Selepas Kahwin, Ipar Dan Mertua Jangan Cuba Kacau Kehidupan Dan Ekonomi Rumahtangga
3 Jan 2018
Sebenarnya kisah yang saya nak post ni berkisar mengenai kisah keluarga saya. Bukan niat nak membuka pekung di dada tapi biar dijadikan iktibar buat semua.
Mak berkahwin dengan ayah atas dasar cinta. Namun keluarga bahagia
impian mak saya sentiasa diganggu oleh insan yang berstatus ipar dan
mertua. Dari baru kahwin sampai kini ada saja tohmahan dilemparkan
kepada mak saya. Mak saya seorang yang bekerjaya bagus. Berlatarkan
keluarga yang bagus. Mereka menganggap jika ayah saya kawen dgn mak jadi
gaji ayah boleh lah digunakan untuk menyara mereka sekeluarga (keluarga
ipar, anak sedara, mak ayahnya, adik beradik) dan ayah saya hidup
dengan saraan gaji mak saya.
Sedaaapp ja nak atur-rampas hak orang ssdangkan orang itu dah beranak
pinak. Ayah jenis pak turut keluarga. Apa mak ayah adik beradik dia nak
semua dia turutkan hingga suatu masa barang kemas saya, mak dan adik
sewaktu kecil pun dia gadaikan demi nak bagi duit kat adik beradik dia
kalau tak atuk sumpah tak masuk syurga!!! . Atuk dan nenek keduanya
berpencen dan wang bukanlah isu besar bagi mereka sebenarnya.
Mereka
juga berharta tapi tamak!!. Sedangkan makan minum hidup mati kami si
cucu ni tak pernah dia ambil tahu.waktu kami kecil sentuh salam kami pun
dorang tak nak. Macam tu ke atuk/nenek?? Berbalik pada isu gaji tadi..
Mak saya sampai satu tahap melawan idea bangang keluarga ayah.
Ye lah.. Kalau macam tu senang la.. Korang beranak pinak orang lain
yg menanggung.. Anak sendiri diabaikan. Mana boleh!! Ipar mak juga
bekerja dengan kerajaan tapi gaji selalu tak cukup. Mana tak cukup..
Orang beli itu dia pon nak, orang pergi berjalan dia pon nak p jugak,
hutang keliling pinggang.bila pencen buat rumah sebesar alam tapi tak
ada saving. Akhirnya sampai ke matilah hidup ditanggung..
Dia dok goyang
kaki dengan anak bini dia. Apa yg buat saya terkilan.. Sampai ke hari
ini dah 30tahun aku hidup mereka masih meminta duit dari ayah. Pelik.
Masalah duit yang tak pernah selesai.
Sedih Ya Allah. Mak kami nak minta RM2 dari ayah pun kena maki tau.
Kesian tgk mak. Kkdang berjurai air mata dia. Tapi tak pernah nak
burukkan ayah. Namun kami ni berotak dan tahu menilai. Sampai satu tahap
kami hilang rasa hormat pada keluarga ayah. Benci. Mertua mak pula tak
habis2 burukkan mak itu ini kat satu malaysia. Ye burukkan lah.. Allah
maha kaya, dorang rampas hak mak kami Allah kurniakan berganda rezeki
untuk mak. Dinaikkan pangkat dan darjat. Harta tak payah cakaplah..
Yang paling kelakar keluarga ayah cakap tu semua ayah yang punya..
Hahaha korang dah lupa ke bulan2 korang dok mintak duit tu agak2 orang
tua tu masih ada saving?? Tu ayah hidup.. Kalau ayah dah tak ada kami
boleh bayang drama nak menuntut harta ayah kami macam mana dari pihak
dorang. Sebagai anak kami dah fobia dengar perkataan sedara mara. Kami
cuma nak bersama dengan mak ayah kami ja tanpa gangguan sedara mara yang
gemar mengambil kesempatan.
Yang atuk nenek pula sewaktu kami kecik langsung tak mahu pandang
kami, sentuh kami bila dah besar kami pun masing2 dalam sektor
profesional negara mulalah drama “cucu atuk bagus…nanti jangan lupa bagi
duit kat atuk ye..” direct je cakap.. Wah kau.. Aku sebagai anak yg
pendam dah lama depan2 sedara mara ayah aku cakap “eh, dulu waktu kecik
atuk sentuh kami, pandang kami pun tak nak…duit raya pun xpnah bagi
sedangkan cucu2 lain diberi kami disisih kenapa pula sekarang kami nak
bagi duit kat atuk?” ayah senyap. Sedara mara membisu. Ada yang tak
berani angkat muka. Atuk berubah wajah namun tidak serik.
Samalah juga dengan anak sedara yang ayah duk tatangkan tu. Baju raya
kami disisih. Anak sedara diutamakan. Sekarang mana p dorang?? Keluar
masuk lokap! Tak habis menyusahkan. Anak sendiri pula jadi kebanggaan.
Mak hingga kini diganggu dengan tomahan keluarga ayah. Namun mak kini
lebih tough dari dulu. Tiada lagi air mata. Mak dah tawar hati.
Bila kami dah berkeluarga sendiri apa yg kami nak hanyalah masa
bersama keluarga kami. Mak xpernah nak ganggu anak2. Mak masih bekerja
ya. Makin murah rezeki. Kerja dalam dan luar negara ni biasa je bagi
dia. Tu pun puaka2 sebelah ayah masih berdengki sedangkan dorang yang
bengap tak reti2 nak majukan diri. Tapi mak dah tak heran.
Mak cuma
fokus pada anak2 dan cucu2 nya sahaja. Mungkin sebab dia dah rasa dulu.
Kami adik beradik pun tak pernah nak ganggu hidup sesama kami adik
beradik. Walaupun saya mempunyai ipar2 jadian yang busy body dan
pencetus tragedi namun semua itu dapat disangkal dan terasa diri bagai
kalis segala hasad syaitan tu. Dah 30 tahun kot aku nampak drama macam
ni depan mata. Kau yg baru nak naik mmg jangan nak cabar sangat lah.
Hati ni dah keras. Stakat drama ala drama pkl 7 tu biskut kering ja bagi
aku.
Di sini juga saya menyeru semua insan manusia supaya bukakanlah minda
anda terangkanlah hati supaya jangan menyibuk hal adik beradik bila dah
kahwen. Privasi adik beradik terhapus secara automatik bila wujudnya
insan bergelar menantu di dalam keluarga. Dan hormatilah insan yang
bergelar ipar kepada adik beradik korang. Jangan di ganggu keharmonian
rumah tangga mereka walau se-milimeter pun nilainya. Adalah lebih waras
jika masing2 fokus berusaha meningkatkan kemampuan hidup keluarga
masing2. Ada masa bertemu maka bertemu jua. Jangan risau, air dicincang
takkan terputus. Sekian.
Sumber : Aliff Channel