Risiko Kanta Lekap
6 Jun 2024
Memakai kanta lekap bukan sahaja memudahkan rutin harian dilakukan tanpa gangguan, malah ia juga memberikan keselesaan kepada pengguna kerana tidak perlu lagi mengenakan kaca mata.
"Perkongsian Informasi, Pendapat, Tips, Luahan, Travel, Kisah, Petua, Pengalaman, Resepi, Dan Pelbagai Artikel Yang Bermanfaat"
Program ini memberi fokus kepada guru dan murid beragama Islam di sebanyak 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.
Selain itu, Kurikulum Pendidikan Islam di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara juga akan dimantapkan dengan modul pembelajaran Hadis 40 Imam Nawawi yang dijangka bermula Jun 2024 ini.
Modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi ini juga seiring dengan inisiatif Program Tabika Pra Tahfiz yang dilaksanakan KKDW bermula tahun ini. Oleh itu, pada Jun ini guru-guru KEMAS yang terlibat dengan program Tabika Pra Tahfiz yang akan menjalani kursus dan latihan dapat merangkumi sekali modul pembelajaran Hadis 40 ini dalam program tersebut.
Bagi yang pertama kali mengetahui mengenai hadis ini, sudah tentu terdapat banyak persoalan-persoalan yang berlegar di fikiran berkaitan hadis ini. Di bawah dikongsikan serba sedikit penerangan ringkas mengenai Hadis 40.
PENGENALAN HADIS 40
Hadis 40 adalah merujuk kepada himpunan senarai 42 hadis-hadis Nabi Muhammad SAW oleh Imam Al-Nawawi. Hadis-hadis ini mencakupi pelbagai aspek , antaranya tentang iman, moraliti, tingkah laku dan sebagainya yang dijadikan panduan cara hidup menurut agama Islam.
Imam al-Nawawi telah mengumpul sebanyak 42 hadis sahih ini yang sebahagian besarnya terdapat di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Beliau menghimpunkan hadis-hadis yang menjadi prinsip-prinsip asas agama dan memilih hadis-hadis yang disifatkan oleh para ulama sebagai separuh daripada Islam atau sepertiga Islam atau seumpamanya.
Terdapat sebuah riwayat tentang kelebihan menghafal 40 hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas:
مَنْ حَفِظَ عَلَى أُمَّتِي أَرْبَعِينَ حَدِيثًا مِنْ أَمْرِ دِينِهَا يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقِيهًا عَالِمًا
Maksudnya: “Sesiapa yang menghafaz untuk umatku 40 hadis berkenaan urusan agamanya, dia akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang faqih dan berilmu.”
APA ITU HADIS
Hadis adalah kata-kata dan jawapan Nabi Muhammad dalam menjawab pertanyaan umat Islam pada masa lampau. Hadis diinterpretasikan bersama dengan Al-Quran dan merupakan sumber penting dalam agama Islam.
Berbeza dengan Al-Quran yang ditulis selama hidup Nabi Muhammad, hadis disampaikan secara lisan dan kemudian dirakam sebagai sejarah lisan berdasarkan apa yang didengar oleh mereka yang hidup pada masa Nabi.
Terdapat beberapa jenis hadis seperti hadis sahih, hadis hasan, hadis qudsi hadis palsu dan sebagainya.
TEMA HADIS 40
Tema yang disentuh dalam himpunan hadis 40 ini ialah berkaitan niat, ibadat, iman, ihsan, ketentuan takdir, halal, haram, nasihat, jihad, ketaatan, keyakinan, kasih sayang, kehormatan diri, menghargai orang lain, akhlak mulia, mengikut sunnah, bersederhana, penghakiman, mencegah kemungkaran, persaudaraan dan taubat.
KEISTIMEWAAN
Terdapat banyak keistimewaan Hadis 40 karya Imam al-Nawawi ini. Antara keistimewaannya ialah:
1. Mencakupi semua hadis berkaitan kehidupan manusia.
2. Selari dengan ajaran islam
3. Hadis-hadisnya menjadi asas kepada kaedah agama yang penting.
4. Hadis-hadis dalam kumpulan ini memiliki sanad (rantai perawi) yang kuat dan diakui oleh para ulama hadis.
5. Salah satu sumber pengajaran yang paling popular dalam Islam. Hadis-hadis ini sering dipelajari dan diajarkan oleh para ulama dan pendidik Islam di seluruh dunia.
