Jiran Bela Kucing, Tapi Tak Peka Kebersihan
12 Jan 2016
Saya tinggal di kediaman rumah teres. Ada beberapa buah rumah jiran saya membela kucing. Saya luahkan ni bukan sebab saya tak suka kucing. Saya suka kucing, tapi saya tak suka bila ada orang yang membelanya tidak menjaga kebersihan.
Saya tiada masalah dengan 2 org jiran saya yg bela kucing kerana derang jaga dengan elok, bersih dan tidak berbau. Masalahnya timbul ada sorang jiran lain ni pun bela kucing, tapi Ya Allah...busuknya, kotornya seolah -olah membela tapi tak peka akan kebersihan. Ini yang membuatkan saya tak senang duduk.
Jiran yg sorang ni bela
beberapa ekor kucing dan sangkar diletakkan di hadapan rumah. Bau2an
dari sangkar tu mmg kurang menyenangkan. Bila saya buka pintu rumah je terus baunya melekat kat hidung, masuk sampai dalam rumah.Kdg-kdg baju yang saya sidai di luar rumah melekat bau busuk tu. Saya tak tahulah bau apa tu. Tpi jiran lain yg bela kucing , takdelah bau mcm ni. Mgkin die tak bersihkan sangkar setiap hari kot.
Kitorang mmg tak tahan dengan bau yg sangat kuat tu, terpaksa la kami berkurung
dalam rumah, tak buka sliding door, tak buka tingkap dan pintu. Kalau ada saudara-mara atau rakan-rakan datang ke rumah, kami sampai naik malu. nak buka pintu, bau busuk. Nak tutup pintu ramai pula berkuap dalam rumah.
Satu hal lagi, lubang longkang di depan rumah dulunya elok je..untuk aliran air hujan. Sejak menjak jiran ni masuk, lubang tu dah terkambus dengan tanah. Mula -mula saya tak pasti kenapa jadi macam tu. Tapi saya ada ternampak jiran ni membuang pasir kucing yg bercampur tahi kucing. Memang geramlah saya, sbbnya dulu elok je longkang tu, sekarang bila hujan, air tak dapat mengalir ke situ menyebabkan melimpah kat jalan hadapan rumah.
Saya memang tak faham tentang penjagaan kucing , tapi yang saya keliru kenapa ada org lain boleh bela dengan elok, kenapa tidak dia. Pada saya, kalau malasss, tak perlulah bela . Kesian kucing, kesian jiran-jiran lain. Bukan ke kucing tu haiwan kesukaan nabi. Jadi pada saya kita perlulah jaga kucing dengan elok dan jaga kebersihan seperti kita jaga diri kita.
Nak minta pendapat koranglah, bagilah pendapat dan idea cara nak tegur jiran tu berkenaan
hal ni dengan cara berhemah. Takde sentap-sentap . Adoiii haiii.
-Rubi-