SLIDER

penampilan
Showing posts with label penampilan. Show all posts

Fasa Memikat Suami

2 Sept 2017


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada awal 2016, seramai 274,000 pasangan telah bercerai sepanjang enam tahun sebelumnya.

Mengejutkan lagi apabila antara punca daftar penceraian yang disenaraikan adalah masalah komunikasi, campur tangan orang ketiga, pasangan yang tidak bertanggungjawab, masalah sosial atau akhlak, dan penggunaan media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan Instagram. 

Kebanyakan kes penceraian yang direkodkan itu melibatkan usia perkahwinan lima tahun ke bawah dan memberikan satu gambaran bahawa tempoh masa lima tahun pertama perkahwinan sangat kritikal dan penting.  

Apa kata, kita lupakan sebentar fakta tersebut dan menyelami isu ini dengan melihat apakah sebenarnya yang mungkin berlaku dalam tempoh lima tahun pertama perkahwinan. 

Selain itu, bagaimana seorang isteri masih boleh mencari jalan penyelesaian alternatif kepada cabaran dihadapi ini.  

Fasa Persaingan
Anda akui atau tidak, sewaktu mula-mula mengenali pasangan, sebolehnya anda ingin tampilkan versi diri yang terbaik bagi memikat hati si dia. Setiap pilihan pakaian dititikberatkan, penampilan secara keseluruhan menjadi keutamaan, segala-galanya menarik dan sedap mata memandang. Apatah lagi, semburan haruman sudah sebatu jauh pun masih boleh terbayang siapa pemiliknya. Anda bersaing secara tidak langsung, untuk mempersembah diri anda yang terbaik ketika itu.

Zon selesa
Sebaik usia perkahwinan menginjak ke tahun kedua dan seterusnya, diserikan pula dengan kehadiran si kecil – secara tidak langsung – si ibu akan lebih banyak menumpukan perhatian kepadanya. Berada pada fasa zon selesa, keperluan penjagaan dan penampilan diri sudah tidak lagi dititikberatkan kerana fokus dan tanggungjawab sudah beralih kepada si kecil itu tadi.

Percaya atau tidak, antara alasan yang biasa diberi oleh mereka adalah tiada masa untuk diri sendiri, menjaga imej itu tidak penting, malas untuk bersolek dan menjaga penampilan, barangan kelengkapan solekan yang agak mahal, tiada masa untuk membeli-belah, malah kedudukan kewangan yang tidak stabil.

Sebagai perunding imej yang sudah mengadakan bengkel bimbingan imej secara peribadi dan berkumpulan kepada ribuan peserta program daripada golongan wanita bekerjaya , usahawan, selebriti sehinggalah suri rumah tangga sepenuh masa, alasan dan pemilihan perkataan seperti saya malas, saya tiada masa, imej diri tidak penting - beginilah yang sedikit sebanyak telah mensabotaj imej mereka secara tidak langsung.  

Fasa Memikat
Saya boleh membayangkan senyuman anda di sini. Adakah anda hanya patut memikat suami sebelum kahwin sahaja? Oh, tentulah tidak. Lupakan ‘tabu’ bahawa wanita tidak elok memikat, ibarat hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong. Berpegang lama-lama kepada pantang larang sebegini tidak menjanjikan kebahagiaan juga jika tidak mencari, berusahalah dan terus mencuba. 

Dan fasa memikat ini tidak seharusnya berhenti, walaupun sudah sedekad atau separuh abad berumah tangga. Setuju? 

Perlukah cantik pada mata suami?
Ramai yang mungkin tidak ketahui bahawa menjaga imej , bukan sahaja tertumpu kepada penampilan dan penjagaan diri, tetapi juga tingkah laku dan cara kita berkomunikasi. Cantik luaran dan dalaman itu sangat perlu kerana ia memberikan gambaran yang positif kepada personaliti individu tersebut.

Seawal perkahwinan, terapkan komunikasi yang lebih terbuka dan telus, sentiasa bertanya khabar walaupun pasangan di tempat kerja, penggunaan intonasi suara yang baik ketika berbicara dan jadikan mereka sebagai kawan rapat di mana anda berdua sering saling memerlukan.  

Menariknya baru-baru ini , saya terpanggil untuk membuat kaji selidik secara terbuka kepada rakan-rakan di media sosial, dan melontarkan soalan seperti, berapa kerapkah perkataan magik ‘Saya sayang kamu (I love you)’ ini diucapkan kepada pasangan masing-masing.

Agak memeranjatkan juga, bila didapati ungkapan penting sebegini hanya diucapkan setahun sekali sama ada ketika ulang tahun perkahwinan atau sambutan hari jadi, malah ada yang tidak pernah sama sekali.

Jawapan yang diberi itu tadi , benar-benar buat saya termangu seketika. Menganalisis kembali statistik yang dikeluarkan setiap tahun oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Di mana silapnya? 

