SLIDER

KAEDAH MENENTUKAN DARAH SAMA ADA HAID ATAU ISTIHADAH

19 Feb 2024

 


Assalamualaikum. Kebiasaan tempoh haid isteri saya ialah 7 hari. Untuk kes ini, tarikh akhir haidnya adalah 27 Jun. Selama ini beliau tak pernah keluar darah istihadah. Namun baru-baru ini, darah keluar semula pada 2 Julai, dipercayai akibat kesan sampingan ubat pencegah hamil yang diambil. Memandangkan tempoh sucinya tidak cukup 15 hari, saya telah memberitahunya bahawa itu adalah darah istihadah dan beliau meneruskan solat wajib harian. Namun timbul kekeliruan di mana ada artikel dan pendapat menyatakan, darah yang keluar sebelum tempoh maksimum haid habis iaitu 15 hari bukanlah istihadah dan tidak boleh menunaikan solat. Persoalannya;

1. Adakah sebenarnya darah yang keluar ini istihadah ataupun darah haid?

2. Apakah hukumnya solat yang dilaksanakan sepanjang tempoh darah ini keluar? Adakah berdosa dan sia-sia?

3. Jika sebenarnya darah itu adalah haid, apakah kesilapan saya disebabkan ceteknya ilmu menyebabkan saya menanggung dosa?

Mohon pencerahan. Jazakumullah.

Tambahan Info:

1. Tarikh hari pertama darah keluar: 20 Jun 2021 (haid seperti biasa)

2. Masa/ waktu hari pertama darah keluar: Sekitar jam 5.15 pagi

3. Tarikh mandi wajib: 27 Jun 2021

4. Masa/ waktu mandi wajib: Lebih kurang jam 12.30 tengahari

5. Keadaan darah yang keluar berserta tarikh: Cair tak seperti haid biasa, berwarna merah cerah, kuantiti lebih banyak dari biasa pada hari pertama, hari seterusnya kuantiti seperti haid biasa tapi masih cair, mula keluar pada 2 Julai 2021 @ 7 pagi, berhenti pada 5 Julai 2021 @ sekitar 12 tengahari.


RINGKASAN JAWAPAN

  • Darah yang keluar bermula 20 Jun (5.15 pagi) sehingga 5 Julai (5.15 pagi), pada asalnya adalah darah haid.
  • Darah yang keluar semula pada 2 julai (7 pagi) sehingga 5 julai (5.15 pagi) masih dihukumkan haid kerana berada dalam tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam.
  • Pada 5 Julai (5.15 pagi) darah masih keluar sehingga jam 12 tengahari. Ini bermakna darah yang keluar sudah melepasi tempoh sebanyak-banyak haid dan bersambung dengan hari ke-16. Pada waktu ini, barulah diketahui si isteri sedang mengalami darah haid dan istihadah secara bercampur.
  • Berdasarkan info tambahan yang diberikan, si isteri merupakan wanita mustahadah yang duduk dalam kumpulan Mu’tadah Mumayyizah iaitu wanita yang pernah mengalami haid dan suci serta mampu membezakan warna darah mengikut kepada sifat darah. (20 Jun- 27 Jun: Darah yang keluar pekat ), (2 Julai- 5 Julai: Darah yang keluar cair). Maka dihukumkan haid nya mengikut warna yang kuat dan istihadah mengikut warna yang lemah. Oleh itu, haid nya dihukumkan pada 20 Jun-27 Jun manakala 2 Julai-5 Julai darah yang keluar merupakan darah 
  •  istihadah.
  • Tempoh 2 Julai hingga 5 Julai (5.15 pagi) itu dalam tempoh istihadah, maka menurut hukum asal wanita itu diwajibkan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, Tindakan si isteri mengerjakan solat adalah tepat dan solatnya sah berdasarkan sangkaannya ketika itu bertepatan dengan hukum asal (الظن في العبادة المعتبر). (Ini merupakan jawapan bagi soalan kedua)
  • Namun, dalam situasi yang lain misalnya si isteri menyangka tempoh darah kedua itu adalah haid dan tidak mendirikan solat berdasarkan sangkaan itu, maka diwajibkan kepadanya untuk menqada semula solatnya dalam tempoh tersebut. (Ini juga merupakan jawapan bagi soalan kedua).
  • Bagi menjawab soalan ketiga, kedudukan suami dan isteri tidak dikira berdosa atas sebab kejahilan atau kekurangan ilmu. Untuk masa akan datang, jika wujud sebarang kemusykilan maka perlu merujuk secepat mungkin kepada pakar fiqh bagi menyelesaikan masalah hukum-hakam seberapa segera.

