SLIDER

hari raya
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Duit Raya Beri Motivasi, Didik Amalan Sedekah

14 Apr 2024



AIDILFITRI disambut hari ini, menjadi kemuncak kepada ibadat puasa sebulan pada Ramadan. Lazimnya, Aidilfitri diraikan penuh kemeriahan.

Daripada deretan persiapan serba baharu seperti pakaian dan kuih-muih hingga aneka juadah makanan terhidang. Golongan paling gembira tentulah kanak-kanak kerana inilah peluang menziarahi sanak-saudara dan jiran tetangga, di samping peluang mendapat duit raya dari tuan rumah.

Namun, wujud polemik dalam masyarakat mengenai pemberian duit raya kepada kanak-kanak ketika sambutan Aidilfitri.

Dari aspek positif, amalan ini sebahagian ibadah bersedekah disulami dengan tradisi baik atau uruf sahih dalam bentuk pemberian duit raya. Bersedekah adalah lanjutan amalan dilakukan dalam Ramadan.

Ia juga dapat membuka ruang interaksi kanak-kanak dengan komuniti kejiranannya. Pada hari biasa, rutin mereka hanya dalam lingkungan rumah-sekolah sahaja dan tidak terdedah jiran sekeliling.

Pemberian duit raya turut menggembirakan kanak-kanak ketika hari raya. Ketika sebelum era pandemik COVID-19, masing-masing berlumba membuat kutipan terbanyak.

Duit diterima biasanya dibelanjakan di kedai berhampiran, sekali gus secara tidak langsung menggerakkan ekonomi setempat. Selain itu, ada juga menyimpan duit diterima.

Namun, aspek negatif yang menjadi pertimbangan golongan menolak amalan ini adalah ia sebahagian didikan bersifat materialistik. Kanak-kanak diajar mengharapkan duit daripada tuan rumah, bukannya menziarahi jiran untuk saling mengenali dengan ikhlas.

Malah, pemberian ini dikatakan membuka ruang kepada gejala rasuah kemudian hari kerana mereka dididik mengharapkan ganjaran orang lain disebabkan berpuasa.

Ibaratnya, ia proses sosialisasi rasuah dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, terdapat dakwaan amalan ini menambah beban kewangan pemberi kerana seolah-olah menjadi kewajipan memberi duit raya ketika sambutan Aidilfitri.

Ada juga mempertikaikan sedekah selepas Ramadan yang kurang fadilatnya berbanding Ramadan. Mereka memilih untuk memberi duit raya ketika Ramadan.

Di samping itu, tradisi ini juga didakwa meniru budaya kaum lain, iaitu tradisi angpau masyarakat Cina ketika menyambut Tahun Baharu Cina. Peniruan ini dikaitkan unsur tasyabbuh (penyerupaan) dilarang dalam Islam.

Pada pandangan penulis, tradisi sampul raya atau pemberian duit raya sebahagian amalan sedekah digalakkan dalam Islam.

Anjuran amalan ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT: "Dan belanjakanlah sebahagian apa Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang antara kamu; lalu ia berkata, "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) aku sampai waktu dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang soleh." (Al-Munafiqun: 10)

Begitu juga hadis Nabi SAW: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, sedekah apakah paling besar pahalanya?"

Baginda menjawab: "Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menunda-nundanya hingga tiba ketika nyawamu berada di tenggorakanmu. Lalu kamu berkata, si fulan begini (punya ini) dan si fulan begini. Padahal harta itu milik si fulan. (HR Bukhari)

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis itu, jelas amalan bersedekah dianjurkan dalam Islam, tanpa terikat masa atau bulan tertentu. Setiapnya ada ganjaran ditentukan Allah SWT.

Selain itu, pemberian duit raya tujuannya tidak lain untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak berpuasa dan menziarahi rumah jiran. Ia membuka ruang kepada saling kenal-mengenali.

Tradisi ini biasanya dilakukan hingga pada usia tertentu sahaja. Apabila meningkat remaja, mereka akan rasa malu menziarahi jiran bagi mendapatkan duit raya.

Dalam dakwaan sosialisasi rasuah, tiada bukti jelas menunjukkan hubungan antara pemberian duit raya ketika zaman kanak-kanak dengan penerimaan rasuah apabila dewasa.

Ini kerana kanak-kanak hanya memikirkan keseronokan mengumpul duit untuk membuat simpanan dan perbelanjaan. Perbuatan menerima sampul rasuah bukanlah kebiasaan umum orang Islam masa kini. Sebaliknya motivasi penerimaan rasuah atau sampul ini dipengaruhi pelbagai faktor lain.

