Kahwin Muda Ni Memang Fikir Nak ‘Buat’ Anak Saja Ke?
Assalamualaikum,
Mungkin ini luahan hati dari seorang kakak. Sedikit perkongsian dan
mungkin boleh jadi renungan buat adik-adik yang umur masih muda dan
ingin berkahwin.
Saya ni ada adik beradik ramai, 6 orang dan saya anak sulung.
Kisahnya, masa adik saya kawin 4 tahun lepas, saya ada lah rasa sedikit
terkilan. Terkilan bukan sebab apa, sebab mak dan abah decide bagi adik
tu kahwin awal, umur dia masa tu baru 21. Kata mak, sbb jodoh dia dah
sampai. Saya sedikit akur sebab fikir itu semua kerja Allah. Masa cepat
sangat berlalu..tiba masa hari pernikahan adik, saya rasa macam ada batu
berat yang akan jatuh atas kepala ni nanti. Tapi, saya abaikan je
perasaan tu.
4 tahun dah berlalu, sekarang dah 2017. Adik saya tu dah ada anak 2
orang. Betul kata orang, bahagia tu orang boleh nampak yang luar je
hakikatnya jauh beza macam langit dengan bumi. Orang muda ni bila
bercinta, semua yang “sweet” dia dengan pasangan nak tunjuk pada satu
dunia. Kadang panas juga telinga bila mak komen pasal orang muda
bercinta. Itu baru bercinta, kalau dah kawin…lagi banyak dia nak tunjuk.
Throwback gambar kawin 3 tahun lepas lah, gambar perut tengah
mengandung lah, sweet2 dalam kereta lah, gambar jalan pimpin tangan
suami lah..macam lagi lah semua. Maklumlah zaman media sosial.
Bila keluarga ni mula ada orang baru, banyak sikitlah ragamnya. Boleh
migrain hari-hari. Tambah saya dah masak dengan perangai adik-adik.
Lagi pula adik yang dah kawin tu. Ingatkan kalau dah kawin, perangai
berubah. Rupanya makin menjadi. Duduk rumah mak pun masih boleh
malas-malas. Kadang saya sendiri rasa kesian dekat mak. Jadi macam hamba
pula.
Menantu nak makan, dia yang susah payah sediakan, baju kotor mak
tolong kutip dan basuh, botol susu anak yang dah basi..mak tolong cuci,
pampers anak dalam bilik air..mak tolong buang. Adik tu buat apa sebagai
isteri? Membuta sampai pukul 10 pagi 11 pagi. Bangun tidur, terus makan
je makanan yang terhidang. Ya Allah, sakit mata tengok perangai dia.
Kadang saya rase naik angin. Nasib kat rumah mak, kalau rumah mak mertua
tak pastilah dia macam mana. Bila masuk bulan Ramadhan, perangai macam
tu juga. Sekurang-kurangnya tolong la masak untuk sahur sama-sama.
Tambah-tambah dia dah ada suami. Lagi meluat bila up status atau gambar
menu masakan kat facebook, instagram, twitter…konon-konon dia yang masak
dengan caption “walaupun puasa dan penat melayan karenah anak-anak,
harapnya menu ibu ni sesedap rasa” sedangkan itu masakan mak.
Blerghhh..
Tiba-tiba adik tu decide nak pindah rumah sewa. Oh..melompat la hati
saya ni sebab tak payah tengok perangai malas-malas dia tu. Buat sakit
hati. Tapi sebenarnya dia pindah sebab adik lelaki saya ni bising kalau
rumah bersepah. Mana tak nya, rumah ada budak kecil kan. Saya ni jenis
tak kisah..kalau saya rasa rajin nak kemas, baru saya akan kemas sebab
saya tak suka nak bising-bising. Tapi dah tahu adik tu malas tahap
kritikal, memang tak lah dia nak kemas mainan anak dia.
