SLIDER

cacing
Showing posts with label cacing. Show all posts

Perlukah Memberi Anak-Anak Ubat Cacing

23 Apr 2024



Penulisan Dr Zubaidi kali ini akan memberitahu kepentingan memberikan ubat cacing pada kanak-kanak. Kadang kala ibu bapa ‘terlepas pandang’ mengenai hal ini. Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh. 

Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan.  Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai. 

Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis. 

Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing. Selain itu cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah.

Terdapat pelbagai jenis cacing yang menjadikan tubuh kita sebagai tempat untuk mereka membesar dan membiak. Antaranya cacing cangkuk ,cacing gelang , cacing benang , cacing kerambit dan cacing pita . 

Oleh itu berhati-hatilah ketika memakan makanan yang dikhuatiri tidak dimasak dengan sempurna. Jika menggunakan tandas awam, pastikan kita membersihkan mangkuk tandas sebelum duduk di atasnya. 

Antara simptom-simptom yang disebabkan cacing dalam tubuh ialah pucat akibat (kekurangan darah merah), cepat rasa lemah dan letih, kurang selera makan, dan abdomen yang kembung. Adakalanya terdapat juga tanda-tanda kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur. 

Cacing-cacing ini akan mengambil nutrien makanan yang diserap ketika kita makan dan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan zat makanan. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak akan menjadi cepat penat dan perkembangan fizikal mereka mudah terganggu. 

Selain itu jangkitan cacing yang kronik memberikan kesan yang merbahaya. Ini bermakna cacing telah berada di dalam tubuh bertahun-tahun tanpa disedari. Sebagai contoh, cacing pita boleh menyebabkan kerosakan pada otak, cacing kerambit boleh menyebabkan luka pada usus sementara cacing gelang boleh menyebabkan usus tersumbat, sembelit dan kembung abdomen. 

Soalan yang biasa ditanyakan kepada saya ialah berapa kerap kanak-kanak perlu diberikan ubat cacing. Tidak banyak doktor yang ingin menjawab soalan ini, malah pakar paediatrician juga seolah-olah merahsiakan ‘formula’ ini. Memberikan ubat cacing selalunya diberikan dalam jarak antara enam bulan hingga setahun sekali. 

Jarang sekali kanak-kanak mengalami kesan sampingan yang merbahaya dari ubat yang dimakan. Selalunya cacing mati yang dikeluarkan akan menyebabkan kulit kanak-kanak itu menjadi ruam dan mereka mengadu kegatalan.   

Deworming secara berkala juga akan membantu mengeluarkan cacing serta telurnya dari usus kanak-kanak yang dijangkiti. Saya mengambil satu contoh produk ubat cacing yang boleh dibeli dari farmasi. Vemizol, adalah ubat cacing berbentuk suspension cecair  yang mengandungi 200mg albendazole dalam setiap 5 ml. Dos yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak itu. 

 Bagi kanak-kanak  antara 1-2 tahun, 5 ml diberikan sebagai dos tunggal. Sementara bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun   ke atas, 10ml diberikan sebagai dos tunggal. Namun jika kita dapati terdapat cacing pada najis di tandas, maka dos ubat cacing ini seelok-eloknya diteruskan selama tiga hari. 

Jika masih lagi terdapat banyak cacing dalam najis pada hari ke-empat atau terdapat bukti bahawa kanak-kanak itu dijangkiti parasit cacing yang kronik, bawalah anak berjumpa dengan pakar paediatrik. Pemeriksaan najis melalui mikroskop akan memberitahu jika kanak-kanak ini telah bebas dijangkiti parasit cacing. 

 Jika keluarga memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, elok setahun sekali binatang ini diperiksa oleh doktor haiwan. Ini kerana dalam kehidupan di bandar, cacing dapat disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan. Selain kanak-kanak, haiwan peliharaan ini juga harus diberikan ubat cacing. 

Di negara dunia ketiga, jangkitan parasit cacing memberikan masalah besar pada kanak-kanak. Ia memberikan kesan kepada mereka dari segi kehadiran ke sekolah. Laporan UNICEF membuktikan kanak-kanak yang diberikan ubat cacing mempunyai berat dan perkembangan fizikal yang sempurna berbandingan mereka yang tidak diberikan ubat cacing. 

