Takut Pergi Reunion Gara-gara Status Surirumah
26 Jun 2013
Nak dijadikan cerita sebuah cerita yang sebenarnya tidaklah menarik mana
tapi kalau dibaca sampai habis nanti tahulah bahawa cerita ini memang
menarik lagi interesting. Kita ikuti luahan hati seorang surirumah yang
bernama Zulaikha Binti Zulkifli (bukan nama real) tapi menggunakan nama
samaran atau nama manja iaitu Ikha. Berbalik pada Ikha seorang surirumah
yang dah beranak empat. Kisah cintanya memang menyayat hati tapi kita
ringkaskan sebab tu bukan point utama cerita ini.
Ringkasan cinta Ikha- Ikha bertemu dengan Yusri bin Hashim pada usianya
sembilan belas tahun, bercinta selama tujuh bulan dan terus berkahwin
walaupun dihalang oleh bakal mertuanya. Sebabnya, mak mertuanya mahu
Ikha dan anak lelakinya sendiri sambung belajar walaupun Yusri ketika
itu sudah mendapat segulung ijazah. Bila dah kahwin sah-sah Yusri atau
panggilannya abang, tidak membenarkan Ikha menyambung pelajarannya
ataupun bekerja.
Mulai hari itu, Ikha menjadi suri hati abang Yusri dan juga surirumah dengan sahnya. Ikha redha dengan kehendak abang, jadi Ikha bertekad untuk menjadikan surirumah sebagai profesion yang serius! Pelbagai langkah yang diambilnya untuk membina kerjaya sebagai seorang surirumah. Ikha yang pada mulanya tidak pandai memasak telah bertungkus-lumus belajar memasak. Bukan itu saja, Ikha juga cuba mengambil hati mak mertuanya yang tidak berapa setuju dia menjadi menantu.
Mulai hari itu, Ikha menjadi suri hati abang Yusri dan juga surirumah dengan sahnya. Ikha redha dengan kehendak abang, jadi Ikha bertekad untuk menjadikan surirumah sebagai profesion yang serius! Pelbagai langkah yang diambilnya untuk membina kerjaya sebagai seorang surirumah. Ikha yang pada mulanya tidak pandai memasak telah bertungkus-lumus belajar memasak. Bukan itu saja, Ikha juga cuba mengambil hati mak mertuanya yang tidak berapa setuju dia menjadi menantu.
Kegigihan dan keikhlasan Ikha akhirnya membuahkan hasil apabila dia
diterima dan menjadi menantu favourite. Atas kurniaan rezeki, Ikha telah
melahirkan zuriat yang kini terdiri dari umur 10 tahun, 8 tahun, 6
tahun dan 4 tahun. Dalam masa yang sama, Ikha sibuk menguruskan sebuah
rumahtangga, Ikha juga mengambil kesempatan menulis beberapa buah novel.
Itu yang menjadikannya begitu bangga dan bahagia.
Suatu hari ketenangan hatinya terusik apabila Ikha menerima satu
panggilan telefon dan invitation melalui facebook dari seorang kawan.
Ikha bermuram dan bermasam muka sepanjang hari.
"Kenapa ni sayang? Abang tengok Ikha macam ada masalah je?", Tanya abang Yusri.
"Abang, minggu depan kawan-kawan sekolah menengah Ikha ada buat gathering dan Ikha dijemput sekali..." Suara Ikha perlahan.
"Hah, pergilah... Yang Ikha dok pikir-pikir lagi tu kenapa? Bagitau hari
apa, nanti anak-anak ni takpe biar abang yang jaga..", Pujuk suaminya.
"Bukan.. bukan itu masalahnya. Abang, Ikha segan la nak pergi. Diorang
semuanya bekerjaya dah berjaya pun, semua dah ada karier. Kan ikha
sorang je yang kahwin awal. Semua kengkawan Ikha sambung belajar." Muka
Ikha sedih.
"Hish! Isteri abang ni lagi berjaya. Ikha.. Ikha ni seorang isteri,
seorang ibu, seorang anak, seorang menantu yang baik. Tu kan dah
berjaya. Lagipun Ikha juga seorang guru bila mengajar anak-anak kita,
seorang akauntan bila jaga financial kita, seorang chef dan macam-macam
lagilah." Yusri terus bangun dan terus ke surau.
Ikha masih termenung, kata-kata abang Yusri sedikit pun tidak dapat
memujuk hati Ikha sekaligus menyakinkan dirinya. Ikha dalam dilema sama
ada nak pergi atau tak. Kalau ikutkan rasa rendah dirinya, dia tak mahu
pergi tapi rasa rindu untuk bertemu kawan-kawan sekolahnya.
