Tips Dan Cara Nak Minta Kawan Bayar Hutang
Bukan senang ye untuk menuntut atau kutip hutang
dari kawan yang jenis buat-buat tak faham atau buat-buat lupa. Suka
atau tidak, pasti kita pernah berada dalam situasi bersalah nak mintak hutang
kita balik. Padahal , tu wang yang kita pinjamkan untuk mereka. Bukan apa,
sebab ada sesetengah orang tu jenis yang liat nak bayar walaupun kita dah minta
berkali-kali...yalahkan janji sebelum pinjam memang manis, lepas itu terus
senyap.
Mungkin betul juga , anda tidak sampai hati nak minta kawan membayar hutang secara berterus-terang ataupun berkias-kias. Tapi takpe, di sini Admin kongsikan beberapa cara yang kreatif daripada blog TheOtherKhairul yang boleh cuba digunakan untuk meminta kawan-kawan anda membayar hutang.
Manalah tahu diorang akan bayar
balik selepas anda gunakan cara ini! Good Luck !
-Admin-
Assalamualaikum
Hello BFF dan GFF sekalian.
Kawan baik. Well, good to know yang korang ada ramai kawan baik.
Okay now, siapa yang ada kawan baik tapi kawan baik tu dah bertukar jadi your
worse enemy ever, sila angkat tangan. Yeah, I can see that ramai betul BFF dan
bertukar kepada musuh utama yang tahu semua rahsia.
Well, antara masalah yang kadang kala berlaku adalah bila kita dah
rapat dengan someone, someone tu datang kepada kita untuk meminjam sedikit
duit. Kita pulak kalau tak bagi mula lah rasa bersalah. Actually, kalau duit tu
cukup, nak kasi pinjam tu tak der hal. Masalahnya, adalah bayar balik.
Well, korang
ingat senang ke nak mintak balik hutang yang kawan baik pinjam? Susah beb.
Andaikata korang nampak BFF korang tu dari jauh. Korang pandang dia
tajam-tajam. Then slow-slow korang gerak ke arah dia then approad dia dengan
ayat.
"Haiii :). Hutang
aku bila nak bayar?"
Kalau korang perasan, even korang buat muka baik macam mana pun,
korang pasti akan nampak amat jahat bila masuk bab nak mintak bayar hutang kan?
Tak percaya try ah. Well, aku pun tak tahu kenapa tapi serious apa-apa yang
berkaitan dengan hutang akan merosakkan suasana. Dan itu akan membawa kita ke
situasi seterusnya which is situasi kekok antara korang dan your BFF.
Kekok? What kekok?
Untuk pengetahuan korang, situasi kekok tu akan menjadi teruk
kalau kawan-kawan baik korang tu tak ada duit atau tak nak bayar hutang. Tu
belum kira lagi kalau korang perlu keluarkan kenyataan-kenyataan yang
menyedihkan tentang kenapa korang pelukan duit sangat-sangat pada masa tu and
then selepas mengeluarkan hujah-hujah sedih, boleh pulak dia kasi respond
dengan;
"Alaaa, nanti
aku bayar la. Macam la aku tak der duit" (Obviously tak nak bayar)
"Minggu depan
boleh tak? Minggu ni aku tak der duit ah."
"Kau ni asyik
nak mintak hutang je. Kan aku dah kata nanti aku ada duit aku bayar la."
Bila benda
seperti di atas berlaku, confirm korang dah rasa segan dan malu nak mintak
again kan? Lebih-lebih lagi bila kawan kita tu tak nak bayar sebab dia takut
dia tak cukup duit untuk makan. So, ini
adalah apa yang korang patut buat untuk meminta balik hutang kat kawan or
kenalan korang tanpa mewujudkan situasi yang kekok dan pada masa yang sama, tak
akan putuskan persahabatan korang.
Do it in a flash.
Korang pakai baju smart-smart. Galas beg di bahu dan bersedia.
Bila korang nampak je si peminjam duit tu di depan mata, korang terus berjalan
laju menuju ke arah dia seolah-olah korang dah lambat nak ke kelas. Dengan
rentak perjalanan yang pantas dan tanpa berhenti, korang terus cakap;
"Weh, minggu ni
aku macam tak ada duit lah. Esok kau bayar hutang aku ye?".
Then terus blah. Tak perlu tunggu dia respon. Why? Sebab apa yang
dia perlukan adalah notification tentang hutangnya. Dan masa yang kita bagi
adalah 24 jam. Itu adalah rasional. Bila buat cara flash macam ni, dia dah macam tak ada alasan nak
bagi sebab ianya seolah-olah perjanjian telah termeterai dia dia kena bayar
hutangnya pada keesokkan harinya.
SMS berbentuk arahan.
