SLIDER
Mengapa Aku Berhenti Merokok ? Pengalaman Ngeri Benar-Benar Buat Aku Nekad ...
9 Jan 2022
- Saya merasa bangga kerana dapat berhenti merokok yang mana memang bertahun-tahun cuba berhenti tetapi tidak berjaya
- Rasa ketagihan akan datang juga dalam 3-7 saat atau beberapa minit dalam waktu-waktu kita merokok dahulu contohnya selapas bangun tidur dan minum pagi, kita akan rasa sesuatu amalan yang kita tertinggal tak buat iaitu merokok sabar dan tabah hanya 2x5 saat sahaja.
- Rasa susah untum buang air besar, kadang-kadang rasa sampai nak mengis kerana najis tak mau keluar rasa keras seperti batu terpaksa sabar dan jika perlu kita kena korek pelan-pelan atau pecah kan najis tadi perlahan-lahan mungkin terpaksa ambil masa dalam bilik air. keadaan ini akan berterusan 1-2 minggu mungkin juga kesan dari ubat yang di bekalkan dari hospital juga.
- Selera makin menurun dengan banyak, hinggakan antara jam 8pagi hingga 2 petang kita tak rasa lapar lagi.
- Keadaan tubuh badan tidak banyak berubah, tidak terlalu gemuk atau kurus.
- Kekuatan batin akan bertambah sedikit demi sedikit kadang-kadang boleh tahan hingga 1-2 jam dan boleh ulang 2x3 kali.
- Cepat marah adalah suatu yang kerap berlaku kepada saya khusus kepada anak-anak buah (kakitangan bawahan) dapat di kawal oleh ketua Jabatan yang memahami masalah ini dan kurang memberikan penekanan.
- Kerap bermimpi hisap rokok ianya sering berlaku antara 1-3 bulan namun ianya tidak membebankan.
- Rasa yakin bile berhadapan dengan pegawai atasan di mana sebelum ini kita menyedari nafas dan badan kita kuat berbau.
- Rasa lebih yakin kepada tuhan (ALLAH) dalam keadaan tertekan contoh sewaktu dalam perbicaraan di Mahkamah jika dulu sebelum Mahkamah bersidang maka berbatang-batang rokok terpaksa di hisap.
- Kesimpulan nya iman kita dan rezeki semakin melimpah ruah, sehati 3 kotak x RM10.00 sekotak= Rm30 sehari jadi sebulan mau terpaksa belanja lebih kurang RM900 - 15000 kerana jika merokok tak kena Teh tarik tak sah..sekali kena rokok maka sekali akan pekena Teh atau Kopi maka jumlah nya akan terus meningkat.
- Jadi berikut adalah bebarapa petua tambahan bagi berhenti merokok untuk panduan semua Perokok-Perokok tegar dan Ibu bapa yang menghadapi anak-anak yang baru belajar merokok.
- Kesimpulan nya "JANGAN SEKALI-KALI PERCAYA DENGAN DAKWAAN KETAGIHAN ROKOK TIDAK DAPAT DI ATASI" dengan pengalaman saya melbehi 30 tahun merokok "Ketagihan" itu dapat di buang dengan senang tanpa apa-apa rawatan dari mana-mana Klinik Berhenti Merokok, jika ada kesempatan ke Klinik tersebut adalah lagi bagus dan baik.
- Memahami bila dan kenapa anda merokok.
- Ubah kebiasaan merokok.
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok.
- Dapatkan sokongan.
- Rancang kehidupan harian tanpa merokok.
- Ubah cara dan gaya anda merokok, hindarkan merokok pada masa yang biasanya anda merokok, pegang rokok berbeza dengan cara yang biasa, tukar jenama lain, ikatkan kotak rokok dengan getah gelang agar membukanya untuk tujuan merokok akan mendatangkan sedikit kesukaran.
- Ubah situasi atau keadaan ketika mana biasanya merokok, pilihlah tempat yang tidak sesuai atau selesa untuk merokok dan bukan di tempat yang anda merasa seronok merokok. Mula kurangkan kekerapan merokok.
BOJ(UM) DRSH(LOND) P.C.K (KEDAH)
Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa kini
7 Jan 2022
BILA sebut bahasa kurang sopan, tergambar perkataan kotor, mencarut dan ayat-ayat maki hamun yang keluar daripada percakapan seseorang atau tulisan mereka di media sosial.
