SLIDER

kedai
Showing posts with label kedai. Show all posts

8 Tips Penjagaan Rambut Untuk Korang Yang Berhijab. Tak Susah Pun!

23 Oct 2018


Nama pun mahkota setiap wanita kan, confirm kena jaga elok-elok! Bukan wanita yang freehair je kena jaga rambut, wanita bertudung lagi lah kena jaga tau. Jangan sebab kepala bertutup, korang tak jaga kesihatan rambut. Penjagaan rambut sama penting macam korang jaga muka juga.
Korang bekerja dari pagi sampai ke petang pakai tudung. Sah-sah la rambut korang bertutup dan tak boleh ‘bernafas’. Bila rambut dah tertutup sepanjang hari, ia juga menyebabkan kekeringan dan rambut gugur. No worries! Admin nak kongsi dengan korang macam mana nak dapatkan rambut yang sihat walaupun bertudung.

1. Kenali jenis rambut. Penting tau!

Setiap orang mempunyai jenis rambut yang berbeza. Rambut korang jenis lurus, kerinting atau ikal mayang? Amat penting untuk korang tahu jenis rambut supaya korang boleh decide cara penjagaan rambut yang terbaik.

2. Ketahui masalah rambut dan produk yang sesuai

Terdapat banyak jenis masalah rambut dan kulit kepala seperti rambut kering, nipis, tidak bermaya, rapuh dan yang paling tak boleh lari adalah rambut gugur. Stress kan bila pakai tudung tapi kepala gatal-gatal lepas tu banyak kelemumur dan rambut yang gugur.
Kenalpasti masalah yang korang hadapi. Lepas dah tahu korang ada masalah rambut apa, cuba cari produk rambut yang sesuai. Kalau korang tak pasti dengan sesuatu produk tu, cuba yang trial set dulu. Kalau tak sesuai, korang boleh cuba produk lain.

3. Consult pakar rambut. Diorang lagi tahu!

Sebaiknya korang pergi jumpa pakar rambut at least dua bulan sekali untuk mendapatkan rawatan dan nasihat diorang. Lagi bagus korang buat dulu ujian rambut dan kulit kepala korang.

4. Tak perlu cuci hari-hari

Korang boleh cuci rambut korang secara berkala, contohnya selang sehari atau bila korang rasa kulit kepala dah start berminyak. Sambil-sambil korang cuci tu, urut dan gosok kulit kepala perlahan-lahan menggunakan jari.
Kadang-kadang bila korang cuci rambut waktu pagi dan tak sempat nak kering, lepas tu korang terus ikat dan pakai tudung kan. Haa.. tabiat tu boleh buat rambut korang rosak dan berbau tau!

5. Guna serum & conditioner 

Jika rambut korang melepasi paras bahu, make sure korang menggunakan conditioner selepas syampu rambut untuk rawat hujung rambut yang kering. Elakkan conditioner dari terkena pada kulit kepala.
Lagi satu korang jangan letak terlalu banyak conditioner sebab nanti rambut korang akan jadi berat dan berminyak.

6. Jangan bungkus rambut tu!

Hampir semua orang selalu bungkus rambut selepas mandi betul tak? Haa.. baik korang mengaku cepat! Nak tahu tak, sebenarnya tabiat korang tu tak elok untuk rambut tau sebab rambut akan jadi kerinting dan bercabang.
Sebaiknya korang keringkan rambut dengan cara gosokkan rambut secara lembut menggunakan tuala microfiber. Lepas tu korang biar rambut kering sendiri. Dah kering baru lah boleh sikat.

7. Jangan ikat ketat sangat ye

Lagi satu perkara penting yang korang kena tahu adalah jangan ikat rambut terlalu ketat atau terlalu tinggi. Pakai anak tudung yang selesa dan lembut untuk tutup anak rambut korang.
Cara ni untuk mengelakkan korang rasa pressure atau sakit kepala semasa bertudung dan membolehkan rambut korang tumbuh dengan baik.

8. Air, vitamin dan protein biar cukup!

Rahsia untuk mendapatkan rambut yang segar dan sihat adalah mengambil nutrisi harian yang mencukupi. Lebihkan minum air mineral, makan makanan yang sihat dan berkhasiat dan jangan lupa ambil vitamin untuk rambut.
Barulah rambut korang kekal cantik dan bersinar!
Senang je kan cara nak jaga rambut! Lagi-lagi korang yang berhijab tu. Tak payah susah-susah nak pergi dandan rambut kat salon bagai. Jimat duit hehe.. Semoga tips ni berguna untuk korang ye :)
Kredit : ohbulan

Saat-saat Yang Dinantikan Oleh Seorang Surirumah

1 Aug 2017


Bila suami dapat gaji, benda yang paling best ialah pergi supermarket beli barang dapur. Walau cuma pergi Tesco ke Econsave, tapi itulah.. rasa syok sungguh.

