Rugi Suami Isteri Tidak Tidur Berpelukan Setiap Hari, Ini Faktanya!!
Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang
terhadap pasangan. Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga
secara emosi.Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur
berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik
mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.
Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri
yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang
tersendiri. Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin
hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan,
sangat baik untuk kesihatan!
Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan;
1.Mencegah Stres
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu
meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika
akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi
lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan
membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh
badan.
2.Menaikkan Kadar Hormon 'Oxytocin'
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak
hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat
menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3 .Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur.
Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda
menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih
relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat
terlelap.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh
itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan
normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat
pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal
merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan
yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja
secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur
anda.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia
memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara
suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
No comments
Post a Comment