Mendapatlah dia
kata-kata sentap dari adik lelaki tu. Bila tahu adik tu nak pindah, saya
rasa macam satu masalah akan berkurang. Tudung pun tak payah pakai
24/7. Sebelum ni setiap masa kena pakai tudung sebab adik ipar ni kerja
sendiri. So, masa dia banyak kat rumah. Adik ni punya rumah sewa dekat
je dengan rumah mak. Lebih kurang 1 km je jarak. Nampak sangat pindah
sebab sentap..tapi baguslah. Bila lagi nak rasa sentap.
Sekurang-kurangnya boleh buat dia berubah.
Seminggu kemudian, adik tu datang rumah mak sebab adik ipar nak kena
uruskan urusan kat luar daerah. Kemudian, bila urusan adik ipar tu
selesai..dia kembali ke rumah mak semula. Ingatkan dia nak ambil isteri
dan anak-anak dia tu bawa balik ke rumah sewa. Rupanya duduk rumah mak
dekat 2 3 minggu juga. Kembali la rimas saya macam dulu.
Tapi lagi
extreme. Adik dan adik ipar ni mula bertengkar sebab hal-hal kecil yang
saya kira boleh selesaikan secara baik. Rasa malu mereka tu macam dah
tak ada. Bergaduh depan mak abah, adik-beradik dan depan anak. Bukan
sekali, bukan dua kali..tapi dah banyak kali bertengkar kat rumah mak.
Saya kesian kat mak. Kadang malam-malam, saya nampak dia menangis lepas
solat sebab fikir pasal anak-anak. Perangai masing-masing tak matang.
Anak-anak dia akan menangis kalau nampak mak ayah dia tu bertengkar.
Bila dah bertengkar, masing-masing tak kisahkan anak. Adik saya tu
keluar entah ke mana, si adik ipar tu mungkin pergi cari kawan dia
lepak-lepak sambil minum kopi. Anak dia? diaorang tinggalkan kat rumah
mak. Adik-adik saya lah yang tolg babysit sekejap. Bagi makan minum,
layan dorang main, tidurkan semua. Tengok muka dorg pun rasa sayu je.
Kesian sebab dapat mak dan ayah yang tahu untuk ‘buat’ anak je.
Tanggungjawab masing-masing dah ke laut. Amanah Allah mereka abaikan,
tunggulah untuk jawab depan Allah nanti.
Dulu nak kawin bukan main, siap
ingat ayat-ayat al-quran dan hadis yang cerita tentang munakahat,
kehidupan berumahtangga semua. Tapi apa yang berlaku tak seindah macam
apa yang mereka baca. Semua tu lakonan acah-acah alim sebab nak dapat
‘ticket’ kawin muda.
Sampai satu tahap, saya terpaksa luahkan semua pada mak dan mak
setuju dengan apa yang saya katakan. Mak ada rasa sikit menyesal tapi
semua ni dah ditentukan. Kena belajar terima takdir. Ada sebab Allah
tangguhkan jodoh saya. Semuanya ada depan mata untuk saya ambil iktibar.
Persediaan dari segi mental dan fizikal. Tak lupa juga pengisian
rohani, al-quran dan solat malam jangan tinggal.
Apa yang berlaku
sekarang, Allah bagi nikmat pada saya dalam bentuk lain, dapat sambung
sampai PhD. Teringat saya akan satu kata-kata Ust Pahrol dalam satu buku
beliau, “bersahabatlah dengan takdir”.
Pesanan saya buat adik-adik yang berniat untuk kahwin muda, buatlah
persiapan. Cara berfikir dah kena ubah. Nak buat sesuatu perkara, fikir
dulu apa kesan yang akan jadi. Yang perempuan, jaga akhlak jaga
pertuturan. Akhlak bukan sekadar diukur melalui tudung yang labuh
sahaja. Yang lelaki, belajar pegang tanggungjawab pada keluarga dahulu.
-Academic Dr. to be-
No comments
Post a Comment