Antara cara yang paling senang untuk ask your best friend to pay
back whatever dieorang borrow adalah dengan menghantar satu SMS yang amat
simple. Contohnya;
"Salam. Hari
Rabu ni kau bayar hutang aku ya. Aku dah tak ada duit nak makan. Nanti aku
datang bilik kau ambil duit."
Kelebihan SMS adalah 'ruang untuk berfikir'. Ya, pada masa ni, si
peminjam biasanya akan ambil masa yang lama untuk reply mesej korang. Dan SMS
juga tak akan membuatkan situasi kekok berlaku. Damn i hate situasi kekok. Tapi
kalau dia tu lelaki dan jenis hati kering, dia mungkin akan reply dengan ayat
"Tak ada duit". Well kalau ini berlaku, korang boleh guna next step.
Lepak-lepak dengan si peminjam
duit.
Korang cuba la cari masa-masa yang sesuai untuk duduk-duduk dengan
si peminjam duit. Duduk sambil makan dan tengok TV misalnya. Then masa tengah
layan TV tu, korang buat la ayat macam ;
"Aku ingat nak
beli buku Bio macam kat TV tu lah. Tapi tak ada duit doe. Classmate / roomate
aku pinjam duit tapi tak reti nak bayar balik."
Ya, korang buat-buat seolah-olah si peminjam duit tu tak berhutang
dengan korang. Then korang tibai ah macam;
"Benci betul
lah aku dengan classmate aku tu. Pinjam pandai, tapi nak bayar haram jadah.
Pastu mengaku kawan. Tak guna."
Then selepas dah
puas kutuk, korang keluarkan ayat maut
"Eh, baru aku ingat, bukan ke kau pun ada pinjam duit aku
ke dulu?"
Nailed it! Sumpah dia terasa. Dia terasa tetapi aku bet yang tak
akan berlaku sebarang pergaduhan. Dan cara ni mungkin hanya berfungsi kat
lelaki since lelaki tak sensitif sangat. Kalau korang perempuan dan korang guna
cara ni kat perempuan yang sensitif, rasanya sure dia akan baling pinggan tu
kat korang sambil putus kawan.
Suruh
dia bayar hutang anda tanpa dia sedari.
Cara lain yang mudah untuk dapatkan duit hutang korang adalah
dengan membuatkan si peminjam duit tu membayarnya tanpa dia sedar. Contohnya
macam
"Weh, pinjam
Rm50 kau jap, aku nak repair tayar kereta aku lah".
Then
keesokannya bila dia mintak duit, korang kata lah ;
"Oh, duit kau
tu kira tolak hutang aku la. Kau kan hutang aku RM50 hari tu."
Yeah, cara ni damn ohsem lebih-lebih lagi kalau digunakan pada
hari dia dapat gaji / loan PTPTN or MARA. Dan please guna cara ni HANYA jika si
peminjam tu TAK NAK bayar hutang korang. Aku perasan most of the peminjam bukan
tak mampu tetapi tak nak bayar hutang. Ya, kalau dia tak nak bayar, boleh guna
cara yang agak kejam ni. Tapi kalau dia betul-betul tak ada duit, cara ni
amat-amat tak di galakkan.
Well, bila si
peminjam duit tu tak mampu nak bayar, kita jangan lah paksa sangat. For the
win-win situation, kita bleh guna cara lain which is offer bayaran balik secara
ansuran. Korang mungkin boleh suruh dia bayar RM10 seminggu or atau Rm30
sebulan, janji bayar. Tak pun, korang boleh suruh dia tanggung korang punya
lunch. Yeah, itu pretty nice. Dia pun sure tak akan rasa terbeban untuk bayar
balik.
Actually, aku rasa as long korang ada duit lebih, memang tak ada
hal lah kan nak kasi orang lain pinjam duit. But then agak tak boleh blah lah
bila dieorang dah ada duit, tapi still tak nak bayar. Dan, lagi-lagi tak boleh
blah kalau si peminjam duit tu guna kan duit yang kita pinjamkan semata-mata
untuk enjoy / beli rokok sedangkan kita yang nak isi perut sendiri ni pun
sebenarnya berkira nak makan.
Apa pun, kalau korang kaya dan tak rasa perlukan duit, kira
langsai je la hutang tu. Jadikan hutang tu sebagai sedekah. Ingat, the more you
give, the more you get. Pengalaman aku, semakin banyak orang pinjam duit aku,
semakin perlahan lah flow duit aku. Aku makan itu ini sampai perut membulat
tapi duit rasa macam tak luak pun. Padahal masa tak ada orang hutang tak beli
apa-apa tapi duit bergerak macam air.
Dan yang
terakhir, meminjam duit dari kawan adalah satu "Friendship Killer".
So, try your best untuk tak pinjam duit yang bukan je dari kawan, tapi jugak
dari siapa-siapa je.
Kredit : TheOtherKhairul
No comments
Post a Comment