Allah Sebaik Perancang; Rupanya Aku Dijodohkan Dengan Yang Terbaik
Sebelum aku mula cerita, let me start with some introduction of myself. Umur aku awal 30-an, telah 6 tahun berkahwin, and blessed with a son and Alhamdulillah a good husband. Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Cerita ni berlaku masa aku zaman single dulu. Zaman-zaman belajar di
U, zaman kulit muka tak sekata, jerawat tumbuh sesuka hati, zaman
berbracer (description ni tiada kaitan dengan cerita. saje je nak
bagitahu). Waktu ni, aku ada seorang boyfriend (aku gelarkan dia M),
yang kitorang kenal dan berkawan sejak Tingkatan 3. Kami sekelas sejak
sekolah rendah, dan tetap berkawan bila aku masuk asrama time sekolah
menengah. Apetah lagi rumah parents masing-masing dalam satu kawasan.
Time belajar memang tak beberapa seriuslah kami bercinta. Tapi memang
dah jatuh kategori bercinta. (Kalau yang belum aqil baligh baca cerita
aku ni, ni kakak nak bagitahu yang bercinta-bercouple sebelum kahwin ni
adalah salah. Jangan tiru). Mak bapak aku tahu, mak bapak dia pun tahu
yang kami berkawan. Tapi, mak dia tak suka aku. Tak suka sebab aku dulu
time sekolah mcm jantan sikit.
Dengan hitam legamnya sebab aktif dalam
sukan, pergi sekolah naik basikal, dengan aku memang tak ramai kawan
perempuan, so aku tak tau kewujudan Fair & Lovely. Selain dia kata
aku ni kasar, pemalas, kurang ajar, dan semualah benda negatif yang ada
time tu. (some of these are not right, aku tak pernah jumpa mak dia face
to face pon. mana dia tahu pasal aku, aku pon tak tahu). Tapi aku
dengan M tetap berkawan and eventually our relationship getting more
serious, and of course, tougher.
Selepas masing-masing tamat Ijazah pertama, si M ni posting di
Kepulauan Borneo. Dia doktor. Aku pulak, since kos aku 3 tahun je, aku
sambung Master. Camtulah konon-kononnya perancangan kitorang. Lepas dia
habis belajar, aku habis Master, kitorang plan nak kahwin.
Gituuuuhhhhhh… Little did I know, lepas dia dah kerja tu, and aku ada
lagi 2-3 semester lagi nak habis, dia ada perempuan lain kat sana.
Walaupun time tu aku bukan bini dia pon, tapi sebenarnya perempuan ni
kalau pasangan dia buat perangai, u can tell. So, waktu tu aku pon
redhalah si M ni ada perempuan lain.
Alasan yang diberi adalah, his mom
will never approve me. So he’s not going to persuade his mom anymore and
try his luck with other girl. So okay. Dipersilakan. Walaupun aku
having quite a hard time to cope with this, aku jalani hidup aku macam
biasa, trying hard to complete my Master. Time tu memang teruk jugaklah
aku sampai kena ambik ubat tidur untuk tidur. Tapi untuk merayu-rayu kat
dia untuk balik semula kat aku, memang bukan prinsip akulah.
So time aku dah ala-ala nak move on, which aku rasa ambik masa almost
setahun jugak, suddenly si M ni yang aku dengar months before dah break
up with the girl, contact aku semula. He said he was sorry and he
wanted me back. Cliche much? Yes. Aku pon yang memang single time tu,
and said: Okay. Tapi,aku suruh dia ikut syarat-syarat akulah kan, like
meet my parents, say sorry to them and tell them his plan. And aku
taknak lama-lama dah. Aku suruh dia masuk meminang, bla bla bla. Memang
dia datang jumpa parents aku, menangis-nangis cakap dia mintak maaf
tinggalkan aku dulu, and memang dia datang dengan sebentuk cincin belah
rotan time tu.
Aku pun surprise time ni, tapi of course happy sebab dia
sedang memenuhi syarat-syarat yang aku kenakan. But my parents send him
home, and suruh dia datang with his parents. Barulah proper dan beradat.
He said, he will. Tapi dia perlukan masa untuk pujuk mak dia. Memang
dia berterus terang dengan parents aku yang mak dia tak suka aku. Mak
bapak aku sebenarnya tak bagi dah aku nak berbaik-baik semula. Yelah,
dah orang tak suka kat anak dia kan, sebagai mak bapak surely they don’t
feel happy about this.
Tapi looking at this M’s effort, my parents pun
takdelah nak keras sangat. And this M guy memang pandai ambil hati orang
tua. Oh, time ni aku dah pun berjaya complete my Master. Alhamdulillah,
wp halfway memang rasa give up like why am I doing this at the first
place, huh? Tapi ni mungkin boleh cerita lain kali bawah tajuk:
Perjalanan Masterku yang berliku. kahkahkah. Apekah siap dah fikir
tajuk?
