SLIDER

Pengakuan Seorang Suami Yang Curang

30 Nov 2014



Kredit: SinarHarian 

Pagi ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak. Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan... Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis. Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA. Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali.

Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya. Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya. “Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...” Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti. Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa.

Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa... Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling. Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.

Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri? Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu?

Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati. Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.

Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...

Masa Susah Cari Isteri, Masa Senang Abai Tanggungjawab Sebagai Ketua Keluarga

31 Oct 2014


Kredit : UtusanMalaysia

"SUDAH banyak kali saya dengar cerita suami kalau masa susah dia sayang isteri dan anak-anak, tetapi apabila hidupnya berubah jadi senang dia lupa diri, Itu cerita Zurina dalam e-melnya. "Saya berkahwin kira-kira 15 tahun lalu. Saya sedar memang kami tak sepadan, tetapi saya tak kira mungkin dia jodoh kami. Adik-beradik nasihatkan takut saya kesal kemudian hari, kerana mereka tahu perangai saya yang pemurah. Tetapi emak doakan semoga saya bahagia dan hidup aman damai. Berkat doa emak saya teruskan berkahwin. "Saya ada ijazah sementara Fikri ada SPM, tapi dia rajin buat bisnes, kecil-kecilan katanya. 

Saya tak kisah asalkan dapat rezeki halal. Masa meminang, dia bagi hantaran RM8,000 ketika itu agak tinggi jugak, keluarga kami tak mintak, keluarga dia yang beri. Lepas kahwin kami pindah cari rumah sewa, takkan nak duduk rumah emak. Kenalah berdikari. "Setelah pindah malangnya Fikri kata dia tak ada duit nak beli mesin basuh, dapur dan kerusi meja, apa lagi peti sejuk yang saya cadangkan. Dia suruh saya beli dulu, dan bayar ansur-ansur. Ok boleh, tapi saya minta dia bayar separuh. Katanya dia tak ada duit, malah nak buat modal pusingan pun tak cukup sebab habis buat belanja hantaran kahwin dulu. Terkejut saya. Takkan dia tak ada simpanan langsung. "Katanya orang bisnes mana ada simpanan, semua guna buat pusingan modal berniaga. 

Duit yang masuk singgah sekejap aja, habis tolak kiri kanan untuk bayar hutang. Malah dia minta kembali duit hantaran dulu untuk buat modal. Bila saya kata dah beri pada emak buat belanja kenduri kahwin, dia naik angin. Katanya takkan emak saya tak berduit langsung nak buat kenduri kena tunggu duit hantaran? "Tiga hari kemudian dia jual kereta, buat modal, dia beli motor. Tapi bila hendak jumpa orang tertentu dia pinjam kereta saya, mangsanya saya kena balik naik bas. Nak tumpang kawan malu, takkan nak cerita suami pakai kereta saya sebab dia dah jual kereta Hondanya. Bila tak ada kereta perjalanan dan kerja saya banyak terganggu, terutama setelah hamil. Memang sakit! Tambahan kawasan rumah saya tak ada bas masuk. Waktu pinjam kereta katanya dia ambil saya bila balik kerja. Tetapi memanjang ada hal dia suruh saya balik sendiri. Sabar lagi! Kerana tak tahan saya terpaksa beli kereta lain. 

"Begitulah masa berlalu begitu cepat hingga saya melahirkan anak kedua lima tahun kemudian. Banyak masalah berlaku kerana duit, tapi saya sabar. Nak jadi cerita rezeki dia bertambah baik, Fikri jadi sibuk tak ketahuan. Memanjang balik lewat malam. Sedihnya bila ada duit dia langsung tak jalankan tanggungjawab beri makan minum anak-anak. Dia suruh saya uruskan macam biasa beli susu, beras dan sebagainya. Sebaliknya Fikri beli kereta baru, dia suruh jual kereta lama saya. Duitnya boleh buat belanja. Sedangkan itu kereta saya bukan kereta dia. Tapi saya sabar kerana dia kata hendak beli rumah. 

Masuk anak ketiga kami pindah ke rumah baru. Saya fikir hidup saya aman selepas ini. Saya tak berkira terpaksa tanggung makan minum keluarga dan susu anak, asalkan kami ada rumah. Bila ada rumah ada masalah pula, emaknya tanya kenapa beli rumah atas nama saya bukan nama Fikri. Mereka tak tahu dia dah blacklist. "Mereka tahu kami beli rumah kerana Fikri canang. Tujuannya beritahu keluarga nak cerita dia ahli perniagaan berjaya. Tapi tak beritahu dia banyak hutang keliling pinggang. Mangsanya saya, keluarga Fikri tuduh saya pengikis harta suami. Mereka tak pernah tahu penderitaan saya selama ini. 

Adiknya desak Fikri buat rumah baru untuk emak kerana syurga di bawah tapak kaki ibu. Dalam Islam anak lelaki mesti dulukan emak, adik-beradik dalam apa-apa hal, bukannya isteri. Betul! Tetapi mereka tahu tak masalah Fikri. Masa dia susah emak dan adik-beradiknya tak ambil tahu, bila senang banyak pulak kata nista dilemparkan kepada saya. "Masuk tahun ke-12 perkahwinan kami, sekali lagi masalah melanda. Bisnes Fikri merudum. Dia terpaksa serahkan bisnes kepada kawan sebab tak ada modal agaknya. Sebelum itu dia berhempas pulas meminjam sana sini untuk teruskan bisnes. Inilah masalahnya jika orang tak tahu beringat dan berjimat ketika berjaya. "Masa duit banyak dia berbelanja besar. 

Tak fikirkan bisnes ada kala naik ada masa turun. Sekali lagi saya dilanda masalah. Saya minta dia berbincang masalahnya, tapi dia mengelak. Kerana marah sebab saya selalu tanya masalahnya, dia tinggalkan kami dan berpindah ke rumah sewa setinggan. Ceritanya terbongkar apabila budak pejabat saya ternampak dia. "Apa yang menyakitkan hati, Fikri tinggalkan hutang rumah berbulan-bulan tak bayar, surat saman dari bank, hutang cukai pintu, cukai tanah dan hutang beberapa buah kedai yang tak berbayar. Saya betul-betul panik. Bila saya telefon dia, katanya kalau nak duduk rumah tu bayarlah, kalau tidak biar bank lelong. Senangnya! "Atas nasihat kawan, saya terpaksa buat pengeluaran akaun dua KWSP sebanyak RM50,000 untuk selesaikan separuh bayaran ansuran rumah. 

