Apabila Pendidik Merajuk
21 Sept 2017
Assalammualaikum.. Terima kasih kerna sudi siarkan confession
saya.Saya sekarang seorang suri rumahtangga yang bahagia bersama anak
dan suami tercinta.Cuma adalah 2-3 kali dalam seminggu saya mengajar di
pusat tuisyen untuk menghilangkan rasa bosan di rumah dan dapat duit
belanja sedikit.Walaupun takdalah mewah sangat,tapi saya bahagia dengan
kehidupan sekarang.
Dulu saya ialah seorang pensyarah di sebuah universiti swasta yang
agak terkenal,tapi saya hanyalah pensyarah kontrak lantaran saya tidak
mempunyai phd kerna syarat untuk mendapat jawatan yang sah
adalah,pensyarah baru tu kena mendapatkan segulung phd dulu,barulah
dipertimbangkan jawatan sah sbg pensyarah.Saya faham kerna memang itu
standard procedure di mana2 universiti sekarang walaupun ipts,especially
ipts yg agak terkenal.
Memandangkan perhatian terhadap anak yang masih kecik dan workload
yang sentiasa menimbun,so rancangan melanjutkan phd tu selalu
tertangguh.Dahlah perbelanjaan nak sambung belajar pun kena tanggung
sendiri.Tapi itu bukan cerita utama yang saya nak luahkan.Tapi lebih
kepada merajuknya hati ni terhadap sikap para pelajar sekarang yang
hanya nak mementingkan diri sendiri dan org2 yang ada dalam bidang
pendidikan ni(tapi tak semua).tapi semua nama2 yang saya gunakan
bukanlah nama2 sebenar untuk melindungi privasi masing2.
Semuanya bermula apabila saya dilantik menjadi penyelaras atau lebih
tepat lagi sebagai coordinator walaupun saya baru sahaja masuk
kerja.Saya dan kawan saya pun agak terkejut sebab kami baru je masuk
kerja 2 bulan tapi terus dilantik menjadi penyelaras dalam bidang
masing2.Biarlah saya namakan dia sebagai nurul je.Saya dan nurul sama2
kena temuduga dan sama2 dapat jawatn pensyarah cume bidang kami mengajar
lain.Dia penyelaras bidang pengetahuan am,saya pulak penyelaras bidang
bahasa.
Apabila kami menjadi penyelaras,kami kena pantau subjek2,pensyarah2
part time dan hal2 yang berkaitan dengan akademik,cuma bezanya subjek2
bidang masing2.Macam jugak dengan pensyarah part time,saya pantau
pensyarah part time bidang bahasa,manakala dia pulak pantau pensyarah
bidang pengetahuan am.Kami sangat rapat,malah selalu jugak share masalah
bersama memandangkan kami sama2 baru di universiti ni.
Tidak lama lepas kami masuk kerja,masuk pulak seorg pensyarah bahasa
yang baru dapat phd.biarlah saya namakan dia sebagai kak salmah.Tapi,dia
takdalah baru sangat di universiti ni sebab dia penah menjadi pensyarah
part time,cuma rezeki dia diserap jadi full time lecturer setelah
mendapat phd.Dia pernah mengajar secara tetap di salah sebuah universiti
awam di utara semenanjung. Jadi kami pelik,kenapa dia nak quit dari
ipta dan masuk ipts. jarang berlaku,kecuali kalu lecturer tu dh tua dan
pencen then dapat better offer dari ipts.tapi kak salmah ni takdalah tua
sgt,adalah dalam 40an mcm tu.Tp kak salmah bagi alasan dia masuk ipts
ni sebab nak dekat dengan famili dia yang dekat KL ni.Bila dia ckp mcm
tu,ok fine,kami pun tak fikir banyak banyak.
