Ada Sebab Mengapa Bahaya Tidur Dengan Lampu Menyala, Jangan Pandang Remeh !
27 Dec 2021
Sudah berapa kali anda tidur dengan
lampu terbuka, ataupun tertidur semasa menonton TV lewat malam, tidak
pun menggunakan komputer sebelum tidur?
Salah
satu faktor untuk mendapat tidur yang berkualiti dan mengekalkan
biological clock anda adalah dengan tidur dalam tempat/keadaan yang
gelap. Sekiranya anda terlalu banyak terdedah kepada cahaya semasa tidur, ia adalah amalan yang tidak sihat.
Terdedah
kepada cahaya akan meransang saraf di mata ke otak yang mengawal
hormon, suhu badan dan beberapa fungsi yang lain – ia memberikan kesan
kepada bagaimana badan kita akan rehat dan bekerja.
Terlalu
banyak cahaya, sebelum kita masuk tidur boleh mengganggu kualiti tidur
anda. Bahkan, berdasarkan satu kajian, mendapati bahawa terlalu banyak
terdedah kepada kitaran cahaya boleh menjejaskan kesihatan, termasuklah
meningkatkan risiko kemurungan.
Pada siang hari, dapatkan cahaya yang mencukupi. Pada malam harinya pula, kurangkan pendedahan anda kepada cahaya. Buat
rutin untuk tidur, agar dapat kurangkan terlelap di hadapan TV atau
lupa untuk matikan lampu. Sebaiknya, anda berhenti daripada menggunakan
sebarang peralatan elektronik seperti komputer, laptop, smartphone,
tablet dan sebagainya 30-60 minit sebelum masuk tidur.
Peralatan elektronik tersebut mengeluarkan cahaya yang boleh mengganggu kualiti tidur kita. Dapatkan
tidur yang berkualiti sangat penting untuk semua orang, terutama
kanak-kanak, kerana ia memberikan impak yang nyata kepada proses
pembesaran mereka.
Kenapa Tidak Boleh Tidur Dengan Lampu Terbuka? Perlu Tidur Dalam Gelap?
Bilik
tidur zaman sekarang dipenuhi dengan lampu, agar ia kelihatan lebih
cantik dan menawan. Apa yang tak kena dengan perkara ini adalah
pendedahan kepada cahaya berlebihan (terutama semasa tidur) boleh
menyebabkan kepada beberapa masalah kesihatan.
Untuk memahami pendedahan kronik cahaya (chronic exposure) pada waktu malam adalah tidak sihat, kita perlu lihat bagaimana manusia tidur sebelum datangnya teknologi lampu/elektronik.
Manusia
sebelum ini terdedah kepada dua jenis cahaya sahaja – cahaya matahari
pada waktu pagi dan siang. Manakala cahaya bulan dan api pada waktu
malam. Dua jenis cahaya ini sahaja yang memainkan peranan untuk
menstabilkan circadian rhythmicity.
Zaman
sekarang, kita sudah ada artificial lightning at night (LAN), LED,
AMOLED dan sebagainya – ia sangat berbeza dengan 2 jenis cahaya yang
disebut tadi.
Sila lihat video dibawah, ia sangat membantu anda untuk faham akan masalah tidur dengan lampu terbuka ini:
Tutup Lampu Sebelum Tidur
Kajian
mendapati bahawa tidur dengan lampu terbuka boleh mengurangkan kadar
melatonin anda kepada 90 minit, berbanding anda tidur dalam gelap. Apa
yang lagi teruk adalah penggunaan peralatan elektronik sebelum masuk
tidur.
Kebanyakan peralatan
elektronik seperti smartphone, tablet dan komputer menggunakan
light-emitting-diode (LED) – jenis cahaya yang boleh mengatasi
melatonin. Hal ini kerana melanopson – satu photopigment yang terdapat
di dalam sel retina mata memainkan peranan kepada circadian rhythmicity –
ia sangat sensitif kepada cahaya biru.
Kajian
mendapati bahawa cahaya dari skrin komputer (terutama pada waktu malam)
boleh mengurangkan kadar melatonin para pelajar. Pada masa yang sama,
skrin tablet juga boleh mengatasi melatonin, lantas mengganggu anda
tidur.
Kaitan Cahaya dan Kanser?
Yang
paling sedih adalah apabila gangguan tidur berlaku, ia boleh membawa
kepada sesetengah kanser (jangan risau, ini kes paling berat). Namun, ia
masih dalam peringkat kajian, kerana para pengkaji tidak mengetahui
sebab utama, cuma mereka tahu tidur dengan lampu terbuka dan kanser ada
perkaitannya.
Sebagai contoh, kajian
yang dijalankan selama 10 tahun ke atas 1670 wanita yang terdedah kepada
cahaya lampu sepanjang waktu mereka tidur mendapati bahawa mempunyai
22% risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara –
berbanding dengan yang tidur dalam gelap.
Para pengkaji menanggap bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh gangguan hormon dan melatonin.
Perkara
ini akan menjejaskan orang yang bekerja shift malam. Dalam kajian
terkawal, mendapati bahawa jururawat yang bekerja pada shift malam
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara
berbanding dengan jururawat yang hanya bekerja pada waktu pejabat.
Lampu Biru, Kemurungan dan Imun
Terdedah
kepada cahaya biru berlebihan terutama semasa tidur telah menyebabkan
kemurungan ke atas tikus makmal – perubahan sikap yang ketara adalah
mereka tidak lagi suka minum air gula sepertimana mereka suka dahulu.
Terdedah
kepada cahaya semasa tidur juga boleh mengganggu sistem imun manusia.
Biasanya orang yang tidur denga lampu terbuka akan senang rasa pening,
loya dan muntah berbanding dengan orang yang tidur dalam gelap.
Hal
ini kerana badan kita sebenarnya perlu keadaan yang gelap untuk
mendapatkan rehat yang sepenuhnya. Sekiranya kita tidur dengan lampu
terbuka, maka kita sudah mengganggu bagaimana badan kita sepatutnya
berfungsi.
Lantas, mengganggu sistem imun daripada berfungsi dengan baik.
Ia Boleh Menyebabkan Penuaan Awal
Melatonin
mempunyai kandungan antioksida, yang mana memainkan peranan yang
penting dalam anti-penuaan. Kajian sudah konklusikan bahwa sekiranya
kadar melatonin dalam badan kita terganggu, maka ia boleh menyebabkan
kita kelihatan lebih tua – tidak awet muda lagi dah.
Ia Boleh Menyebabkan Masalah Berat Badan
Cahaya
pada waktu malam juga boleh membawa kepada kenaikan berat badan, kerana
ia akan mengubah jadual waktu makan anda. Tikus makmal yang terdedah
kepada LAN, mengalami kenaikan berat badan – walaupun bersenam dan makan
makanan yang sama dengan tikus makmal yang lain.
Kesimpulan
Secara
ringkas, artikel ini menyarankan kita semua agar menutup semua lampu
dan berhenti daripada terdedah kepada peralatan elektronik sebelum
tidur.
Hal ini kerana tidur dengan
lampu terbuka bukan sahaja boleh menjejaskan kitaran tidur kita, bahkan
boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan pada masa hadapan.
Harap
artikel ini membantu anda, sila kongsikan artikel ini kepada orang lain
di media sosial, kerana masih ramai orang yang tidak peduli akan
perkara remeh temeh ini.
Sekian~
