SLIDER

Digelar Janda Berhias Tanpa Rela

14 Sept 2016


  
Hi Admin, Saya berusia 23 thn, dan telah digelar janda berhias. Ya, ada juga yg mengggelar saya janda meletop, janda top. Semunya tanpa kerelaan saya. Alkisahnya bermula, saya bekerja di kaunter hdpan sebuah restoran fast food. Jadi di situasi di sini saya berhadapan dengan pelbagai ragam customer. Sehingga pada satu hari ni, ada sorang pemuda dtg membeli , semasa nak membayar tu, dia meletakkan sekeping nota mengatakan ingin berkenalan dengan saya. Gerak hati saya mengatakan ok je…jadi saya pun ok jelah.

Selepas itu, kami sentiasa berhubungan melalui telefon dan berjumpa mcm pasangan-pasangan lain. Setiap kali nak keluar, dia akan datang menjemput saya dirumah berjumpa minta izin dgn mak ayah dulu. Kiranya mak ayah saya merestui hubungan kami. Sebulan berlangsung hubungan kami, dia meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Katanya, dia taknaklah asyik keluar tanpa ada ikatan yg sah utk elak fitnah. Saya OK.

Untuk meneruskan hasrat ini, dia membawa saya berjumpa ibubapanya serta saudaranya buat pertama kali. Perjumpaan kami, biasa je. Mcm tiada apa-apa yg berlaku. Borak sembang mcm biasa, tapi mcm hambar. Mgkin baru pertama kali jumpa saya anggap itu biasalah. Nak kata tak setuju, tak juga. Nak kata setuju pun tak juga. Itulah last saya jumpa keluarga dia , kemudian si dia tiba-tiba senyap selama 2 minggu. Saya call tanya knp, die kata takde apa-apa. Saya tak tahulah apa yg terjadi dalam masa 2 minggu tu.

Tiba-tiba, dlm minggu ke-3, dia call saya dan keluarga kata , mereka akan meneruskan hasrat untuk mengambil saya sbg isterinya. Dalam tempoh 6 bulan tu  juga kami sibuk menyiapkan persiapan bertunang dan untuk kenduri kahwin. Dalam tempoh ni juga , saya cuba mendekati keluarga si dia, namun respons agak hambar. Saya meluahkan kepada si dia, tapi die sentiasa memberi semangat kepada saya, dan semuanya akan settle seperti sediakala. Saya tak tahulah apa yg dimaksudkan. Ada apa-apa yg terjadi dlm tempoh persiapan perkahwinan kami, saya pun tak pasti.

Tiba hari perkahwinan, kenduri kami berjalan lancar alhamdulillah. Memandangkan saya masih belum mendapat kerja tetap , saya tinggal bersama keluarga mertua bersama suami. Di sana saya seperti halimunan, diorang buat mcm nampak tak nampak je kewujudan saya disitu. Kami takde bergaduh , menjerit , mendera, membuli dari segi fizikal. Cuma saya dilayan secara hambar seolah-olah saya ada buat kesalahan besar.

Minggu pertama kami, sepatutnya menjadi minggu yg paling bahagia sbg pengantin baru, tapi saya tengok suami saya semakin berserabut, serabai mcm org tak terurus. Pening memikirkan sesuatu, entahlah. Bila saya tanya, die senyap je. Dan kami tak nampak mcm spt pengantin baru pun, bila berjumpa je selalu rasa gelisah dan panas je.  Saya sedih , buntu dan keliru. Saya bersabar.

Genap sebulan kami berkahwin, satu hari suami saya menarik tangan saya masuk ke bilik. Tanpa bertanya, berbincang dan usul periksa, saya telah diceraikan dengan talak satu. Bayangkan perasaan saya pd masa tu. Terpinga, terkejut, nak menangis rasa tersangkut, gelap rasa pandangan pada masa tu. Saya tak tahu nak buat apa. Saya diceraikan tanpa alasan yg saya tak ketahui. Sebulan saya berkahwin, tiada satu hari pun saya berasa nikmat kehidupan saya sbg suami isteri. Saya didera perasaan dan emosi. Tanpa sempat bersama suami dan menjalankan tanggungjawab isteri , saya diikat dan dilepaskan sebegitu sahaja.

Saya bertanya keluarga suami, tapi mereka berdiam seribu bahasa. Suami pula mcm ada- tak ada. Jadi saya ambil keputusan utk pulang kerumah dan menceritakan semuanya pada keluarga. Mak ayah ada bawa saya pergi berubat, tapi saya serahkan semua pada Allah.

Dalam tempoh ni , akhirnya saya dapat tahu dari saudara, bahawa keluarga suami mmg tak suka pilihan suami sbb diorang dah ada pilihan untuk anak diorang. Tapi suami berkeras nak berkahwin juga dgn saya. Dalam tempoh persiapan perkahwinan itulah, mcm –mcm diorang buat supaya kenduri tak jadi, kami tak jadi kahwin. Tapi diorang gagal. Kami berjaya kahwin. Namun langit tak selalu cerah. Diorang teruskan usaha untuk memisahkan kami sehinggalah terjadi perceraian kami. Saya andaikan cara yg dilakukan adalah secara mistik.

Sekarang sudah 6 bulan saya menjanda, tapi hati saya masih sakit, kecewa dan tak boleh move on. Saya dilanda kemurungan dan patah semangat di atas perbuatan keluarga suami  yg tidak berhati perut. Saya tak sangka masih lagi wujud org org mcm ni dizaman sekarang. Saya juga berasa malu dan terbeban dgn gelaran janda berhias oleh mereka yg tahu kes saya ini.

Wahai pembaca yg budiman, sudi kiranya kongsikan saya nasihat dan pendapat supaya saya boleh melupakan kejadian ni untuk saya teruskan kehidupan mcm biasa. Hrp adalah yg dapat menaikkan semnagat saya semula.

Terima kasih

-janda tanpa rela--

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.