Pukau Sebelum Dirogol
8 Mar 2023
Sedihnyer mbaca kisah nie.........prmpuan baik, dirosakkan lelaki jahat. Bila lelaki baik, prmpuan jahat pula menggoda. Ingatlah, Murka & laknat Allah akan sentiasa mengiringi mereka² yg menjahanamkn hidup org lain selagi mereka tidak meminta ampun dan bertaubat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti mana yang diceritakan oleh Hana, 17, (bukan nama sebenar), seorang pelajar tingkatan lima dari sebuah sekolah di utara tanah air kepada wartawan Warta Perdana, M Ilham Arief.
KALAU orang tak tahu cerita sebenar sudah tentu mereka tuduh saya anak yang tak tahu jaga maruah mak bapa. Sudah tentu mereka tuduh saya perempuan tidak bermaruah. Percayalah, apa yang berlaku ini bukan atas kehendak saya. Malah, saya sendiri tidak kenal lelaki bertopeng yang telah meragut kesucian saya. Terlalu berat hendak saya tanggung ujian ini, tapi apa boleh buat semuanya sudah ditakdirkan Allah.
Kalau ikutkan hati saya boleh jadi gila dibuatnya. Saya bersyukur kerana masih lagi memiliki iman yang kuat, walaupun apa yang saya alami ujian ini terlalu pahit untuk saya telan. Hanya air mata menjadi teman setia. Setiap malam saya menangis mengenangkan apa yang berlaku. Mengapa Allah pilih saya menerima ujian ini?
Persoalan itu sering menerjah fikiran. Namun saya gagal mencari jawapannya. Akhirnya saya reda dengan apa yang berlaku. Mungkin ujian yang saya terima ini ada hikmah yang tersembunyi.Saya kini mengandung lapan bulan akibat perbuatan lelaki jahanam yang tidak dikenali.
Sebelum peristiwa hitam itu berlaku Oktober tahun lalu, saya menunggang motosikal bersendirian seperti biasa dari sekolah untuk pulang ke rumah. Rumah saya jauh di pedalaman dan saya terpaksa melalui belukar dan hutan kecil. Tiba di pertengahan jalan saya dihalang oleh seorang lelaki bertopeng. Dengan kasar dia mengarahkan saya memberhentikan motosikal.
Mulanya saya tak endahkan arahannya. Saya cuba pecut motosikal, namun dia begitu sadis. Dengan berani dia menghalang laluan. Sebaik saja memberhentikan motosikal fikiran saya terus melayang entah ke mana. Saya langsung tak ingat apa-apa.
Dalam keadaan fikiran yang bercelaru itu saya diheret lelaki jahanam itu ke dalam semak berdekatan. Mulanya saya melawan namun fikiran saya semakin tidak keruan. Penglihatan saya semakin kabur. Selepas itu saya langsung tidak sedar apa-apa.
Bila sedar, saya dapati tubuh saya dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang. Semua pakaian sekolah saya berlonggok di sebelah saya.
Ya Allah… apa yang telah berlaku? Saya melihat sekeliling, namun tidak ada sesiapa selain belukar dan pohon kayu. Saya lantas menjerit meminta tolong, namun sia-sia. Hanya unggas dan serangga saja menyahut.
Barulah saya tahu, rupa-rupanya saya telah dipukau oleh lelaki bertopeng itu sebelum dia perkosa saya. Apa lagi yang mampu saya lakukan selain menangis semahu-mahunya sebelum memakai semula pakaian saya.
Walaupun telah dinodai, namun saya tetap merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan kedua ibu bapa. Lagipun saya yakin tidak akan mengandung dengan hanya sekali saja tubuh saya disentuh oleh lelaki. Saya meneruskan persekolahan seperti biasa, walaupun fikiran saya sentiasa tertekan dan sering mengasingkan diri daripada rakan-rakan.
Beberapa rakan perasan perubahan saya secara mendadak itu. Mereka tahu perangai saya sebelum ini tidak begitu. Sama ada di sekolah atau di rumah saya mulai menjadi seorang pendiam. Ibu, ayah serta adik-beradik lain hairan dengan perubahan saya.
Tanpa disangka setelah kandungan saya mencecah lima bulan perubahan fizikal saya berlaku secara mendadak. Barulah saya tahu rupa-rupanya saya sudah mengandung.
Ibu semakin pelik melihat perubahan pada tubuh saya. Akhirnya pada satu malam ibu menyoal saya kerana dia tidak puas hati melihat bentuk tubuh saya macam orang mengandung. Tanpa banyak soal, saya mengaku bahawa saya mengandung. Tapi saya tegaskan ia bukan atas kerelaan saya. Saya ceritakan peristiwa sebenar yang berlaku ke atas saya.
Ibu sungguh terkejut. Dia menangis teresak-esak kerana saya menerima padah atas perbuatan orang lain. Ibu percaya saya tak akan buat kerja gila itu kerana dia tahu saya seorang anak yang taat kepada suruhan Allah dan suka mengaji Quran.
Setelah kandungan mencecah enam bulan ibu dan bapa mengambil keputusan menghantar saya ke Kem Modal Insan Kewaja (KEWAJA) sebagai persiapan untuk bersalin. Perbuatan kejam lelaki durjana itu tidak akan saya lupa sehingga ke akhir hayat. Walaupun dia kini terlepas dari pembalasan dunia, tapi di akhirat kelak sudah pasti dia akan menerima azab pedih dari Allah.
Jika tidak kerana perbuatan lelaki durjana itu sudah tentu saya kini sibuk membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.Selepas bersalin nanti saya tekad akan menyambung semula pelajaran. Anak yang bakal lahir ini akan dijaga oleh keluarga saya. Syukur, mereka setuju menjaganya.
Terima kasih mak, ayah kerana memahami kesengsaraan saya!”