6. Terdapat penjelasan ringkas berkaitan setiap hadis untuk memberikan pemahaman tambahan tentang pesanan yang terkandung dalam hadis tersebut.
RINGKASAN ISI KANDUNGAN
APAKAH ITU KAYAP ?
Kayap ialah penyakit atau jangkitan kulit yang disebabkan oleh virus yang ada dalam sistem saraf. Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster. Kayap terjadi apabila tisu dorman seperti virus cacar air (chickenpox), varicella zoster menjadi aktif semula dalam tisu saraf.
Jangkitan akan muncul dalam bentuk ruam merah pada kulit, sensasi cucukan halus (tingling), gatal, sakit yang tertumpu pada satu tempat, dan sensasi kepanasan. Ruam yang melepuh (blistering) mungkin terbentuk pada bahagian badan tetapi ini tidak terjadi kepada semua pesakit kayap. Biasanya, kayap atau lepuh akan timbul di bahagian torso, leher, atau muka. Kayap selalunya akan menjangkiti selama dua hingga empat minggu sebelum pesakit mendapat kesembuhan sepenuhnya.
Doktor dapat mengenal pasti diagnosis kayap dengan hanya melihat kepada ruam yang timbul. Kayap sangat jarang menjangkiti orang yang sama lebih daripada satu kali, tetapi kayap mungkin menjangkiti kira-kira 1 daripada 3 orang sepanjang hidup mereka. Walau bagaimanapun, jangkitan kayap adalah berlainan daripada individu ke individu kerana kayap mungkin aktif semula berulang kali.
APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM KAYAP?
Simptom-simptom awal kayap adalah demam, seram sejuk, dan rasa lemah seperti sakit yang kuat, kepanasan, gatal, dan sensasi cucukan (tingling). Ruam dan tompok kemerahan mungkin terbentuk beberapa hari selepas itu. Semasa peringkat awal, kayap adalah tidak berjangkit daripada pesakit kepada orang lain. Tompok merah jambu atau kemerahan mungkin kelihatan pada bahagian badan yang menempatkan sistem laluan saraf.
Simptom-simptom lain yang mungkin kelihatan:
Lepuhan berair – Terbentuk daripada ruam yang kelihatan sama dengan lepuhan daripada cacar air. Lepuhan ini mungkin akan timbul bersama dengan kegatalan dan akan terus menjadi lebih teruk untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, lepuhan ini hanya akan terjadi di satu kawasan dan tidak merebak ke serata tubuh badan.Keruping (scabbing) dan berkerak – Keruping dan kerak pada kulit mula terbentuk apabila lepuhan mula menipis dan mengering. Setiap lepuhan akan mengambil masa selama kira-kira satu hingga dua minggu untuk menjadi berkerak dengan sepenuhnya. Risiko penularan virus menjadi rendah apabila lepuhan mengerak dengan sepenuhnya.
Lilitan kayap– Lilitan kayap kelihatan seperti formasi tali pinggang atau separuh tali pinggang di sekeliling tulang rusuk dan pinggang. Lilitan kayap ini dapat dikenal pasti dengan mudah dan biasanya meliputi bahagian yang luas pada satu bahagian tengah badan.
Kayap oftalmus – Kayap oftalmus menjangkiti saraf oftalmus yang mengawal sensasi serta pergerakan wajah. Kayap ini timbul di sekeliling mata, dahi, dan hidung, dan biasanya datang bersama sakit kepala. Kemerahan dan bengkak pada mata, keradangan pada bahagian kornea atau iris dan mata yang meluyu (drooping) merupakan simptom-simptom yang akan dialami. Kayap oftalmus juga mungkin menyebabkan kehilangan deria penglihatan untuk sementara atau kekal.
