Hati Rindu Menantikan Zuriat
16 Jul 2015
Assalamualaikum admin. Nama saya Anirah , tahun ini genap 6 tahun saya berumahtangga, namun kami masih berdua , belum mendapat zuriat. Di ruangan ini saya ingin sekadar berkongsi perasaan dan meminta pendapat , mudah-mudahan dapat juga mendorong semangat saya dan suami.
Saya pasti , pembaca diluar sana yang senasib dengan saya , memahami perasaan kami yg masih belum dikurniakan anak. Perasaannya sukar digambarkan, apatah lagi di awal 3 tahun perkahwinan penuh dengan tekanan dari pelbagai pihak. Setiap hari bertemankan air mata. Hati sangat rapuh dan sensitif, walaupun dengan soalan-soalan yg diajukan boleh dianggap biasa. Bila nak kemana-mana, nampak pasangan muda yg mendukung anak, saya terus menangis, seolah-olah hidup saya habis disitu sahaja.
Mujurlah suami seorang yg sangat bersabar , sentiasa menenangkan hati saya, wpun saya tahu perasaan dia juga bercampur baur. Saya pernah beritahu suami kalau dia dah tak boleh tunggu, saya izinkan die kahwin lain supaya boleh mendapat zuriat sendiri. Tapi suami saya cakap dia tak mahu fikir apa-apa pun pasal tu, die nak lalui je dengan apa yg ditakdirkan dengan doa dan usaha, kerana kita tidak tahu apa perancangan Allah. Sekiranya suami ditakdirkan berkahwin lain pada waktu yg diizinkanNya, kami terima denga redha
Lama-kelamaan kami dapat terima dengan situasi sekarang.
Ya, kami suami isteri masih kekal positif untuk terus berusaha mendapatkan zuriat sendiri. Sehingga saat dan detik ini kami sentiasa berdoa dan terus berusaha mencari penawar dan rawatan yg dipercayai boleh membantu masalah seperti kami ini. Pelbagai kaedah dan cara kami telah cuba. Mungkin belum rezeki lagi. Tinggal lagi kaedah IVF yg masih belum cuba, kerana kekangan kewangan.
Jadi saya ingin memanfaatkan ruangan seperti ini, memohon kepada pembaca di luar sana berkongsikan pendapat, alternatif , petua, amalan atau apa jua usaha yg telah berjaya dilakukan. Mungkin ada sesetengah pembaca diluar sana , ada yg sedang mencuba, atau dah berjaya mendapatkan anak. Tidak kiralah pengalaman sendiri, atau pengalaman kwn-kwn, saudara-mara atau sesiapa shaja. Mungkin ada sesetengah drp usaha drp pihak pembaca yg masih belum kami cuba.
Saya faham, sebagai hambaNya, kami kena redha dengan apa yg ditakdirkan. Tapi kami tak mahulah redha dengan bergoyang kaki sahaja tanpa usaha. Selagi masih ada kudrat, selagi ia satu ujian dariNya, kami akan terus berusaha dan berusaha. Kami percaya ujian ini adalah satu tanda kasih sayang Allah kepada kami.
Jadi saya mohon kpd pembaca diluar sana, sudi kiranya berkongsikan apa jua usaha yg anda dah lakukan. Mungkin bukan untuk saya saja, tetapi untuk pembaca-pembaca lain yg senasib dengan kita.
Semoga perkongsian dan perbincangan di sini dapat dimanfaatkan kebaikannya bersama-sama.
-Terus Menanti Dengan Sabar-