SLIDER

lemah
Showing posts with label lemah. Show all posts

Temuduga , Generasi Sekarang Ramai Yang Biadap , Hanya Tin Kosong

20 Sept 2017



GENERASI muda hari ini perlu sentiasa meletakkan ego mereka pada tempat yang betul dan jangan sesekali bersikap kasar terutamanya ketika menghadiri temuduga pekerjaan.  

Walaupun mereka digalakkan berani mencari peluang dan bersikap lantang, ia tetap ada batasnya. Lantang dan berani tidak bertempat, hanya menimbulkan persepsi buruk dan menyukarkan lagi mereka mencari kerja. 

Pengarah Eksekutif ZY Phyto, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly mengakui berdasarkan pengalamannya, generasi baru agak biadab, tidak sopan, manja, berkira, meminta-minta dan kurang rasa tanggungjawab. 

Menurutnya, kebanyakan graduan muda yang diambil bekerja juga tidak menunjukkan kesungguhan, semangat, minat, prestasi dan bertanggungjawab  seperti generasi terdahulu. 

“Saya sering menerima permohonan kerja daripada lepasan universiti dan latihan praktikal daripada pelajar tahun akhir, penganggur tapi daripada banyak permohonan, biasanya hanya dua, tiga sahaja yang memuaskan hati dan layak dipanggil temuduga. Yang lain tu boleh saya kategorikan sebagai ‘cakap sampah’ yang layak dibakul sampahkan. 

“Walaupun tidak semua, tapi ramai generasi muda sekarang tidak begitu bersemangat dalam dunia pekerjaan mereka. Baginya kerja itu bukan suatu kerjaya tapi sekadar kerja,” katanya kepada Sinar Harian. 

Katanya, lebih teruk, golongan ini hanya berfikir melakukan kerja mereka tanpa mempedulikan aktiviti pejabat, objektif syarikat dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan. 

“Asal cukup bulan dapat gaji cukup. Kalau rasa bosan, lompat cari kerja lain. Kalau tiada kerja pun masih boleh bergantung duduk dengan mak bapak,” katanya. 

Kata Sharifah Ameelia lagi, apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka tidak bersedia terutamanya penyediaan resume dan tidak melambangkan sebagai lepasan universiti. 

“Dari segi penulisan pula, ada yang agak memalukan dan tiada mukadimah atau permohonan selayaknya. Surat permohonan rasmi kebanyakan tidak mengikut format yang betul, banyak kesalahan ejaan, penggunaan tatabahasa yang carca-marba. 

“Ayat yang digunakan pun sangat pasar dan kebudak-budakan macam tulis surat kepada kawan, tidak serius malah resume pun ada yang satu muka surat, maklumat tidak lengkap, tiada gambar dan pelbagai lagi kelemahan, dalam erti kata lain, memohon sambil lewa. 

“Ada yang dengan muka kurang sopan terus bertanya berapa gaji boleh bagi dan ‘demand’ melalui talian, WhatsApp atau email walaupun belum lagi ditemuduga!,” katanya. 

Katanya lagi, majoriti majikan mengutamakan sikap, berbanding akademik kerana ia mempengaruhi gaya individu itu bekerja. 

“Zaman teknologi memungkinkan sebahagian pemegang ijazah memiliki sifat dinamik dan berkebolehan secara holistik. Boleh jadi juga ada pemegang ijazah yang hanya boleh berkata-kata apabila ada buku atau manual pekerja di tangan mereka. 

“Majikan lebih mementingkan karakter pekerja seperti kebolehan kecerdasan minda, keupayaan memimpin, membuat keputusan, bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, membuat perancangan, tahap integriti yang tinggi dan komited,” katanya. 

Ditanya kenapa generasi muda sekarang terlalu lantang, Sharifah Ameelia berkata ia mungkin disebabkan perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya dan peranti, maka interaksi sesama manusia semakin seperti robot tanpa dilapik dengan perasaan, jiwa dan rasa hormat.. 

“Generasi muda sekarang kurang budi bahasa, nilai murni sama ada dari segi sikap pemikiran dan tanggungjawab serta pembangunan akhlak. Mungkin kerana perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya, maka interaksi sesama manusia semakin kurang perasaan, jiwa dan rasa hormat," katanya. 

Enam punca gagal temu duga kerja 

1. Penampilan kurang menarik
- Perkara pertama yang dilihat oleh penemu duga terhadap calon adalah penampilan awal. Di sini ia memainkan peranan yang penting untuk menarik minat penemu duga. 