Bakinya saya bayar ansur. Saya juga buat pinjaman bank untuk bayar hutang yang ditinggalkannya. Kerana simpanan saya sendiri bukannya banyak, sebab selalu sangat bantu Fikri bila dia sesak. "Bertitik tolak daripada masalah ini saya rasa lega hidup tanpa Fikri. Malangnya bila hutang selesai dia balik ke rumah. 15 tahun berkahwin banyak mengajar saya erti hidup bersuami. Kini hati saya sudah kering dan tidak akan bantu dia lagi, walaupun dia mengacukan parang ke leher saya seperti dulu. Saya sudah buat laporan polis jika sesuatu buruk terjadi kepada saya, polis tahu siapa yang bertanggungjawab, itu cerita Zurina tentang penderitaannya. 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Setelah 2 Tahun Bergelar Surirumah Sepenuh Masa

30 Sept 2014




sejujurnya...

aku tak ingat biler masa aku buat keputusan tuk berhenti kerja..
dan tarikh sebenar2 aku mula menjadi suri rumah sepenuh masa..

dalam kate hati berbelah bagi -masa masih bekerja-
tup2.. ni dah 2 tahun...atau hampir dua tahun..atau mungkin 2 tahun lebih...
aku jadi suri rumah...
betul2 tak ingat tarikh..

aku rasa...
2 tahun lepas..masa qaleef cecah umur 4 bulan..
dan masa raya...
rasanya lah...

sekarang qaleef dah 2 tahun 5 bulan..

maknenya..betul lah kan dah 2 tahun lebih...kot

uhuukksss.. otak dah lemmmss....agagaga..
malas nak kire2....

apapon....

alhamdulillah..

aku bersyukur Allah berikan aku jalan ni kat aku..

aku tak pernah menyesal..seriously...

lepas 2 tahun ni...
aku masih belum ada hati rasa nak bekerje lagi ngan orang..
maksudnya.. bekerje macam dulu..
terikat masa 8 to 5.. lunch hour..cuti public...
atau dalam masa terdekat ni...
memang tak de hati aku ke arah tu.....
tapi tak tau lah pada masa akan datang kan..
mana tau..kot keadaan memerlukan aku tuk bekerja..kan...

tapi kan..sebab aku takde target nak keje kat kempeni orang lagi..
jadi untuk waktu ni.. aku sedang struggle tuk 'bina' kehidupan dalam perniagaan..
supaya.. aku tak perlu bekerja untuk orang lagi..sampai bila2..
insyaa Allah..[semua tergantung pada perencanaan Allah]

kalau ko ingat.. atau ada yang tau..
penyebab aku berhenti kerje dulu...

sebab qaleef...yeeuupp....
sebab anak...
aku lakukan semua apa yang aku lakukan sekarang..

berhenti..jaga anak sendiri..
tengok anak tu dari baby terbaring jer.. sampai lah ni dah boleh berlari melompat..
dari tau ek ok ek ok jer..sampai sekarang dah pandai buat perangai..
nyakitkan hati maknya..puufftt...
dari suci murni..
aku ajar die sendiri...dari segi pendidikan..
mental..fizikal.. akhlak..main..aktiviti...
dari tak tau apa..sampai dah macam2 bende die boleh buat sendiri..
dari setakat tau nanges..
sampai ni dah boleh nak baca sikit2..
alhamdulillah..

nampak macam beronok2 jer bunyik kan..


tapi sebenar2 nya...bukan setakat tu..
bukan setakat kite berhenti kerje [untuk aku yang bekerje dulu]
dan berseronok menjaga anak semata2..
dan tengok jaga anak tu dengan tangan sendiri..
tangungjawap tu berat..
cabaran hebat..
dan..pengorbanan nya besar..
[aku tak angaap apa yang aku 'lepas' kan tu sebagai pengorbanan.. sebab.. apa yang aku buat ni adalah yang sepatut nya aku lakukan tuk anak atau anak2]

mey nak share pengalaman aku awal2 dulu..

hati kene kental dek non...
tak nafikan..
2 bulan pertama berhenti kerja..
aku masih lagi berseronok dengan kehidupan baru aku..
rilek2.. anak kecik lagi..kerje tak banyak mana
-lepas bertahun2 bekerja rasa macam berehat panjang-

tapi yang sebenar2 nya bermula masa..
masuk bulan ke 3 dan ke 4..
aku mula rasa 'sesuatu'...yang tak betah..
yang...hurrrmm.. macamane yer nak cakap..
bukan menyesal..tapi... haaaiihh... bosan kot...haaa..bosan...
bosan sebab rutin yang sama dilalui..
buat kerj2 uamh yang tak semua aku suka..
tapi kene gak hadap..setiap hari..[jujur]
penat tau...
kalau ko nak tau..
pernah gak rasa macam orang gaji...[ini series]


satu masa..masuk bulan ke 4-5
mula aku merengek2 kat laki nak bekerja balik..
tapi dalam masa yang sama..
hati berat dan tak nak tinggal kan anak..

masa tu.. lebih pada emosi..
emosi sangat2 lah kuat masa tu...
aku sangat emosi masa tu..
emosi tu.. bukan jer effect pada aku sendiri..
tapi pada rumah tangga aku..
aku seolah2 masuk dalam fasa 'meroyan'...
sunyi.. penuh ngan emosi.. mudah marah..sensitif..
dan semua tu buat aku kerap bergaduh ngan fared...
sedangkan tak de salah silap hapa pon..
tetibe nak meroyan sorang2...dasaaaattt...
maksud meroyan aku tu.. -mudah naik hangin-

untuk aku..ini bukan pasal kewangan..
tapi.. susuatu yang kite rasa...[lepas napas panjang2] susah nak diterangkan..
lebih pada kehidupan....[kot]
masa tu rindukan waktu bekerja..berkawan...
rindu waktu singgang..

aku nak cerite sesuatu yang lebih realistik..

kehidupan suri rumah sepenuh masa..
tak lah seperti yang korang [atau aku masa awal2 dulu] bayangkan..

apa yang aku bayang kan..??

laki support kewangan.. tak yah pikir apa2..
duduk umah sesaja..ngadap anak..
rasa nak tido..tidor.. rasa nak tengok tv..tengok tv...
rasa nak keluar..kite keluar.. kereta ada..apa ada hal..
rilek2 tenang2 jiwa...

konon nya....

betul...tapi...
bukan semua tu yang akan buat ko betul2 ok..bukan untuk semua keadaan..

sampai biler ko nak rasa macam tu..
duduk sesaja..
mungkin orang yang memang suka duduk 'saja-saja' tak de masalah nak lalui semua tu..
tapi untuk aku.. yang jenis hyper..
lasak..tak suka bermalas2..tak suka na duduk2 termenung tak buat apa2..
bende tu semua jadi satu masalah..
[maksud nya..buat apa yang aku suka]
dan bila kite tak dapat lagi buat apa yang kite nak buat...
tu yang stress..!!

ia nya lebih dari itu...lebih..!!
realiti nya.. menjadi suri rumah sepenuh masa...
dengan anak kecik...[atau mungkin anak lebih dari sorang]
lebih penat dari apa yang di bayangkan...
aku rasa..lebih penat kot dari masa aku bekerja dulu..
[ini pendapat peribadi aku..untuk diri aku sendiri]

sebab.. aku rasa dulu.. kalau masa kerje pon..
ada gak masa aku nak hu ha hu ha..boleh tido waktu tengahari..
boleh chit chat.. borak ngan orang lain..
boleh nak curik2 masa berblog tengahari buta..
boleh nak curik2 membaca apa yang kite suka..
buat hal atau kerje aku suka...tanpa gangguan..
tenang tak tengok umah bersepah..
tenang tak dengar anak merengek melalak tak tentu pasal..
tenang tak perlu nak 'bergaduh' ngan anak..
kalau stress ngan kerje..
habes masa..balik..tak yah pikir..
tapi duduk umah ni.. jaga anak..ngan kerje umah tak pernah abes..
anak ni pulak..makin die besar..makin macam2 ragam tau..
memerintah jer lah keje die kat umah..
pantang tengok mak nya saja2 duduk..
baru start nak membaca.. ada jer kerje die soh kite buat..phheewww...
dan time die melalak tanpa sebab tu..
aku rasa tu antara waktu paling mencabar aku sebagai emak.!!
kalau hilang pertimbangan..kesabaran pon boleh hilang sama..

