Tips Dan Cara Kawal Sifat Marah
16 Dec 2016
Marah. Semua orang pasti ada rasa sifat marah. Banyak faktor yang
menyebabkan tercetusnya rasa marah. Ada yang disebabkan masalah-masalah yang sedang
dihadapi. Ada yang disebabkan menerima tekanan dari luar. Apapun puncanya, kemarahan
yang berlaku
diluar kawalan kewarasan boleh membawa kepada pertelingkahan atau persengketaan.
Lumrahnya , setiap manusia mempunyai sifat marah , namun sekiranya
ia tidak dikawal akan membawa padah kepada diri dan orang disekeliling
yang terlibat. Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat mengawal kemarahan
tersebut dengan logik akal tanpa rasa emosi yang berlebih-lebihan. Boleh rujuk
tips dibawah, admin kongsikan daripada artikel WomanOnlineMagazine.
-Admin-
Kredit : WomanOnlineMagazine
4 Tips Kawal Marah Dengan Mudah
1. Tarik Nafas Dalam-Dalam
Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia
bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda
marah.
Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam
kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini
juga sudah terbukti secara klinikal.
2. Bayangkan Apa Sahaja Perkara Yang Boleh Buat
Anda Tersenyum
Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai
kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu
mengelakkan daripada berfikir mengenainya.
Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau
kegembiraan pada diri anda. Contohnya kenangan manis bersama dengan rakan,
keluarga atau anak anda. Sebagai contoh, anda boleh membayangkan anda pergi bercuti di
langkawi yang
mana merupakan satu kenangan manis dalam hidup anda.
3. Fikirkan Akibat Atau Efeknya Jika Anda
Marah
Tindakan anda melepaskan kemarahan boleh meninggalkan kesan
negatif yang lebih panjang. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya
kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.
Ini kerana jika kita berada dalam keadaan yang amat marah
segalanya boleh terjadi,contohnya pergaduhan, perpisahan dan sebagainya. Ini
akan menyebabkan kita tidak akan disukai oleh orang di sekeliling kita.
4. Cuba Bayangkan Diri Anda Sebagai Diri Orang
Yang Sedang Anda Marahi
Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya
terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan
kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan
sedemikian.
Segalanya berlaku mesti ada sebabnya, selalunya sikap terburu buru
ini adalah salah satu punca utamanya penyebabnya kemarahan berlaku.
5. Jom, Ambil Air Sembahyang!
Selain itu, mereka yang sedang marah boleh memadamkan kemarahannya
dengan mengambil air sembahyang. Antara kelebihan berwudhu, ialah membersihkan
diri daripada kekotoran hati dan secara fizikalnya menyejukkan hati yang
melahirkan ketenangan.
Sabda Rasullullah s.a.w: ‘jika seseorang antara kamu marah sedang
dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang
marahnya, maka hendaklah dia baring’. (HADIS RIWAYAT Imam Ahmad).
Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap
orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. Dengan cara ini
kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh
mencetuskan perasaan panas baran.
Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan
fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan prinsip dan ideologi
kita sendiri. Ikutilah tip mudah di atas supaya anda dapat mengecapi kebahagia
dalam hidup.
Nota Kaki: SHARE artikel yang sangat berguna ini dengan kawan-kawan
anda.