Sepanjang saya jadi penyelaras,saya rasa pelik.Kenapa part time
lecturer bahasa sangat tak suka saya walaupun masa tu kami tak penah
berjumpa. Honestly,sepanjang bertahun2 saya mengajar di kolej2
swasta,first time saya jumpa part time lecturer yang berani kurang ajar
dengan full time lecturer serta pihak pengurusan.Rupa2nya part time
lecturer tu adalah kawan2 baik kak aina,bekas penyelaras bahasa sebelum
saya.Dan kak salmah pun kenal baik dengan semua part time lecturer
bahasa memandangkan dia penah jadi part time lecturer bahasa bersama
diaorang.
Sepanjang saya menjadi penyelaras,saya diserang dari pelbagai sudut
oleh part time lecturer walaupun saya tak berapa kenal mereka malah
sesetengah dari mereka,saya langsung tak penah jumpa pun.Tekanan semakin
meningkat dengan workload yang semakin banyak,belum lagi termasuk kerja
editting research para pensyarah full time atau ape2 kerja translating
yang department2 lain campak kat saya.yalah,bila pensyarah bahasa,ape2
editting atau translation,mesti campak kat kami,lebih2 lagi bila kami
tiada major course contohnya program pengajian bahasa macam lecturer
major course lain di universiti tu.
Seolah2 kami takda kerja lain,tapi
teaching load tetap sama mcm pensyarah yang ade major course.ikut2 kami
lagi banyak kerja sebab selain sama teaching load dengan lecturer major
course yang lain,kerja tambahan seperti editting dan translation pun
dibebankan kat kami.Kadang2,sampai menganggu konsentrasi kami terhadap
tugas utama,iaitu mengajar,menanda soalan exam dan menanda
assignment.Sampai saya pernah terlepas key in markah seorang student
kerna saya terlampau penat editting research full time lecturer di
sini.
Mesti para pembaca tertanya,kenapa saya nak abaikan tugas hakiki
saya hanya untuk editing.Macam mana saya nak tolak kerja editting kalu
itu adalah arahan dari dean dan presiden universiti tu sendiri??? kerna
mereka percaya, buku research tu akan menaikkan nama universiti tu.Dan
yang menjadi mangsa di sini,adalah saya.Saya bukan robot.Saya pun akan
rasa penat.
Bila dengan kerja mengajar,menanda assignment students,editting
bagai,ditambah dengan kerja menyelaras.Semua rasa macam terkejar2.Dengan
sikap part time lecturer yang bongkak dan kurang ajar,tapi mereka tetap
diambil bekerja sebab mereka menggunakan pengaruh kak aina.Dan kak aina
ni pulak,perangai dia suka mengamuk.Kalu apa yang dia nak,dia tak
dapat.bersiap sedialah dengan makian dia.Umur dah nak berpencen,tapi
perangai mengamuk meroyan tetap tak hilang.Sikap dia jenis,ask
later,mengamuk first.
Dengan part time lecturer bahasa yang suka menyerang saya tanpa saya
tau kenapa,dgn tugas sebagai penyelaras yang semakin memeningkan
saya.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti menjadi
penyelaras.Tak lama lepas tu,kawan saya, yana dari kolej tempat lama
saya dapat rezeki jadi pensyarah di universiti saya jugak,juga sebagai
pensyarah bahasa.
Selepas saya berhenti menjadi penyelaras,saya ingatkan
kak salmah yang akan gantikan saya sebagai penyelaras bahasa
memandangkan dia pun dah lama mengajar di sini,sejak dia menjadi part
time lecturer lagi.Tapi saya terkejut bila yana yang baru masuk tu
dilantik menjadi penyelaras bahasa untuk menggantikan saya. Saya
sebenarnya ok je sape2 yang gantikan saya pun,sebab pada saya,mesti ada
sebab kenapa hod(head of department) kami,en harun dan deputy dean,dr
latiff pilih yana.