dan lagi.. ianya datang sepert pakej..
yang ko tak boleh pilih..
ko bukan orang gaji ada kerje2 tertentu yang perlu di buat..
ko suri rumah tangga... yang kene buat semua kerje umah dan menguruskan anak sekali gus..
masa tu lah rasa..kalau laki buat perangai...
malas nak tolong2 bini lagi..
bini punye amuk macam laki curang..!!
mintak di jauhkan...tu aku bagi contoh feeling nya...

sebab.. once ko amik keputusan nak berenti kerje atau menjadi suri rumah sepenuh masa...
ko bukan sekadar menjaga anak ko..
walaupon tu sebab utama ko buat keputusan tu..
expectation suami ko.. keluarga..keluarga mertua ko..
semua sama sekali akan berubah jugak..
ko bukan cinderella yang rajin nak matik..
'malas' sedia ada tu memang tak boleh nak dibantu dah..
tak kira lah ko keje ke tak...
hahahaha...
ko paham tak maksud aku ni...
ni terutamanya laki ko sendiri..
contoh nya...
ko tak ley nak memanjang 'cenekel' tak nak masak..[macam aku selalu buat masa kerje dulu2..]
kalau kerje dulu.. boleh lah ko skip2 masak makan malam ke hapa kan..
beli luar biler balik memanjang lewat..
laki kesian binik balik kerje penat..
atau tak boleh nak biar umah berterabur sepanjang2 minggu sepanjang2 bulan..
yeerrr...expectation laki kite sendiri...
die tau.. die akan set dalam mind die secare otomatik..
bini duduk umah.. ada kat umah...tuk buat semua tu..
harapan nya semua akan terurus...
anak.. laki.. umah...semua mesti perfect...[atau sekurang2 nya terjaga baik walaupon tak sempurna]
haaa...tu semua lah tu...
aku cakap tu..
bukan sekadar ko 'berseronok' nak jaga anak semata..
nan hado oooii..

kite manusia biasa..
akan rasa semua tu..
kekadang merungut atau sesekali perasaan tak ikhlas tu muncul..
[cepat2 istighfar supaya semua pekerjaan tak akan jadi sia2]
mustahil aku akan kelihatan sangat sempurna...

jaga anak tu pon dah penat..
nak hadap lagi expectation laki lagi.. mertua lagi...hurrrrmmm.....
lagi kalau ko anak 2-3-4 dan lebih...mencabar hokeh..mencabar..
aku tak dapat bayangkan..sebab ngan dak qaleef sorang pon tak menang tangan rasanya..
cukup tinggi kesabaran yang perlu di bayar..

ni bukan merungut tau..
INI HAKIKAT..!!
orang selalu di sogokkan ngan 'cerite indah'..
lain lah ko duduk tinggal dalam istana..
jadi puteri raja..
semua orang buatkan..makan berhidang..
lepas makan berkemas...
haaa..tu baru boleh kate beronok-ronok kan...

dan ini realiti nya untuk orang bukan ada2 macam aku ni..
[tetap masih bersyukur ngan apa yang ada]

aku tak bercerite pasal material atau kewangan..
aku bercerite mengenai KUDRAT..

itu maksud aku...

haaaaa....

bukan tak bersyukur yer..
jangan nak manipulasi kan statement aku..
kalau aku tak bersyukur.. dan tak boleh terima semua ni..
aku tak berada di saat aku berada sekarang..
mungkin aku dah keluar bekerje macam dulu2..
dan bagi tangungjawap menjaga anak pada orang lain..

apa yang aku cakap.. realiti nya...
apa yang aku rasa dan lalui sepanjang2 jadi suri rumah ni..

ko cuba rasa dulu [untuk yang dah biasa bekerja]
baru ko tau rasa sebenar2 menajdi suri rumah sepenuh masa...
eeerrrr... aku bukan nak kondem orang bekerje..
aku sendiri pernah rasa semua tu [bekerja ngan orang]
korang yang bekerja lagi hebat..
sebab..dah lah kerje..
pastu balik kerje... jadi suri rumah lagi..
jaga anak.. jaga umah tangga..
hebat ko....

cuma aku nak cerite based on pengalaman aku sendiri..
lagi sekali aku cakap..
bukan merungut..
cerite reality nya....

kang aku cerite yang indah2 jer kang..
poyo nau pulak bunyik nya kan....

berbalik pasal.. aku mintak kat laki aku nak kerje balik tu...

laki aku izinkan..walaupon berat..
tapi die biarkan aku buat keputusan..
die cakap.. die hanya nak aku gembira ngan setiap apa yang aku lakukan..
tapi...sebab kan aku sendiri tak sampai hati nak tinggalkan qaleef..
dan bayangkan orang lain yang akan mencorak kan dia nanti..
macamane aku nak gembira kalau aku amik keputusan tuk bekerje balik kan..

jadi.. aku cuba bertahan..
sampai lah satu masa..
badan aku dah 'terbiasa' dengan kehidupan baru yang aku pilih tu..

masuk bulan ke-6..

semua nyadah ok..
aku dah terima dan belajar mengawal kehidupan baru aku..
pelahan2 aku belajar untuk menikmatinya..
aku buat semua yang awal2 dulu aku rasa kan aku tak mungkin boleh lakukan...

aku berbalik pada niat asal aku..
aku buat kerana apa semua tu..
bukan tuk diri sendiri semata..
tapi ada yang lebih dari tu untuk aku pikul...
aku dah berpeluang merasai nya..
tak kan aku nak sia2 kan nya kan..
hati kene bulat dan kental..

sebelum tu..
aku cuba kawal emosi diri..


jadi..waktu tu...
aku belajar kawal diri..dan fokus pada niat asal aku..
kenapa aku berhenti kerje dulu...
aku cuba alih perhatian aku untuk sesuatu yang lebih mengembirakan..
buat apa aku suka..
isi masa aku yang sama setiap hari tu dengan aktiviti2 anak..
aktiviti sendiri jugak..
macam sebelum ni aku ada cerite...
macamane kite handle masa..
uruskan semua sekali serentak tanpa stress..
dan dalam masa yang sama.. kite ikhlaskan hati lakukan semua tu..
ko ingat nak ikhlaskan hati sendiri tu senang ker...

