Ketagihan Internet Sangat Bahaya, Perhatikan Apabila Ada Tanda-Tanda Ini ...
24 Dec 2021
Pengunaan media sosial di internet masakini semakin trending di seluruh dunia. Kita sedia maklum, internet merupakan platform penyebaran maklumat yang sangat penting
pada masa ini. Kita dapat lihat ramai menggunakan instagram, facebook, tiktok, telegram, whatsapp dan macam-macam lagi medium bagi menyalurkan dan berkongsi maklumat. Tapi tahukah anda terdapat segelintir kelompok yang menyalahgunakan kemudahan internet untuk melakukan perkara-perkara tidak baik. Disebabkan segala maklumat boleh dicapai dengan hujung jari sahaja, ramai orang terdedah kepada internet dalam jangka masa yang
panjang dan berterusan, dan ini boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami
ketagihan internet.
Simpton-Simpton Anda Mengalami Ketagihan Internet
Antara tanda-tanda paling ketara apabila anda sudah ketagihan internet ialah kualiti tidur anda telah terganggu. Tidur tidak cukup, tak sempurna kerana melayari internet akan menyebabkan tubuh terasa lenguh dan lemah ketika bangun pagi. Mata dan kepala juga terasa berat. Namun, apabila bangun, berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk, lemah-lemah dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba.. haha, betul tak? ekeke
Sedar atau tidak, ia adalah gejala ketagihan. Ketagihan Internet.
Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih internet yang
dipetik daripada Facebook.
1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.
2. Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh
tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan
basuh selepas guna.
3. Mengutamakan keseronokan Internet berbanding bergembira dengan
kawan-kawan. “Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan,
pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau
online?” Jawabnya, “Online.”
4. Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace,
Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200
followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda
popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!
5. Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet
anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka
sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda!
6. Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda
kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah
penyebabnya!
7. Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel
yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok
jam, “Ah! Aku dah lewat!”
8. Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan
komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk.
“Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi,
nak tengok wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!”
9. Bila orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?”
Anda jawab, “Ada la..” Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di
Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda
lakukan. “Kutuk Internet bererti kutuk aku!”
10. Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.”
11. Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. “Bila
la aku boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi.
Line tengah terputus sekarang ni.”
12. Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).
13. Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online.
Anda pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang
mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi
isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.
14. Tidur terganggu kerana online.
15. Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.
16. Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”
17. Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
18. Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa.
19. Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. “Buat
apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan
Google Earth?”
20. Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan
perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer.
“Bosaaaaan… [Internet yang terputus tiba-tiba tersambung kembali]”
Jika anda ada mengalami simptom- simpton seperti di atas, memang sah
anda sudah dijangkiti ketagihan internet.. haha, jadi cubalah mengawal
penggunaan internet sedikit demi sedikit agar tidak terus menerus
ketagih dengan internet..
Kredit : penabicara
