Pertama Kali Nak Derma Darah ? Haaaaa..Elok Sangat Baca Ni !
3 Jan 2022
Haaa...kalau korang nak jadi hero , jom kita menderma darah. Tak perlu susah-susah nak berlawan dengan gengster, menderma darah lagi dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa yang memerlukan. Kalau korang tak pernah menderma darah, jangan risau , banyak tips-tips yang dikongsikan di internet sebagai persediaan awal. Tak perlu takut, tak perlu risau.
Cuma ingat, niat kita nak menderma darah tu sebagai satu perjuangan untuk menyelamatkan nyawa. Haaa...bukan peperangan je tau di anggap satu perjuangan, tapi menjadi sebagai penderma darah ni pun dah di anggap HERO di mata masyarakat. Siapa lagi kalau bukan kita yang dapat bantu sesama kita. Besar nilai setitik darah bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan di waktu yang kritikal. Oh yaa, admin dah derma sebanyak 3 kali.
Jom ! Kita ikuti perkongsian tips yang sangat bagus ni.
-Admin-
First time menderma darah memang macam-macam persoalan yang akan timbul dalam fikiran. Apatah lagi berhadapan dengan jarum yang tidak kurang besar saiznya. Jika anda seorang yang sangat sensitive (phobia) dengan injection, lupakan saja niat untuk menderma darah kerana jarum yang digunakan memanglah teramat besar saiznya. Tapi bagi saya, semua itu adalah perkara biasa, mungkin disebabkan terlalu excited menderma darah buat kali pertamanya.
Sebelum saya bergelar Penderma Darah, saya pernah juga
melihat beberapa rakan saya yang menyertai program menderma darah yang diadakan
setiap 6 bulan dikolej. Sudah berkali-kali juga mereka mengajak saya untuk
menyertai program itu, tapi memikirkan berat badan saya yang tidak pernah pun
mencecah 45kg ke atas dan juga tekanan darah yang sentiasa rendah, saya rasa
kelayakan saya untuk menderma darah memang tidak masuk punya…n_n.
Saya jealous
juga tengok kawan-kawan saya ni derma darah. Saya berusahalah juga menaikkan berat
badan saya, tapi still below 45kg.
Untuk seketika, saya lupakan saja hasrat saya untuk menderma darah, sebab memang
tidak layak pun.
Setelah sekian lama melupakan hasrat untuk menderma
darah, keinginan itu muncul kembali selepas berjumpa dengan rakan-rakan yang
memang penderma darah tegar. Pengaruh rakan itu memang kuat. Believe or not, it’s happen to me. Sehari
sebelum menderma darah, saya berehat secukup-cukupnya dengan harapan keesokan
harinya apa yang diimpikan akan termakbul.
Satu jam sebelum menduduki ujian
kelulusan untuk menderma darah, saya struggle
untuk makan sepuas-puasnya dengan harapan berat badan saya mencecah 45kg, dan
juga melakukan sedikit senaman agar tekanan darah saya meningkat ke tahap yang
dikehendaki.
Haha...Syukur, semuanya available dan saya sign borang persetujuan untuk menderma darah. U_U *_*.
Excited…excited ,memang excited
masuk bilik tabung darah. Staff yang bertugas menyuruh saya berehat
sebelum pendermaan darah dilakukan. Pastikan rehat yang cukup, takut
nanti pengsan pula time derma darah ni. 10 minit berehat, procedure pun
dimulakan. First, ubat pelali/ tahan sakit/ Local Anesthesia disuntik dibawah lapisan kulit / subcutaneous untuk
memastikan jarum yang akan dimasukkan kemudian kedalam saluran darah
tidak akan terasa sakit sebab jarum yang biasa digunakan tu memang besar
punya lah. Suntik LA ni yang terasa sakit sedikit, lepas tu dah tak
rasa lagi even jarum yang besar dimasukkan.
Semuanya
berlaku dengan pantas, hanya mengambil masa 15minit untuk proses
pendermaan darah. Disitu disediakan juga makanan dan minuman untuk
disantap selepas pendermaan darah. Sebaik-baiknya, berehat selama
30minit selepas pendermaan darah untuk memastikan sistem peredaran darah
dalam badan stabil untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak
diingini berlaku.
Satu
unit darah yang anda dermakan dapat menyelamatkan nyawa:
1.
Mangsa Demam Denggi
2.
Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah
3. Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas
bersalin
4.
Bayi yang memerlukan pertukaran darah
5.
Pesakit Talasemia
6.
Pesakit Anemia
7.
Mangsa kebakaran
8.
Pesakit leukemia
9.
Pesakit Haemifilia
Kriteria/Kelayakan
untuk menjadi penderma darah
Anda layak untuk
menderma darah sekiranya:
1.
Mempunyai berat badan yang melebihi 45
kilogram
2. Tekanan darah yang normal 100/90-120/90.
3. Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun
(Sekiranya anda berumur 17 tahun, anda perlu dapat kebenaran bertulis daripada
ibubapa/penjaga)
4. Tidur yang melebihi 5 jam pada malam sebelum
hari pendermaan
5. Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat
besi) sekurang-kurangnya 12.5g%
6. Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik
kecuali diberi kebenaran oleh pegawai perubatan.
7. Tidak mengambil minuman beralkohol 24 jam
sebelum menderma darah
8. Tidak mengidap penyakit Tekanan Darah Tinggi,
Diabetis dan Sakit Jantung
9. Tidak mengidap Penyakit Talasemia, Haemofilia,
Hepatitis B atau C, Penyakit Kelamin, AIDS dan sebagainya.
Anda
DILARANG! menderma darah sekiranya anda tergolong dalam orang yang terlibat
dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut:
1. Hubungan seks dengan bertukar-tukar pasangan
atau menjalankan aktiviti seks rambang
2. Melanggani pekerja seks/pelacur
3. Hubungan sejenis (Homoseks)
4. Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina
(Biseksual)
5. Menyalahguna dadah secara suntikan
Kesan sampingan menderma darah
1.
Pening-pening untuk seketika.
2.
Letih dan muka yang pucat. (mungkin akan berlanjutan selama 2-3hari)
3.
Mengantuk.
4.
Selera makan yang meningkat.
5.
Berat badan meningkat.
Penjagaan
diri selepas menderma darah
1. Mendapatkan rehat yang secukupnya.
2.
Elakkan memandu.
3.
Elakkan bersenam atau melakukan kerja-kerja berat dalam masa 24jam selepas
menderma darah.
4.
Makan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein untuk memulihkan tenaga
dan juga menggalakkan penghasilan darah
yang baru.
5.
Elakkan makan makanan yang pedas dan asam dalam masa 24jam selepas menderma
darah.
6. Elakkan minum minuman beralcohol dalam masa 1 minggu selepas pendermaan darah.
7. Elakkan minum minuman berkarbonat dan berkafein seperti coca cola, pepsi, nescafe dll.
Notis!
Elakan mengambil makanan atau minuman yang tidak sesuai
dengan citarasa anda kerana hal ini akan mengakibatkan anda berasa loya, pening
dan pitam.