aku ni... kekadang..ada gak merungut itu ini kat laki... agagaga..
jangan kan kate ko..
laki sendiri pon kekadang pikir macam binik duduk umah goyang kaki semata..
pernah masa awal2 dulu..
aku soh die mintak cuti sebulan..
duduk rumah dan rasa apa aku rasa...
aku nak gi bercuti...hahahaha...
tapi..itu lah kehidupan..
dah itu yang kite pilih keeeennn....
tapi lama2.. bila dah lali...
dan tau macamane nak handle...
tak timbul masalah emosi dah...

sehingga akhirnya..sekarang aku terjebak dalam perniagaan..
alhamdulillah.. Allah beri aku segala yang terbaik..
die tunjuk kan aku jalan atas semua ni..
die berikan aku rezki yang melimpah ruah..
termasuk dapat menguruskan rumah tangga dan anak dengan baik[insyaa Allah]
semua aku anggap hikmah dari Nya..

dan hikmah terbesar atas semua ni..
bukan jer aku dapat menjaga serta mendidik anak aku sendiri..
tapi.. aku dapat jaga dan sama2 lalui saat2 waktu mak aku sakit dulu..
sehingga akhir hayat nya [al fatihah]

aku pernah cakap duluuuuu...sebelum ni..
niat berhenti kerje kene betul..
buat kerana Allah..
suami..
dan anak...

insyaa Allah.. Allah akan 'uruskan' semua nya untuk kite..

serahkan hati kite bulat2 pada Allah bila kite buat sesuatu keputusan..

walaupon aku cerite[yang tak habes]...
macam aku berenti kerje semberono...
secara tetibe...
tapi.. sebelum aku betul2 letak jawatan tu..
melepas kan gaji yang aku rasa besar dan sangat selesa untuk aku..
aku dah serahkan semua nya dulu pada Allah...

aku solat istikharah..tahajud..dan hajat...
bukan setakat sekali dua..atau semalam dua...
tapi semampu boleh...[masa tu hati aku berbolak balik antara kerjaya dan anak]
agar di tunjuk kan jalan terbaik..
di permudahkan urusan..
di tenangkan jiwa..
dengan setiap apa yang akan berlaku..
istikharah.. bukan setakat minta di tunjuk kan jalan..
hajat dan tahajud.. untuk setiap keputusan yang di ambil selepas tu..
agar di kuatkan hati..
dan dipermudahkan rezki selepas dari itu..

dan bila aku buat keputusan tu..
hati aku betul2 bulat..
serta lega..
sebab..aku yakin.. Allah ada...Allah akan berikan jalan yang baik tuk hambanya..
insyaa Allah...
bila kite benar2 serahkan diri kite pada Nya..
kalau buruk sekalipon akan terjadi..
kite tetap kene bersangka baik dengan Nya..
pasti ada sesuatu yang die nak tunjuk dan beri pada kita..
Dia tak akan menghampakan kita.. insyaa Allah...


dan... ini kehidupan aku selepas 2 tahun lebih...

bukan tak de pancaroba..
dan bukan lah semudah yang di sangka [atau dilihat serta 'di baca']
tapi..kekuatan hati tu...
hati kene kental..
semangat kene kuat..
dan tau apa yang kite nak buat..
agar..kehidupan yang kite pilih ni tak akan sia2..

bukan setakat..nak tidur baring..laki hulur duit..gi shoping dan berseronok..

kite nikmati kehidupan kite..
dengan cara yang kite suka..

duduk umah jaga anak..
bukan sekadar ko jaga anak semata..
'jaga' yang setakat jagaaaa...
makan.. minum.. mandi..main...

sebenarnya..bukan setakat tu..
ko kene rajin.. gigih.. tak ley harapkan orang lain..
dah ko duduk umah dengan die..
tak kan ko nak biar tegolek tlentang sampai masa satu umur baru nak hantar gi sekolah..
sementara tu..
ko kena bagi die pendidikan...kehidupan...kegembiraan...
dan segalanya..
kalau lah aku sia2 kan semua tu..
sesungguh nya aku tergolong dalam kalangan orang2 yang sangat rugi..
sebab... setakat nak 'berseronok' jaga anak sendiri,,,

bukan setakat.. mengandung..beranak..dan melahirkan..
tambah anak..lagi dan lagi..
tapi.. lebih dari tu..
apa input yang ko akan beri pada setiap anak tu sendiri..

bukan sekadar ko tak nak anak ko di jaga orang lain..
sebab takut dan tak percaya pada orang lain..
dan seronok tengok anak setiap saat depan mata dalam tangan kita..

bukan hanya semata sebab suami..
yang memang nak isteri duduk umah
jaga keperluan anak dan suami..

tapi...

aku buat kerana Allah...

semoga Allah memudahkan perjalanan kite sebagai ibu...
mampu memberikan pendidikan rohani dengan sempurna..
dalam kehidupan dunia yang sangat mencabar sekarang ni..
insyaa Allah...

haaa...itu untuk aku...
aku yang buat keputusan ni..

dan saat ni..
aku bersyukur sangat2 ngan keputusan yang aku buat 2 tahun lepas..
walaupon letih ya hampun...
tapi.. macam aku cakap lah..
aku melalui kehidupan aku..
aku...MENIKMATI apa yang aku lalui sekarang..
susah senang..sakit perit..
aku amik dengan optimis..

aku penuhi hari2 aku dengan kehidupan yang menggembirakan[la sangat] sebagai seorang suri rumah..hahahaha..
kene gembira... kalau tak..macamane nak menikmati kehidupan kite sebagai isteri dan mak kan..
dan lebih pada itu..
sebagai 'guru' pada qaleef..
aku menjadi 'contoh' dalam kehidupan seharian qaleef..
jadi mana mungkin aku bagi die aura2 negatif  untuk menjadikan kehidupan qaleef yang 'sihat'
sama seperti kanak2 lain...

kalau ko nak tau...
kehidupan aku sekarang..banyak mengajar aku sendiri..
aku belajar mengawal diri..mengawal emosi..
mengawal kehidupan...
bende paling hebat aku belajar [untuk diri sendiri]
iaitu aku belajar mengawal kesabaran aku..
yang dah bertahun2 sejak bujang menjadi azam aku..
series ni tau...
tapi... percaya lah... qaleef yang ajar aku...hahahaha..

semua ni bende2 positif dalam kehidupan..
sapa kata..belajar tinggi2 lepas tu berhenti jaga anak jadi suri rumah tu rugi..
sapa kata... mengejar jawatan..kerjaya dan gaji tinggi tu satu kepusan..
untuk aku... selepas semua tu..aku dah rasa..
dan tak pernah rasa rugi sikit pon..

apa yang aku lalui sekarang...
lebih bermakna dari semua apa yang pernah ada sebelum ni..
ada kehidupan yang jugak mencabar selain kerje yang kite boleh kira..