Mungkin ada yang akan berasa jengkel dengan tajuk ini, perlukah kita cantik untuk suami? Sedangkan rata-rata akan menjawab, si suami patut dipertanggungjawabkan, bukanlah si isteri. 

Suami tidak lagi menunjukkan minat, takkan pula si isteri hendak beriya-iya pula. Ya benar, tetapi persoalannya, adakah anda sudah lakukan yang sebaik mungkin untuk si dia? 



Selain penampilan yang menarik dan sedap mata memandang, pilihan kata-kata, sentuhan kasih sayang dan peranan mengambil berat harus menjadi tanggungjawab bersama sedari awal perkahwinan lagi.

Cantik bukan hanya pada pandangan mata, tetapi komunikasi lisan dan bukan lisan bahasa tubuh belaian sentuhan, seperti semudah berpegangan tangan dengan pasangan. Lakukan sebagaimana anda mula-mula bercinta dahulu. Usah malu untuk memulakan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan pasangan. Malu jika segalanya sudah berakhir dan tiada apa lagi yang dapat diselamatkan.


Perempuan Malu Ada ‘Misai’? Ni 5 Cara Mudah Nak Hilangkannya

15 Jul 2017


Disebabkan hormon, ada ramai perempuan yang ada bulu halus di atas bibir yang ketara sampai nampak macam misai. Malu juga nak jumpa dan berbual dengan orang kan. Automatik rasa keyakinan diri semakin berkurang. Tapi apa cara nak hilangkan bulu halus ni eh?
Kami ada 7 cara mudah nak hilangkannya.
1. Serbuk Kunyit
Ambil dua camca teh serbuk kunyit dan dua camca teh susu segar. Campur kan keduanya hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir. Bila dah kering, bilas dengan air bersih. Tapi kena ingat tau kunyit kalau kat tangan pun melekat apatah lagi atas bibir. Jadi, hati-hati okay.
2. Tepung Kosong
Kali ni sama macam cara nombor 1. Cuma guna tepung biasa dan susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut.
3. Gula + Lemon
Cara ni bukan sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat.
Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.
Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).
4. Putih Telur
Ambil je telur kat dalam fridge tu campur putih telur dengan tepung jagung dan gula. Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.
5. Skrub Madu & Aprikot
Cara ini boleh menghakis sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit di damping buat muka anda bersih dan halus. Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit.Buat gerakan membulat pada bahagian bulu dengan lembut. Dah selesai bilas dengan air suam. Siap!

Berbeza Penampilan, Dibenci Mertua Dan Adik-Beradik Suami

11 Jun 2017


HAJAT di hati nak bermenantukan orang Kelantan… Nak buat macam mana, dapat orang Kuala Lumpur…” Kata-kata itu meluncur laju daripada bibir ibu mertua saya saat bersalaman dengan sanak saudara yang hadir pada majlis kenduri kami. Sungguh saya kecil hati dengan kenyataannya. Kata-kata itu disambut dengan hilai tawa saudara sambil menjeling sepintas lalu ke arah saya yang sibuk melayan tetamu lain.

Tiada majlis bersanding atau upacara bergambar. Sekadar jamuan makan dan tahlil diiringi jamuan makan bersama-sama saudara dan jiran tetangga. Suasana harmonis itu membuatkan saya bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan keluarga yang baik ilmu agamanya berbanding saya, yang tidak bertudung dan jauh lebih sosial ini.
Memang, saya berpenampilan tidak seperti adik-beradik perempuan suami yang bertudung labuh dan berbaju litup kesemuanya. Saya tidak bertudung.

Berpakaian tidak cukup kain dan perang rambutnya. Tapi pada hemat saya ketika itu, saya ada budi bicara dan susila. Saya dididik untuk menghormati orang tua dan saudara seagama.


Berkecil hati

Saya amat menitikberatkan soal penampilan dan kerjaya, malah ibu bapa saya seorang yang menjaga kata-kata. Kami adik-beradik diasuh untuk bercakap hanya bila perlu dan tidak suka mengumpat orang sekeliling. Di rumah suami, saya hanya menjauhkan diri daripada orang ramai kerana berasa terasing dan berasa rendah diri apabila diperli.


Pergilah duduk di ruang tamu. Bersembang dengan kakak dan mak. Ambil hati mereka. Kenapa duduk dalam bilik saja?” Tegur suami, setelah lima bulan kami mendirikan rumah tangga .
Arahan suami saya patuhi. Saya ke ruang tamu mengambil tempat berdekatan adik-beradik suami.

Tidak sampai seminit saya duduk, suasana yang tadinya riuh rendah bertukar sunyi. Adik dan kakak ipar termasuk ibu yang empat orang kesemuanya diam tak berkutik.
Mereka seakan hairan dan tidak selesa dengan kehadiran saya di situ. Kakak menguatkan suara televisyen. Mai masuk bilik dululah bu. Tak sukalah ada orang bandar dengar cakap kita. Esok kita sembang ya. Assalamualaikum.” Adik bongsu suami bernama Maisarah mengundur diri.