Dipendekkan cerita, sementara bagi masa dia nak pujuk mak dia ni,
kitorg kembali bercinta semula secara serius. (Ok, sebenarnya aku geli
betul nak taip perkataan bercinta tu. Tapi tak tahu nak ganti dengan
words apa. haha) Walaupun long distance, kerap jugak dia balik
semenanjung untuk berjumpa dan aku pun kerap ke tempat dia. (Lagi sekali
adik-adik. This is wrong! Walaupun aku tak buat benda-benda yang tak
sepatutnya, still, this is wrong!).
Tapi, dia still jugak tak berjaya
pujuk mak dia. Worse, kan umah parents kitorang dalam kawasan yang sama,
mak dia ni dok cakap bukan-bukan pasal aku, pasal family aku.
Adududududu. Bad-mouthing me is fine, but not my family, especially not
my parents. Walaupun time ni memang dah serius like dia dah mula mencari
rumah, aku pun dah mula nak cari kerja kat tempat dia… just suddenly in
one night, semuanya berubah.
In that one particular night, lepas kitorg berborak melalui telefon
konon-konon melepas rindu, not long after we ended up the phone,
tiba-tiba aku rasa macam: WHAT AM I DOING? APA SEMUA NI? KENAPA I PUT ON
SO MUCH EFFORT SEDANGKAN MAK DIA TAK TERIMA AKU LAGI. In fact, M tak
pernah pun bawak aku pergi jumpa mak dia, untuk kenal-kenal. Wp mmg aku
dengar cerita mak dia ni sangat garang, but aku rasa, kau dah besar kot.
Takkan mak kau nak marah rotan-rotan kau pakai hanger ke getah paip ke.
Rupanya, mak dia kata (ni aku tahu dari cerita kawan baik dia la. Tahu
pun lepas aku dah kahwin) : kalau dia bawak balik aku, for whatever
reason, his mom is going to disown him. Boleh eh camtu? Huhuhu. Tapi ni
bukan pointnya. Point utama perenggan ni adalah pada malam yang aku
maksudkan ni, memang aku rasa macam: I am going to stop all these, I am
not going to fight this anymore. And just like that, the next day tu aku
cakap kat mak aku, aku dah takde apa-apa dengan si M. I told my mom, we
were not meant to be. Aku ignore all of his msg, phone call,
ape-apelah. Nekad betul aku time tu. Only to know, exactly 1 month after
kenekadan aku kengkonon melepaskan dia tu, tiba-tiba he announced his
engagement di Facebook. Rupa-rupanya, dia ada perempuan lain pun all
this while. Haram jad betul si M ni. So aku pun back to square one
depressed balik, nangis-nangis semualah. Kau refer balik perenggan aku
ambik ubat tido semua tu. Lebih kurang sakitnya. Walaupun sebenarnya aku
dah tinggalkan dia dulu. But the fact that he was cheating on me tu,
awhhhh it hurts, man!
Not long after his engagement, he got married. Waktu ni, aku dah
bekerja, and kerja aku pulak time tu memerlukan aku travel to many
places for research purposes. So my coping mechanism waktu ni was better
than the first time. Walaupun kawan-kawan dah kurang, I pretty much
enjoyed my work. Sampailah aku rasa aku okay untuk being single forever
and not married. So, at the age of 28, i was single and enjoying my life
to the max.
Sampailah one sweet day, aku dok baca ada seorang artis ni dia adopt
anak angkat. Hahahah. Alah kau pun sure baca pasal gosip artis kan. Tak
yah tipu! So i told my mom i want to adopt one. Mak aku punyalah
terkejut habis aku kena marah. Dia marah bukan apa, takut memang aku dah
tak nak kahwin like betul-betul tutup pintu hati camtu. Sedangkan, aku
cuma rasa selesa je dengan keadaan waktu tu. Hehe seriuslah, rumah aku
dah ada sebijik walaupun tak besar, boring pulak duduk sorang-sorang.
Dahlah aku tak minat nak bela kucing ke ikan laga ke hamster ke.
And
memang aku suka budak. So that was my decision. Mungkin makbulnya doa
seorang mak, hari aku nak pergi JKM nak tanya prosedur dan sebagainya,
hari tu aku ambik cuti, but still had to go to my office. Settle kerja,
aku rushing to JKM la kan sbb aku dah set appointment nak jumpa officer
kat situ, sekali time nak reverse kereta, aku terlanggar kereta kelisa
siapa tah matilanak! Keluarlah seorang lelaki yang hensem dari kereta
kelisa tu, and tenang je. Rilek je dia wp kereta dia kena langgar oleh
aku. He knew i was rushing, so he said: Kita settle lepas awak dah
selesai. So we exchanged numbers, and off we went.