sekarang.. kalau orang tanya aku..
laki aku tanya.. nak kerje lagi ker [maksudnya kerje opis hour]
aku laju2 jawap.. aku tak nak..
dan... sapa2 tanya..apa kerje aku...
aku tak pernah malu mengaku..
yang aku menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga serta mendidik anak aku sendiri..
aku akan bagitau dengan bangga nya [bukan riya' sebab maksud lain]
sambil muka teruja.. bercahaya..mata bersinar2...bling2...
haaaa...giteewwww..
baru orang tau.. yang memilih jalan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa bukan lah satu kesilapan..
bukan lagi boleh dipandang hina dan kolot..
ni tips untuk orang yang selalu rasa macam menjadi full time house wife tu akan di pandang 'enteng' oleh orang lain...
kite sendiri kene mempertahan kan..
kit buat reverse psychology..
kite keluarkan aura2 positif yang menggembirakan..
sampai orang tu sendiri rasa..waaaaahhh...kagum nya...
[hahahahaha...tampau diri sendiri]

jangan pikir..biler kite amik keputusan tuk berhenti kerje..
menjadi suri rumah sepenuh masa..
untuk anak dan suami...
kehidupan kite akan berhenti..
tak kan wujud lagi cabaran keseronokan dalam kehidupan..
[untuk orang yang suka kan cabaran macam aku]
dan kite akan menjadi katak bawah tempurung..
kite akan 'bungkur'..
apa nak di malukan..??
yang penting..kite bahagia...

kite yang akan tentu kan dan pilih jalan mana yang kite nak..
yang kite suka...

aku seronok mempertahan kan kedudukan suri rumah sepenuh masa..
tak de lagi perasaan 'down' atau rasa 'bungkur' sebab menjadi suri rumah..
aku suka tengok orang muka terkulat2 bila tak dapat nak 'down' kan aku..muwahaha...*keji

cemburu ngan orang lain..??
yang bekerje..yang berduit...
alhamdulillah..dari awal aku tak pernah ada perasaaan yang satu ni..
langsung tak..
orang yang patut cemburu ngan suri rumah macma aku ni..muwahahaha...
nak buat apa kan aku cemburu...
bukan tak pernah rasa...

jalan ni pon tak de sapa yang paksa..
dan dari awal aku dah set dalam diri..
aku akan dapat lebih dari apa yang aku inginkan dalam hidup aku ni..[atas izin Allah]
[tak semesti nya duit..shoping..tu semua akan mebahagia kan kite sampai ke mati]
macam aku cakap sebelum ni ayat atas tu..
selepas semua.. ini apa yang aku nak..[buat masa ni]

orang rajin email aku mintak pendapat dan kongsi pengalaman aku pasal hal2 macam ni..
tak layak aku nak bagi pendapat..
aku sekadar boleh berkongsi..
ni pon..dah 2 tahun.. baru aku berpeluang nak kongsi...

lagi satu..
pasal macamane menguruskan kewangan rumahtangga..
dan jugak.. macamane permulaan keputusan ni di buat..
apa yang patut di ambik kire..

kiteorang pon bukan lah kaya raya pon masa aku berhenti kerje dulu..
sampai saat ni pon..kehidupan kiteorang serba sederhana..
tak bermewah2...
satu perkara.. aku yakin dengan rezki Allah..
selagi berusaha.. insyaa Allah.. Allah akan tunjukkan jalan..
rezki tu kan datang dari Nya..
tapi harus ada perancangan..

tu nanti aku kongsi kan..insyaa Allah..

apa aku share ni..
amik dari sudut positif..
dengan rendah hati aku berkongsi kehidupan aku kat sini..
kehidupan yang tak sempurna mana..
dan yang tak de kaitan dengan orang luar lain..

tak kire sapa pon kite...
suri rumah..bekerje.. buat semua kerana Allah..
bukan duit...bukan anak.. bukan suami semata2...
insyaa Allah semua akan ok...
tak semesti nya jalan yang kite pilih ni baik tuk kite dan baik jugak tuk semua orang..
ada orang.. kehidupan nya pasti akan lebih baik jika die buat perkara yang kite tak nak atau tak mampu buat..
macam tu sebalik nya kan..
Allah kan maha kaya..maha mengetahui..
jangan rasa down.. nikmati kehidupan yang kite ada saat ni..
tak kira apa sahaja yang kite buat..
yang penting..jadi orang berjaya kat dunia dan akhirat..

giteeewww ko aty....

rasa nak tampau diri sendiri...
sebab tulis punye panjang macam ni....
tak baca tak per..yang penting aku dapat meluah isi hati.. lalalala...

eeeaahh...selamat ulangtahun menjadi suri rumah sepenuh masa untuk diri sendiri..

target selepas ni

menghadiri lebih banyak kelas agama..
memandangkan qaleef dah semakin besar dan lebih mudah di handle..
kite buat pulak untuk diri kite sendiri...
insyaa Allah...

Kredit : vanillapink3113

Sejarah Hajar Aswad

3 Jun 2014

SEBUAH batu bundar yang berwarna hitam dan berlubang, terletak di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), tingginya sekitar 150 sentimeter, di atas tanah.
Batu ini mempunyai lingkaran sekitar 30 sentimeter dan garis tengah 10 sentimeter, lebih besar daripada lingkaran muka seseorang. Kerana itu, seseorang yang ingin mencium batu ini harus memasukkan mukanya ke dalam lubang itu.
Kepala yang besar pun dapat dimasukkan ke dalam lubang batu hitam ini. Bahagian luar batu hitam ini diikat dengan pita perak yang berkilat.
Sejarah Hajar Aswad
Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga.
Riwayat oleh Sa'id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka'b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.
Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad adalah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.Tidak ditemukan maklumat yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat atau Nabi Adam a.s.
Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang. Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan, perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).
Dikatakannya bahawa Hajar Aswad adalah batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala.
Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan.
Jika Allah SWT tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.
Pada tahun 606 M, ketika Nabi SAW berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad SAW dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu.
Semasa pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya.
Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.
Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu.
Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu.
Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad.
Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.
Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah.
Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram.
Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.
Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda menghadiahkan lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang.
Lingkaran emas itu kemudian diganti dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru. Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajar Aswad sering dililit dan dilingkari pita perak.
Kisah Asal Usul Hajar Aswad
Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.


Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.


Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:

“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:

“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.


Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembangunan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali.
Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan/dikabulkannya doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Sumber Petikan :

Jangan Abaikan kami Duhai Ibu Dan Ayah, Kami Anak Mangsa Perceraian

13 May 2014

RUMAH TANGGA apabila menghadapi keruntuhan pasti memberi kesan kepada anak-anak terutama mereka yang masih kecil. Namun ini tidak bermakna anak-anak remaja juga terlepas daripada tekanan tersebut, malah mereka adalah golongan yang bimbang akan tersasar hala tuju jika tidak dibimbing ke jalan yang sempurna demi masa depan mereka. Tidak dinafikan ada anak mangsa perceraian berjaya dalam pendidikan mereka sehingga mendapat jawatan tinggi dan ada pula yang tercicir dan hidup terbiar. Dalam hubungan ini ibu bapa memainkan peranan menentukan masa depan anak-anak apabila perceraian berlaku agar anak-anak tidak merasa diketepikan seperti mana yang dilalui oleh Murni (bukan nama sebenar). 