HURAIAN JAWAPAN

Wa’alaikumussalam WBT. Alhamdulilah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah banginda sehingga hari kiamat.

Definisi Haid Dan Istihadah

Imam al-Khatib al-Syirbini mendefinisikan haid seperti berikut:

دم جبلة أي تقتضيه الطباع السليمة يخرج من اقصى رحم المراة بعد بلوغها على سبيل الصحة من غير سبب في أوقات معلومة

Maksudnya: Darah semula jadi sebagai kejadian normal yang keluar daripada pangkal rahim seorang wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat tanpa sebab-sebab tertentu dan pada waktu-waktu yang diketahui.

(Lihat: Mughni al-Muhtaj, 1/277)

Berdasarkan definisi di atas, dapat difahami bahawa haid ialah darah semulajadi yang keluar secara normal daripada pangkal rahim wanita bukan disebabkan sakit serta ia keluar pada waktu-waktu tertentu sama ada pada waktu sekurang-kurang haid atau sebanyak-banyak haid atau waktu kebiasaan haid.

(Rujuk: al-Ibanah wal al-Ifadhah, 13)

Definisi ini berbeza dengan darah istihadah iaitu:

هي الدم الزائد على اكثر الحيض والنفاس او هي الدم الخارج من غير أيام الحيض والنفاس

Maksudnya: Darah yang keluar melebihi tempoh sebanyak-banyak haid dan nifas atau darah yang keluar bukan pada hari-hari haid dan nifas.

(Lihat: al-Taqrirah al-Sadidah, 1/167)

Ini bermakna, darah haid berlaku dalam tempoh tertentu berbeza dengan istihadah yang tidak mempunyai tempoh waktu tertentu.

 

Tempoh Haid

Dalam kitab al-Taqrirah al-Sadidah penulis menyebutkan tempoh haid adalah seperti berikut:

Sekurang-kurang tempoh haid ialah sehari semalam (24 jam), sebanyak-banyak tempoh haid ialah 15 hari 15 malam dan kebiasaan tempoh haid ialah 6 atau 7 hari.

(Rujuk: al-Taqrirah al-Sadidah, 1/161)

Justeru, kami ringkaskan tempoh haid seperti berikut:

  • Tempoh sekurang-kurang haid: Sehari semalam (24 jam)
  • Tempoh kebiasaan haid : 6 atau 7 hari
  • Tempoh maksimum haid : 15 hari 15 malam

Imam al-Darimi dalam penulisannya menyebutkan bahawa:

Sekiranya seorang perempuan yang sudah mencapai umur haid (9 tahun dan ke atas) melihat darah yang keluar pada tempoh sekurang-kurang haid (sehari semalam) dan tidak melepasi sebanyak-banyak haid (15 hari 15 malam) maka kesemua darah itu adalah haid. Sama ada tempoh tersebut sama seperti adat kebiasaanya sebelum ini atau tidak. Sama ada darah yang keluar mempunyai warna yang sama atau berbeza. Hal ini demikian kerana, syarat-syarat haid telah terkumpul padanya.

(Rujuk: al-Najm al-Wahhaj Fi Syarh al-Minhaj, 1/498)

Berdasarkan kenyataan ini dapat difahami bahawa, darah yang keluar dalam tempoh 15 hari 15 malam, walaupun berbeza adat dengan bulan sebelum nya atau berbeza warna darah yang keluar, selagi mana ianya keluar dalam tempoh 15 hari 15 malam dan tidak melepasi tempoh tersebut, maka kesemuanya dihukumkan darah haid.