Malam tu, laki hensem tadi telefon aku. Wp sepatutnya aku yang call
la kan, sebab aku yang langgar. Tapi aku tak cuak pun time dia call,
instead, aku rasa bahagia. Kahkahkah geli siot. Dia kata, dia tak kesah
pun pasal kereta tu, dia cuma nak tahu, aku okay ke lepas insiden tu.
Kotlah masih terkejut ke, luka ke lebam ke. Eh sweet pulak kau ni
apahal. Ni aku kata dalam hati je lah. Sekali boleh pulak kitorang dok
berborak sampai ke benda2 lain selain pasal insiden tu. Aku pujilah
kelakian lelaki hensem ni. Berani dan mungkin jugak dah jodoh.
Allah
buka hati dan permudahkan semuanya. Again, aku percaya ni berkat doa mak
bapak aku jugak ni. A week after, he asked me out (urusan kereta dah
selesai. He claimed nothing). 2 weeks after the outing, he met my
parents & the next day bawak aku pi jumpa parents dia. Sebulan
kemudian, mak dia telefon mak aku, merisik through phone. 2 months
after, we got engaged. 6 months after we got married. 1 year after, we
had a baby boy.
And my ex, baru-baru ni aku dengar dia dah cerai dengan wife dia.
Atas masalah apa aku tak tahu. Isteri dia (now ex) dengarnya tak
beberapa ngam dengan mak dia jugak, sampailah mak dia pernah cakap:
kalaulah mak kasi kau kawin dengan Paris Hilton (aku), mesti tak jadi
camni. Mak dengar sekarang si Paris tu makin cantik, cerah berseri,
sopan santun, lemah gemalai. Aishhh menyesal mak! (Ok, aku tambah part
makin cantik…sampai menyesal tu. hehehehehe) Alalalala makcik, jangan
cemtuh.
Mak mertua aku baik sangatttt Alhamdulillah. Mana aku tahu
cerita ni? Through jiran mak aku, yg satu kelas mengaji dengan mak si M
ni. Ex aku pon ada jugak contact2 aku kat FB lately ni, cuma korang
jangan risau. Aku isteri solehah insya Allah. Layan laki aku jehhh, laki
lain aku tak pandang. Kan dah kata laki aku hensem. (Eh, biarlah nak
puji laki sendiri)
Dah, panjang pulak cerita aku. Nak bagitahu, kita merancang, Allah
jua merancang. Maka perancangan siapakah yang lebih baik? Kalau memang
bukan berjodoh, berapa belas tahun berkawan pun, kau tetap tak bersama.
Tapi, kalau dah jumpa yang betul-betul, eh, tetiba kau dah jadi mak.
Gituuuuuu nak cerita.
So bersangka baiklah kepada Allah walaupun mungkin sekarang ni kita rasa mcm kenapa, kenapa, kenapa. InsyaAllah, yang terbaik tu Allah akan reveal. Perjalanan aku masih jauh, masih banyak nak kena tempuh. Tapi pengalaman yang sedikit tapi mendidik ni, aku akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih Ya Allah, kerana perancanganMu yang indah ini.
Dan aku rasa, yang satu malam tetiba aku rasa nak back-off tu, mesti
berkat doa daripada mak bapak aku. Kalau ada yang nak aku tulis
pengalaman time ‘sakit’ dicurangi dan how i get through it, boleh cakap
kat komen. InsyaAllah aku boleh share. Tujuan aku satu je, supaya kalau
ada antara korang yg tgh mengalami, dan rasa macam2 suara jahat suruh
buat bukan-bukan.. korang tahu how to face it. InsyaAllah dengan bantuan
dan izinNya jua.
Dan lagi satu hikmah dan betapa baiknya perancangan Allah, kan aku
cakap si M ni tak pernah bawak aku jumpa parents dia kan? Just imagine,
kalaulah dia bawak aku jumpa mak bapak dia, dahla rumah parents kitorang
taklah jauh mana, pastu tak jadi pulak aku dengan si M ni, kotlah
sekarang ni jumpa kat mana-mana.. eh mesti aku malukan. Begitulah.
Syukur ya Allah..
Dah, tu je cerita aku. Gi sambung buat kerja.
Nota kaki: aku tak jadi amik anak angkat sebab proses dia lagi
panjang dari proses aku nak kahwin tu. Aku dah kahwin pun, still tak
settle2 proses ambik anak angkat. Dan sekarang aku tengah mengandung
anak kedua and going to pop out soon! Doakan yang baik-baik.
Sekian.
Paris Hilton ke?
– Paris Hilton
No comments
Post a Comment