Sebab kadang dalam seminggu, terutamanya suami kerja lebih masa memang tak ada peluang keluar rumah. Itulah realiti seorang wanita yang menjadi suri di rumah. Jadi bila suami ajak keluar beli barang, dia punya feeling, yeay bestnya macam nak melompat bintang 3x. Sebab dapat rasa fresh air (fresh la sangat), cuci-cuci mata, & ada orang boleh tolong tengok-tengokkan anak-anak juga (beza dengan outing sendiri dengan anak-anak).

Jangan tak percaya, ramai je mak-mak yang tak berani nak drive keluar sendiri dengan anak-anak. Macam nak keluar, tapi nanti tak jadi bila mengenangkan kegetiran yang mungkin terjadi. Huuu... sayalah antara orangnya tu. Hihi.

Kadang kalau seharian anak-anak asyik mengamuk, sampai kita sendiri muka pun da takleh nak senyum, suami balik saya terus request kat dia, nak keluar satgi. Dia tanya nak pergi mana? Pergi guardian. Nak beli apa? Nak beli shampu. Lepas tu muka suami saya macam; "Eh bukan kat kedai runcit depan rumah pun ada shampu?" ðŸ˜… Tapi syukurlah dia tetap ikut je tanpa banyak soal. Haha.

Sebenarnya mungkin ramai suami tak tahu, ramai isteri (especially stay home mother) bila dapat keluar pergi watson sekadar dapat try tester perfume, pergi cuci mata kat Tesco tengok nonstick pan atau ke indexliving tengok decoration ruangan rumah, walau tak beli pun dah rasa happy sangat dah. Serius. Aktiviti window shopping ni ibarat terapi untuk mengurangkan stress & menceriakan emosi.
.
Pernah sekali kami pergi beli barang di Econsave, saya berpisah dengan suami cari barang, ternampak seorang wanita yang juga sedang pilih-pilih barang, tup tup kena tengking dengan suaminya yang tiba-tiba muncul.

"Puas cari kat sini rupanya... Belek apa lagi tu! Menghabiskan duit je tahu. Dah jom balik lah!" Lepas marah terus dia berpaling pergi.

Air muka isteri yang ceria tadi tu terus berubah. Saya pun tiba-tiba serbasalah untuk respon bagaimana sebab saya sedar isteri itu rasa malu & nampak seperti sudah mahu menangis. Terus dia beredar.

Sedihnyalah... kadang hanya sebab isteri duduk di rumah, ada jenis suami yang sewenangnya pandang rendah pada isteri. Anggap isteri duduk rumah rehat-rehat, makan & tercongok depan tv saja agaknya. Bila isteri minta apa-apa dianggap menyusahkan & menghabiskan duit. Allah..

Ketika Mu’awiyah bin Haidah RA bertanya kepada Rasulullah SAW; “Wahai Rasulullah, apa hak isteri terhadap suaminya?”

Baginda menjawab,

“Engkau beri makan isterimu bila engkau makan & engkau beri pakaian bila engkau berpakaian. Jangan engkau pukul wajahnya, jangan engkau jelekkan (mencerca, mencela) & jangan engkau boikot kecuali di dalam rumah.” (HR. Abu Dawud & Ibnu Majah)


Maka hendaklah para suami sedar bahawa apa yang dia nafkahkan kepada isteri & anak-anaknya tidaklah bernilai sia-sia di sisi Allah.

Hargailah para isteri, isteri bukan beban. Bahkan jika suami berbuat baik kepada isteri, isteri senang hati sentiasa mendoakan. Doa tulus itulah magnet rezeki buat kalian.

Alhamdulillah 'ala kulli nikmah. 



Peminat Fanatik, Kuala Pilah Syurga Emas Murah

16 Jun 2017


PADA sekitar 80-an, saya pernah teman nenek ke sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah. Kalau tak silap, beli barang kemas untuk nenek sendiri.

Mulanya memang saya mengelak bila nenek mengajak. Dalam hati lebih baik duduk berbaring di katil, membaca novel sambil berkhayal bersama watak dan perjalanan plotnya.