Masa pun berlalu.Tapi saya perasan,kak salmah selalu mengadu kat saya
pasal yana.Dia tak bagus macam ni lah macam tulah.Cara kak salmah
bercerita mampu membuatkan kita sangat benci pada org tu.Mula2,saya
terpengaruh sekejap.Tapi lepas tu,saya muhasabah diri balik.kak salmah
seolah-olah tidak puas hati kerna gagal mempengaruhi saya untuk perpihak
pada dia.Lagipun,saya tak sanggup nak mengkianati yana sebab dia tengah
sarat mengandung dan saya kenal dia sejak dari kolej lama lagi,tempat
kami sama2 mengajar dulu.
Nak dijadikan cerita,pada satu hari,yana pening kepala morning
sickness.So,dia berehat di tempat yang agak tertutup tapi tempat tu
berhampiran dengan tempat duduk kak salmah. Tapi kak salmah tak perasan
yana ada di situ.Pada masa tu lah,kak salmah telefon kak aina dan
bercerita buruk tentang yana.Dan lebih mengejutkan,kebanyakan cerita dia
sangat banyak tokok tambah.Dan kak salmah juga mengutuk en harun dengan
memberi panggilan yang buruk.nasib yana ni panjang akal dan merekod
perbualan diaorg dengan handphone dia.Bila yana mainkan balik recording
tu,saya terkedu kerna tak menyangka kak salmah adelah org yg mcm
tu,sanggup mengapi2kan org utk bergado sesama sendiri.
Tak lama lepas tu,hod kami en harun kena serang bertubi2 oleh kak
aina sampi kak aina bawak perkara tu ke pihak atas terus.bila
disiasat,rupa2nya kak salmah yang menghasut kak aina untuk menggunakan
kedudukan dia sebagai senior lecturer utk menyerang encik
harun.malah,kak salmah yang rupa2nya menghasut part time lecturer dengan
cerita2 yang tidak betul untuk membenci saya semasa saya masih menjadi
penyelaras bahasa dan sekarang dia nak buat perkara yang sama kat
yana,sebab sekarang yana adalah penyelaras bahasa.dan rupa2nya,dia buat
semua tu kerna inginkan jawatan sebagai penyelaras atau hod.mengucap
panjang kami semua bila tau perkara sebenarnya.
Tapi yang sedihnya,kak
aina telah berpihak kepada orang yang salah dengan tak mendengar
penjelasan dari kedua2 belah pihak.malah,kak aina telah mempengaruhi
pihak atasan untuk memilihnya sebagai hod selepas en harun tamat tempoh
sebagai hod.walaupun org lain telah dilantik bagi menggantikan tempat en
harun,tp kak aina berjaya menyingkirkan org tu dan menjadi hod baru
selepas banyak usaha dilakukan.betapa manusia dahagakan kuasa walaupun
kuasa tu tak sebesar mana.
keadaan semakin tegang bila kak salmah berjaya menghasut pelajar
untuk menentang kami.kebetulan result subjek dah keluar.saya takdalah
kejam sangat dalam menanda assignment students,tp sy lebih tengok pada
kualiti kerja.malah,semasa saya menanda assignment mereka,saya akan
letak tugasan dari 4-5 students atas meja untuk membuat perbandingan isi
untuk memudahkan saya memberi markah.kebanyakan student dapat gred yg
ok,cume sorg je dpt c iaitu sarip kerna ade assignment dia yang tidak
lengkap dan isi atau content assignment dia kurang berbanding dengan
student lai. dalam kelas dia.
Tanpa bertanya atau merujuk kepada saya dulu,sarip terus pergi ke
bahagian akdemik untuk memohon tugasan2 dia ditanda semula.Bila memohon
untuk tugasan ditanda semula tu bermaksud,lecturer lain yang akan
menandanya.Saya rasa sangat kecik hati dan tersinggung dengan tindakan
student saya.Tapi saya tidak akan sesekali mesej atau call dia untuk
tanya dia kenapa dia sanggup buat macam tu tanpa bertanya dengan saya
dulu kerna saya ada maruah dan takkan sekali pun tunduk pada dia.
