SLIDER

statistik
Showing posts with label statistik. Show all posts

Fasa Memikat Suami

2 Sept 2017


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada awal 2016, seramai 274,000 pasangan telah bercerai sepanjang enam tahun sebelumnya.

Mengejutkan lagi apabila antara punca daftar penceraian yang disenaraikan adalah masalah komunikasi, campur tangan orang ketiga, pasangan yang tidak bertanggungjawab, masalah sosial atau akhlak, dan penggunaan media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan Instagram. 

Kebanyakan kes penceraian yang direkodkan itu melibatkan usia perkahwinan lima tahun ke bawah dan memberikan satu gambaran bahawa tempoh masa lima tahun pertama perkahwinan sangat kritikal dan penting.  

Apa kata, kita lupakan sebentar fakta tersebut dan menyelami isu ini dengan melihat apakah sebenarnya yang mungkin berlaku dalam tempoh lima tahun pertama perkahwinan. 

Selain itu, bagaimana seorang isteri masih boleh mencari jalan penyelesaian alternatif kepada cabaran dihadapi ini.  

Fasa Persaingan
Anda akui atau tidak, sewaktu mula-mula mengenali pasangan, sebolehnya anda ingin tampilkan versi diri yang terbaik bagi memikat hati si dia. Setiap pilihan pakaian dititikberatkan, penampilan secara keseluruhan menjadi keutamaan, segala-galanya menarik dan sedap mata memandang. Apatah lagi, semburan haruman sudah sebatu jauh pun masih boleh terbayang siapa pemiliknya. Anda bersaing secara tidak langsung, untuk mempersembah diri anda yang terbaik ketika itu.

Zon selesa
Sebaik usia perkahwinan menginjak ke tahun kedua dan seterusnya, diserikan pula dengan kehadiran si kecil – secara tidak langsung – si ibu akan lebih banyak menumpukan perhatian kepadanya. Berada pada fasa zon selesa, keperluan penjagaan dan penampilan diri sudah tidak lagi dititikberatkan kerana fokus dan tanggungjawab sudah beralih kepada si kecil itu tadi.

Percaya atau tidak, antara alasan yang biasa diberi oleh mereka adalah tiada masa untuk diri sendiri, menjaga imej itu tidak penting, malas untuk bersolek dan menjaga penampilan, barangan kelengkapan solekan yang agak mahal, tiada masa untuk membeli-belah, malah kedudukan kewangan yang tidak stabil.

Sebagai perunding imej yang sudah mengadakan bengkel bimbingan imej secara peribadi dan berkumpulan kepada ribuan peserta program daripada golongan wanita bekerjaya , usahawan, selebriti sehinggalah suri rumah tangga sepenuh masa, alasan dan pemilihan perkataan seperti saya malas, saya tiada masa, imej diri tidak penting - beginilah yang sedikit sebanyak telah mensabotaj imej mereka secara tidak langsung.  

Fasa Memikat
Saya boleh membayangkan senyuman anda di sini. Adakah anda hanya patut memikat suami sebelum kahwin sahaja? Oh, tentulah tidak. Lupakan ‘tabu’ bahawa wanita tidak elok memikat, ibarat hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong. Berpegang lama-lama kepada pantang larang sebegini tidak menjanjikan kebahagiaan juga jika tidak mencari, berusahalah dan terus mencuba. 

Dan fasa memikat ini tidak seharusnya berhenti, walaupun sudah sedekad atau separuh abad berumah tangga. Setuju? 

Perlukah cantik pada mata suami?
Ramai yang mungkin tidak ketahui bahawa menjaga imej , bukan sahaja tertumpu kepada penampilan dan penjagaan diri, tetapi juga tingkah laku dan cara kita berkomunikasi. Cantik luaran dan dalaman itu sangat perlu kerana ia memberikan gambaran yang positif kepada personaliti individu tersebut.

Seawal perkahwinan, terapkan komunikasi yang lebih terbuka dan telus, sentiasa bertanya khabar walaupun pasangan di tempat kerja, penggunaan intonasi suara yang baik ketika berbicara dan jadikan mereka sebagai kawan rapat di mana anda berdua sering saling memerlukan.  

Menariknya baru-baru ini , saya terpanggil untuk membuat kaji selidik secara terbuka kepada rakan-rakan di media sosial, dan melontarkan soalan seperti, berapa kerapkah perkataan magik ‘Saya sayang kamu (I love you)’ ini diucapkan kepada pasangan masing-masing.

Agak memeranjatkan juga, bila didapati ungkapan penting sebegini hanya diucapkan setahun sekali sama ada ketika ulang tahun perkahwinan atau sambutan hari jadi, malah ada yang tidak pernah sama sekali.

Jawapan yang diberi itu tadi , benar-benar buat saya termangu seketika. Menganalisis kembali statistik yang dikeluarkan setiap tahun oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Di mana silapnya? 

Mungkin ada yang akan berasa jengkel dengan tajuk ini, perlukah kita cantik untuk suami? Sedangkan rata-rata akan menjawab, si suami patut dipertanggungjawabkan, bukanlah si isteri. 

Suami tidak lagi menunjukkan minat, takkan pula si isteri hendak beriya-iya pula. Ya benar, tetapi persoalannya, adakah anda sudah lakukan yang sebaik mungkin untuk si dia? 



Selain penampilan yang menarik dan sedap mata memandang, pilihan kata-kata, sentuhan kasih sayang dan peranan mengambil berat harus menjadi tanggungjawab bersama sedari awal perkahwinan lagi.

Cantik bukan hanya pada pandangan mata, tetapi komunikasi lisan dan bukan lisan bahasa tubuh belaian sentuhan, seperti semudah berpegangan tangan dengan pasangan. Lakukan sebagaimana anda mula-mula bercinta dahulu. Usah malu untuk memulakan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan pasangan. Malu jika segalanya sudah berakhir dan tiada apa lagi yang dapat diselamatkan.


Kadar Perceraian Tinggi, Antara 40 Aduan Popular Isteri Terhadap Suami

6 Jun 2017


Tak kusangka rupa-rupanya banyak sungguh aduan yang diterima oleh mahkamah syariah dan non government organization (NGO) berkenaan luahan rasa tidak puas hati golongan isteri terhadap suami. 

Semalam saya sempat berbual dengan seorang kawan baru, Khairul or Khairil, seorang peguam yang saya jumpa dalam bas. Dia kata bandar yang mencatat KES CERAI PALING TINGGI ialah jeng jeng jeng..korang mesti rasa Kuala Lumpur kan. Tapi salah tekaan korang tu. Jawapannya ialah Seremban.  

Apa-apa pun, di bawah merupakan 40 aduan popular, semoga golongan isteri-isteri dan juga suami-suami dapat mengambil iktibar. Pesan aku yang dah kawin, kahwin ni umpama tali, kalau seorang tarik, hendaklah seorang lagi mengendurkannya, jangan dua-dua tarik, nanti putus. Bersabarlah banyak-banyak ye. Sekian. :)

40 Aduan Popular

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’.

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa~pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.


29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda…sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin.Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

41. Korang sedar tak no 8 xde dalam senarai?? hehehe...

Sumber : Melayu Kini.
MAA_Official

Kredit : adukapbj


Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.