SLIDER

bos
Showing posts with label bos. Show all posts

Tak Reti-Reti Nak Bayar Hutang

21 Jun 2017


Assalamualaikum… Harap admin approve luahan aku. Semoga dapat ambil iktibar dan jauhi dari perbuatan ‘tak ambil kisah’ tu. Terima kasih.
Ni masalah masyarakat sekarang.
Dulu masa kat tempat kerja… aku tolong kakak ipar aku habiskan stok tudung dia. Aku bawak la tudung-tudung tu promote dekat tempat kerja. Then kawan aku minat nak beli 2 pasang. Harga sepasang RM45 ringgit. Dia beli and cakap kat aku, “Boleh tak aku bayar lepas dapat gaji?” Aku masa tu ok je lagipun detik-detik nak dapat gaji tu lagi seminggu je. Jadi disebabkan dia nak bayar lepas dapat gaji, aku terpaksa lah pinjamkan duit aku dulu. Masa tu aku takde nak buruk sangka or negative thinking kat dia sebab aku fikir aku kesiankan dia sebab dia nak beli tudung tu untuk mak dia.
Sampai lah hari dapat gaji tu dia senyap. Dia datang kerja. Bila jumpa aku senyap je. Satu hari tu aku pergi jumpa dia aku cakap, “Gaji dah masuk. Bila nak bayar?” “Yelah.. petang ni aku bayar sekarang aku busy.” Dannn…..aku masih lagi ok dan bersabar. Sampai petang tu, dia tak bayar pun. Dia balik awal. Masa tu aku husnudzhon jelah. Apa kau rasa bila ada orang hutang dengan kau, tapi dia buat tak tau je. Nak bayar ke tak kisah? Dan apa pulak kau rasa bila orang hutang dengan kau, kau pulak yang pergi mintak hutang? Dalam kes ni, siapa yang malu? Kau ke orang yang berhutang tu? Bagi aku dua-dua malu. Kau malu sebab tahan muka pergi mintak hutang dan orang yang berhutang tu PATUT MALU jugak sebab DAH LAH BERHUTANG PASTU TAK RETI-RETI NAK BAYAR!
Back to the story, aku dah lamaaaaaa sangat tunggu dia untuk bayar hutang aku. Tapi dia boleh pulak selamba badak je tak rasa bersalah langsung. Macam dia takde apa-apa dengan aku. Ya Allah naik angin betul aku masa tu. Tapi sebab kawan, dia lebih tua dari aku maka aku hormat dia. Tapi bila kerja, be professional lah kan. Tak kira lah kakak ke adik ke, tua ke muda ke HUTANG TETAP HUTANG. Aku pergi kat dia dan tanya elok-elok, “Bila nak bayar ni……” dalam hati aku masa tu sedih sangat-sangat dah lah aku takde duit. Dia kata, “Sabar lah..nanti aku bayar lah…” sampai bila kau nak aku sabar? Aku dah lama sabar dengan kau. Kau kata esok nak bayar. Lepas esok kau kata minggu depan.
Satu hari aku makin geram tapi masih boleh bertahan lagi. Setiap kali jumpa dia, setiap kali tulah benda yang sama aku tanya, “Bila nak bayar?” Sampai kesabaran aku dah habis, aku ugut dia. Aku kata, “Kalau kau tak nak bayar takpe aku tak kisah tapi kau kena bayar dekat bos lah ye.” Sambil senyum sinis ala-ala macam dalam drama. Aku pandang dia diam tak terkata. Terkejut agaknya. Biar lah kejam sikit pun daripada orang yang tahu berhutang tapi tak reti nak bayar tu lagi kejam tahap setan. 
Dia merayu kat aku, “Alaa jangan lah macam tu.. tak baik kau buat aku camtu. Ok ok macam ni, aku boleh bayar dekat kau tapi aku bayar ansur-ansur k?” Kau buat tak tahu je taknak bayar hutang aku takpe pulak? Tak rasa berdosa ke? Baik ke buat aku macam tu? Masa kau nak beli tudung tu aku tak fikir banyak pun yang aku fikir cuma kesiankan kau je pastu bila kau nak bayar hutang aku bayar ansur-ansur pulak? Aku membebel dalam hati. Aku fikir panjang masa tu tak tahu nak percaya ke tak. Aku beri dia peluang kedua. Aku sebenarnya tak boleh terima dia nak bayar ansur-ansur tapi aku terpaksa terima jugak atleast dia bayar.
Esok tu dia bayar aku RM10. Lusa pulak dia bayar aku RM1. Weh!! Dah lah seminggu sekali dia bayar ansur-ansur. Menangis aku nak tunggu cukup RM90. Bukan aku tak sabar. Sebab aku dah lama sabar lah aku dah tak boleh sabar dengan manusia perangai macam ni. Aku sebenarnya tak kisah pun kalau orang nak berhutang dengan aku. Cuma dia perlu tahu tanggungjawab dia bila berhutang. Kalau dia janji nak bayar selepas dia berhutang, aku tak kisah. Kalau dia janji nak bayar hutang esok, lagi lah aku tak kisah janji esok dia dah bayar. Tapi dalam kes ni, bukan kata janji nak bayar lepas dapat gaji, bukan kata nak bayar esok, dah masuk sebulan tak bayar apa-apa pun lagi. Duit RM90 tu banyak bernilai sangat bagi aku yang baru beberapa bulan pertama kali dapat gaji. Hal ni aku dah tak tahan nak pendam sorang, aku luah dekat rakan sekerja. Dia suruh aku sabar je. Ye aku sabar.
Hari ni RM10. Lusa tulat tubing RM10. Lega sikit bila dah cukup RM31. Tapi aku kena cukupkan lagi nak jadi RM90. Banyak kali aku peringatkan dia RM90 okay bukan 90 sen! “Oii perli nampak!” kesah pulak aku. Walaupun aku geram, naik angin dengan perangai dia, perli-perli dia tapi macam aku cakap tadi, kat tempat kerja be professional. Aku baik-baik je dengan dia macam biasa. Gelak tawa macam takde apa. Pergi kedai sama-sama. Balik dari kedai tu, aku tengok duit dia banyak padahal seringgit-seringgit je. aku tak kisah la masa tu aku buat perangai budak-budak buat muka tak tahu malu aku cakap selamba kat dia, “Weh kau malas sangat nak bayar kat aku kan meh biar aku ambik sendiri. Aku ambik RM15 dalam dompet kau eh” “Tak habis-habis ngan hutang dia tu. Ambik lah” eh memang lah tak settle lagi pun hutang kau ngan aku. Memang lah aku sibuk nak cukupkan duit hutang.
Dan hari seterusnya, Alhamdulillah aku berjaya cukupkan RM90. Tapi semua tu aku yang cari dan dapatkan dia untuk bayar. Kalau tak, sampai kesudah lah tak bayar. Mengenai ugutan aku tu, aku suruh dia bayar dekat bos sebab aku nak settle dengan bos. Biar dia berhutang dengan bos pulak. Tapi dia tak bagi aku buat camtu sebab dia takut dengan bos. Aku dengan bos ok je. maka aku pun bersetuju lah dengan cadangan dia tu.
Alhamdulillah walaupun sekarang dah settle hal aku dengan dia, tapi bila ingat balik. Aku rasa geram. Aku harap sangat sekali je aku jumpa orang macam tu. Dan aku harap sangat tolong lah siapa-siapa jangan ada perangai macam tu. Dan aku harap jugak tolong lah KESIAN dekat orang yang kau berhutang tu. Tolonglah tolong sangat-sangat. Kau fikirlah perasaan dia macam mana dia fikirkan perasaan kau saat kau takde duit. TOLONG YE!
– hati pasu
Kredit : IIUMC