2. Resume tidak menepati kehendak
- Calon gagal menyediakan resume yang mantap dan lengkap. 

3. Tidak dapat meyakinkan penemu duga
- Calon gagal meyakinkan penemu duga mengenai kelebihan atau kebolehan dimiliki. 

4. Tidak mampu berhujah dengan baik
- Calon tidak bijak berbicara dan melontarkan hujah terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh penemu duga 

5. Tidak berpengetahuan dan menipu
- Calon memberi jawapan sesuka hati sedangkan lebih baik jika calon mengakui bahawa tidak tahu untuk memberi jawapan. 

6. Komunikasi
- Cara berkomunikasi kurang berkesan iaitu tidak menggunakan bahasa yang lebih formal.

Jangan MALU Jika Anak Ada Masalah Pembelajaran

4 Jun 2017


Jangan MALU jika anak ada masalah pembelajaran.

Aku guru tahun 1. Menjadi guru tahun 1 dah masuk 12 tahun pun. Maka banyak kisah yang aku lalui bersama budak-budak. Antaranya bersama murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Murid yang sangat perlahan dan 'slow' dalam belajar. Susah ingat sesuatu nombor dan perkataan. Tidak boleh mengikuti pelajaran seperti rakan mereka yang lain.

Maka pernah aku syorkan pada ibubapa mereka supaya bawa murid ini jalani ujian doktor untuk pengesahan. Jika disahkan mereka ada masalah pembelajaran, aku minta ibubapa pindahkan anak mereka ke kelas pendidikan khas.

Di sini bermula masalah. Ibubapa pantang betul mendengar KELAS PENDIDIKAN KHAS. Respon mereka biasanya berbunyi, " Cikgu. Anak saya normal. Bukan cacat. Bukan syndrome down!" Keras memarahi kami para guru. Tidak mahu mengakui, kerana mereka malu. Malu anak mereka berada di kelas pendidilam khas. Kononnya hanya untuk murid cacat.

Ibubapa.

Kau dengar sini aku nak cakap sikit. Kau buang persepsi lapok dan mitos itu. Kelas pendidikan khas bukan hanya untuk murid cacat. Ingat tu!


Ibubapa.

Kau dengar sini. Jangan sesekali malu untuk bawa anak buat pemeriksaan doktor jika mereka amat 'slow' dalam pelajaran. JANGAN MALU.


Ibubapa.

Kau dengar sini. Kelas pendidikan khas ini, diperuntukkan seorang guru untuk ajar 7 orang. Satu nisbah tujuh tahu tak? Apa maknanya?


Maknanya anak kau diberi perhatian lebih. Sedangkan aliran perdana biasa guru terpaksa ajar sekelas hingga 40 orang. Mana mungkin guru mampu nak tumpu perhatian pada anak kau seorang. Guru perlu mengajar secara kelas, bukan secara individu. Itu aliran perdana. Kalau kelas pendidikan khas, tumpuan individu dapat cikgu mereka bagi. Anak kau cepat faham dan pandai.

Bila mereka dah laju, guru pendidikan khas akan masukkan mereka ke kelas aliran perdana semua. Kan bagus tu.Malah ada murid inklusif (murid asal dari kelas pendidikan khas dan diterap ke aliran perdana) mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Lebih cemerlang dari rakan mereka yang tidak pernah masuk kelas pendidikan khas. Padahal mereka asalnya murid bermasalah pembelajaran.

Dahulu pernah aku minta seorang ibu membawa anak untuk pemeriksaan doktor. Aku kesan anak dia ada masalah pembelajaran. Tapi si ibu menafikan. Dia berkeras hendak masukkan anaknya kat aliran perdana.

Berkali-kali dipujuk, tidak diendah. Makanya anaknya tertinggal. Jauh tertinggal dibelakang berbanding rakan yang lain. Masuk darjah 3, abjad A,B,C pun masih tertukar lagi. Akhirnya dia akur. Itu pun sangat terlewat bagi aku. Anak dia dimasukkan ke kelas pendidikan khas pada tahun 4. Sayang sungguh. 

Ada murid masalah pembelajaran yang dimasukkan ke kelas pendidikan khas sejak tahun 1. Tahun 3 guru pendidikan khas hantar dia ke aliran perdana. Murid itu dah laju, murid itu dah boleh mengikuti pembelajaran bersama rakan mereka yang lain. Alangkah bagusnya tindakan ibubapa murid itu.

Hak murid itu tidak dinafi. Malah, anak dia mendapat tumpuan lebih. Dapat juga pelajari pelbagai kemahiran. Ada kurikulum khas yang digubal untuk murid bermasalah pembelajaran. Janganlah risau. Yang penting, janganlah MALU anak belajar di kelas pendidikan khas.