Murni, 23, anak kedua daripada tiga adik beradik mempunyai seorang kakak, 25, dan adik perempuan, 14 tahun mengirim e-mel kepada saya untuk berkongsi kisah menjadi anak terbiar setelah ibu bapanya terpisah. Membaca kisah Murni saya mengeluh panjang. Maklumlah, selama ini banyak kisah memaparkan tentang pengorbanan ibu tunggal membesar dan mendidik anak mereka tanpa suami. Sayangnya kisah yang diluahkan Murni terbalik pula. Ibunya pula yang yang mengabaikan mereka setelah bergelar ibu tunggal lebih kurang lima tahun lalu. Sebabnya, dia ligat buat bisnes jualan langsung. Ibu dengan cara ibu, ayah pula lebih pentingkan isteri baru dan anak tirinya, membiarkan mereka tiga beradik terkapai-kapai sendiri.

Sebagai anak Murni tidak tahu punca perpisahan ayah dan ibunya, sekadar dimaklumkan bahawa mereka tidak sehaluan lagi. Ikuti kisah Murni seperti diceritakan dalam e-melnya kepada saya untuk dijadikan iktibar oleh pembaca. 

"Kami tiga beradik memilih untuk tinggal bersama ibu sebab ayah mengambil keputusan berkahwin lain dengan seorang janda beranak tiga setelah mereka bercerai. "Ibu tidak membantah hasrat kami, walaupun dia berkata akan keluar mencari kerja bagi menampung hidup kami. Di peringkat awal kami merasa bahagia bersama ibu. Sayangnya keadaan berubah apabila ibu mula mencebur diri di dalam satu perniagaan.

"Pada mulanya saya, kakak dan adik tidak perasan perubahan ibu. Lama kelamaan saya merasakan ada kelainan pada perangai ibu. Pakaiannya sudah berubah, dulu jika dia suka berbaju kurung sekarang tidak lagi. "Ke mana sahaja mesti pakai seluar siap dengan jaket lagi. Memang dah jadi orang bisnes sekarang, gaya dan lagak juga berubah. Tapi saya dan kakak tidak pernah tegur sebab dia ibu kami."Malangnya keadaan semakin teruk apabila ibu sering tidak pulang ke rumah. Alasannya ke luar daerah urusan bisnes. 

"Sekali dua mungkin kami boleh percaya, tetapi apabila telah menjadi kebiasaan pelik juga rasanya. "Sebagai anak kami juga tertanya-tanya, kenapa ibu berubah laku macam anak dara, tidak ingat tanggungjawab kepada kami anak-anaknya. Memang betul kami telah dewasa dan boleh jaga diri sendiri, sekurang-kurangnya ibu perlu fikir tentang keselamatan kami, juga kebajikan adik yang masih bersekolah. "Mujur kakak ada, dia banyak memberi saya dan adik semangat untuk menghadapi situasi ini supaya kami tidak tertekan dan dapat meneruskan hidup seperti biasa.

"Saya sendiri tidak tahu produk apa yang ibu buat tetapi saya tahu dia bekerja keras untuk berjaya kerana dia nak buktikan kepada ayah yang dia boleh berjaya tanpa ayah. "Ibu berjaya dalam usahanya tetapi gagal menjalankan tanggungjawab kepada kami, begitu juga dengan ayah. Anak tiri ditatang dan dilayan dengan baik, tapi kami pandang sebelah mata pun tidak. "Duit belanja ayah bagi cukup-cukup untuk kami tiga beradik. Mujur kakak sudah kerja, ada juga belanja lebih kalau terdesak. Ibu walaupun bisnes, kedekut nak keluar duit.

"Saya juga kecewa dan malu dengan ibu yang tidak tahu jaga maruahnya sebagai ibu tunggal, ke hulu ke hilir bersama lelaki. Malu juga saya apabila kawan-kawan sekolah terserempak dengan ibu lepak-lepak di kopitiam dan kafe dengan lelaki. "Saya tidak tahu sama ada ibu ada teman lelaki lain selepas bercerai dengan ayah. Kalau tanya dia akan jawab semua lelaki itu rakan bisnes… apa lagi yang kami nak kata. Mahu tak mahu, suka ke tidak, kena tutup mulut, kalau tidak teruk kena marah dengan ibu.

"Saya bercerita ini sebab tidak tahan lagi dengan perangai ibu. Pernah saya dan kakak berbincang untuk balik kampung tinggal bersama nenek sebelah ibu yang rapat dengan kami. Di sana kami ada bapa saudara dan ibu saudara yang faham masalah kami."Bila difikir balik kata kakak, biarlah kami susah sendiri di sini. Lagipun kata kakak dia sudah dewasa dan boleh menjaga saya dan adik. Kalau di kampung, belum tentu kami akan gembira. "Kami beruntung sebab rumah itu ayah berikan kepada kami, jadi tempat tinggal tidak ada masalah. 

Saya berharap sangat-sangat agar ibu berubah. Siang malam saya, kakak dan adik berdoa mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati ibu untuk sedar akan keterlanjuran sikapnya kepada kami. "Saya mendoakan agar hidup kami tiga beradik akan pulih seperti sedia kala. Saya ingin mengingatkan pasangan suami isteri yang menghadapi masalah rumah tangga supaya memikirkan kebajikan dan masa depan anak-anak selepas bercerai.

"Jangan syok sendiri nak kejar glamor. Jaga anak-anak, beri kasih sayang dan tunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada mereka. Kepada kaum bapa, jangan abaikan anak-anak selepas berkahwin lain. Jangan pilih kasih dan bezakan anak tiri dan anak kandung. "Kami bukan nak kan harta tapi kasih sayang. Itu sudah mencukupi. Jangan kerana ibu dan ayah berdendam antara satu sama lain kami jadi mangsa. Apapun keadaan kami doakan yang terbaik untuk ayah dan ibu. 

"Jika ayah dan ibu terbaca catatan ini, saya minta maaf jika ibu dan ayah terasa," demikian Murni menutup cerita. Saya juga hilang kata-kata untuk memberi komen terhadap kisah yang Murni luahkan. Namun saya yakin ia menjadi iktibar paling bermakna kepada pasangan suami isteri sebelum membuat keputusan bercerai. Anak-anak sekarang boleh melihat, mendengar dan menilai apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Seperti kata Murni, dia, kakak dan adiknya amat berharap ibu mereka akan berubah, begitu juga saya.

Pada masa sama, pesanan saya kepada Murni, kakak dan adiknya supaya terus melayan ibu mereka dengan sebaik-baiknya. Buruk baik, dia tetap ibu. Hormati, sayangilah dia. Nasihat saya, ajak ibu berbincang, luahkan apa yang anda bertiga rasakan. Ingatkan dia tentang saat manis semasa anda semua tinggal sebumbung. Saya pasti naluri seorang ibu akan merasainya. Mungkin dia tersasar tetapi masih ada jalan untuk membawa ibu kembali ke pangkal jalan. 

Mungkin sebagai anak, anda boleh melakukannya. Menutup catatan, sepatah kata buat renungan, kebahagiaan bukan di tangan orang lain tetapi di tangan sendiri kerana di dalam dirimu itu, ada pelita yang harus engkau nyalakan untuk menyinari alam di sekelilingmu!

