Tips Untuk Pemandu Baru Uber Dan Grab
28 Jan 2017
Tip untuk pemandu
baru Uber dan Grab adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan pemandu
baru uber dan grab baru di Malaysia. Korang pun akan alami benda yang sama
juga, hanya masa menentukan. Jika korang rajin ambil trip, korang akan cepat
dapat pengalaman semasa mengambil dan membawa rider. Korang akan tahu apa yang
nak kena buat dan prepare supaya korang lebih bersedia untuk menjadi pemandu
uber dan grab.
Tip
ini adalah untuk membantu korang dalam merancang strategi korang buat duit
dengan uber dan grab. Ini sebagai panduan dan perkongsian sahaja, mungkin cara
korang berbezakan. Semoga tip uber dan grab ni memberi manfaat kepada korang di
dalam pekerjaan sebagai pemandu uber dan grab di Malaysia.
Tip untuk pemandu baru Uber dan Grab
1.
Lebih mudah jika pick up rider di shopping mall, stesen lrt, dekat kedai
berbanding dengan pick up di apartment. Biasanya rider ni lambat nak turun,
kita driver ni setelah sampai kena call dulu dan barulah rider akan turun. Ini
semua kos. Jika anda nak jaga rating, susah sikit la kan. Rating untuk dapat
insentif. Jika anda tak jaga rating macam saya, saya akan accept yang senang
nak pick up dan jimat masa.
2.
Jangan banyak cancel trip tanpa alasan yang kukuh. Jika tak mahu ambil, jangan
online. Kalau cancellation banyak sangat ( saya tak pasti berapa banyak ) di
bimbangi akaun uber dan grab anda ban atau deaktivate akaun anda. Kena la
buat rayuan dan terpaksa la offline 2-3 hari. Takde income uber / grab le 2-3
hari.
3.
App grab membolehkan korang tahu kat mana rider nak turun berbanding dengan app
uber yang korang tak tahu ke mana rider nak pergi. Jadi buatlah pilihan korang.
Saya senang menggunakan grab sebab ini lah. Jika full time driver, takde
masalah sebab ini memang kerja korang, Trip jauh lagi best kan. Kalau part
time, biasanya masa tak banyak dan trip jauh cuba di elakkan.
4.
Korang boleh on kedua-dua app serentak dan ambil rider yang masuk dulu. Lepas
tu korang off la app yang satu lagu supaya tidak menganggu perjalanan anda.
Smartphone anda tak akan hang, ok jer untuk kebanyakkan smartphone.
5.
Jenis telefon juga penting untuk
menerima signal yang kuat. Korang boleh semak jenis telefon yang
sesuai dengan app uber dan grab. Good luck. Kalau boleh, guna smartphone yag
ada spec yang tinggi, tak semestinya mahal. Guna asus pun boleh, murah je dan
spec tinggi.
6.
Kalau malas, korang boleh pick up kat klia / klia2 sahaja, pun masyuk juga. Tak
payah nak pusing-pusing. Tunggu sejam pun takpe, masih berbaloi. Ramai-ramai
otai-otai grab dan uber buat macam ni, pick up ke dan dari klia sahaja. Tapi
rating memang jatuh la, tak terjaga. Nak tahu tip buat duit uber dan grab di KLIA
/ KLIA2, boleh baca post yang lepas.
Updated 09/11/2016
7.
Jika anda baru sahaja hari pertama hendak memandu uber dan grab, pastikan anda
sediakan duit kecil pecahan rm1, rm5 dan rm10 sebanyak rm30-rm50 untuk
memudahkan anda memberi baki bayaran kepada penumpang anda. Penting ni supaya
takde le nampak sangat anda ni pemandu baru. Saya letak duit kecil ni dalam
satu beg kecil dan letak dekat tempat pemandu supaya senang nak ambil.
8.
Pastikan anda ada smartphone holder. Ini mesti ada. Dapatkan bajet smartphone
holder untuk pemandu uber dan grab di kedai Ustaz, murah sahaja. Bawah rm10
boleh dapat. Saya cadangkan anda beli jenis yang lekat dekat aircond tu. Jangan
guna yang lekat kat stering atau cermin. Boleh juga tapi kurang berkesan.
9.
Pastikan line telefon anda stabil. Kalau boleh guna yang bil bukan yang prepaid
supaya line telefon tidak terganggu - jika anda serius sebagai pemandu uber dan
grab. Line mana yang sesuai, saya tengah kaji. Siap kajian saya nanti, saya
kongsikan kat sini. Wacchaaa.
Itu
sahaja Tip untuk pemandu baru Uber dan Grab. Harap boleh membantu anda
untuk memaksimun pendapatan uber dan grab korang. Jika anda belum daftar lagi
sebagai pemandu uber dan grab, anda bolehlah daftar hari ini. Daftar secara
online sahaja.