7 sunnah Rasulullah
21 Feb 2012
7 sunnah Nabi S.A.W yang boleh kita amalkan setiap hari :
Tahajjud
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Membaca Al-Quran Sebelum Terbit Matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dan memahami isi kandungannya.
Jangan Tinggalkan Masjid Terutama Di Waktu Subuh
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Jaga Solat Dhuha
Kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
Jaga Sedekah Setiap Hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Jaga Wudhu Menerus
Kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu, kata Khalifah Ali bin Abu Taib "Orang yang selalu berwudhu sentiasa merasa selalu bersolat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa..."Ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah"
Amalkan Istighfar Setiap Saat
Dengan Istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.