Bagi mereka yang diajar sejak kecil mengamalkan bahasa yang baik dan beradab, mungkin kurang senang jika ada yang berkomunikasi dengan bahasa yang kurang sopan dan tidak beradab.
Namun sejak akhir-akhir ini ramai yang seakan selesa berkomunikasi menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak berhemah di tempat awam, dan di media sosial. Ia seolah-olah trend komunikasi masa kini.
Penggunaan ayat-ayat dan perkataan yang kurang sopan dan tidak berhemah ini semakin berleluasa menjadi perbualan santai dalam kalangan masyarakat khususnya remaja.
Ia seakan diterima pakai dalam masyarakat bila perkataan yang kurang sopan itu menjadi biasa dalam perbualan harian atau ketika bergurau.
Umpamanya di kedai kedai makan dan di tempat awam kita biasa mendengar mereka bergurau sesama rakan sebaya dengan mengucapkan perkataan, seperti bodoh, sial, babi, mampus, anjing, sundal dan sebagainya tanpa menghiraukan orang lain yang mendengarnya.
Lebih menghairankan ramai dalam kalangan remaja beranggapan perkataan perkataan itu adalah satu bentuk komunikasi yang dilafazkan pada kawan kawan rapat sahaja dan ianya sekadar bergurau dan sebagai satu bentuk "mesra rakan".
Ia bukan bertujuan menjatuhkan maruah atau menghina.
Gurauan dan komunikasi santai yang menggunakan bahasa tidak sopan dan mencarut ini boleh diterima oleh rakan-rakan mereka selain ianya sebagai satu cara komunikasi menjalin persahabatan yang lebih akrab.
Tidak dinafikan adakalanya ayat-ayat yang disebut sangat memalukan khususnya di tempat awam, namun remaja masa kini seolah-olah sudah tebal dan kebal perasaan malu mereka.
Tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling yang pelbagai kelompok umur mereka sewenang-wenangnya bergurau menggunakan bahasa yang sukar diterima halwa telinga.
Jika zaman penulis dulu memang sudah dicili mulut mereka atau merasa penampar sulung.
Selain itu di media sosial juga berlaku perkara yang sama.
Mengutuk dan menjatuhkan maruah orang yang tidak dikenali dengan perkataan kasar dan memalukan seakan budaya baharu masyarakat kita.
Lebih banyak perkataan mencarut dan lucah yang ditulisnya, lebih ramai yang komen dan memberi respons. Ianya seperti memeriahkan komunikasi di maya.
Sebagai orang lama yang sangat kagum pada kehalusan budi dan tutur cara berkomunikasi masyarakat dulu yang sentiasa berlapik dan berhati-hati bila bercakap, perkembangan budaya bahasa kasar dan kurang sopan ini amat terkesan dalam jiwa penulis.
Sejujurnya penulis tidak dapat menerima budaya bahasa kurang sopan dan mencarut yang semakin berleluasa dipertuturkan dan ditulis dalam media sosial.
Penulis membuat kajian rambang mengenai isu ini dan seramai 30 remaja dalam lingkungan umur 17 hingga 22 tahun ditemuduga untuk mendapatkan pandangan mereka.
Dapatan kajian merumuskan mereka bersetuju penggunaan bahasa kasar dan tak beradab sesuatu yang tidak baik untuk dipraktikkan, namun mereka berpendapat perkataan sedemikian tidak ada motif lain, ianya hanya digunakan dalam kalangan kawan-kawan dan sebagai satu bentuk gurauan dan merapatkan hubungan persahabatan antara mereka.
Sebahagiannya juga memberitahu mereka hanya guna bahasa kasar dan kurang sopan dalam kalangan rakan-rakan sebaya yang rapat sahaja.
Mereka tidak akan gunakan bahasa tidak bersopan pada ahli keluarga dan guru-guru mahu pun orang yang lebih tua dari mereka.
Kebanyakannya tahu kepentingan berbahasa dengan berhemah, kerana mereka diajar oleh ibu bapa, guru dan pendidik yang lain.
Namun bila berjumpa rakan-rakan sebaya mereka terikut trend berbahasa zaman ini yang banyak dilihat dan ditiru daripada media sosial dan televisyen.
Ada juga remaja yang berpendapat mereka tidak faham mengapa orang tua ada lesen besar untuk mencarut dan memaki hamun sedangkan orang muda perlu lebih banyak berhemah dalam perbualan dan komunikasi mereka.
Bagi mereka orang tua perlu beri contoh baik untuk mereka ikut dan bukan menyalahkan mereka yang muda.