Dalam dakwaan peniruan dengan budaya kaum lain, asasnya terdapat perbezaan jelas antara kedua-duanya. Dalam amalan pemberian angpau, ia dikaitkan beberapa cerita legenda Cina.

Antaranya, azimat melindungi kanak-kanak daripada gangguan hantu Sui ketika menjelang Tahun Baharu Cina. Tidak semua orang boleh memberi angpau. Hanya orang sudah berkahwin boleh memberi kerana dianggap sudah dewasa.

Bagi yang sudah dewasa tetapi belum berkahwin tetap boleh menerima angpau. Ini kerana angpau juga menjadi lambang pembawa kebaikan termasuk jodoh. Duit diberikan mesti baharu dengan jumlah genap, selain daripada angka empat.

Masyarakat Cina menganggap pemberian sampul merah untuk mendapat kebaikan dan nasib baik sepanjang tahun. Jelasnya, kedua-dua amalan pemberian duit raya ini disandarkan pada latar berbeza.

Polemik juga ditimbulkan berkaitan tradisi ini berkaitan dengan fadilat bersedekah. Ini kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda bagi amalan bersedekah pada Ramadan berbanding Syawal. Justeru, pemberian duit raya dilakukan dalam Ramadan.

Hakikatnya, boleh saja duit raya diberi pada Ramadan, tetapi kanak-kanak hanya menziarahi jiran tetangga pada 1 Syawal. Malah, amalan pemberian sedekah ini kesinambungan daripada apa diamalkan dalam Ramadan.

Ini kerana amalan bersedekah bukan hanya terhad dilakukan pada Ramadan semata-mata.

Begitu juga pandangan menganggap pemberian duit raya sebagai kewajipan selepas tradisi itu semakin subur dibudayakan dalam masyarakat setiap kali hari raya.

Bagi mereka pemberian ini membebankan. Jika dilihat dalam pengamalannya, tiada batas pemberian minimum dan maksimum ditetapkan asalkan seikhlas hati dan dapat menghiburkan hati penerima.

Sifat berkira ini bertentangan dengan galakan sedekah dianjurkan Islam. Tidak perlu rasa terbeban jika tidak mampu disebabkan tiada paksaan.

Bagaimanapun, dalam suasana meraikan sambutan Aidilfitri dengan pembudayaan norma baharu ketika pandemik COVID-19, amalan pemberian duit raya boleh memanfaatkan pelbagai teknologi ditawarkan terutama berbentuk tanpa sentuhan.

Antaranya, aplikasi DuitNow dan QRPay ditawarkan pihak bank, pemindahan terus ke dalam bank akaun penerima dan kredit e-dompet.

Justeru, amalan pemberian duit raya selari dengan Islam kerana walaupun ia bernuansakan tradisi, ia bertitik tolak daripada amalan sedekah. Tegasnya, tidak semua tradisi masyarakat setempat itu tidak baik (fasid). Bahkan selain dapat memperoleh ganjaran pahala, ia juga dapat menceriakan pihak menerima duit raya terutama kanak-kanak.

Kredit : Penulis adalah Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli

Aku Ada Anak Yang Suka Explore Dan Aktif, Nak Share Sikit Tips Bila Bertandang Ke Rumah Orang

9 Jul 2017



Selamat hari raya, maaf zahir batin. Kali ni aku nak share sikit tips sebagai bapa yang mempunyai 4 org anak lelaki yang suka sgt nak explore. Alhamdulillah, setakat ni x da la bencana2 besar yg diorang pernah buat asl g rumah org lain, setakat air tumpah sket tu ada la. 

Tip pertama, jgn dtg umah chefwan, eh silap, pilih betul2 rumah yang sesuai. Terus terang, semenjak anak pertama aku lahir, ada benda yg aku korbankan, aku terpaksa hadkan sesi datang beraya rumah kwn2 aku, sbb aku faham, isteri aku mmg payah nak handle anak aku dan agak bahaya sekiranya aku sangkut menyembang dgn kwn2 lama. Kalau pegi rumah kwn isteri tiada masalah, cuma kena bersedia utk bagi signal kt bini bile waktu kecederaan.

Tip kedua. Fikir samada perjumpaan kita tu mmpunyai nilai yg lbih tggi dr rm10 ke x. Andai lbih tggi, invest sket bli mainan yg murah kt giant atau econsave. Seyes, bnder ni nampak simple tapi dah bnyk sgt mmbantu. Budak2 bukan peduli pon mainan tu brp ringgit, janji baru keluar plastik, memang semua teruja. Mainan ni bukan utk anak aku je, kalau berlaku perang rebut mainan dgn anak tuan rumah, mmg masa sesuai utk keluarkan. Kalau beli bnyk, jgn trus longgok keluarkan, ambil masa 30 minit baru keluarkan mainan kedua.