Tapi saya tidak dapat mengelak 'ajakan paksa' nenek.

Melangkah masuk ke Kedai Emas Poh Soon, tiada yang menarik minat saya. Walau kedai itu kelihatan baharu, walau barangan kemas yang tersusun mengeluarkan cahaya berkilau, entah kenapa...hati tidak terpikat.

Lagipun ketika itu bagi saya, barang kemas (emas) adalah aksesori orang tua. Malah melihat perempuan bagai kedai emas bergerak, pemandangan saya jadi semak.

Waktu nenek berbual dengan uncle bertubuh kurus sambil menunjuk-nunjuk barang kemas tersimpan dalam cermin kaca, mata saya melilau memandang arah luar kedai. Tiada yang menarik dalam kedai itu untuk perhatian.

Tapi bila nenek mula tawar menawar, saya mula beralih mengadap.

Nenek bijak berbalah harga. Saya tidak ingat berapa segram emas 916 ditawarkan pada masa itu. Yang saya ingat, nenek akan minta kurang sehingga lebih daripada 10 ringgit selepas uncle kurus buka mulut.

Bila nenek menjeling, saya sudah faham. Saya perlu mendarab jumlah sebenar barang kemas yang mahu nenek beli. Itulah tugas khas saya setiap kali nenek bawa ke kedai emas.

Itu cerita waktu usia saya masih belasan tahun.

Kini nenek sudah lama tiada. Tapi yang paling saya ingat, nenek pernah pesan "kalau beli emas di sini (Kuala Pilah) mesti tawar sehingga serendah RM30 daripada harga pasaran."



Hari ini, Kedai Emas Poh Soon masih wujud di pekan Kuala Pilah.

Saya tidak tahu uncle kurus masih ada di kedai itu atau pun tidak. Tapi yang pasti Kedai Emas Poh Soon dan enam lagi kedai emas lain di pekan Kuala Pilah, semakin terkenal di seluruh Malaysia. Malah ada warga Singapura yang datang ke Kuala Pilah semata-mata untuk beli emas.

Kenapa Kuala Pilah? Benarkah harga emas di bandar kecil ini jauh lebih murah berbanding tempat lain?

Sebenarnya, harga emas murah di Kuala Pilah bukan satu cerita baru. Peminat dan pengumpul emas sudah mengetahuinya sejak lama dulu.
Dan untuk memastikan kebenarannya, Kedai Emas Poh Soon dijadikan premis terjahan pertama.


Daftar persatuan

“Ramai dari negeri luar datang sini beli emas. Mereka cakap harga sini murah berbanding tempat lain,” kata peniaga Kedai Emas Poh Soon, lebih dikenali Poh, 60-an.

Beliau berkata, harga emas di sini murah disebabkan kedai tersebut telah berdaftar dengan Persatuan Pekedai Emas Malaysia.

“Saya tidak tahu harga emas kedai lain kerana ia berbeza. Ada kedai berdaftar dengan persatuan, ada tidak.

“Kalau dulu, harga emas 916 di sini boleh mencecah RM120 segram dan harganya akan berubah setiap hari.

“Hari ini, harga emas RM133 segram manakala harga pasaran luar, RM170. Memang ia jauh lebih murah,” katanya.

Poh yang sudah berniaga selama lebih 30 tahun, sering didatangi pelanggan dari luar Negeri Sembilan.

“Ada pelanggan datang dari Perak, Singapura, Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang, dan semua yang datang ke sini, tahu emas di Kuala Pilah murah melalui internet.
“Walaupun harga murah, kualiti juga bagus setanding di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, pelanggan setia, R Santhi, 46, berkata, kedai ini jauh lebih murah dan kualiti emas juga sangat bagus.

“Saya selalu datang kedai ini untuk beli emas, kerana harganya berbeza dengan tempat lain, lagi pun  pekerja di sini sangat peramah dan membuatkan kita rasa selesa.

“Saya memang tahu emas di Kuala Pilah murah. Malah saya turut mempromosikan kepada adik-beradik, rakan-rakan untuk beli emas di sini. Pastinya amat berbaloi,” katanya.

Rani, 53, pula memberitahu, harga emas di Kuala Pilah pernah mencecah serendah RM120 segram, baru-baru ini.

“Waktu itu, memang ramai orang di kedai emas. Hari ini harga naik sedikit tetapi ia masih lagi antara termurah.

“Tidak semua kedai emas di sini jual harga sama walaupun jarak antara satu kedai dengan yang lain hanya beberapa langkah. Ada yang lebih RM2 hingga RM3.

