilah. Sekarang aku ada tabiat
lain, tapi tak payah bagitau la. Nanti yang kenal aku tahu siapa aku.
Hehe.
Seterusnya, aku memang sukakan kesamarataan. Apa-apa yang aku buat
mesti sama rata. Susah lah nak bagi contoh, tapi yang penting, aku suka
tegok benda yang simetri. Aku juga suka susun barang yang sama mengikut
warna. Pernah sekali aku kerja dekat butik. Dekat butik tu ada jual
pewarna kuku, gigih pula aku susun balik beratus pewarna kuku tu ikut
warna. Baju-baju pun aku susun ikut warna. Kalau semua baju bewarna
hijau, aku akan susun mengikut tone daripada yang hijau cerah kepada
yang gelap. Barang-barang lain pun macam tu jugak.
Selain tu, aku jugak suka membayangkan benda-benda yang menakutkan.
Kalau aku nak tidur, aku akan bayangkan perompak masuk rumah &
macam-macam lagilah. Takut pulak nak tulis. Fikran aku ni suka fikir
yang bukan-bukan dan terlalu jauh. Bila jari aku terluka, aku akan
terfikir macamana kalau aku ada diabetes dan aku tak tahu dan luka tu
jadi teruk. Walaupun dalam hal kecik, aku jadi seorang yang
overthinking. And one more thing, aku suka mengira dalam hati. Bila naik
tangga, bila susun barang. Aku kira benda yang aku buat tu, bukan kira
saja-saja.
Cukuplah aku cerita apa yang terjadi pada diri aku. Apa yang aku nak
sampaikan adalah, kat dunia ni ada macam-macam benda yang kita tak tahu.
Just because someone is different, doesn’t mean you can make fun of
her/him. Aku pernah melaluinya. Sesetengah orang tak faham dan gelak
atau persoal apa yang aku buat, tapi percayalah yang kami pun tak nak
benda ni berlaku tapi ianya tak boleh dikawal. Only the sufferers know.
P/s Buat pembaca, maaf dipinta andai ada ayat yang berterabur. Saya
bukanlah seorang penulis professional. Maaf juga andai ada ayat yang
mengguris hati atau perasaan pembaca.
-J

No comments
Post a Comment