Digelar Janda Berhias Tanpa Rela
Hi Admin, Saya berusia 23 thn, dan telah digelar janda berhias. Ya,
ada juga yg mengggelar saya janda meletop, janda top. Semunya tanpa kerelaan
saya. Alkisahnya bermula, saya bekerja di kaunter hdpan sebuah restoran fast
food. Jadi di situasi di sini saya berhadapan dengan pelbagai ragam customer.
Sehingga pada satu hari ni, ada sorang pemuda dtg membeli , semasa nak membayar
tu, dia meletakkan sekeping nota mengatakan ingin berkenalan dengan saya. Gerak
hati saya mengatakan ok je…jadi saya pun ok jelah.
Selepas itu, kami sentiasa berhubungan melalui telefon dan
berjumpa mcm pasangan-pasangan lain. Setiap kali nak keluar, dia akan datang
menjemput saya dirumah berjumpa minta izin dgn mak ayah dulu. Kiranya mak ayah
saya merestui hubungan kami. Sebulan berlangsung hubungan kami, dia meluahkan
hasrat untuk berkahwin dengan saya. Katanya, dia taknaklah asyik keluar tanpa
ada ikatan yg sah utk elak fitnah. Saya OK.
Untuk meneruskan hasrat ini, dia membawa saya berjumpa
ibubapanya serta saudaranya buat pertama kali. Perjumpaan kami, biasa je. Mcm
tiada apa-apa yg berlaku. Borak sembang mcm biasa, tapi mcm hambar. Mgkin baru
pertama kali jumpa saya anggap itu biasalah. Nak kata tak setuju, tak juga. Nak
kata setuju pun tak juga. Itulah last saya jumpa keluarga dia , kemudian si dia
tiba-tiba senyap selama 2 minggu. Saya call tanya knp, die kata takde apa-apa.
Saya tak tahulah apa yg terjadi dalam masa 2 minggu tu.
Tiba-tiba, dlm minggu ke-3, dia call saya dan keluarga kata
, mereka akan meneruskan hasrat untuk mengambil saya sbg isterinya. Dalam
tempoh 6 bulan tu juga kami sibuk
menyiapkan persiapan bertunang dan untuk kenduri kahwin. Dalam tempoh ni juga ,
saya cuba mendekati keluarga si dia, namun respons agak hambar. Saya meluahkan
kepada si dia, tapi die sentiasa memberi semangat kepada saya, dan semuanya
akan settle seperti sediakala. Saya tak tahulah apa yg dimaksudkan. Ada apa-apa
yg terjadi dlm tempoh persiapan perkahwinan kami, saya pun tak pasti.
Tiba hari perkahwinan, kenduri kami berjalan lancar
alhamdulillah. Memandangkan saya masih belum mendapat kerja tetap , saya
tinggal bersama keluarga mertua bersama suami. Di sana saya seperti halimunan,
diorang buat mcm nampak tak nampak je kewujudan saya disitu. Kami takde
bergaduh , menjerit , mendera, membuli dari segi fizikal. Cuma saya dilayan
secara hambar seolah-olah saya ada buat kesalahan besar.
Minggu pertama kami, sepatutnya menjadi minggu yg paling
bahagia sbg pengantin baru, tapi saya tengok suami saya semakin berserabut,
serabai mcm org tak terurus. Pening memikirkan sesuatu, entahlah. Bila saya
tanya, die senyap je. Dan kami tak nampak mcm spt pengantin baru pun, bila
berjumpa je selalu rasa gelisah dan panas je. Saya sedih , buntu dan keliru. Saya bersabar.
Genap sebulan kami berkahwin, satu hari suami saya menarik
tangan saya masuk ke bilik. Tanpa bertanya, berbincang dan usul periksa, saya
telah diceraikan dengan talak satu. Bayangkan perasaan saya pd masa tu.
Terpinga, terkejut, nak menangis rasa tersangkut, gelap rasa pandangan pada
masa tu. Saya tak tahu nak buat apa. Saya diceraikan tanpa alasan yg saya tak ketahui.
Sebulan saya berkahwin, tiada satu hari pun saya berasa nikmat kehidupan saya
sbg suami isteri. Saya didera perasaan dan emosi. Tanpa sempat bersama suami
dan menjalankan tanggungjawab isteri , saya diikat dan dilepaskan sebegitu sahaja.
Saya bertanya keluarga suami, tapi mereka berdiam seribu
bahasa. Suami pula mcm ada- tak ada. Jadi saya ambil keputusan utk pulang
kerumah dan menceritakan semuanya pada keluarga. Mak ayah ada bawa saya pergi
berubat, tapi saya serahkan semua pada Allah.
Dalam tempoh ni , akhirnya saya dapat tahu dari saudara,
bahawa keluarga suami mmg tak suka pilihan suami sbb diorang dah ada pilihan
untuk anak diorang. Tapi suami berkeras nak berkahwin juga dgn saya. Dalam
tempoh persiapan perkahwinan itulah, mcm –mcm diorang buat supaya kenduri tak
jadi, kami tak jadi kahwin. Tapi diorang gagal. Kami berjaya kahwin. Namun
langit tak selalu cerah. Diorang teruskan usaha untuk memisahkan kami
sehinggalah terjadi perceraian kami. Saya andaikan cara yg dilakukan adalah
secara mistik.
Sekarang sudah 6 bulan saya menjanda, tapi hati saya masih
sakit, kecewa dan tak boleh move on. Saya dilanda kemurungan dan patah semangat
di atas perbuatan keluarga suami yg tidak
berhati perut. Saya tak sangka masih lagi wujud org org mcm ni dizaman sekarang.
Saya juga berasa malu dan terbeban dgn gelaran janda berhias oleh mereka yg
tahu kes saya ini.
Wahai pembaca yg budiman, sudi kiranya kongsikan saya
nasihat dan pendapat supaya saya boleh melupakan kejadian ni untuk saya
teruskan kehidupan mcm biasa. Hrp adalah yg dapat menaikkan semnagat saya
semula.
Terima kasih
-janda tanpa rela--
No comments
Post a Comment