Secara amnya memberikan kanak-kanak ubat cacing setiap enam bulan sudah memadai, terutama jika anda membela haiwan peliharaan atau mempunyai risiko-risiko yang saya nyatakan tadi. Jika tidak, memberikan anak-anak kita ubat cacing setahun sekali telah memadai. 

Wa allahu ‘alam. 

Susunan: Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (200611) 


Kredit : Dr Zubaidi bin Hj Ahmad 


10 Fakta Kenapa Babi Haram Menurut Islam ..

28 Aug 2017


Al Quran dengan tegas menyatakan daging babi haram. Bahkan, pengharaman babi disebutkan empat kali. Yakni di Surat Al Baqarah ayat 173, Surat Al Maidah ayat 3, surat Al An’am ayat 145 dan surat An Nahl ayat 115.

Mengapa babi diharamkan? Tentu kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengharamkannya. Rahsianya, hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tahu. 

Namun, ada 10 fakta yang membuat kita mengambil hikmah tentang haramnya babi. 10 fakta kenapa babi haram dalam Islam. 

1. Dalam daging babi terdapat cacing pita
Memakan daging babi memiliki risiko terkena jangkitan cacing pita (sistiserkosis). Kerana daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia yang boleh berpindah ke tubuh manusia yang memakannya. 

2. Kantung urine babi sering bocor
Prof. A.V. Nalbandov menyebutkan bahawa kantung urine (vesica urinaria) babi sering bocor, sehingga urinenya meresap ke dalam daging. 

3. Babi tidak memiliki leher
Secara fisiologis, babi tidak boleh disembelih. Sebabnya, babi tidak memiliki leher. Sedangkan Islam mensyariatkan penyembelihan binatang pada lehernya. 

4. Babi haiwan yang paling rakus
Babi melahap makanan apa pun yang ada di depannya. Ia merupakan haiwan paling rakus di dunia. Bahkan jika makanannya telah habis, ia memuntahkan makanan dalam perutnya dan memakannya kembali demi memuaskan kerakusannya. 

5. Babi haiwan paling pengotor
Jika di depan babi ada sampah, ia akan makan sampah tersebut. Bahkan babi juga melahap kotoran. Hingga kotorannya sendiri pun dilahapnya. 

6. Babi menampung banyak penyakit berjangkit
Selain mengandungi cacing pita (Taenia solium), babi juga mengandungi cacing spiral (Trichinella spiralis), cacing tambang (Ancylostoma duodenale), cacing paru (Paragonimus pulmonaris), hingga bakteri kolera (Salmonella choleraesuis) dan virus kudis (Scabies). 

7. DNA babi mirip manusia
Ditemukannya fakta DNA babi paling mirip dengan manusia, memakan babi dapat dengan mudah menularkan perilaku buruk babi kepada manusia. Selain rakus, perilaku babi yang pernah diobservasi oleh Muhammad Abduh adalah tidak memiliki cemburu. Ketika dua ekor babi jantan dan seekor babi betina dimasukkan kandang, dua babi jantan itu tidak saling berebut tetapi justeru saling membantu untuk berasmara dengan babi betina. 

8. Daging babi payahdicerna manusia
Meskipun empuk, ternyata daging babi payah dicerna oleh pencernaan manusia. Ini kerana daging babi mengandung lemak berbahaya. 

9. Babi merupakan carrier virus Flu Babi
Di dalam tubuh babi, virus AI yang semula tidak ganas bermutasi menjadi H1N1/H5N1 yang ganas dan menular kepada manusia. 

10. Daging babi penyebab utama kanser anus dan kolon
Potensi penderita kanser anus dan kolon meningkat drastis di negara-negara yang penduduknya memakan babi, terutama di negara-negara Eropa, Amerika, Cina dan India. Sedangkan di negara-negara Muslim, pontensinya sangat rendah. 

Demikian 10 Fakta Ilmiah Kenapa Babi Haram dalam Islam. Semoga semakin menguatkan keislaman kita dan senantiasa berusaha mentaati aturan-Nya.





Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.