Dalam kajian yang sama pula golongan dewasa berpendapat bahasa dan gaya pertuturan remaja masa kini adalah berdasarkan pengaruh keluarga mereka dan persekitaran mereka membesar.
Ada ibu bapa yang menunjukkan contoh yang kurang baik dengan mencarut dan bercakap perkara-perkara yang tidak sopan di depan anak-anak.
Berdasarkan konsep kepimpinan melalui teladan, contoh yang diberi ibu bapa adakalanya membuatkan anak-anak ini merasa selesa untuk mencarut bila ibu bapa mereka begitu ringan mulut memaki hamun dan mencarut.
Ibu bapa yang terlalu sibuk mencari rezeki dan nafkah hidup adakalanya tidak sempat mengajar nilai murni pada anak-anak mereka.
Disebabkan itu anak-anak tidak mendapat didikan yang betul tentang berbahasa dan berkomunikasi.
Adakalanya anak-anak seawal umur enam atau tujuh tahun sudah pandai mencarut dan memaki hamun rakan-rakan sekolah dengan perkataan yang hanya biasa diucapkan oleh orang dewasa.
Selain itu konsep kejiranan juga semakin longgar. Untuk menegur anak-anak jiran seperti anak-anak sendiri juga sudah tidak dipraktikkan lagi zaman ini. Silap tegur pasti buruk padahnya.
Sikap individualistik juga semakin tinggi. Jiran sebelah rumah pun kadang tidak bertegur sapa.
Mendidik anak-anak diberikan pada pihak sekolah yang terlalu banyak tanggungjawab lain. Akhirnya anak-anak ini membesar dengan cara mereka sendiri.
Mereka tidak harus dipersalahkan seratus peratus, mereka perlu dibimbing.
Selain itu pengaruh besar media sosial dalam kehidupan remaja juga menjadi punca bahasa kurang sopan ini dipraktikkan tanpa rasa bersalah.
Bila media setiap hari memomokkan bahasa kurang sopan dalam rancangan TV di youtube dan media sosial yang lain, para remaja beranggapan ianya sesuatu yang biasa dan diterima masyarakat.
Mereka terikut perkembangan berbahasa masa kini yang sudah tidak mementingkan kesantunan bahasa.
Kesimpulannya, trend bercakap kurang sopan dan mencarut dalam kalangan remaja harus diberi perhatian yang lebih serius oleh ibu bapa, masyarakat, pendidik dan pihak berkuasa.
Peranan ibu bapa harus digandakan dan mereka adalah role model terbaik untuk dicontohi oleh anak-anak.
Pihak sekolah perlu lebih banyak memberi peluang kepada pelajar mempelajari adab dalam berkomunikasi di sekolah dan memberi panduan yang betul untuk mengamalkan komunikasi berhemah.
Jiran-jiran dan masyarakat sekeliling perlu lebih peka terhadap masalah ini dan membantu remaja supaya mereka boleh mengamalkan bahasa yang baik dan bersopan.
Sayangi anak-anak jiran seperti kita sayangi anak-anak kita sendiri.
Sudah tiba masanya masyarakat kita memperkasakan kesantunan bahasa dalam kehidupan.
Masyarakat Melayu memang kaya dengan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang sentiasa menjadi pegangan masyarakat sejak dulu.
Jika dibiarkan budaya mencarut dan bahasa kurang sopan menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita ia bakal menjadi barah yang merosakkan keharmonian komunikasi dalam masyarakat kita.
Pepatah mengatakan “ bahasa menunjukkan bangsa” jelas memperlihatkan kaitan bahasa yang baik dengan ketamadunan bangsa. Justeru bila zaman berubah manusia juga perlu berubah sejajar perkembangan peradaban manusia.
Namun nilai nilai murni tidak seharusnya hilang dan lenyap ditelan kepesatan teknologi. Apa pun tepuk dada tanya akal boleh kah kita menjadi generasi maju bila sesuatu yang baik seperti kesantunan bahasa dan nilai kemanusiaan digadaikan.
KREDIT :
*Hariyati Ariffin Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurang-sopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini
LINK : SINAR HARIAN
Keguguran? Jangan Salahkan Diri Sendiri
6 Jan 2022
Keguguran. Jangan salahkan diri sendiri.
Puncanya bukan sebab makan nenas.
Puncanya bukan sebab rahim tak kuat.