Orang ramai perlu bijak memilih kedai mana paling murah dan berkualiti,” katanya.
Sementara itu, Zawiyah Hamzah, 65, dari Felda Bukit Rokan sanggup berkunjung ke Kuala Pilah semata-mata mahu membeli emas.

“Makcik sudah tahu, emas di sini murah. Makcik sanggup datang walau jauh. Walaupun murah, tetapi kualiti baik dan sama di tempat lain.

"Di Kedai Chan Kwong, harga emas RM135 segram. Ini pun dah kira murah berbanding di Bahau dan negeri lain,” katanya.

Menurut pekerja kedai runcit, Maisuri A Rashid, 50, fenomena emas murah di Kuala Pilah sudah lama diperkatakan.

“Saya yang kerja di kedai runcit ini pun sering ditanya pelanggan tentang harga emas. Bukan setakat orang Negeri Sembilan, malah dari negeri lain pun ramai.

“Saya akui emas di Kuala Pilah memang murah. Saya suka pergi ke kedai emas Cheah Poh Hing, kerana  banyak design yang cantik dan terbaru,” katanya.

Selain itu, katanya, pembeli boleh memeriksa ketulenan emas yang dijual di mana-mana kedai, bagi mendapatkan kesahihan emas itu, dan terbukti emas yang dijual di Kuala Pilah adalah asli.

“Jangan dengar bila orang cakap, harga emas murah tidak berkualiti. Bohong. Ia berkualiti dan tulen sama sahaja di kedai-kedai lain,” katanya.

Kredit : SinarHarian 

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

###########################################################################

Adakah anda peminat barangan kemas?
Saya bukanlah peminat barangan emas ni tetapi hendak tak hendak, macam mana pun akan ada masanya dalam hidup seorang lelaki perlu ke kedai emas untuk membeli barangan emas bagi dijadikan hantaran pada bakal isteri.
Kita boleh nampak ada pelbagai jenis butik emas yang menjual emas di serata tempat, dengan nama-nama terkenal yang kerap keudara iklan mempromosikan produk emas mereka.
Tetapi saya nak memberitahu anda tentang kedai emas paling berbaloi di Semenanjung Malaysia dengan harga emas murah sekitar RM15 ke RM30 satu gram. Kalau beli gelang 8 gram, kita dah mampu jimat RM120.
Kedai emas yang saya maksudkan adalah pekan Kuala Pilah.
Jika anda berkunjung ke pekan Kuala Pilah atau lebih senang di panggil Pilah sahaja, anda akan perasan kedai emas pasti wujud di setiap deretan kedai di sana. Ini kerana di Kuala Pilah, tidak tahulah apa kisahnya, kebanyakan kedai yang menjual emas di situ tidak berdaftar dengan Persatuan Pekedai Emas Malaysia.
Apabila tidak didaftarkan, penjual emas berhak menentukan sendiri harga jualan mereka yang pastinya berbeza dengan jualan peniaga berdaftar yang perlu mengikut harga persatuan.

Untuk ke pekan Kuala Pilah tidak susah, jika anda dari Kuala Lumpur hanya ikut lebuhraya LEKAS dan ikut saja papan tanda ke Pilah. Dari Melaka boleh ikut jalan melalui Inas sementara yang datang dari Pantai Timur, boleh ikut jalan Muadzam Shah atau jalan Bentong melalui Simpang Pelangai.
Jika anda tanya saya berbaloi atau tidak datang ke Kuala Pilah membeli emas, saya minta anda sendiri datang ke Kuala Pilah dan tengok ragam pembeli di sini. Tanya pada mereka dari mana mereka datang. Jangan terkejut pula kalau rata-rata yang ada di kedai itu bukan orang Pilah.

Kedainya mungkin tidaklah serupa butik serta penjualnya tidak memakai uniform, tapi produknya tetap sama. Saya sangat-sangat mengesyorkan sesiapa yang ingin mencari barangan kemas untuk dihadiahkan sempena perkahwinan supaya datang berkunjung dahulu.
Ada banyak kedai jadi tinjau-tinjau lah dulu. Apa yang saya tahu, pada ketika artikrl ini ditulis jika harga emas di butik mewah berharga RM185 1 gram, di Pilah harganya hanya sekitar RM168-RM170.
Harga pula boleh tawar menawar sampai puas hati. Nak beraya ni, kan lagi cantik kalau isteri kita gelangnya sampai ke siku.
Kredit : Iluminasi 




Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.