Darah Kami Berlainan, Dia Bukan Anak Kandungku

7 Jun 2017



 
Satu hari anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan…… “ Rupa-rupanya selama ini isteri aku.

Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yg merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yg tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yg tahu….

“Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri.” Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya…. “Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejut kan! 

Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yg berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yg mempunyai pengalaman pahit seperti yg saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yg sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa….

“Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yg kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yg saya lalui….. “Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat saygkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yg saya idam-idamkan selama ini……

“Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yg baik juga…..“Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yg baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yg saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya…..

“Kerana terlalu saygkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung…..

“Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yg dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis….“Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat…..

“Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yg boleh dikatakan cantik juga….. “Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan……

“Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas….. “Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yg sama antara negara tersebut….

“Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayg-menyaygi….. “Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. 

Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri…..“Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah….. 

“Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya…..

“Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun. “Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yg pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yg sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa…..

“Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar….. “Apa yg menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyg, puasa, termasuk yg sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. 

Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yg dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yg dilakukan di luar…..“Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. 

Darah kami berlainan…… “Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini…..“Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yg lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine…… “Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali….

“Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis….. “Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia…..

“yg penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yg tidak sabar dan mengikutkan rasa saya. “Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih saygkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan….. “Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi….

“Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menygka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yg saya curahkan kepada dia disia-siakan….. “Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya,” demikian cerita Zain…..

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yg terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yg curang seperti ini?…….

Kredit : sayaphitam



Menagih Cinta Sekretari

30 Mar 2017


Salam sis, saya najwa, berumur 28 tahun. Saya bekerja di sebuah syarikat sebagai seorang sekretari. Di sini saya mula bekerja pada 4 tahun lepas sebagai sekretari junior, kini saya memegang jawatan sebagai sekretari senior yg mana saya mempunyai tanggungjawab dan amanah yang besar di atas tugas-tugas saya. Saya sgt happy , dalam tempoh masa empat tahun saya dinaikkan pangkat dan diberi kepercayaan untuk menggalas tugas baru ini. Saya bersyukur sgat-sgat, memandangkan inilah yg saya cita-citakan, sepanjang saya bekerja disini.