Bukan sebab mengangkat benda berat, dan bukan sebab mengalami tekanan hidup atau stress.
Ramai yang mengalaminya. Keguguran pada tiga bulan pertama memang kerap berlaku. Jika seratus wanita hamil, seramai 20 akan keguguran (20%), mungkin juga jumlah sebenar lebih dari itu. Lebih kerap lagi untuk wanita berumur 40 tahun ke atas (lebih dari 50% akan keguguran bila hamil). Tapi kebanyakan wanita senyap sahaja bila keguguran, tidak mahu berbincang mengenai pengalamannya. Sebab itu lah masyarakat tidak tahu betapa kerapnya berlaku keguguran.
Bila kita lihat benih lelaki (sperma), setiap kali melakukan hubungan kelamin, lebih dua juta sperma akan keluar mencari telur wanita. Tapi, sememangnya 70% sperma tidak sempurna, dan 10% telur wanita tidak sempurna.
Memang manusia tidak dijadikan sempurna. Walaupun kita kelihatan sempurna, benih dan baka kita tidak semuanya sempurna.
Bila benih suami atau telur isteri yang tidak sempurna bergabung, dengan takdir Allah yang maha mengasihani, diutuskan supaya janin itu tidak menjadi dan keguguran berlaku pada tiga bulan pertama, sebelum diberikan roh pada bulan keempat.
Dari segi Sains kajihayat dan Sains perubatan, bila janin yang digugurkan diperiksa bakanya (analisa kromosom), lebih dari setengah dari janin tu mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal. Kebanyakan mempunyai masalah lebih teruk dari syndrom-syndrom yang kita pernah jumpa dalam bayi yang hidup (iaitu lebih teruk dari Down's Syndrom yang boleh hidup).
Sebab itulah tidak ada bukti yang ubat hormone yang menguatkan rahim boleh mengelakkan keguguran di peringkat 3 bulan pertama. Sudah sememangnya janin ini tidak boleh menjadi.Tapi, bila berkerja sebagai pakar Fetal Medicine, saya lah yang melihat janin yang tidak menjadi ni dalam scan awal. Memang macam-macam kecacatan yang saya dah lihat, kerap kali lepas kerja balik rumah, saya menangis. Kebanyakan akan gugur sendiri (Alhamdulillah kuasa Allah menentukan supaya anak kita tak menderita), tapi ada segelintir yang tidak jadi gugur, dan kecacatan yang dilihat selepas lahir sangatlah serious.
Sebagai contoh (lihat gambar), ini Mermaid Syndrome, Bayi Duyong ini bukanlah mitos, berlaku sekali dalam setiap 100,000 ribu kehamilan. Saya pernah melihat dua kali dalam kandungan melalui scan. Ini adalah sindrom di mana ada masalah saluran darah dari badan ke kaki. Selalunya tidak ada buah pinggang maka janin ini tidak membuat air kencing dan tidak ada air ketuban.
Tanpa air ketuban, paru-parunya tidak akan terbentuk dan dia tidak boleh bernafas selepas bersalin (air ketuban diperlukan di peringkat awal kehamilan untuk masuk dalam paru-paru untuk memberi tekanan dari dalam supaya membesar, tanpa air ketuban paru-paru kecil dan keras). Selalunya saluran kencing, saluran najis dan vagina/faraj (jika perempuan) bergabung dan hanya ada satu lubang. Kebanyakan mermaid sindrom ini akan keguguran, tetapi ada segelintir kita lihat akan hidup seketika sebab ada sedikit buah pinggang yang berfungsi (lihat gambar kedua, bayi Duyong yang hidup di Amerika sehingga umur 10 tahun selepas 2 kali pembedahan menerima pendermaan buah pinggang).
Mermaid Syndrome ini contoh sahaja. Nama perubatan sebenarnya Sirenomelia. Lebih banyak lagi syndrom lain saya dah lihat, tak dapat nak kira.Saya pun pernah mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Dua kali saya gugur. Dan dua-dua kali saya bersyukur, Alhamdullilah, sebab Allah nak bagi saya peluang untuk mendapat zuriat yang sihat, dan kurangkan penderitaan kita.
A miscarriage is Allah's decision to abort your abnormal embryo, to give you the opportunity to have a healthy baby in the future. Kalau tak jadi Alhamdullilah Tuhan gugurkan. Cuba lagi. Jangan salahkan diri sendiri.
Alhamdullilah. Insyallah.
Kredit : Fb Imelda Balchin