Salam

Kredit : UtusanMalaysia


 

Kenali Lebih Rapat Anak Remaja Anda

13 Apr 2014



Anak di peringkat umur remaja adalah yang paling kritikal pembentukannya. Asuhan , didikan dan permasalahan yang dialami dari kecil akan dibawa ke alam remaja. Baik yang negatif ataupun yang positif, akan terserlah bila mereka remaja. Maka, disarankan supaya kita mengenali lebih rapat dengan mereka sejak mereka kecil lagi. Dapat memahami karakter , emosi dan perasaan mereka dengan lebih mendalam ketika mereka membesar dapat membantu menangani sekiranya mereka menghadapi masalah, konflik dan kesulitan ketika remaja kelak. Jiwa mereka perlu diselami lebih rapat, supaya mereka merasakan ada orang yang sentiasa memberi sokongan dan semangat ketika mereka berada di situasi konfilik . 

-Admin-

"
Kredit : SinarHarian

KUALA LUMPUR - Remaja lari dari rumah, remaja mengandung anak tidak sah taraf dan remaja terjebak dengan jenayah juvana. Apabila ini berlaku, jalan paling mudah ialah menyalahkan remaja ini dan melabelkan mereka sebagai anak yang tidak tahu untung dan hanya menyusahkan emak dan ayah.


Lebih malang lagi apabila ada anak remaja yang disifatkan sebagai bermasalah dihalau dari rumah sehingga terjebak dengan pelbagai kegiatan maksiat dan jenayah.


Paling ekstrim apabila ada remaja yang kecewa dengan hidup mereka, sama ada gagal dalam percintaan, peperiksaan atau merasakan diri mereka tidak disayangi ibu bapa dan mengambil jalan singkat membunuh diri.
    
    
Timbul konflik
    
Mungkin ramai ibu bapa menjadi gusar membaca pelbagai laporan negatif mengenai remaja lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak yang seumur dan sebaya.



Sesetengah ibu bapa mungkin bertindak mengawal pergerakan anak mereka bagi mengelakkan tercetusnya perkara yang tidak diingini.


Bagaimanapun, niat baik ibu bapa serta pendekatan yang digunakan ada kalanya mencetuskan konflik sehingga merenggangkan hubungan dengan anak sendiri.


"Fahami hati dan nurani anak anda dari awal. Jangan tunggu sampai anak membelakangkan ibu bapa dan mencari rakan apabila menghadapi masalah.


"Kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sedar mereka kadang kala mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.


"Mereka mungkin fikir telah memberikan yang terbaik untuk anak, menghantar mereka ke sekolah, menyediakan segala keperluan dan kebendaan yang mencukupi.


"Bagaimanapun, ada perkara yang lebih penting iaitu sokongan emosi yang konsisten," demikian menurut Sarada Devi R. Subramaniam, Pegawai Psikologi, Unit Kaunseling Keluarga, Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
    
    
Jiwa remaja
    
Menurut Sarada, yang juga seorang kaunselor berdaftar, tempoh kritikal adalah dari usia 11 hingga 18 tahun di mana kebanyakan remaja masih dalam
peringkat persekolahan.



Jelasnya, dalam proses menjadi remaja (dari usia 13 hingga 24 tahun), anak itu akan mencari-cari identiti mereka yang berkemungkinan berpotensi mencetuskan pelbagai konflik dalaman dan luaran.


"Ketika inilah mereka akan merasai dan melalui pelbagai perubahan termasuk perubahan hormon serta kecelaruan identiti.


"Mereka akan tertanya-tanya siapakah diri mereka yang sebenarnya? Kenapa mereka tidak diterima oleh keluarga? Kenapa ibu bapa saya menentang saya?, " kata Sarada.


Suka memberontak. Ini adalah satu daripada sikap remaja yang mungkin menghantui kebanyakan ibu bapa.


Sarada mengaitkan sikap memberontak ini kepada perubahan sistem pemikiran yang masih kurang matang dalam diri remaja.


Ia berkait rapat dengan ketidakseimbangan hormon dalam badan yang juga adalah sebahagian daripada proses pembesaran.


Menurut Sarada lagi ketika itu minda remaja sedang melalui proses kematangan.


Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak selalu menyalahkan anak apabila mereka melakukan sesuatu kesilapan.


"Amalkan sikap memaafkan dan berikan anak anda pengetahuan agama. Anak yang diberi pendidikan agama yang mendalam, mereka tidak ada peluang untuk melakukan perkara yang tidak senonoh.


"Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan anak adalah penting. Ibu bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anak mereka," tambah beliau.
    
    
Rasa terkongkong
    
Tanpa sokongan ibu bapa, remaja akan merasa diabaikan, tidak mendapat kasih sayang dan keadaan ini akan memberi ruang yang luas bagi anak mencari kawan termasuk rakan-rakan internet.



Sarada memberi contoh, ada anak yang lebih gemar menyendiri dan melayari Facebook.


"Mengapa? Sebab di rumah mereka tidak boleh bersuara, mereka rasa terkongkong.     


Facebook memberi mereka ruang untuk bercakap apa sahaja, memberi pendapat dan sebagainya.


"Di hadapan anda mungkin mereka seorang individu introversi kurang bergaul, suka memendam perasaan tapi dalam Facebook mereka menjadi seorang yang ekstroversi, mereka boleh marah, boleh menyuarakan emosi terpendam. Oleh sebab itu kita lihat ramai remaja suka ber’Facebook’.


"Jikalau remaja banyak menghabiskan masa melayari internet, dan Facebook, persoalannya di sini ialah siapakah yang memberikan mereka masa sebegitu banyak untuk berbuat demikian? " soal Sarada.


Kesibukan bekerja juga semakin menyukarkan ibu bapa memantau aktiviti online anak mereka, justeru mereka perlu mendidik anak mengenai etika serta risiko penggunaan internet supaya mereka boleh bertindak bijak melindungi diri sendiri.


Ibu bapa juga boleh membincangkan peraturan menggunakan internet dengan anak mereka, iaitu secara logik dan rasional bagi memastikan peraturan itu adalah untuk keselamatan mereka serta keluarga.


Menurut Sarada, ibu bapa juga boleh menggunakan perisian 'Parental Control' bagi mengelakkan masalah melayari internet tanpa kawalan.


Ibu bapa juga perlu tahu bahawa mendidik anak remaja adalah berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak.


    
Pelbagai pengaruh
    
Ibu bapa sepatutnya menjadi 'teman rapat' anak, tempat mereka mencurahkan rasa isi hati di samping tempat bermanja dan menimba kasih sayang.



Sekiranya semasa kecil anak didodoi dan dibelai seperti menatang minyak yang penuh, namun apabila anak membesar, jurang antara ibu bapa dengan anak juga semakin luas.


Inilah keadaan yang dialami oleh sesetengah ibu bapa pada hari ini di mana anak lebih bergantung kepada rakan sekiranya berdepan dengan masalah.


"Kalau rakan membawa mereka ke jalan yang betul, tak mengapa tetapi kalau tidak dia akan terdedah kepada perkara yang dianggap tidak baik," kata Sarada.


Beliau lantas merujuk kepada pelbagai isu remaja yang disiarkan dalam media massa seperti masalah sosial remaja yang semakin mencabar.


