SLIDER

riak
Showing posts with label riak. Show all posts

Adakah Boleh Dan Dibenarkan Kita Berkongsi Masalah Di Media Sosial? Dr. Zaharuddin Abdul Rahman Merungkai Persoalan Ini

13 Jan 2022

Kita sering dijamu dengan berbagai permasalahan yang diutarakan oleh orang ramai melalui laman sosial Facebook, ianya seolah menjadi satu kemestian bagi mereka yang inginkan jawapan dengan segera dijawab oleh mereka yang bijak pandai.

Berbagai masalah di dalam kehidupan seharian telah dikongsikan oleh mereka-mereka yang berhadapan dengan sesuatu situasi sehingga menyukarkan mereka untuk mencari jawapan yang memaksanya untuk bertanyakan di laman sosial ini.

Biasanya masalah berkaitan dengan rumah tangga, suami isteri, percintaan dan banyak lagi yang sering dikemukakan oleh orang ramai. Setelah luahan dan masalah dimuatnaik, pastinya sesiapa sahaja yang berhak bersuara memberikan pendapat masing-masing dan tak kurang juga memaki serta mencaci dengan kata-kata yang menyakitkan.

Tetapi, adakah kita sedar dan tahu tentang pendedahan masalah yang kita hadapi itu ditanyakan kepada umum yang rata-rata semua orang boleh membacanya adalah dibenarkan atau tidak? Semua ini mungkin bagi sesetengah orang itu mudah dan perkara biasa tetapi disebaliknya mempunyai maksud dan makna.

Sila fahami penerangan daripada Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman ini akan memberikan jawapan kepada semua tentang perbuatan mendedahkan masalah kepada umum itu dibenarkan atau pun tidak.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook.
Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung.

Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya.

Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.

Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya.

Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, jika perlu kongsilah password facebook di antara suami dan isteri, agar bersama-sama sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dibuat. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

Penulis Asal: Dr Zaharuddin Abd Rahman

Kredit : koleksiviral 

Tanpa Sedar, Kita Sedang RIAK Dengan Seseorang

12 Jun 2017


Orang kata:

Dulu riuh di fb kutuk che ta sebab dia kata dia pernah hidup susah. Gaji rm4k jerrrrrrr....

Hari ni pula saya nampak banyak sahabat2 fb share tentang "aliff syukri riak".

Puncanya sebab aliff syukri keluarkan satu kenyataan tentang dugaan hidupnya setelah berpindah ke rumah kampung 8 bilik yang agak sempit sementara menunggu mahligai impiannya siap.
8 bilik sempit lagi???
Riak tahap melangit mamat ni... betul tak?

Tapi tunggu dulu... 

Jangan cepat sangat melatah.
Sebab kadang2 perkara yang sama juga berlaku kepada kita. Cuma dalam skala yang lebih kecil kerana kita tidak semampu che ta dan aliff syukri. Betul tak?
Dan percayalah, benda tu berlaku tanpa kita sedari pun....

Contohnya,

Kadang2 kita bercakap mcm ni...Saya tak berapa minat rumah tengah. Sempit. Nak buat majlis susah. Saya suka rumah tepi. Ada banyak ruang. Kita bercakap santai2 sahaja dan bukan bertujuan untuk mngguriskn hati sesiapa sbb itu skop kemampuan kita. Sahabat yang mendengar akan membuat konklusi sendiri. Riak gila minah ni. Tak syukur nikmat. Aku duduk rumah flat 3 bilik ok jer.. berapa kali ko nak buat majlis setahun? Allah tarik nikmat baru tau..

Contoh lain..

Bezza ok jugaklah.. tp saya suka honda. Tahan lama. Harga tak jatuh. Rasa biasa2 sahaja kan perbualan itu? Sebab yang bercakap berada dalam zon mampu honda. Yang mendengar pula mungkin berada dalam zon yang jangankan Bezza, kancil tahun 2000 pun belum mampu untuk dimiliki akan berfikir riak sungguh engkau ni. Aku kalau dapat Mira pun dah melompat ke langit.

Contoh lebih kecil..

Hari tu saya beli tudung di pasar malam. Harga rm15. Cantik juga. Tapi saya ingat dapat gaji nanti nak beli tudung ariani lah. Ada promosi. Rm80 jer sehelai. Murah weiii. Harga asal hampir rm150 sehelai. Sedap pakai tudung tu..
Yang mendengar akan berfikir...
Rm80 murah???? Riak gila bila bercakap. Aku rm80 boleh beli 2 psg bj anak.

Contoh lebih kecil...

Jom minum kopi.
Kat mana?
Mana2.. zawara ke... stabuk ke.. gloria ke...
Tak naklah.. mahallah kat situ..
Ala.... rm10 jer secawan. Bukan nak minum sepuluh cawan...
Dalam hati..
Ko kaya bolehlah cakap rm10 tak mahal. Aku anak nak kena bagi makan bongok!

Contoh lagi kecil...

Update kat fb.
Masak simple jer hari ni.
Ikan bakar.
Kari ikan masin.
Sambal telur jiran bagi.

(Memang betul dia masak simple pun. Sebab hari2 yang lain dia masak lebih hebat dari itu)

Tetapi yang melihat akan berfikir...
Simple atuk kau... aku dah seminggu makan nasi dengan telur mata!

What's on your mind?

Dia tak tanya whats on your friend's mind?
Jadi orang tu share apa yang dia rasa dalam skop kemampuan dia.
Kita like mana yang baik.
Kalau rasa tak baik abaikan.

Jangan kutuk lebih2. Sebab nanti bila Allah izinkan kita berada kat level macam tu entah apa pula yang akan kita update.

Sebab seperti yang saya sebutkan tadi, benda yang sama pun kita pun buat tiap2 hari sekarang ni tanpa kita sedar dan tanpa secalit pun rasa nak riak dan sebagainya. Orang jer yang selalu salah tafsir. 

Betul tak.. 
-kita sama sahaja-
Terima kasih sudi baca!!

Kredit : Fb NurainiHamzah

 

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.