Walau bagaimanapun, sekiranya darah yang keluar melepasi tempoh 15 hari 15 malam dan bersambung dengan hari seterusnya tanpa berhenti maka darah yang keluar dihukumkan sebagai darah istihadah manakala wanita yang mengalami keadaan ini dinamakan sebagai wanita mustahadah yang memiliki beberapa pembahagian kerana darah haid dan istihadahnya telah bercampur dalam tempoh tersebut.

(Rujuk: Matan al-Zubad, 27)

 

Penentuan Haid Dan Istihadah Bagi Darah Yang Bercampur

Penentuan kepada permasalahan ini terbahagi kepada dua:

  • Menentukan haid dan istihadah dengan melihat kepada warna darah (Tamyiz al-Dam).

Sekiranya seorang wanita melihat terdapat perbezaan warna dan sifat darah dalam tempoh tersebut, maka dihukumkan haid pada darah yang kuat (sifat dan warnanya) dan dihukumkan istihadah bagi darah yang lemah (sifat dan warnanya) mengikut syarat-syarat tamyiz.

Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam penulisannya:

وَيُحْكَمُ لِلْمُعْتَادَةِ الْمُمَيِّزَةِ بِالتَّمْيِيزِ لَا الْعَادَةِ فِي الْأَصَحِّ

Maksudnya: Dihukumkan bagi perempuan Mu'tadah Mumayyizah dengan tamyiznya (Darah yang sifatnya kuat adalah haid, yang sifatnya lemah adalah istihadah). Tidak dihukumkan dengan adat sebelumnya menurut pandangan yang paling sahih.

(Rujuk: Minhaj al-Thalibin wa Umdah al-Muftin88)

  • Menentukan darah haid dan istihadah melihat kepada adat kebiasaan wanita tersebut.

Sekiranya seorang wanita melihat darah yang keluar dengan satu sifat iaitu tiada perbezaan warna pada darah tersebut, maka dihukumkan haidnya mengikut kadar adat kebiasaan haid yang sebelum manakala bakinya dihukumkan istihadah.

Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini dalam penulisannya:

وَإِن كَانَت مُعْتَادَة غير مُمَيزَة بِأَن سبق لَهَا حيض وطهر وَهِي تعلمهَا قدرا ووقتا فَترد إِلَيْهِمَا قدرا ووقتا

Maksudnya: Jika seorang perempuan pernah mengalami haid dan suci sebelumnya padahal dia tidak dapat membezakan sifat darah ini (yakni darah yang melebihi tempoh 15 hari 15 malam, kerana darah keluar dengan satu sifat ) sedangkan dia masih ingat kadar dan waktu bagi haid dan sucinya yang sebelum ini, maka dikembalikan kepada kadar dan waktu haid dan sucinya yang sebelum ini.

(Rujuk: al-Iqna Fi Hal Alfaz Matan Abi Syuja’, 1/242)


Berbalik kepada persoalan di atas, kami rumuskan jawapan seperti berikut:

TARIKH

PENJELASAN

20 Jun (5.15 pagi) – 5 Julai (5.15 pagi)

Tempoh 15 hari 15 malam.

Darah yang keluar dihukumkan haid

27 Jun – 1 Julai

Tempoh Naqa. Dihukumkan haid jika duduk dalam tempoh 15 hari 15 malam.

2 Julai (7 pagi) – 5 Julai (5.15 pagi)

Darah yang keluar masih dihukumkan haid

5 Julai (5.16 pagi – 12 Tenghari )

Darah yang keluar melepasi tempoh sebanyak-banyak haid 15 hari 15 malam dan sudah memasuki hari ke-16

 

Berdasarkan jadual di atas dapat difahami bahawa:

  • Darah yang keluar bermula 20 Jun (5.15 pagi) sehingga 5 Julai (5.15 pagi), pada asalnya adalah darah haid.
  • Darah yang keluar semula pada 2 julai (7 pagi) sehingga 5 julai (5.15 pagi) masih dihukumkan haid kerana berada dalam tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam.
  • Pada 5 Julai (5.15 pagi) darah masih keluar sehingga jam 12 tengahari. Ini bermakna darah yang keluar sudah melepasi tempoh sebanyak-banyak haid dan bersambung dengan hari ke-16. Pada waktu ini, barulah diketahui si isteri sedang mengalami darah haid dan istihadah secara bercampur.
  • Berdasarkan info tambahan yang diberikan, si isteri merupakan wanita mustahadah yang duduk dalam kumpulan Mu’tadah Mumayyizah iaitu wanita yang pernah mengalami haid dan suci serta mampu membezakan warna darah mengikut kepada sifat darah. (20 Jun- 27 Jun: Darah yang keluar pekat), (2 Julai- 5 Julai: Darah yang keluar cair). Maka dihukumkan haid nya mengikut warna yang kuat dan istihadah mengikut warna yang lemah. Oleh itu, haid nya dihukumkan pada 20 Jun -27 Jun manakala 2 Julai-5 Julai darah yang keluar merupakan darah istihadah.
  • Tempoh 2 Julai hingga 5 Julai (5.15 pagi) itu dalam tempoh istihadah, maka menurut hukum asal wanita itu diwajibkan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, Tindakan si isteri mengerjakan untuk mengerjakan solat adalah tepat dan solatnya sah berdasarkan sangkaannya ketika itu bertepatan dengan hukum asal (الظن في العبادة المعتبر). (Ini merupakan jawapan bagi soalan kedua)
  • Namun, dalam situasi yang lain misalnya si isteri menyangka tempoh darah kedua itu adalah haid dan tidak mendirikan solat berdasarkan sangkaan itu, maka diwajibkan kepadanya untuk menqadakan solat dalam tempoh tersebut. (Ini juga merupakan jawapan bagi soalan kedua).
  • Untuk menjawab soalan ketiga, kedudukan suami dan isteri tidak dikira berdosa atas sebab kejahilan atau kekurangan ilmu. Untuk masa akan datang, jika wujud sebarang kemusykilan maka perlu merujuk secepat mungkin kepada pakar fiqh bagi menyelesaikan masalah hukum-hakam seberapa segera.

Semoga penjelasan ini mampu memberi penyelesaian dan jawapan kepada persoalan tuan. Wallahualam.

 

RUJUKAN

  • Al-Darimi, Kamal al-Din Abi al-Baqa’ Muhammad (2004), al-Najm al-Wahhaj Fi Syarh al-Minhaj, Beirut: Dar al-Minhaj, cet.1, p.498.
  • Al-Syirbini, Shamsuddin Muhammad (2000), Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifa Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Beirut: Dar-Kutub al-Ilmiyyah, juz.1, p.277.
  • Al-Syirbini, Shamsuddin Muhammad (2004), al-Iqna Fi Hal Alfaz Abi Syuja’, Beirut: Dar-Kutub al-Ilmiyyah, juz.1, p.242
  • Al-Saqqaf, Abdul Rahman bin Abdullah (2020), al-Ibanah wa al-Ifadhah Fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadah ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, Kaherah: Dar-Tholib al-Azhari, cet.6, p.13
  • Al-Nawawi, Muhyiddin Abi Zakariya bin Sharaf (2005), Minhaj al-Thalibin wa Umdah al-Muftin, Beirut: Dar-Minhaj, cet.1, p.88
  • Ahmad bin Ruslan al-Syafi’i (1948), Matan al-Zubad Fi Ilm al-Fiqh ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, Mekah: Maktabah al-Thaqafah, cet.1, p.27
  • Hassan bin Ahmad bin Muhammad Salim al-Kaff (2003), al-Taqrirah al-Sadidah Fi Masail al-Mufidah, Tarim: Dar-Ulum wa al-Da’wah, cet.1, p.161 & 167

 Al Kafi li al-Fatawi

Kredit : Pej Mufti Wilayah Persekutuan


Bertanggungjawab Dengan Pemberian Faraid Yang Di Terima

11 Jan 2024


Ada sesetengah orang masih tidak tahu hukum faraid apabila berlaku sesuatu kematian. Tetapi ada juga rata-rata yang tahu hukum faraid. Tetapi sekarang yang menjadi isunya, ada sesetengah yang tahu tu , tidak menggunakan hukum faraid sepenuhnya seperti yang diajarkan dalam Islam. Peraturan Islam dalam menentukan hukum faraid memang dah tersusun dengan cantik, dengan syarat diamalkan 100% seperti yang dikehendaki dalam Islam. Namun ada sesetengahnya seolah-olah seperti memejam sebelah mata, mengabaikan tanggungjawab sepatutnya selepas mendapat bahagian masing-masing. Admin suka dengan perkongsian di facebook oleh Hishamuddin Abd Majid. Mari kita cuba selami dan mengambil iktibar dengan apa yang dikongsikan. Mudah-mudahan kita boleh menjadi orang yang bertanggungjawab yang mana lebih pahalanya berbanding menuntut harta simati kemudian berjoli sesuka hati.

