10 Tanda Wanita Pisau Cukur
20 Jul 2018
1. Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.
2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan
bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi
lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.
3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang
memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia
tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat
semua itu hanya berlakon semata-mata
4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.
5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya
mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri.
Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh
diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.
6. mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi
kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si
dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja.
tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.
7. tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan
perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin
asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.
8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang
sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak
manfaat padanya contohnya bershopping.
9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah
berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari
mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka
mengelak.
10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa
manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki
tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi
alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk di bidas.