Dan
saya mendapat tau yang kak aina yang mempengaruhi sarip untuk terus
berurusan dengan pihak akademik tanpa sarip merujuk kepada saya sebagai
pensyarahnya.Student skrg bukan macam sekarang,kalu dulu kita dapat c
atau d,kita akan tanya diri kita sendiri,kt mana silap aku,kt mana
kurang aku supaya kita akan memperbaiki diri kita supaya lebih maju
dalam sesuatu subjek,perkara atau bidang.tp budak
skrg,ape2 tak puas hati,terus berhubung dgn pihak pengurusan direct
tanpa bersemuka dulu dengan pensyarah dan bertanya secara direct
kelemahan yang perlu diperbaiki.
Sebab dah terlampau penat dengan kontroversi yang tak penah abis dan
kontrak saya sebagai pensyarah di situ pun dah nak habis,saya mengambil
keputusan untuk tidak mengambil tahu apa2 pasal apa2.setiap manusia ade
kesabaran yang ada limitnya,begitu jugak dengan saya.kerna terlampu
kecewa dengan semua perkara yang berlaku,saya tidak memberitahu
sesetengah student saya yg saya akan tinggalkan mereka kerna saya takda
kekuatan untuk memberitahu diaorg dan saya takut saya akan menangis
depan diaorg.tapi nurul telah berjaya memberi kenangan yang indah kat
saya dengan membuat suprise majlis perpisahan saya secara kecilan dengan
student2 saya yang masih baik dengan saya.terima kasih,korg.sayang sgt
kt korg sampai bila2!!
sekarang,saya dah menjadi suri rumahtangga dan guru tuisyen part time
hanya untuk mengisi masa lapang.saya dapat tau yang sarip dapat gred
A.congrats,sarip!! kalu awk boleh dapat A,lagi ramai kawan dalam kelas
awak boleh dapat A sebab mereka lebih layak dapat A berbanding awak kalu
dikira dari segi kualiti tugasan mereka.madam doakan semoga awak dapat
merasa kepayahan dan kesengsaraan madam bila awak bekerja nanti supaya
awak tahu menghormati orang.
Dan,dengar kata pulak kak salmah dimasukkan ke hospital sebab
diserang panic attack kerna tertekan dengan kerja sebagai hod walaupun
baru 3 bulan memegang jawatan ni.baru dia tau kesengsaraan kerja ada
jawatan ni,dulu tau complain je.keadaan kerja di situ pun semakin teruk
kerna kenaikan gaji pun cuma 1% je tahun ni.malah kemasukkan pelajar pun
menurun kerna kepayahan mendapat biasiswa.sekarang yana pun mereka nak
singkirkan sebagai penyelaras dan bagi kat kak salmah sebab penat nak
dengar kak salmah asyik complain pasal yana.so diaorg
decide,senang2,biarlah kak salmah yang menjadi penyelaras.yana dan nurul
pun merancang untuk mencari rezeki di tempat lain.
saya pulak dengan kehidupan saya sendiri yang lebih tenang dan
relax.tujuan saya menulis ni cuma untuk meluahkan kekecewaan terhadap
politik keje yang melampau.saya faham mana2 pun ade politik kerja,tapi
takdalah sampi megerah tenaga org lain untuk kepentingan ranking
universiti sampai menjejaskan tugas hakiki pekerja tu dan budaya
menfitnah org lain utk mendapatkan jawatan.saya juga kecewa dengan sikap
student yg takda rasa hormat pada guru atau pensyarah.mereka lebih rela
menyalahkan guru daripada memperbaiki kelemahan sendiri untuk lebih
maju.saya pun tak tau macam mana mereka nak survive di dunia pekerjaan
yang sangat mencabar kalu masa belajar pun dah tunjukkan perangai macam
ni.saya tak kisah apa yg korg nak komen.yg penting,saya dah rasa lega
sebab dah luahkan kesedihan saya di page ni. Sekian dari saya,pendidik
yang membawa diri.
-Tasya