Jangkitan – Jangkitan bakteria mungkin berlaku disebabkan oleh lepuhan. Penjagaan yang cermat dengan memastikan bahagian itu bersih dan menahan daripada menggaru akan mengurangkan sebarang kemungkinan risiko jangkitan sekunder. Rawatan yang betul dan awal membantu menghalang bakteria daripada merebak dan menyebabkan parut.
Kayap tidak boleh berjangkit daripada seorang individu kepada individu lain. Tetapi virus cacar air pada kanak-kanak kadang-kala boleh menjangkiti seseorang yang belum pernah dijangkiti cacar air, tetapi bukan kayap. Dalam situasi ini, seseorang itu mungkin dijangkiti cacar air, bukan kayap. Sesuatu jangkitan kayap hanya mungkin merebak melalui sentuhan terus dengan cecair daripada lepuhan dan bukan daripada batuk atau bersin. Kayap adalah lebih susah dijangkiti berbanding dengan cacar air.
CAUSES OF SHINGLES
Penyebab utama jangkitan kayap adalah virus Varicella-zoster yang dorman yang merupakan punca cacar air dan kayap. Virus ini boleh hidup dalam badan manusia untuk bertahun-tahun tanpa menunjukkan atau menyebabkan sebarang simptom. Varicella-zoster termasuk dalam satu kategori virus-virus yang dikenali sebagai virus-virus herpes, sebab inilah kayap juga dikenali sebagai herpes zoster. Kebolehan mereka untuk bersembunyi dalam sistem saraf menjadikan mereka dapat berada dalam badan untuk tempoh yang lama dan akan aktif semula atau “bangun” dalam kondisi tertentu.
Tiada fakta kukuh bagaimana kayap boleh berlaku, tetapi pakar telah mencadangkan beberapa penyebab yang mungkin mengaktifkan virus itu semula:BAGAIMANA MENCEGAH KAYAP
Vaksinasi boleh membantu anda daripada mengalami simptom-simptom kayap yang serius atau komplikasi. Sekarang, kebanyakan kanak-kanak telah diimunisasikan dengan dua dos vaksin cacar air yang dikenali sebagai imunisasi varicella. Bagi orang dewasa yang belum pernah menghidap cacar air, juga perlu mendapatkan vaksin ini. Untuk vaksin kayap pula, imunisasi varicella-zoster akan membantu mencegah simptom-simptom serius dan komplikasi berkaitan dengan kayap. Orang dewasa yang berumur 50 tahun ke atas adalah dinasihatkan untuk mendapatkan imunisasi ini daripada doktor.
Jangkitan kayap boleh dicegah dengan mendapatkan rawatan jagaan yang sepatutnya di tempat dijangkiti seperti membasuh tangan dengan kerap. Memastikan ruam tertutup, kering, dan bersih dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Anda juga perlu mengelak daripada bersentuhan rapat dengan individu yang belum pernah mendapat cacar air atau yang mempunyai sistem imun badan yang lemah. Memakai pakaian longgar akan sangat membantu memberi keselesaan kepada kulit dan mempercepat proses penyembuhan. Sapuan rawatan di kawasan dijangkiti akan membantu melegakan kegatalan.
CARA SEMULAJADI MENCEGAH KAYAP
Kayap masih tidak mempunyai penawar tetapi terdapat beberapa amalan rawatan di rumah yang juga boleh melegakan simptom-simptom yang anda alami.
Mandian penyembuhan – Membersihkan lepuhan dengan kerap boleh mengurangkan risiko jangkitan daripada merebak. Dengan mengamalkan mandian air sejuk atau mandian oatmeal akan dapat melegakan kulit, serta mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
PILIHAN RAWATAN UNTUK MENYEMBUHKAN KAYAP
Buat masa sekarang, masih tiada cara untuk menyembuhkan kayap. Tetapi, dengan teknologi dan kajian terkini, ubatan boleh dipreskribsikan untuk mengurangkan simptom-simptom dan mengurangkan tempoh jangkitan. Sila dapatkan perundingan doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan mana-mana rawatan untuk mengelakkan sebarang komplikasi.