Dalam tidak ada keputusan Ikha pun sediakan baju untuk ke gathering itu.
Ikha keluarkan baju kebaya berwarna pink dan bermanik-manik itu. dia
mahu kelihatan jelita dan anggun pada mata kawan-kawannya nanti.
Pejam celik-pejam celik tibalah hari perjumpaan itu. Walaupun dalam hati
masih ragu-ragu untuk pergi tapi Ikha mengambil keputusan untuk pergi
atas dorongan abang Yusri.
Rasa berat hatinya untuk meneruskan hasrat bertemu dengan kengkawannya.
kereta Ikha sudah diletakkan ditempat parking. Sebelah kanan kereta Ikha
ada BMW dan sebelah kirinya pula Toyota Wish. Ikha terasa kerana dia
hanya membawa sebuah kereta perodua kancil mata belalang yang berjenama
tempatan. Dihayunkan juga langkah masuk ke dalam Hotel Nikki yang
bertaraf 5 bintang itu.
Ikha mengumpulkan semua semangat untuk berdepan dengan rakan sekolahnya.
"Ikha, how are you? Bestnya dapat jumpa student terpandai kat sekolah.
Hei! Tengok ni siapa yang ada kat sini, Penolong Ketua pengawas tahun
1994." Tegur Mariamah Binti Tijor yang merupakan saingan Ikha dalam
pelajaran.
Ikha hanya menelan air liur dan tersenyum, memang dia dulu pelajar yang
popular dan hebat tapi sekarang dia hanyalah seorang surirumah. Ikha
hanya mendengar kawan-kawannya bercerita. Mereka bercerita tentang
kejayaan karier dan apa yang mereka miliki sekarang.
"Aku dulu takut tengok Ikha bedah katak masa kelas Biologi tapi sekarang
aku dah bedah orang dah pun." Sabariah dengan bangganya bercerita
tentang kariernya sebagai doktor bedah.
"Mazwin, kereta you tu model Honda yang terbaru kan? Okey jugak Honda
tu. I baru ambil CRV baru, senang nak balik kampung. Eh! Popular student
kita dah jadi apa sekarang? Hmmmm... mesti you hebat kan sekarang...",
Fatin Nadia memandang tepat ke arah Ikha.
Semua mata tertumpu kepada Ikha dan semua senyap menunggu Ikha membuka
mulut. Mereka memang berminat ingin tahu apa yang Ikha lakukan sekarang.
" Mmmmm...Guys, I after STPM tak sambung belajar tapi I kahwin, sekarang
ni I jadi housewife anak empat. My hubby is manager kat sebuah syarikat
kapal. I....", Mata Ikha terkula-kulat ketika bercakap.
"Anak you mana? Lelaki ke perempuan? Mesti comel dan bijak." Tanya Mariamah.
"Ikha.. Habis tu you jaga anak sepenuh masa la..? Wow!", Sabariah pula menyampuk.
"Ikha... kenapa suara you perlahan, ceritalah lagi apa rutin harian you." Fatin Nadia berminat nak tahu.
Ikha mulai betulkan duduknya, dia bercerita mengenai dirinya kerana
semua kengkawannya berminat nak tahu tapi akhirnya Ikha terdiam bila
merasakan kawan-kawannya saja ingin mengambil hatinya memandangkan dia
hanyalah seorang surirumah. Ikha menunduk.
"Ikha, kenapa..?", Tanya Mariamah disebelahnya.
"I hanyalah surirumah berbanding dengan you all..", Muka Ikha begitu sedih.
Ikha hampir menangis tapi kawan-kawannya teresak-esak menangis.
Mula-mula seorang, kemudian seorang lagi, kemudian lagi seorang dan
kemudiannya semua turut menangis. Ikha terdiam dan berasa hairan.
"Ikha, you beruntung dah kahwin dan ada anak. Tak macam kitorang ni,
belajar tinggi-tinggi tapi tak kahwin-kahwin. Sekarang dah jadi andartu.
Duit banyak pun tak guna.", Nurul Faqihah yang senyap dari tadi
bersuara sedu-sedan.
Pada hari itu Ikha pulang ke rumah lalu terus memeluk suami dan
anak-anaknya sambil menyatakan kepada mereka bahawa dia bangga menjadi
seorang isteri dan surirumah...
Kredit : Alia & Ujang 010608
Kredit : Alia & Ujang 010608
Kredit : penulismerapu