Tip 3, pastikan kedudukan tisu atau kain lap. Kalau boleh, amek siap2 letak dlm poket or tepi kita, jgn dh jd bncana sperti air tumpah dan mengalir, baru nk kelam kabut mintak kain. 

Tip 4, tgk menu mknn, elakkan berkuah. jgn kita fikir sgt nk bg anak makan kenyang2, diorang kalau dah exited, maner pndang makanan. Kebanyakan masa, anak2 makan sesuap dua je, pastu sambung main. Dlm kete baru mengadu lapar.

Tip 5, andai anak bergaduh, time ni boleh pakai strategi mainan rm10 atau pon nk jimat lagi gula2 lolipop. Kita suh anak kita yang pass gula2 tu pada budak lain, korang akan trkejut biler tgk betapa cepatnya budak2 ni berbaik.. yg penting, bertindak, jgn main biar je anak kita dibuli or membuli org lain.

Tip 6. Tengok dahulu susunan perabot, buat simulasi cara bermain anak kt rumah tu. Pkir keupayaan diorang nak mencapai, nak berlari, nak melompat. Kalau dlm rumah macam pameran muzium, baik duduk luar je dengan anak mkn kuih raya.

Tip 7, cubit . Kalau ada buat salah mmg tu je tindakan paling minimum tapi pedih. Kadang2 aku tau yg perbuatan ni x datangkan apaper utk anak aku, sbb dh imune ngan cubit ni, tapi sbb nk puaskan hati org lain, kena beraksi gak la. Nnti ckp belakang kt FB plak.. hehehe .. pernah sekali tu, aku nk cubit anak aku, tiba-tiba ada sorang brader ni dtg, genggam tgn aku kuat2 , dgn muka yg nmpk sedih sgt2 dier ckp, " biar la bang, budak2 tu bang, kesian bang" entah kenapa aku tgk muka dia jadi sayu dan tersentuh pulak. aku doakan brader tu sentiasa didalam rahmat.

Tip 8. Zaman sekarang, kebanyakan tv dh ada player video pki usb. Bwk siap2 thumbdrive yg ada semua video feberet anak2. Kadang2 mmg muka x malu je mintak tuan rumah psgkan, tp, selalu nya diorang enjoy je.

Tip 9, gunakan tablet or ipad, ini antara bnda yg selalu aku praktikkan sblm ini sehinggalah anak aku kedua disahkan mempunyai simtom speech delay. Setelah hampir 2 tahun aku bawak ulang alik hospital utk terapi, mmg kitorang dah kurangkan gadget2 skrin besar utk anak2. Tapi utk jumpa chef wan mmg kner kluarkan gak kot.. eh eh..

Sebenarnya bnyk lagi tips2 yg lain, yerla, lain anak lain minatnya. 

Yang penting orang kena paham, geng2 anak ramai ni kalau dtg berziarah mmg niat selalu satu je la, utk silaturrahim .Tgk la berapa bnyk persediaan diorang kener buat sblm dtg, semua kene siap fizikal mental, bukan dtg rumah sbb mknn, sbb nk tgk hiasan rumah dan lain2.. itu belum kena lagi dgn anak yg ada masalah autism or adhd. 

Kalau korang biasa g terapi kanak2, mmg akan jmpa.mcm2 lagi masalah pada budak2 istimewa begini. Mereka dan ibu bapa perlukan sokongan dari kita, kalau kita asyik nak berkira dgn kesusahan yg hanya dtg setahun sekali, bayangkan diorang yg menanggung segalanya 24 jam.

Kadang2 tetamu yang rasa sgt susah utk dtg tetapi sanggup hadir semata2 utk berjumpa dan kita melayan mereka dgn sempurna akan lbih mendatangkan rahmat utk kita. Janganla kita cepat sgt mengata buruk aib tetamu sehingga dihebahkan seperti satu sesi meluah perasaan beramai2. Semuanya atas punca anak2 yg belum pon baligh tu...

Artikel ni halal untuk disebar luaskan. Mungkin ada sahabat Facebook kita yang sangat perlukan tips ini untuk mengawal sedikit kelakuan anak2 yang ber akal panjang ini. Semoga yang kongsi artikel ni pun akan diberi pahala olehNya. Silalah LIKE, TAG dan SHARE sekiranya bermanfaat.

Follow Salahuddin Sharif untuk artikel selanjutnya..

Kredit : Fb Salahuddin Sharif 


Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.