Dia bersalaman dengan semua kakaknya termasuk ibu, tetapi tidak dengan saya yang sedia menghulurkan tangan. Sudahnya saya termenung sendirian memandang peti TV tanpa perasaan. Saya tidak sedar bila semuanya bersurai.


Semua perbuatan jadi tak kena

Saya baru sahaja masuk ke rumah selepas mengangkat jemuran di ampaian sewaktu terdengar ibu mengeluh sakit kaki. Sudah dua hari saya dan suami bercuti di rumah ibu.
Perasaan kasihan yang tinggi membuatkan saya tidak berfikir panjang lalu mencapai botol minyak panas di atas rak berdekatan.

Saya tarik kaki ibu dan saya urut tanpa meminta izin terlebih dahulu. Saya bukanlah arif fasal urutan tapi kerana menjadi kebiasaan saya mendapatkan perkhidmatan urutan di spa dan pusat tradisional, tekniknya dapat saya tiru dan buat.
Aduhhh! Apa kau buat ni perempuan? Nak bunuh aku ke? Siapa suruh kau tekan kaki aku ni! Pergi sana! Aku tak suka! Sakit...” Ibu menjerit kuat. Kakak keluar bilik dan mendekati kami. Saya belum sempat berikan apa-apa penjelasan sebelum kakak merampas botol minyak angin sambil memukul bahu saya.

Apa kau buat kat ibu? Tak fahamlah manusia tak ada adab macam kau ni. Sebelum nak jaga orang, tubuh kau tu tutup dulu. Jaga dulu. Selepas tu baru ambil tahu hal orang lain...” kata-kata kakak ipar itu melekat dalam kepala saya. Ia berlegar-legar tanpa arah keluar.
Selepas beberapa minggu balik ke Kuala Lumpur pun saya masih tak dapat lupakan apa yang kakak cakapkan. Sindirannya memang sinis dan tajam menghiris hati, tapi saya tidak mampu menafikan kebenarannya.

Ya... saya akui, layanan adik-beradik suami termasuk ibu mertua terlalu hambar terhadap saya. Ia jelas dan nyata menunjukkan betapa mereka tidak suka dengan saya dan tidak pernah bersetuju dengan pilihan abang sulung mereka.
Begitulah hubungan saya dengan keluarga sebelah mertua yang hambar dan terasing. Tapi setiap perkara dan peristiwa yang meruntun jiwa itu saya simpan dalam hati. Tidak pernah sekali pun saya mengadu.

Kirim hadiah dari jauh

Beberapa bulan berlalu, saya ambil keputusan untuk tidak lagi balik mengiringi suami ke kampungnya. Walhal sejak dulu, paling kurang dua minggu sekali kami balik kampung. Saya beri alasan terlalu sibuk dengan bisnes butik saya.
Namun, tanpa pengetahuan suami saya selalu mengirim baju dan telekung atau kain pasang melalui pos kepada keluarga suami. Ibu, kakak dan adik-adiknya semua dapat hadiah.

Dalam kiriman itu saya letakkan kad dengan ucapan maaf dan nyatakan ia sebagai pengganti diri. Setiap kali suami balik ke Kuala Lumpur, dia sampaikan salam dan pertanyaan daripada keluarganya kepada saya. Saya hanya mendiamkan diri.
Perubahan diri saya ke arah Muslimah yang lebih baik disambut baik oleh suami. Dia senyum dan sering memuji kecantikan saya saat mengenakan hijab dan baju kurung.

Dari dalam hati yang paling jauh, saya akui saya lebih selesa berpenampilan begitu. Mendapat suami yang baik yang sentiasa membantu memantapkan pengetahuan agama saya membuatkan saya rasa amat bertuah dan istimewa.
Setiap perilaku dan cara berpakaian adik-beradik suami sebenarnya sentiasa menjadi perhatian saya. Saya cemburu dengan mereka. Meski pun saya dilayan hambar tetapi ada kelebihan dan kecantikan dari luaran mereka dalam bab berpakaian.

Hari ini, setelah setahun lebih saya tidak balik ke kampung suami, ibu sudah rajin menjenguk saya di sini.
Layanan ibu juga semakin baik malah ibu selalu membawa bekalan yang dimasak dari kampung ke rumah saya. Antara kata-kata ibu yang paling saya ingat adalah kebaikan saya melayannya walaupun dia tidak menyukai saya.

Anak-anak ibu pun tak pernah kirim hadiah atau telefon ibu bila masing-masing balik ke bandar. Sha sajalah yang ambil berat kat ibu...” Ibu sudah selalu berbual-bual dengan saya sewaktu memasak di dapur dan paling utama, senyuman yang paling payah diukir kini selalu melekat di bibir ibu. Saya mendoakan hubungan kami semakin jernih dan akhirnya lebih akrab suatu masa nanti.


Luahan rasa daripada kiriman:
Aisyah, 26,
Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Kredit : sinarharian



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.