Kat sini , ada 5 org bos. Setiap bos ada sorang sekretari. Jadi selepas saya menjadi senior, saya ditukarkan untuk bertugas di bawah bos A. Kiranya saya masih barulah kat dept ni. Bos saya ni, kalau nak digambarkan dari segi luaran memang sangat kemas, sedap mata memandang, dan sangat manis bila bercakap dengan sesiapa pun pasti rasa takjub mcm tu. Kacak, sekali pandang mmg akan suka. Umur 41, laki orang, wifenya cantik sgt-sgt, mmg sepadanlah dengan dia yg hensem bergaya. Anak 2 org, sepasang ,comel-comel. Wife die bukan setakat cantik, tapi baik hati sgt dan berbudi bahasa.

Baru 5 bulan saya bekerja dengan bos saya ni, kiranya saya dah boleh serasi dengan cara kerja dia. Mmg sgt senang dan mudah untuk berurusan. Kiranya bos saya ni pun mudah untuk memberi kerjasama. Sampaikan saya pun dah kenal rapat juga dengan wife die, sbb kdg –kdg bos saya ajak dtg rumah bila ada keperluan, contoh mcm untuk ambil brg-brg opis . Jadi saya tak pernah ada syak apa-apa yg pelik dgn bos saya.

Nak dijadikan cerita, bos saya dilantik untuk jadi pengurus satu projek. Bermula dari projek nilah kami mula sibuk. Mcm mcm kerja kena buat, jadi saya diperlukan setiap masa untuk tolong bos apa-apa yg patut. Setiap kali mesyuarat, jumpa client kat luar atau pergi tempat site, bos mmg ajak saya sekali. Katanya nak bagi pengalaman mcm mana buat projek. Bermakna diwaktu pejabat waktu siang kami sentiasa akan bersama, pergi mkn sama-sama. Dari situ, bos mula rapat dgn saya. Jika ada waktu lapang bersama, bos selalu sembang bertanya hal-hal peribadi saya, life saya dan mcm-mcm lah. Mula-mula saya ok je. Lama-lama saya berasa pelik dan juga kurang selesa dengan pandangan mata die apabila kami sedang bersembang.

Sehinggalah pada satu hari, sewaktu kami bermesyuarat di luar kawasan, kami bermalam di hotel. Waktu makan malam tu, bos akhirnya meluahkan perasaan die kpd saya. Saya terkejut dan tak tahu nak respons mcm mana. Katanya sejak mula saya diassignkan dibawah dept die, bos dah jatuh hati pada saya, sebab tulah die masukkan saya dalam projek ini sbg tugas khas supaya die sentiasa boleh berdamping dengan saya dan sentiasa bersama dgn saya. Saya mula rasa kurang selesa dan tidak sedap hati.

Seminggu saya tak boleh buat kerja memandangkan bos selalu menagih cinta dari saya. Kemana saya pergi pun, matanya tak pernah lepas mengekori setiap langkah saya. Setiap kali ada kerja luar bersama, saya cuba utk tidak rapat dgn bos. Namun die mmg pandai mengalih keadaan. Mana mungkin saya melukakan hati wife die. Wife die terlalu baik, dan terlebih layak untuk die. Knp bos sanggup buat perkara mcm ni. Saya bertegas utk sesekali tidak menghancurkan kebahagiaan org lain. Saya nekad berterus-terang dengan bos saya, yg saya tak boleh terima cinta die. Ini tidak betul. Saya bgtahu die, ini mesti satu kesilapan. Bos mesti bermain-main dengan perasaan sendiri. Namun bos tetap berkeras mahukan saya.. Dia paham ini salah dia, dan jugak mengaku wife die takde apa-apa kekurangan/kesalahan pun, malah tetap akan menyayangi wife die.  Katanya ini soal perasaan yg tak boleh dibendung. Die kata die sanggup beritahu isterinya untuk jadikan saya isteri kedua.

Saya dah mula rasa takut dan serba salah. Kasihan dengan wife die. Saya tak mahu lukakan perasaan kaum saya sendiri. Kalau saya berada di tempat wife dia, dah tentu saya rasa sedih dan kecewa. Saya mmg nak tolak cinta bos saya. Saya dah bagitahu keputusan saya. Muktamad. Tapi die berterusan memujuk, merayu dan terus menagih cinta saya. Pembaca sekalian, bantulah saya mcm mana saya perlu buat utk bagi bos saya faham dan terima yg saya tak boleh terima cinta dia. Dan juga mcm mana saya perlu yakinkan die bahawa wife die yg satu tu pun dah cukup utk membahagiakan die. Kalau fikirkan jalan pintas , pilihan die mmglah berhenti kerja , tapi saya taknaklah disebabkan benda ni, saya perlu melepaskan kerja saya yg selama ini saya idamkan. Saya pernah mintak tukar dept, tapi tak diluluskan. Kalau ada yg sudi beri pendapat.

Tkasih


Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.