Oleh yang demikian, katanya, ibu bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.


    
Kenali anak
    
Jangan tunggu anak sudah remaja baru hendak mengenali anak! Ini pesanan Sarada.



Ibu bapa perlu mengenali anak mereka dari awal termasuk personaliti anak.


Lebih menyedihkan lagi kecelaruan dikaitkan dengan remaja yang sudah hilang pertimbangan diri.


Katanya, kecelaruan identiti di kalangan remaja mempunyai potensi yang tinggi untuk mereka terjebak ke kancah keruntuhan akhlak.  


Tambahnya, dalam sesetengah kecelaruan identiti yang sedemikian, individu berkenaan mungkin pernah mengalami penderaan fizikal atau seksual semasa usia kanak-kanak.


Ini berdasarkan pengalaman kes yang dikendalikan beliau tetapi tidak boleh berkongsi kes secara lanjut demi menjaga kerahsian pelanggan mengikut etika kaunselor.


Apa yang boleh beliau katakan ialah pentingnya ibu bapa mengambil langkah positif untuk mengenali personaliti anak.
    
    
Emosi anak
    
Meskipun mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa, mereka juga perlu menyelami emosi anak mereka.



Menurut Sarada, keadaan akan menjadi kacau-bilau seandainya keluarga sering dilanda konflik di mana ia akan turut mempengaruhi personaliti remaja.


"Bagaimanapun, ia bukannya satu-satu faktor yang mendorong remaja melakukan perkara-perkara yang pada masa ini kita merasa begitu gementar sekali untuk memikirkannya.


"Daripada kita menuding jari dan menyatakan remaja itu bermasalah, baik kita menuding jari kepada diri kita sendiri sebagai ibu bapa dan memikirkan
tanggungjawab kita.



"Apakah kita sudah meneliti tanggungjawab kita di mana kita bukan sahaja sebagai pembimbing tetapi perlu juga peka terhadap perubahan psikologi anak," tambahnya.


Ibu bapa, tegasnya bertanggungjawab terhadap perkembangan psikologi anak remaja mereka dan maklumat ini boleh dipelajari oleh semua ibu bapa selain memperolehinya daripada pegawai psikologi atau kaunselor.


    
        
Banyak maklumat
    
Kemajuan teknologi hari ini membolehkan ibu bapa mengakses pelbagai jenis maklumat.



Seperti kata Katherine Loo Saw Moay, seorang lagi Pegawai Psikologi LPPKN yang diwawancara Bernama, ibu bapa boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai remaja bagi membantu mereka memahami perubahan diri serta emosi.


"Apakah tuntutan perkembangan fizikal, sosial dan psikologi yang diperlukan oleh anak dari usia 0 hingga 6 tahun, apakah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak ini?


"Umur dari 6 sehingga 12 tahun, apakah yang perlu diketahui oleh ibu bapa untuk peringkat umur anak itu?


"Dari peringkat awal remaja yang berumur 13 tahun hingga ke tahap akhir remaja, apakah maklumat penting yang perlu diketahui oleh ibu bapa dalam proses memahami perkembangan anak mereka?


"Semua maklumat ini boleh didapati dengan mudah melalui internet. Ibu bapa juga perlu banyak membaca bagi menambahkan ilmu serta mendapatkan sokongan daripada kawan untuk berkongsi serta berbincang berkaitan perkara ini," tambah Katherine yang berkhidmat sebagai kaunselor berdaftar selama kira-kira lapan tahun.
    
    
Jumpa kaunselor
    
Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mungkin sudah kehilangan punca dalam menangani karenah anak mereka khususnya remaja boleh berjumpa dengan kaunselor dan amat digalakkan mengunakan Kafe@TEEN pusat remaja di LPPKN.



"Pihak kami bersedia memberikan sokongan dan bimbingan kaunseling untuk remaja dan Ibu bapa.


"Secara keseluruhan LPPKN mempunyai seramai 18 pegawai kaunselor berdaftar yang tetap serta 78 panel kaunselor berdaftar di seluruh negara," kata Katherine.


Bagaimanapun, beliau mengakui berjumpa dengan kaunselor bukan satu budaya masyarakat negara ini berbanding di Barat.


Tambahnya, stigma yang masih menebal di kalangan masyarakat tempatan ialah orang yang bermasalah sahaja yang berjumpa dengan kaunselor.


"Orang kita juga bukan lazimnya mencari kaunselor jika anak mereka mempunyai masalah disiplin," katanya lagi.


Sehubungan itu, beliau berpendapat masyarakat di negara ini terutama ibu bapa perlu dididik bahawa kaunseling bukan hanya untuk mereka yang bermasalah.


"Kaunseling adalah lebih kepada luahan isi hati, rundingan dan perbincangan.


Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk mendapatkan perkhidmatan ini.


"Kalau mereka kata mereka tidak mempunyai masa, itu pilihan sendiri. Kita sudah bersedia di sini untuk membantu.


"Kita tidak boleh kejar atau paksa mereka dan merayu mereka datang. Khidmat kaunseling adalah secara sukarela, jika mereka sudi datang sendiri, ini bermakna mereka telah bersedia menghadapi situasi dan mencari penyelesaian," kata Katherine.
    
        
Pasangan bermasalah
    
Mengenai kes yang dikendalikan Unit Kaunseling Keluarga, Bahagian Pembangunan Keluarga LPPKN, Katherine berkata ia lebih kepada pasangan yang menghadapi konflik rumahtangga yang berpanjangan.



Menurut beliau, mereka datang selepas membuat temu janji atau dirujuk oleh pihak agensi kerajaan dan bukan kerajaan.


Pasangan itu adalah yang sudah berkahwin dan mungkin dalam proses perceraian, dan kebanyakannya berusia lingkungan 30-an.


"Pihak kami juga memfokuskan kepada keluarga kerana apa jua konflik sering berpunca dari keluarga," celah Sarada yang pernah berkhidmat di sektor swasta dan badan bukan kerajaan sebelum menyertai LPPKN.


    
    
Usaha LPPKN
    
Di samping urusan kaunseling di pejabat, Unit Kaunseling Keluarga LPPKN juga giat menjalankan program 'outreach' iaitu kembara kaunseling di seluruh Malaysia.



Program ini diadakan empat hingga lima kali sebulan di peringkat negeri.


Antara matlamat program adalah untuk memperkenalkan khidmat kaunseling di samping mendedahkan orang ramai berkongsi masalah bersama kaunselor dengan lebih sukarela.


Mereka yang tampil berjumpa dengan kaunselor LPPKN ini akan turut diberi ujian semakan stres dan ujian personaliti.


Untuk remaja, pendekatan yang berbeza dijalankan bagi menarik minat mereka berkongsi masalah dengan kaunselor.


"Kita berbincang dan berdialog dengan mereka, umpamanya mengenai topik cinta. Maka setiap kes pelanggan adalah unik dan kita akan mengendalikannya dengan teliti berlandaskan kepada Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor (Malaysia), kerahsian pelanggan sentiasa dijaga," jelas Sarada.- Bernama  "
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.