Berpuasa Dibuktikan Dapat Mencegah Barah Oleh Saintis Jepun Yoshinori Ohsumi
Oktober 2016 yang lalu, seorang saintis daripada Jepun, Yoshinori Ohsumi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel Perubatan
yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3.9 juta. Anugerah tersohor
itu dianugerahkan kepada beliau atas penemuan beliau mengenai bagaimana
proses pemecahan oleh sel-sel badan berlaku dan mengitar semula
komponen-komponennya yang dikenali sebagai "autophagy".
Penemuan
itu yang dinamakan "mechanism for autophagy", adalah mengenai proses
asas dalam sel-sel yang mana para saintis mempercayai bahawa boleh
dimanfaatkan untuk melawan barah dan dementia.
Autophagy
berasal dari perkataan Greek iaitu auto (sendiri) dan juga phagein
(memakan), yang membawa maksud memakan diri sendiri. Ia adalah satu
proses pengitaran semula sel dalam badan. Sel-sel di dalam badan kita
sememangnya telah diprogramkan mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah
sel-sel ini rosak dan menjadi tua di mana tiada lagi tenaga untuk
mengekalkan fungsinya, ia perlu dibuang dari badan.
Bagaimana barah boleh berlaku?
Barah
boleh terjadi sekiranya sel-sel lama tidak mati. Bagaimana? Jika
sel-sel yang telah lama dan tua tidak mati dan tidak digantikan dengan
sel-sel baru, sel-sel lama ini akan terus berkembang dan bertambah. Ia
akan menghasilkan sel-sel yang tidak normal yang tidak melakukan fungsi
asal mereka. Lebih buruk lagi, sel-sel ini akan berkembang tanpa henti
seterusnya mengganggu fungsi sel-sel lain di sekitar mereka. Perkara ini
akan merangsang mutasi sel dan akan memberikan kesan buruk kepada
sistem organ.
Apabila sel-sel ini termutasi dan berkembang diluar kawalan, ia akan membentuk satu tisu yang besar yang dikenali sebagai tumor atau ketumbuhan
(sebagai contoh leukemia). Ini lah merupakan titik permulaan terjadinya
barah, yang dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu karsinoma,
sarkoma, leukemia, limfoma dan CNS, bergantung kepada di kawasan di mana
terjadinya pertumbuhan sel-sel tidak normal ini.
Autophagy vs Apoptosis
Terdapat
satu lagi proses yang sama seperti autophagy iaitu "apoptosis" yang
juga dikenali sebagai proses sel mati. Bunyi macam tidak enak, namun
untuk mengekalkan kesihatan yang baik, proses ini amat penting bagi
badan kita. Setelah beberapa kali melalui proses pembahagian, sel-sel
badan diprogramkan untuk mati. Jika proses apoptosis ini tidak berlaku,
ia juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya barah.
Sebagai
contoh mudah, jika anda mempunyai sebuah kereta, dan anda
menggunakannya untuk beberapa ketika. Setelah berlalunya masa, kereta
anda pasti akan mengalami kerosakan. Setelah berkali-kali diperbaiki,
akhirnya anda perlu menukar kepada kereta baru kerana kos-kos membaiki
akan menjadi semakin mahal jika kereta anda sudah berumur dan melalui
pelbagai kerosakan. Jika anda tidak membeli kereta baharu, pasti wang
anda akan melayang kerana dihabiskan untuk membaiki kereta.
Apa kaintan proses autophagy dan berpuasa?
Namun,
jika kereta anda rosak, anda tidak lah perlu membeli kereta baharu
serta-merta sebaliknya hanya menukarkan bahagian yang rosak, sebagai
contoh bateri. Ia juga sama kepada sel-sel ini. Daripada membunuh
kesemua sel (proses apoptosis), badan kita hanya perlu membunuh sel-sel yang lama dan rosak sahaja. Inilah yang dinamakan proses autophagy, di mana organel sub-selular dimusnahkan dan yang baru dibina semula untuk menggantikannya.
Pada
tahun 1962, proses autophagy ini dinyatakan apabila saintis menyedari
pertambahan jumlah lysosomes iaitu bahagian sel yang menghancurkan sel
lain) di dalam hati tikus setelah disebatikan dengan glucagon.
Kekurangan nutrisi dan zat adalah pengaktif utama proses autophagy. Apabila kita makan, insulin dalam badan akan meningkat, dan ini menyebabkan penurunan glucagon, dan apabila kita tidak makan (berpuasa)
maka insulin akan menurun dan glucagon akan meningkat. Peningkatan
glucagon inilah yang merangsang proses autophagy ini. Jadi, untuk
mengaktifkan proses autophagy, kita perlu berpuasa!
Berpuasa
bukan sahaja memberikan badan kita peluang untuk membuang "barang
lama", ia malah merangsang pertumbuhan hormon, yang memberitahu badan
kita supaya mula untuk menghasilkan "barang baru". Jadi dengan berpuasa
dapat membenarkan badan kita untuk menjalani pengubahsuaian yang
lengkap.
Islam mewajibkan puasa
Sebagai ringkasan, jika kita berpuasa, badan kita akan kekurangan nutrisi dan zat, ini akan merangsang proses autophagy. Apabila proses autophagy berlaku, ia akan menggantikan sel-sel yang lama dan jahat, kepada sel-sel yang baru dan baik. Ini sekaligus menjadikan badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik serta tidak terdedah kepada penyakit berbahaya.
Kerana itulah Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa sebulan di dalam setahun iaitu ketika tibanya bulan Ramadan. Bukan di bulan Ramadan sahaja, malah ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu. Dengan berpuasa, badan kita akan menjadi lebih sihat dan lebih terjaga daripada dijangkiti penyakit berbahaya seperti barah. Ini amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dan yang masih panjang. Jadi, berpuasa bukanlah untuk orang Islam sahaja, ia diperlukan oleh semua manusia di muka bumi ini.
Contoh mudah, setiap 3 bulan
atau 5000 kilometer (mengikut jenis kenderaan), kereta kita perlu
diservis bagi mengekalkan prestasinya. Sama seperti badan kita, ia juga
memerlukan "servis", iaitu dengan berpuasa.
Jika bagi anda yang
belum pernah mencuba berpuasa, dan baru mengetahui manfaat berpuasa,
cuba lah melatih diri anda untuk berpuasa. Lihat apa kesannya pada diri
anda.
Semoga bermanfaat.
Sumber :
1. Diet Doctor
2. The Guardian
Kredit : Iluminasi
No comments
Post a Comment