Jika dapati anak kita sangat slow dalam belajar, cubalah kau 'google' ciri-ciri kanak-kanak masalah pembelajaran. Aku nak tulis kat sini pun panjang sangat. Kau cari la sendiri.

Kalau banyak ciri-ciri itu ada pada anak kita, bawalah jumpa doktor untuk dapatkan surat pengesahan. Seterusnya masukkan mereka ke kelas pendidikan khas dengan gembira.

Ya, bergembiralah kalian kerana anak kalian mendapat tumpuan istimewa dari guru yang terlatih. Seorang guru hanya untuk 7 murid. Istimewa sungguh tu.

Ubah persepsi, pedulikan kata orang. Asalkan anak kita mendapat yang terbaik!
=============
* Artikel ini ditulis oleh Cikgu Fadli, penulis buku bestseller, 'Cikgu Kelas Sebelah'.
* Jangan kerana malu, anak kita buntu.


Kredit : Fb TcherCollection - TC 


 

Memiliki Gejala Saka, Mari Semak Tanda-Tanda Saka Telah Berpindah Ke Badan Anda

14 Aug 2013


 
SAHABAT DAN ANAK-ANAKKU FILLAAH SEKALIAN...

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan dipertrunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-anam seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allaah subhanahu nwa ta`ala. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

DALIALNYA:
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam Al-Quran. Firman Allaah subhanahu nwa ta`ala.:

Maksudnya:
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." -
(Surah Al-Jin: 6)

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.


PERTALIAN ANTARA JIN DAN SAKA:

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka!
Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

DALILNYA:
Dari Abu Tha'labah berkata: Rosuulullaahi shollallaahu a`laihi wasallam. bersabda:

Maksudya:
"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."

Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.


CIRI-CIRI YANG MEMILIKI SAKA:

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:

1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allaah dan orang-orang sholeh seperti Syeikh Abdul Qodir Al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan As-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.

2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.

3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.

4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.


MASA SAKA BERPINDAH:

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.


PROSES PEMINDAHAN SAKA:

Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

* Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

* Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

Firman Allaah subhaanahu wa ta`ala.:

Maksudnya:
"Iblis menjawab: 'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allaah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............
(Surah Al-A'raf: 14-16)

* Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

* Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.

* Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

* Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.

GEJALA SAKA

Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.

Melalui pengalaman merawat saya mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.

Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.

Bagi mereka yang mewarsi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota dan sebagainya.

Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika Jin2 ini telah tua, buta dsb.

Secara umum saya berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.

KENAPA ORANG MELAYU BERSAKA ?

Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu kepulauan Indonesia samada dari kepulauan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.

Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… Jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama Jin.

Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan Jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.

Kesimpulannya kewujudan jin saka dalam badan manusia mampu memberi kesan negatif pada kehidupan manusia baik dari segi fizikal dan sosial,oleh itu ia perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.


MEREKA YANG MENJADI SASARAN SAKA:

* Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.

* Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.

* Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.

* Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.

* Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.

* Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.

* Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.


TANDA-TANDA SEORANG ITU MEMPUNYA SAKA:

GEJALA PADA WAKTU TIDUR:


* Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

* Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

* Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

* Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

* Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

* Bunyi gigi berlaga pada waktu tidur.

* Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.

* Berdiri dan berjalan ketika tidur.

* Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

* Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

* Mimpi berada di tempat sunyi.

* Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

* Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).

* Mimpi melihat salib atau gereja.

* Mimpi bertemu paderi.

* Merintih dan menangis ketika tidur.


GEJALA PADA WAKTU BERJAGA (waktu sedar):

* Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

* Selalu lalai daripada mengingati Allaah subhaanahu wa ta`ala.

* Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.

* Sering lesu dan malas.

* Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

* Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

* Lenguh di sendi-sndi utama.

* Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.

* Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

* Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

* Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.

* Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

* Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

* Mudah marah dan panas baran.

* Emosional dan terlalu sensitif.


KESAN DAN AKIBAT DARIPADA SAKA

* Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.

* Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.

* tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.

* Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.

* Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.

* Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan Iblis dan Jin.

* Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.

* Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.

* Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.


WALLAAHUA`LAM...BISSHOWAB...Yang baik semuanya Untuk Allaah... dan mana ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan itu adalah dari Sifat Kelemahan saya sendiri sebagai Makhluk-NYA.... Hanya Kepada-NYAlah akan saya memohon Keampunan dengan sepenuhnya.. Insya Allaah... aamiin...

WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU A`LAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH,

Kredit : Fb UstazMusaAli



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.