Di Telan Mati Emak, Di Luah Mati Bapak
23 Aug 2016
Hi Admin, Alkisahnya macam ni. Saya anak ke-5 drp 8 beradik. Keluarga saya , senang paham , mak ayah drp asal usul memang orang susah. Jadi kami ber-8 ni, cukup pakai makan dan sekolah. Mak ayah buat macam-macam kerja untuk menampung kehidupan kami sejak kami kecil. Sekarang kami semua dah dewasa. Dalam 8 beradik ni, hanya saya sorang yang berjaya hingga mendapat degree. yang lain-lain sangkut sampai spm.
Jadi paham-pahamlah bila berkerja tu, ada beza sikitlah gaji degree dengan gaji SPM kan. Tapi apa kan daya gaji degree di KL , cukup cukup makan je. Miskin bandar org kata. Apapun alhamdulillah saya sentiasa tak lupa bagi wang setiap bulan pada mak ayah.
Saya lihat mak ayah saya gembira , bila lihat saya ni seolah-olah bekerja macam gaji besar. Maklumlah orang kampung, mereka assume ada degree ni gajinya mestilah besar. Masa awal awal saya bekerja, setahun pertama tu, mak ayah saya excited nak beli rumah sendiri. Masa ni ayah masih kerja kerajaan duduk flat kerajaan. jadi hajat dihati nak beli rumah sendiri. Tapi pinjaman tak layak sbb usia dan gaji tak layak untuk buat housing loan. Orang bank tu pun pergilah cerita kat ayah saya, yang die boleh buat perjanjian bersama anak supaya boleh lulus loan tersebut.
Ayah saya pun menyuarakan hasrat kepada saya. Siapa lagi, kalau bukan saya. Kononnya saya antara yang berjaya berbanding adik-beradik yg lain. Ayah saya cakap bulanan pinjaman tu nanti dia yang akan bayar , cuma pinjam nama saya untuk lulus permohonan sahaja. Jadi saya setujulah, asalkan mak ayah gembira. 5 tahun pertama ok. Tahun kemudian bank kerap telefon saya, kata dah lama tak bayar ansuran bulanan. Dah ada tunggakan beberapa bulan.
Dan yang paling mengejutkan, saya ada terima dua lagi panggilan dari bank berbeza, mengatakan dah lama tak bayar ansuran bulanan untuk personal loan dan loan kereta . Nama saya ada tercatat di dalam dokumen sebagai penjamin. Jadi, bila peminjam tak dapat bayar, bank akan cari penjamin. Saya tak pernah sign apa apa dokumen pun untuk bersetuju jadi penjamin. Lepas saya siasat sendiri rupanya, kakak dan abg saya ada apply loan, dan jadikan saya penjamin tanpa pengetahuan saya. Tandatangan saya ditiru atas dokumen tu supaya mereka lulus permohonan tersebut.
Saya jadi tertekan dan stress, sekarang ni 3 bank kejar saya , satu loan rumah ayah, satu personal loan abg, dan satu lagi loan kereta kakak. Untuk loan rumah ayah, bolehlah saya bayarkan sikit sikit, saya anggap je ni sebagai menolong membalas jasa mak ayah. Walaupun amaunnya byk, saya cuba bayarkan juga, namun ada juga gap, sebab saya pun nak pakai duit juga.
Sekarang ni loan kereta dgn personal loan, jujur saya tak mampu bayarkan. Duit baki bulanan cukup-cukup utk makan hidup di KL. Saya dah pergi ke bank tersebut, mengatakan saya tak pernah sign setuju pun utk jadi penjamin, macam mana boleh lepas. Pegawai bank tersebut kata, diorang perlu buat siasatan lanjut atas laporan saya tapi dengan syarat saya kena buat laporan polis.
Jadi saya buntu, kalau saya buat laporan polis, apa akan jadi kepada abg dan kakak saya kerana bersama-sama menipu dalam hal ni. Sanggup ke saya? Dah lah diorang ni orang susah. Nanti bertambah susah. Kalau saya tak buat laporan polis, kes ni jadi macam tergantung macam tu je. Sampai sekarang nama saya dah pun di blacklist dalam ccriss.
Saya bincang dgn ayah, kakak dan abg saya apa perlu buat. Diorang hanya bagi jawapan bahawa diorang memang tak boleh bayar kerana tengah sesak kewangan. Kerja gaji kecik. Saya selalu murung dan sedih memikirkan nasib diorang. Sebenarnya saya kasihan dengan keluarga saya dari dulu sampai sekarang, hidup kais pagi makan pagi. Ayah pun dah pencen, tak cukup wang nak bayar. Saya selalu berdoa, kalaulah saya kaya dan ada banyak wang, saya akan tolong diorang semampu saya.
Cuma yang menjadi tekanan buat saya, mcm mana nak settlekan loan-loan diorang ni. Nak bayarkan semua, memang tak mampulah. Nak push diorang suruh bayar pun, memang saya tahu diorang tak boleh nak bayar. Nama dah blacklist. Tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ni. Perasaan saya buntu, sedih , kecewa, keliru, kasihan...semua ada. Sampai tak boleh tidur malam memikirkan masalah ni.
Kawan-kawan yang ada pengalaman, mohon kongsikan pendapat di sini. TQ
-Umar-