-Admin-

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya. Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.

Walaupon berhak pada harta simat tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam

Kredit : Fb Hishamuddin Abd Majid



KALENDAR MALAYSIA 2024 : TARIKH-TARIKH CUTI UMUM & TAKWIM PERSEKOLAHAN BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025

1 Jan 2024



Berikut adalah merupakan Kalendar Malaysia bagi tahun 2024 yang merangkumi 2 perkara penting sebagai panduan semua iaitu : 


(1) Tarikh-Tarikh Cuti Umum/PublicHolidays Bagi Semua Negeri

(2) Takwim Persekolahan Bagi Sesi Akademik 2024/2025 Bagi Semua Negeri

Anda boleh menyemak, merancang dan menyusun perancangan pelbagai aktiviti dan program masing-masing pada waktu cuti berdasarkan kalendar yang dikongsikan. Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah juga boleh memastikan cuti-cuti tersebut adalah selari dengan waktu cuti persekolahan yang telah dimuktamadkan oleh pihak KPM. 

Semoga perkongsian maklumat ini dapat digunakan sebagai rujukan dalam merealisasikan program-program sepanjang percutian tahun ini dengan lebih tersusun.


Tarikh-Tarikh Cuti Umum/PublicHolidays Bagi Semua Negeri



























Takwim Persekolahan Sesi Akademik 2024/2025 Bagi Semua Negeri

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 juga disertakan dengan cuti perayaan KPM . 

Untuk makluman, bahawa tarikh-tarikh cuti dan penggal persekolahan adalah berbeza bergantung kepada negeri atau kawasan dimana anda berada. Tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM ini dipecahkan kepada dua kumpulan negeri 

Kumpulan ANegeri-negeri kumpulan ini menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari hujung minggu (Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu).

- Kumpulan B : Negeri-negeri kumpulan ini menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hari hujung minggu (Perlis, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan).

Tarikh-tarikh yang di dipaparkan adalah terbitan rasmi dari laman web KPM. Anda boleh memeriksa kesemua tarikh dengan melihat jadual yang betul, sama ada Kumpulan A atau Kumpulan B.










Tambahan Cuti Perayaan Oleh KPM & Cuti Perayaan Dalam Cuti Persekolahan




Emosi Isteri Yang Berjauhan Dengan Suami Tak Sama Dengan Emosi Isteri Duduk Sebumbung Dengan Suami

7 Sept 2023

Emosi seorang isteri yang berjauhan dari seorang suami, tidak sama dengan emosi seorang isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya.
Psikologi isteri yang berjauhan dari suaminya tidak sama psikologi dengan isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya.

Sebab itu, tempat yang terbaik bagi seorang isteri adalah di sisi suaminya kerana di sana akan ada sokongan emosi, perasaan, kewangan dan sosial.

Seorang isteri yang bersendirian selama beberapa tempoh menguruskan dirinya setar anak mengalami beberapa tekanan yang jauh lebih dahsyat berbanding isteri yang mengalami tekanan namun masih ada suami disisinya.
Tekanan yang dirasakan isteri yang berjauhan juga tidak sama dengan tekanan suami kerana suami hanya menguruskan dirinya sahaja tanpa melibatkan pengurusan anak.
Isteri sentiasa bangkit dengan mengumpul kekuatan-kekuatan untuk hari-hari yang dihadapi. Isteri sentiasa berehat dengan fikiran yang sentiasa berjaga demi hari esok. Maka tidak hairanlah jika tahap kesihatan seorang isteri yang berjauhan, jauh lebih teruk berbanding isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya.
Hati terseksa menjejaskan tahap kesihatan walau ada senyuman yang terukir. Jauh di sudut hatinya menangis sendiri. –
Kredit: Facebook | The Reporter
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.